Negeri Johor bukan sahaja terkenal dengan keunikan budaya masyarakatnya, malah ia menjadi destinasi pelancong tempatan dan pelancong asing. Makanan yang terdapat di negeri Johor ini kebanyakkan dipengaruhi dari negara Arab serta kepulauan Melayu.

Sesetengah makanan di Johor begitu unik serta sukar didapati di negeri lain. Terdapat juga makanan yang hanya dihidangkan semasa perayaan atau sambutan majlis – majlis tertentu sahaja.

Bagi masyarakat tempatan sendiri, tidak semuanya mengetahui tentang makanan tradisi yang terdapat di sekitar mereka. Oleh yang demikian, artikel ini akan mengupas pelbagai makanan tradisional negeri Johor yang mungkin sudah dilupakan.

#1. Soto Ayam

Soto ayam sangat terkenal di negeri Johor. Ia merupakan makanan tradisi masyarakat Johor yang ringkas tetapi sangat menyelerakan.

Soto Ayam

Imej via facebook

Ia merupakan nasi himpit atau ketupat yang dimakan bersama kuah sup ayam yang dimasak bersama rempah soto. Kuahnya agak pekat dan tidak seperti kuah sup ayam yang jernih.

Soto Ayam

Imej via denai

Selain itu, soto ini dihidangkan bersama bahan – bahan lain seperti taugeh,bergedil,soo hoon goreng,kacang tanah goreng dan bawang goreng. Hirisan daun sup/daun bawang serta sambal kicap pelengkap rasa.

Ayam yang direbus untuk mendapatkan kuah soto akan dikeluarkan dari air rebusan. Isi ayam akan dicarik halus untuk dimakan bersama soto. Hidangan ini sememangnya enak dan boleh dimakan pada bila – bila masa sahaja.

#2. Burasak

Burasak ini kelihatan seperti ketupat nasi namun ia dicampurkan dengan sedikit santan. Ia dibungkus di dalam daun pisang nipah, dan berbentuk leper seakan – akan kuih lepat pisang. Namun, burasak ini bersaiz agak lebar dan besar.

Burasak

Imej via facebook

Penyediaan burasak ini tidak begitu sukar, namun perlu dimasak dalam tempoh yang agak lama iaitu kira – kira 8 jam. Penggunaan beras bagi menyediakan burasak ini.

Ia akan digaul bersama santan terlebih dahulu sebelum membungkusnya dan membentuk segi empat tepat. Ia kemudiannya diikan dengan tali sebelum dimasak.

Burasak

Imej via facebook

Burasak ini biasanya dibuat menjelang Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha serta majlis – majlis rasmi serta keramaian. Ia sangat enak dimakan semasa panas bersama pelbagai jenis hidangan berkuah ataupun kering. Ia enak dimakan bersama asam pedas ikan parang, serunding daging mahupun ayam, daging masak kicap serta ayam masak merah.

Kedua-dua makanan tersebut sebenarnya adalah makanan tradisional masyarakat Bugis yang dihidangkan kepada tetamu terutama pada Hari Raya Aidilfitri. Ia turut dijadikan hidangan semasa Hari Raya Aidiladha dan majlis-majlis rasmi.

#3. Asam Pedas Johor

Asam pedas sangat terkenal di negeri Melaka. Namun, di negeri Johor juga terdapat hidangan asam pedas yang tersendiri. Hidangan asam pedas di Johor mempunyai kelainan serta keunikan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata – kata.

Asam Pedas Johor

Imej via azhan

Istimewanya asam pedas Johor adalah terletak pada tumisan cili kisar yang kemudiannya dicampurkan dengan air asam jawa. Penggunaan bunga kantan serta daun kesum bagi menyediakan hidangan ini memberikan rasa yang begitu berbeza.

Asam Pedas Johor

Imej via facebook

Asam pedas Johor bukan sahaja enak dimakan bersama nasi putih, namun ia turut dimakan bersama lempeng kelapa yang begitu mengliurkan.

#4. Otak – otak

Hidangan ini merupakan makanan tradisionall masyarakat di kawasan perkampungan nelayan. Jika di Johor, otak – otak sangat popular di daerah Kempas. Ia sering dijadikan hidangan pada pada waktu petang.

Otak-Otak Johor

Imej via eylamohd

Ramuan yang telah siap dibancuh akan dibungkus menggunakan daun nipah atau daun kelapa. Kebiasaannya, otak – otak ini menggunakan isi ikan laut.

Otak-Otak Johor

Imej via mohonclashh

Namun, terdapat juga otak – otak yang menggunakan isi ikan air tawar seperti ikan tilapia merah, ikan patin dan juga ikan keli. Otak-otak yang telah siap dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

#5. Mee Bandung

Mee bandung merupakan makanan warisan turun temurun yang digemari ramai terutama di Muar, Johor. Keenakan mee bandung asli sememangnya tiada tandingannya dan hidangan ini bukannya berasal dari Bandung, Indonesia.

Mee bandung

Imej via azhan

Perkataan bandung membawa maksud ‘berganda’ atau ‘berkembar’ atau ‘berpasangan’ di mana sesuatu yang bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain.

Hidangan mee bandung ini merupakan gandingan mee dan telur sahaja pada suatu tika dahulu. Dari situ lah mee bandung mendapat nama. Ia turut dilengkapi dengan bahan – bahan lain seperti cili, udang kering, rempah ratus asli dan sebagainya.

Mee bandung

Imej via lamanresepi

Mee bandung enak dimakan bersama udang, telur, hirisan daging serta sayuran. Meskipun mee bandung sangat terkenal di pelosok negara, namun hidangan ini adalah asli dari negeri Johor.

#6. Botok – botok

Botok – botok merupakan makanan tradisi masyarakat Johor. Ia sememangnya terkenal di pelosok Johor, malah sangat digemari oleh generasi lama. Namun, bagi generasi lama, hidangan ini dianggap sepi malah ada juga yang tidak mengenalinya.

Botok-botok

Imej via facebook

Botok – botok ini menggunakan banyak ulam – ulaman yang sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Antara daun yang digunakan adalah daun kaduk, pucuk ubi, daun selom, ulam raja, daun kesum, pucuk bebuas, daun mengkudu, daun kunyit dan puding semangkuk.

Botok-botok

IMej via deskgram

Selain dedaun hijau dimasukkan bersama, isi ikan seperti ikan tenggiri, ikan kembung dan sebagainya menjadi bahan utama botok – botok ini. Ikan dan dedaun ulaman ini akan disatukan bersama dan disertai dengan rempah ratus sebagai penyedap rasa.

Kesemua bahan akan diletakkaan ke atas daun pisang sebelum ia dibungkus kemas dan dikukus sehingga masak. Botok – botok ini tidak sama dengan pais ikan seperti yang terdapat di negeri – negeri lain kerana proses memasaknya adalah dengan mengukus sahaja.

#7. Nasi Ambeng

Nasi ambeng merupakan makanan tradisi yang sangat terkenal di negeri Johor. Ia merupakan hidangan masyarakat Jawa yang masih diteruskan hingga ke hari ini.

Nasi Ambeng

Imej via facebook

Hidangan ini akan dihidangkan di atas dulang / talam dengan beralaskan daun pisang. Nasi putih akan diletakkan di atas talam tersebut bersama lauk pauk lain. Biasanya lauk pauk terdiri dari ikan goreng, bergedil, sambal goreng, telur rebus, tempe rebus, ayam goreng, bihun goreng, serunding kelapa dan opor ayam.

Nasi Ambeng

Imej via facebook

Nasi ambeng biasanya dijadikan hidangan semasa kenduri kendara yang dihidangkan kepada 4 hingga 5 orang dewasa. Hidangan ini dipercaya boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga dan juga masyarakat. 

#8. Telur Pindang

Telur pindang merupakan telur ayam yang direbus bersama pelbagai bahan serta herba untuk mendapatkan kulit telur berwarna gelap coklat kehitaman. Selain warna yang gelap, bahan – bahan yang digunakan adalah untuk mendapatkan rasa yang yang enak.

Telur Pindang

Imej via facebook

Telur pindang merupakan identiti makanan tradisional bagi negeri Johor. Biasanya, telur pindang ini akan disediakan semasa majlis – majlis keramaian seperti majlis berkhatan, majlis perkahwinan, majlis cukur jambul dang sebagainya.

Telur Pindang

Imej via facebook

Masyarakat dahulu membuat telur pindang ini kerana telur ini boleh disimpan lama kerana ramuan yang digunakan. Selain itu, proses penyediaannya yang mengambil masa antara 2 hingga 3 jam untuk merebusnya membuatkan ia tahan lebih lama.

#9. Laksa Johor

Laksa Johor sememangnya enak dimakan, tambahan pula ia berbeza dari laksa yang terdapat di sebelah utara. Laksa Johor merupakan makanan tradisi negeri Johor yang menggunakan spaghetti sebagai mee laksanya.

Laksa Johor

Imej via facebook

Hidangan laksa Johor sering dihidangkan semasa majlis – majlis keraian atau hari perayaan. Malah, hidangan ini turut dijamu kepada para tetamu menjelang Hari Raya.

Laksa Johor ini terdiri dari spaghetti bersama kuah ikan bersantan serta ulam – ulaman seperti hirisan timun, daun selasih, daun kesum, bawang besar, limau kasturi, taugeh dan juga sambal belacan. Sesetengah masyarakat di daerah sekitar Johor turut menikmati hidangan ini bersama hirisan kacang panjang dan sambal belacan sahaja.

Laksa Johor

Imej via eatdrink

Keenakan kuah laksa ini terletak pada penggunaan ikan sebagai kuah laksa. Kebiasaannya ikan parang digunakan bagi menghasilkan kuah laksa ini kerana ianya lebih sedap dan manis rasanya. Namun, ikan parang ini boleh juga digantikan dengan ikan kembung mahupun sardin.

Kuah laksa ini juga agak pekat, turut dicampurkan dengan bawang serta rempah ratus khas. Laksa Johor ini antara menu tarikan kepada pelancong yang datang berkunjung ke negeri Johor.

#10. Mee Rebus

Mee rebus merupakan mee yang sangat terkenal dan berasal dari negeri Johor. Ia juga merupakan pilihan makanan tradisional masyarakat tempatan dan juga masyarakat luar.

Mee Rebus

Imej via facebook

Pada masa dahulu, mee rebus ini dijual oleh penjaja bergerak dengan menggunakan kandar di mana satu bakul mengandungi dapur dan periuk air masak, manakala bakul lain diisi dengan ramuan untuk hidangan. Mee rebus memiliki rasa yang agak unik iaitu rasanya yang lemak manis, pedas, sedikit masam dimakan bersama kepingan tepung rangup.

Mee Rebus

Imej via kakisharesite

Hidangan ini turut dihiasi dengan telur rebus, limau kasturi, hirisan daging, cili hijau, tauhu goreng, taugeh serta daun sup dan daun bawang. Kuahnya yang enak dan pekat ini diperbuat dari ubi keledek, serbuk kari, kacang soya masin, udang kering dan juga kacang tanah.

#11. Lontong

Lontong merupakan salah satu makanan tradisional di Johor, namun memiliki pengaruh dari Indonesia dan Jawa. Ia merupakan menu wajib di negeri Johor menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Lontong

Imej via butterkicap

Jika berkunjung ke Johor, anda boleh menikmati hidangan ini di warung – warung jalanan untuk bersarapan. Terdapat dua jenis lontong, iaitu lontong kering dan basah.

Lontong Kering

Imej via akuyangsengal

Kehadiran sambal tumis yang dicampurkan bersama memberikan kesempurnaan rasa dalam hidangan lontong ini.

#12. Kacau Keledek

Kuih kacau keledek ini berasal dari negeri Johor. Biasanya kuih ini disajikan menjelang perayaan – perayaan khas sebagai salah satu hantaran atau dibuat bagi majlis – majlis diraja.

Kuih Kacau Keledek

Imej via suzana-ciksue

Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih ini adalah keledek dan juga santan. Selain itu, gula, garam, esen vanilla, telur serta daun pandan turut diperlukan bagi memberi rasa dan aroma yang menyelerakan.

Kuih Kacau Keledek

Imej via facebook

Keledek tersebut perlu direbus hingga lembut terlebih dahulu sebelum dimasak bersama bahan – bahan lain.Kuih ini mendapat nama kerana pembuatan kuih ini memerlukan ia sentiasa dikacau berterusan tanpa henti sehingga kental.

#13. Harissa

Harissa bukanlah nama seseorang, namun ia merupakan hidangan tradisi Johor yang semakin dilupakan. Hidangan ini sangat popular suatu tika dahulu terutamanya pada bulan Ramadhan dan juga Syawal.

Kuih Harissa

Imej via vitdaily

Harissa ini sebenarnya berasal dari Asia Barat, namun telah menjadi makanan tradisi di Johor. Ia mengambil masa yang lama untuk dimasak, oleh sebab itu ia semakin dilupakan dan tidak ramai yang mahu meneruskan tradisi makanan ini.

Kuih Harissa

Imej via friedchillies

Harissa ini memberikan kombinasi rasa masam, manis serta pedas yang mungkin akan menimbulkan rasa yang agak pelik bagi yang tidak biasa merasainya. Bahan – bahan yang digunakan pula cukup mudah iaitu gandum, daging lembu mahupun kambing.

Namun, gandum tersebut boleh digantikan dengan oat yang lebih mudah didapati di pasaran. Tempoh memasak hidangan ini mengambil masa sehingga 3 jam lamanya jika dimasak dalam kuantiti yang banyak. Keunikan rasa hidangan ini membuatkan generasi baru turut ingin mencubanya.

#14. Borongko

Kuih Borongko merupakan kuih tradisi masyarakat Bugis di Johor. Ia sering menjadi juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan kerana keenakkannya cukup memukau jiwa.

Kuih Borongko

Imej via resepihariini

Kuih ini sangat enak dimakan setelah disimpan sebentar dalam peti sejuk. Borongko ini diperbuat dari pisang sanggar atau pisang nipah dan rasanya manis.

Kuih Borongko

Imej via salamisimon1

Pisang ini akan dikisar halus bersama telur, santan dan gula. Ia kemudiannya dibungkus dengan daun pisan dan dikukus sehingga masak.

Kuih ini boleh juga dikukus menggunakan Loyang, tanpa menggunakan daun pisang. Namun, kuih yang menggunakan daun pisang ini adalah lebih sedap dan wangi.

#15. Lepat Loi

Lepat loi cukup terkenal di kawasan sekitar Benut, Pontian. Ia merupakan hidangan yang dimasak seperti nasi, namun lepat loi menggunakan beras pulut. Lepat loi ini akan dibungkus menggunakan daun pisang nipah dan membentuk segi tiga, tidak seperti kebiasaan kuih lepat yang berbentuk segi empat.

Lepat Loi

Imej via fatenton

Pulut yang dimasak akan disejukkan terlebih dahulu sebelum dibungkus menggunakan acuan berbentuk tiga segi. Ia mengambil masa sekurang – kurangnya sejam sebelum dibungkus bagi mengelakkan ia cepat basi. Setelah dibungkus, ia akan dimasak pula selama lapan jam. Lepat loi ini boleh disimpan selama seminggu tanpa dimasukkan ke dalam peti ais.

Lepat Loi

Imej via fatenton

#16. Air Kathira

Air Kathira merupakan minuman yang berasal dari negeri Johor. Ia sering dijual menjelang bulan Ramadhan kerana khasiatnya dapat menyejukkan badan.

Air Kathira

Imej via koleksiresepiemak

Bahan – bahan yang digunakan terdiri dari pelbagai herba yang menyejukkan badan seperti biji selasih, kembang semangkuk, getah anggur, halwa kabung, buah kundur, kurma cina serta gula batu. Malah, ia juga ditambah dengan susu bagi memberi rasa yang lebih enak.

Air kathira

Imej via facebook

Biasanya air kathira ini berwarna hijau. Ia antara minuman tradisional yang begitu popular di negeri Johor ini terutamanya di bulan puasa.

Kesimpulan

Makanan tradisional Johor merupakan salah satu variasi makanan tradisi yang boleh dicuba seperti mana di negeri lain di Malaysia. Ia memiliki keunikannya yang tersendiri terutama dari segi rasa serta penggunaan bahan – bahan bagi mengekalkan warisan asli.

Artikel Lain

Selain artikel makanan tradisional Johor, kami juga menulis artikel makanan tradisional negeri lain yang anda kena cuba. Jemput baca artikel di bawah juga dan jangan lupa untuk share.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.