Bagi penggemar durian, anda berpeluang untuk merasai pelbagai jenis makanan berasaskan durian. Ayuh lihat apakah makanan-makanan itu!

Imej via thejakartapost

Apam Balik Jagung dan Durian

Imej via klfoodie

Mari tukar citarasa kita dengan merasai apam balik durian dan jagung! Anda pasti akan mengalami satu pengalaman yang kelihatan aneh tapi berbaloi.

Lokasi: Apam Balik Nusantara

Aiskrim Durian

Imej via honestbee

Aiskrim berjenama Calli ini dikatakan tidak mempunyai jumlah kalori yang banyak. Jadi, ini pilihan sesuai bagi sesiapa yang tengah berdiet sambil menikmati keenakan perisa durian aiskrim Calli.

Jenama: Calli Ice Cream

Chicken Chop Durian

Imej via KLnow

Chickne Chop Blackpepper? Sangatlah biasa bagi citarasa orang ramai, mungkin chicken chop durian ini boleh mengubah persepsi anda terhadap makanan bizarre.

Lokasi: Zen Taro Cafe

Cream Puff Durian

Imej Via hungrygowhere

Kelembutan cream puff dan manis berlemak durian, mmm sedapnya!

Lokasi: Taste Better

Durian Goreng Karamel

Imej Via picdeer

Kerangupan durian goreng ini pasti akan buat anda semakin ketagih, ditambah lagi dengan manis masin karamel!

Lokasi: Kari Gegar

Cheesecake Durian

Imej Via Klfoodie

Pasti ada yang meragui akan rasa cheesecake durian ini. Tidak adil untuk menghukumi kesedapan makanan ini tanpa mencubanya dulu.

Lokasi: Jo’s Bakery

Cendol Durian

Imej Via klfoodie

Ini mungkin versi biasa untuk durian. Iaitu cendol yang digabungkan bersama durian.

Siapa saja yang tidak tahu Wahab Cendol? Kesedapannya cendol biasa Wabah Cendol juga menjadi kegilaan ramai apatah lagi cendol durian.

Lokasi: Wahab Cendol

Penulis: Nor Athirah

Nor Athirah

Seorang yang berminat untuk menulis sambil berkongsi ilmu.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .