Keunikan Malaysia adalah kerana terkenal dengan rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum. Selain kaum Melayu, kaum Cina dan India merupakan kaum utama di negara Malaysia dan kaya dengan pelbagai adat dan budaya.

Setiap kali sambutan perayaan sesuatu kaum, terdapat pelbagai makanan tradisional disediakan dan ditonjolkan kepada para pelancong. Ia sekaligus dapat memperkenalkan kepelbagaian makanan serta budaya yang terdapat di Malaysia.

Memandangkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, maka tidak hairanlah kebanyakan restoran turut menyediakan pelbagai hidangan halal. Ini supaya orang Islam juga dapat menikmati hidangan kaum lain tanpa ragu dan was – was.

Berikut adalah makanan tradisional masyarakat Cina yang diteruskan sehingga hari ini.

#1. Yee Sang Atau Yusheng

Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah makanan yang terdiri dari  aneka salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan sangat menarik.

Yee sang

Imej via thecattylife

Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ia adalah lambing kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan.

Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki dan hidangan yee sang telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ia merupakan masakan yang akan dihidangkan sempena upacara keagamaan.

Yee sang

Imej via dearnestle

Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar,kacang tanah,cili,lobak putih,lobak merah,halia, daun limau purut,daun parsli cina,biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat daripada sos plum.

Menjelang sambutan Tahun baru Cina, masyarakat Cina akan memasak makanan tradisional ini. Semasa hendak menikmatinya, yee sang  akan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-ramai.  Semakin tinggi melambungkannya, ia membawa maksud rezeki mereka akan semakin mewah.

#2. Chang Shou Mian

Chang Shou Mian merupakan mee telur Kantonis paling nipis serta diperbuat daripada tepung gandum. Ia warna kuning keemasan serta sedikit kenyal antara ciri-ciri istimewanya.

Chang shou mian

Imej via reddit

Teksturnya yang sedikit kenyal dan sedikit lembut adalah disebabkan penggunaan air soda yang digunakan dalam membuat doh. Ia kemudiannya digoreng serta dikeringkan.

Ia mengambil masa selama dua minit untuk direbus dalam air rebusan. Makanan ini melambangkan umur panjang seseorang. Mee ini tidak digalakkan untuk dipatahkan semasa makan kerana ia menandakan umur yang panjang.

Chang shou mian

Imej via livingcoramdeo

Mee chang shou mian ini biasanya disajikan semasa sambutan hari lahir atau tahun baru. Ia biasanya dihidangan bersama sayur – sayuran seperti sawi, cendawan dan juga cili.

#3. Dumpling atau Jiaozi

Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba.

Dumpling

Imej via maangchi

Dumpling merupaka masakan tradisional cina yang berkhasiat. Ini kerana ia dimasak secara rebus pada suhu yang perlahan berbanding memasak lauk-lauk yang lain.  Selain direbus, ia jug boleh dimasak dengan cara lain seperti digoreng dan dikukus.

Dumpling

Imej via choochoocachew

Makanan tradisional cina ini juga membawa maksud ‘duit datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut Yuanbao.  Pada zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana mereka yang dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi dumpling. Ia sangat berkesan menyembuhkan kerana intinya mengandungi herba-herba yang berkhasiat.

#4. Kuih Bulan

Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh atau Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja.

Kuih bulan

Imej via limaumandarin

Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri dari kuning telur itik (masin) serta bahan – bahan lain. Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang pelbagai di sebelah dalamnya.

Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu dan biji tembikai.

Kuih bulan

Imej via facebook

Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan dan juga durian selari dengan perubahan zaman. Dahulunya, banyak cerita mitos tentang kuih ini. Masyarakat Cina akan memakan kuih ini bagi memperingati sejarah seorang isteri raja yang telah berkorban demi rakyatnya.

#5. Kuih Bakul

Jika masyarakat Melayu popular dengan dodol, kaum Cina pula tidak ketinggalan dengan kuih bakul. Kuih ini seakan – akan dodol, namun lebih kenyal berbanding dodol.

Kuih bakul juga turut dikenali dengan nama nian gao. Proses membuat kuih bakul ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ia hanya boleh disiapkan dalam tempoh tiga hari.

Kuih bakul

Imej via facebook

Berdasarkan sejarah, kuih ini dibuat khas untuk diberikan kepada ‘Tuhan Dapur’ supaya ia tidak melaporkan perkara yang tidak baik kepada maharaja di syurga. Kuih ini juga membawa symbol tinggi iaitu ‘semakin tahun semakin tinggi’ yang bermaksud semakin masa berlalu, semakin majulah mereka ke hadapan.

Imej via facebook

Kuih ini juga sering dimakan dengan pelbagai cara iaitu dimakan bersama is kelapa, digoreng dengan ubi keladi atau ubi  keledek dan boleh dimakan begitu sahaja.

#6. Char Koay Teow

Sering sahaja kita melihat char koay teow dijual di mana sahaja. Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya char koay tow ini merupakan antara makanan tradisional Cina selama ini.

Char koay teow

Imej via wokandskillet

Char koay teow yang merupakan mee beras biasanya dimasak bersama kerang, udang dan juga telur. Ia sejak dahulu lagi telah dijual oleh golongan para petani dan nelayan untuk mendapatkan pendapatan.

Char koay teow

Imej via ingredientmatcher

Disebabkan char koay teow ini kaya dengan sumber protein, fiber dan zat lain, maka tidak hairanlah para buruh dahulu gemar menikmatinya kerana ia memberikan sumber tenaga untuk bekerja. Kehadiran taugeh serta sayuran lain dalam hidangan ini menambahkan lagi rasa char koay teow supaya ia lebih enak dan sedap dimakan.

#7. Bak Chang

Bak Chang merupakan makanan tradisional Cina yang dibungkus dengan daun khas. Ia terdiri daripada beras pulut serta berintikan kacang tanah.

Kuih ini sangat terkenal semasa Perayaan Duan Wu. Daun yang digunakan untuk membungkusnya pula mempunyai sejarah yang tersendiri.

Bak chang

Imej via sethlui

Pada suatu tika dahulu, Quan Yu yang merupakan seorang raja telah membunuh diri kerana tertekan dengan kejatuhan negaranya. Malah, beliau telah dibuang daerah pada ketika itu.

Bak chang

Imej via huangkitchen

Quan Yu telah bertindak terjunn ke dalam Sungai Mi Lou dan mayatnya tidak dapat ditemui. Rakyat yang begitu sedih dengan peristiwa tersebut telah melemparkan bak chang ke dalam sungai tersebut supaya ikan serta haiwan di dalam sungai tersebut tidak mengganggu mayatnya.

Sejak dari itu, bak chang telah menjadi symbol bagi memperingati peristiwa yang telah berlaku.

#8. Ding Bian Hu

Makanan tradisional Cina yang masih diamalkan oleh generasi lama dan warga emasa pada hari ini adalah ding bian hu. Ia sering dijadikan santapan pagi mahupun lewat malam.

Ding bian hu

Imej via igomakan

Ding bian hu ini seakan – akan bubur nasi dan turut dikenali dengan nama bubur kulat. Bubur ini akan dimasak serta dijadikan bubur bersup dan diolah dari sup makanan laut.

Ding bian hu

Imej via mirictysharing

Bubur nasi ini mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk mereka yang memerlukan tenaga untuk bekerja atau mereka yang sedang lemah badan.

#9. Dim Sum

Dim sum bersaiz kecil dan comel sahaja bentuknya. Ia enak dimakan menjelang sarapan pagi, tengahari mahupun minum petang. Malah, boleh dimakan pada bila – bila masa juga.

Dim sum

Imej via yummy

Dim sum diperbuat dari tepung gandum, tepung jagung yang dicampurkan bersama isi udang, daging, ayam serta sayuran.

Suatu tika dahulu, makanan tradisional cina ini sering dihidangkan dirumah-rumah teh oleh pemilik rumah teh, memandangkan ramai petani yang akan singgah minum teh terlebih dahulu.

Dim sum

Imej via dailycookingquest

Maka, tidak hairanlah dim sum enak dimakan bersama minuman teh! Anda pun wajib mencubanya ya!

#9. Tang Yuan

Tang Yuan merupakan hidangan pencuci mulu tradisional masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung beras. Secara tradisinya ia dimakan semasa Yuanxiao atau Festival Tanglung. Namun, ia juga sering menjad pencuci mulut semasa majlis perkahwinan.

Tangyuan

Imej via chinasichuanfood

Kuih ini jika dilihat seakan kuih puteri mandi. Namun, ianya mempunyai sedikit perbezaan. Tang Yuan berbentuk bebola kecil yang dihidangkan dalam mangkuk dan dimakan bersama sirap manis.

Tangyuan

Imej via noobcook

Biasanya ia sering dimakan pada musim sejuk di bulan Disember jika di negara China.

#10. Stir Turnip Fried Cake

Sekali pandang tak ubah seperti char koay teow mahupun fish cake goreng. Ia enak dimakan semasa panas kerana jika telah sejuk, anda mungkin akan terasa cepat muak.

Turnip cake

Imej via themissinglokness

Turnip Cake atau dikenali dengan  kek lobak ini diperbuat daripada lobak putih dan tepung beras. Kek lobak ini boleh dimakan terus dengan kicap, namun ia biasanya dimasak lagi untuk menambah rasa tambahan.

Turnip Cake

Imej via food.malaysiamostwanted

Kek lobak dipotong menjadi kepingan segi empat tepat setelah disejukkan dan kemudian digoreng sehingga kedua belah pihak menjadi keemasan. Ia enak dimakan bersama sos cili atau juga sos hoisin sebagai perasa.

#11. Nasi Ayam Hainan

Nasi ayam Hainan begitu popular di mana jua. Ia antara hidangan masyarakat Cina yang berasal dari Hainan, China. Hidangan ini dinamakan nasi ayam Hainan kerana ia dipopularkan oleh masyarakat Hainan yang berada di kawasan Nanyang.

Nasi ayam Hainan

Imej via freemalaysiatoday

Hidangan ini disajikan bersama sos cili serta sebuk halia. Bagi hidangan di Malaysia, sos cili yang disediakan lebih pedas, kerana dipengaruhi rasa Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan juga disajikan bersama hirisan timun yang melengkapkan hidangan nasi ayam.

Nasi ayam Hainan

Imej via medium

#12. Tau Fu Fah

Tau Fu Fah atau juga disebut sebagai dòufuhuā dan juga dòuhuā merupakan hidangan yang diperbuat daripada tauhu yang sangat lembut.

Tau fu fah

Imej via steemit

Tauhu dikatakan berasal daripada negara China, semasa zaman purba Dinasti Han. Orang-orang Cina telah membangunkan dan memperkayakan resipi masakan berasaskan tauhu mengikut citarasa mereka sendiri. Antaranya adalah seperti tauhu mapo, tauhu busuk, tauhu jeruk, tauhu kukus dan pudding tauhu.

Tau fu fah

Imej via foreverhungrycouple

Di Malaysia, tau fu fah dimakan bersama air gula putih atau gula merah sebagai manisan. Enak dimakan sejuk atau panas.

#13. Mee Wantan

Mee wantan antara hidangan yang begitu popular di Malaysia. Ia merupakan hidangan mee Kantonis yang disajikan bersama sup panas, sayur hijau seperti sawi dan juga wantan.

Mee wantan

Imej via migrationology

Wantan yang disajikan bersama terdiri dari wantan berintikan udang, ayam, daun bawang, cendawan, lobak merah dan banyak lagi. Ia juga boleh digoreng mahupun direbus dalam sup.

Mee wantan

Imej via facebook

#14. Chee Cheong Fan

Chee cheong fan merupakan makanan yang berasal dari Kanton, China Selatan. Biasanya ia dijadikan sebagai makanan ringan atau juga boleh dimakan sebagai sarapan pagi.

Chee cheong fan

Imej via eatwhattonight

Ia merupakan gulungan tepung yang nipis, diperbuat dari jalur shahe fen (mee beras). Ia disajikan bersama udang, daging serta sayuran dan juga bahan lain.

Chee cheong fan

Imej via tofoodwithlove

Chee cheong fan disajikan bersama sos kicap yang akan dituangkan ke atas hidangan untuk dimakan bersama.

#15. Mantou

Mantou merupakan sejenis bun kukus Cina atau turut dikenali sebagai roti kukus yang sangat popular di China Utara. Biasanya ia dijadikan sebagai makanan ruji di bahagian utara China, di mana gandum yang ditanam, bukannya beras.

Mantou

Imej via chinasichuanfood

Roti kukus ini diperbuat daripada tepung gandum, air dan juga agen penaik. Ia bersifat lembut dan padat sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Mantou

Imej via chinatownfood

Terdapat dua jenis mantou iaitu mantou berinti dan juga tanpa inti. Biasanya mantou berinti pes kacang merah. Bagi mantou yang tidak berinti pula ia boleh dimakan bersama susu manis.

#16. Nasi Ayam Claypot

Nasi ayam claypot merupakan hidangan makan malam di China Selatan dan juga Asia Tenggara. Nasi ini yan gdimasak menggunakan periuk tanah liat bersama bahan – bahan seperti ayam, cendawan, sayuran bersama sos soya dan juga ikan masin.

Nasi ayam claypot

Imej via foodcanon

Kehadiran ikan masin meningkatkan rasa nasi ayam ini. Dahulunya, hidangan ini dimasak menggunakan dapur arang. Namun, selari dengan peredaran masa, kini ia telah dimasak menggunakan dapur gas yang lebih menjimatkan masa.

Nasi ayam claypot

Imej via foodadvisor

Kesimpulan

Makanan tradisional Cina memang masih dikekalkan hingga hari ini. Malah, terdapat juga restoran – restoran masakan Cina semakin banyak mempelopori dunia masakan. Restoran masakan Cina yang halal juga sudah semakin banyak di Malaysia.

Selain uniknya hidangan masyarakat ini, ia juga begitu enak dan boleh diterima oleh seluruh masyarakat. Agaknya, ini lah antara sebab makanan tradisional Cina masih diteruskan sehingga hari ini.

Bagi anda yang beragama Islam, pastikan mendapatkan hidangan makanan Cina ini di restoran yang berstatus halal dari JAKIM ya !

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.