Mencari jenis ulam dan khasiatnya?

Ulam merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan mentah. Ianya bukan sahaja enak dan segar, malah menyihatkan. Jadi, tidak hairanlah orang kita gemar menikmatinya sebagai hidangan sampingan.

Ulam juga ada berbagai jenis dan manfaatnya untuk kesihatan. Untuk itu, berikut kami senaraikan 12 jenis ulam untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Ulam Raja

Ulam raja adalah adalah tumbuhan tahunan dalam genus Cosmos, yang mengandungi bunga ungu, merah jambu, atau putih.

jenis ulam raja
Imej via Shopee

Ia berasal dari Amerika Latin, dan Hindia Barat, walaupun ia turut ditanam di kawasan tropika di Asia, Afrika, dan Australia.

Antara manfaat ulam raja ialah ianya boleh mengawal paras gula dalam darah, kaya dengan antioksida dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

#2 Pegaga

Kami yakin ulam pegaga ini pasti anda biasa nikmati, bukan? Tambahan pula jika anda memang menggemari ulam kerana ianya cukup popular.

jenis ulam pegaga
Imej via Wikispecies

Ulam pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica merupakan ulam yang digunakan sebagai sayur dalam bidang masakan atau sebagai ramuan perubatan.

Antara khasiatnya ialah ianya boleh mengawal paras gula, meredakan insomnia atau gangguan tidur dan mencegah parut.

Ianya juga turut digunakan dalam bidang kecantikan kulit, kerana pegaga dikatakan mampu meredakan keradangan kulit.

#3 Jantung Pisang

Jantung pisang merupakan antara jenis ulam yang kena dengan citarasa orang kita. Ianya juga unik dan mempunyai khasiat tersendiri.

jenis ulam jantung pisang
Imej via Facebook

Ianya merupakan bunga pisang yang berbentuk seperti jantung. Ia akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang.

Jantung pisang ini rasanya berlemak, sesuai dibuat gulai. Antara manfaatnya ialah mengelakkan jangkitan, mencegah anemia dan mengawal berat badan.

#4 Kaduk

Daun kaduk merupakan tanaman dalam keluarga Piperaceae yang digunakan dalam banyak masakan Asia Tenggara.

Imej via Facebook

Daunnya sering dikelirukan dengan sirih, tetapi ia berbeza dari segi rasa dan saiz kerana rasaanya tidak sekuat daun sirih dan saiznya lebih kecil.

Antara manfaat daun kaduk ialah ianya boleh meredakan sakit sendi, sakit tulang, sembelit dan mampu menyembuhkan masalah panau.

#5 Peria

Peria ini sangat dikenali dengan rasanya yang pahit, namun ianya kaya dengan khasiat. Bak kata pepatah, yang pahit itu ubat.

peria jenis ulam
Imej via Facebook

Ianya digunakan secara meluas dalam bidang perubatan tradisional, termasuklah bidang Ayurveda yang terkenal dalam masyarakat India.

Antara khasiat peria ialah ianya digunakan untuk merawat asma, meredakan sembelit, mencegah diabetes dan memulihkan kulit yang melecur.

#6 Timun

Timun juga merupakan sayuran yang sesuai digunakan sebagai ulam. Dicicah dengan sambal belacan dan budu, pasti mantap!

jenis ulam timun
Imej via SELDEC

Timun adalah tanaman merambat yang ditanam secara meluas dalam keluarga labu Cucurbitaceae yang menghasilkan buah cucumiform.

Ianya kaya dengan manfaat kesihatan. Antaranya ialah ianya kaya dengan antioksidan, membantu menghidrasi badan dan mengawal paras gula dalam darah.

#7 Daun Selom

Daun selom adalah tumbuhan genus dropwort air yang berasal dari Asia Timur. Ianya turut digunakan sebagai ulam sebagai makanan sampingan.

daun selom
Imej via Facebook

Selain digunakan sebagai ulam, daun selom turut dijadikan sebagai bahan masakan utama untuk hidangan laksa dan kerabu.

Antara khasiat daun selom ialah ianya mampu meredakan demam kuning, mengurangkan masalah insomnia atau gangguan tidur dan melegakan selsema.

#8 Daun Salad

Daun salad ini memang banyak kegunaannya. Selain digunakan sebagai sayuran dalam hidangan, ianya juga digunakan sebagai ulaman.

daun salad
Imej via Pidjar.com

Ianya segar dan juga rangup, boleh bikin sesiapa sahaja ketagih jika dinikmati. Daun salad ini sedikit berair, jadi ia mampu menghilangkan rasa dahaga.

Manfaat lain daun salad ialah ianya kaya dengan zat besi, kalsium, potasium, magnesium dan zink. Sangat berkhasiat, rugi jika tak amalkan!

#9 Kacang Botol

Jika anda ke kebanyakan warung atau restoran pada waktu tengah hari, antara jenis ulam yang wajib ada ialah kacang botol, memang popular.

kacang botol
Imej via Facebook

Kacang botol merupakan tumbuhan yang tumbuh dengan banyak di negara-negara khatulistiwa yang iklimnya lembap dan panas di Asia Selatan dan Tenggara.

Ianya juga mempunyai banyak manfaat kesihatan. Antaranya ialah mengawal paras gula dalam darah, melancarkan sistem penghadaman dan meredakan sakit kepala.

#10 Pucuk Betik

Pucuk betik juga merupakan antara jenis ulam yang digemari orang kita dan turut dinikmati oleh warga negara Asia Tenggara yang lain.

pucuk betik
Imej via Facebook

Ianya merupakan daun bahagian atas untuk pokok betik. Jika ianya pucuk betik muda, rasanya sedikit pahit.

Antara manfaat kesihatan pucuk betik ialah ianya mampu mengawal tekanan darah, meredakan demam dan melancarkan penghadaman.

#11 Petai

Petai merupakan sayuran yang kerap digunakan dalam masakan. Ianya boleh dibuat sambal dan jeruk. Malah, petai juga enak dijadikan ulaman.

jenis ulam petai
Imej via Facebook

Disebabkan kandungan sulfur, ia turut dikaitkan dengan kesannya yang menyebabkan mulut sedikit berbau, namun tidaklah memudaratkan.

Antara khasiat petai ialah ianya membantu untuk melancarkan penghadaman dan mencegah demam selsema.

#12 Cekur

Daun cekur merupakan ulaman yang dikenali dengan saiz kecilnya. Ia tergolong dalam spesis keluarga halia.

daun cekur
Imej via Facebook

Beza warna daun cekur bergantung kepada usianya. Batang cekur muda biasanya berwarna hijau muda dan batang cekur tua berwarna hijau tua atau kelabu.

Antara khasiat daun cekur ialah ianya kaya dengan zat besi, dapat merawat sembelit, mengurangkan angin dalam badan dan memberikan tenaga.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis ulam yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana semuanya kelihatan berkhasiat untuk dinikmati?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.