Kami pasti bahawa cukup ramai masyarakat kita di luar sana yang cukup menggemari ayam goreng bersalut tepung terutamanya keluaran KFC, Macdonald, Texas Chicken dan seumpamanya. Rasanya yang lazat sangat membangkitkan selera dengan aroma rempahnya yang kaw baik punya. Seketul ayam pasti tak cukup, mesti mahu lagi.

Golongan muda dan kanak-kanak sangat menggemari menu ini tambahan pula mereka ini semua masih sihat-sihat dan selera makan pun masih tinggi. Berbeza dengan golongan dewasa dan berusia, mereka lebih berhati-hati dalam memilih makanan terutamanya makanan bergoreng yang memiliki lemak tepu yang tinggi.

Jadi, untuk memastikan kita masih lagi dapat menikmati makanan bergoreng yang lazat dan berkhasiat, adalah lebih baik jika kita cuba untuk buat sendiri di rumah. Jika boleh, cubalah untuk bertukar kepada ayam organik yang jauh lebih baik berbanding ayam yang disuntik. Tambahan pula, makanan yang digoreng sendiri di rumah lebih terjamin dari segi kualiti minyak yang digunakan. Lebih yakin, lebih bersih, lebih sihat dan yang paling penting sangat menjimatkan!

Hari ini kami akan kongsikan resepi special ayam goreng KFC yang memang tip top menjadi. Resepi ini diupload oleh Muhairi Ery di Facebook. Semoga anda rajin mencuba!

Resepi Ayam Goreng KFC

ayam goreng KFC

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 sb serbuk cili
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1sb lada hitam
  • 1 sb secukup rasa maggi
  • sedikit garam
  • 3 biji telur
  • 2 sb tepung gandum
  • 10 sb tepung beras

Cara Penyediaan:

1) Cili kering dibasuh dan digoreng garing supaya rapuh macam keropok. (nanti senang nak lumatkan, guna tangan je atau boleh juga diganti dgn chilli flakes.
2) Perapkan ayam bersama cili kering, serbuk cili, serbuk daging, lada hitam, secukup rasa maggi dan garam. Telur juga dicampur dan diperap bersama. Lagi lama diperap, lagi sedap!
3) Untuk salutan tepung, campurkan tepung gandum dan tepung beras.
4) Lumur ayam tadi sebati dengan tepung kemudian baru goreng
5) Pastikan minyak betul-betul panas dan tenggelam ayam sepenuhnya.

Anda suka dengan resepi ini? Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya! Kami ada paparkan banyak lagi resepi-resepi lain yang confirm meletup untuk anda cuba.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.