Restoran Sedap Corner ini mula beroperasi sejak tahun 1987 lagi, membuktikan yang ia memang sebuah restoran yang cukup ‘legend’ di Johor Bahru.

sedap corner

Imej via Foursquare

Jika anda menetap di Johor Bahru, pasti anda pernah terdengar tentang restoran ini bukan? Memang rugi jika tak singgah, kerana restoran ini merupakan antara yang ‘top’ di Johor Bahru!

Bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk Johor Bahru, malah ada juga yang sanggup datang dari jauh demi menikmati hidangan di restoran ini.

Wah, nampaknya bukan calang-calang ya restoran ini. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang apa yang menarik di sini!

Aneka Jenis Hidangan Yang Sedap-Sedap Belaka

Restoran makanan tempatan memang banyak, namun tak semua yang menghidangkan pelbagai jenis menu yang kena dengan tekak. Kadangkala ada yang menyediakan beberapa jenis hidangan sahaja.

menu @ sedap corner

Imej via Foursquare

Perkara sebegini tidak akan anda hadapi jika anda singgah di Sedap Corner! Hal ini kerana restoran ini menyajikan aneka jenis menu – dari menu tempatan, masakan Thai, ke makanan Barat, semuanya ada.

kuih muih @ sedap corner

Imej via Foursquare

Bukan sahaja menyediakan hidangan berat, malah hidangan lain seperti kuih-muih tempatan juga ada. Ada berbagai jenis yang disediakan, pilih sahaja yang mana anda suka sebagai pelengkap selera.

Kuay Teow, Antara Hidangan Terbaik di Sedap Corner

Sejujurnya, agak susah untuk memilih menu mana yang terbaik di sini. Kerana ada banyak menu yang enak-enak belaka dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

kuey tiaw @ sedap corner

Imej via Foursquare

Namun, antara menu yang ‘top’ di sini ialah Kuay Teow. Ada beberapa jenis Kuay Teow yang boleh anda cuba. Ada Beef Kway Teow, Fish Kway Teow, Radna Kway Teow dan banyak lagi.

beef kway teow

Imej via Foursquare

Antara banyak-banyak Kuay Teow, Beef Kuay Teow merupakan antara yang digemari ramai. Daging yang lembut dan ‘juicy’ serta Kuay Teow yang berkuah dan kaya dengan rasa ini cukup menyelerakan, anda wajib cuba!

Dekorasi Restoran Cantik, Servis Pun Terbaik

Sebelum singgah di mana-mana restoran, kami yakin anda pasti menitikberatkan dua aspek ini – dekorasi dan servis restoran, bukan? Sejujurnya, kedua-dua aspek ini sangat penting dalam menentukan kualiti sesebuah restoran.

Jika anda baca ulasan di Internet, ramai pelanggan memuji servis restoran yang baik. Pekerja-pekerja di sini agak ramah dan cekap semasa berurusan dengan pelanggan.

deko@ sedap corner

Imej via Foursquare

Untuk dekorasi pula, restoran ini berkonsepkan moden. Suasananya juga menenangkan dan santai, cukup sesuai jika anda ingin meluangkan masa bersama keluarga mahupun sahabat handai.

Banyak Lagi

chicken chop

Imej via Foursquare

Untuk hidangan Barat, antara yang anda boleh cuba ialah Fisherman’s Platter, Breaded Prawns & Chips, Breaded Chicken Chop dan banyak lagi.

Minuman di sini juga ada berbagai jenis. Dari jus buah, kopi ke minuman manis, kesemuanya ada. Yang pasti, memang menyegarkan tekak!

Kesimpulan

Kami pasti anda mesti dah rambang mata, bukan? Mana tidaknya, menu di restoran Sedap Corner ini memang berbagai. Silap-silap kalau anda singgah di sini, memang penuh satu meja dengan makanan!

Jika anda sudah mula memasang niat untuk menyerbu restoran ini, lekaslah berbuat demikian ya. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran, selamat menjamu selera!

Alamat: No 11, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 pagi – 11 malam

Mencari lebih banyak tempat makan di Johor Barhu yang boleh anda singgah? Klik sahaja di link di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
25 Tempat Makan Best Di Johor Bahru 2019 (Menarik Wajib Serbu)

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.