Hari Raya kian menjelang tiba. Saban tahun, umat Islam akan meraikan dua perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha.

Bagi memeriahkan suasana hari raya ini, pelbagai juadah disediakan buat para tetamu yang datang berziarah. Tidak kira di mana anda berada, menu hari raya ternyata cukup istimewa.

Untuk yang masih terfikirkan menu hidangan yang ingin disediakan menjelang sambutan hari raya ini, teruskan membaca artikel ini sehingga habis. Pastinya anda akan mendapat idea untuk menyediakan hidangan hari raya.

#1. Lemang

Lemang diperbuat menggunakan beras pulut serta santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh. Buluh tersebut perlu dilapik dengan daun pisang terlebih dahulu. Lemang merupakan antara makanan tradisional yang masih popular hingga ke hari ini dan ianya sangat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Lemang

Imej via facebook

Lemang juga telah dicatatkan sebagai hidangan paling istimewa sejak tahun 1864 lagi. Cara memasak lemang adalah menggunakan kaedah membakar yang mengambil masa beberapa jam untuk memasaknya.

Lemang

Imej via cookingsbymaria

Kaedah memasak menggunakan buluh ini merupakan kaedah memasak yang digunakan oleh kaum asli di Malaysia. Ia enak dimakan bersama rendang dan juga serunding. Lemang juga menjadi kegemaran masyarakat orang asli Negrito di Kelantan, suku kaum Semai dan Minangkabau.

#2. Ketupat

Ketupat merupakan hidangan yang sering kita nikmati menjelang hari raya. Kelongsong ketupat diperbuat menggunakan pucuk daun kelapa yang dianyam menjadi kelongsong.

Terdapat beberapa jenis ketupat yang sering disediakan sebagai juadah di hari raya. Antaranya adalah ketupat nasi, ketupat lemak, serta ketupat palas.

Ketupat nasi ini menggunakan beras putih yang dimasukkan ke dalam kelongsong ketupat. Ia direbus agak lama sehingga beras tadi benar – benar telah masak dan melekit

  • Ketupat Lemak
Ketupat lemak

Imej via cookpad

Ketupat lemak ini diperbuat menggunakan kelonsong ketupat. Ia berisikan beras pulut dan bukannya beras biasa.

Cara memasak ketupat ini sedikit berbeza iaitu beras pulut yang telah dimasukkan ke dalam kelongsong ketupat akan direbus bersama santan dan sedikit garam. Ia akan direbus sehingga santan kering dan beras pulut benar – benar masak.

Ketupat lemak ini juga sudah kian dilupakan oleh generasi baru. Namun, keenakan ketupat lemak ini tiada tandingannya.

  • Ketupat Palas
Ketupat palas

Imej via rasanakmasak

Ketupat palas agak berbeza bentuknya berbanding ketupat nasi dan ketupat lemak. Ketupat palas yang menggunakan daun palas sebagai pembungkus beras pulut ini berbentuk segi tiga. Ketupat jenis ini boleh terdapat dalam beberapa jenis samada ketupat kosong, ketupat berinti serunding atau ketupat berinti campuran kacang. Biasanya ketupat palas ini disajikan oleh orang di sebelah utara ataupun pantai timur.

Kesemua jenis ketupat ini biasanya dimakan bersama lauk pauk lain seperti rendang, serunding dan sebagainya.

#3. Kelupis

Bagi masyarakat Sarawak, kelupis antara hidangan yang mesti ada semasa hari raya. Ia biasanya dimakan bersama rendang, daging itam dan bermacam lagi.

Kelupis

Imej via facebook

Kelupis ini menggunakan beras pulut yang dibungkus menggunakan daun palas. Ia direbus dan boleh disimpan selama tiga hingga empat hari tanpa menjejaskan sebarang rasa.

Kelupis

Imej via facebook

#4. Rendang

Hidangan rendang cukup popular semasa hari raya. Ia enak dimakan bersama lemang, pulut kuning dan nasi himpit.

Rendang ayam

Imej via iresepi

Terdapat pelbagai jenis rendang yang boleh anda temui iaitu rendang ayam, rendang daging, rendang ikan, rendang kerang dan bermacam lagi. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan rendang adalah cili kisar, santan, bawang, daun kunyit, daun limau purut serta kerisik.

Rendang daging

Imej via friedchillies

Rendang ini boleh dimasak sehingga kering atau sedikit berkuah bergantung kepada citarasa masing – masing.

#5. Serunding

Terdapat pelbagai jenis serunding yang disajikan untuk dimakan bersama lemang, ketupat atau nasi himpit. Ia terdiri daripada serunding daging, ayam mahupun ikan.

Serunding

Imej via facebook

Ia diperbuat menggunakan rempah serta bahan – bahan dan dimasak sehingga kering. Proses memasak serunding ini mengambil masa yang agak lama. Ianya agak kering dan memang enak dimakan.

Serunding

Imej via facebook

#6. Nasi Impit  

Nasi himpit merupakan nasi yang ditekan atau dihimpit sehingga di dalam bekas sehingga menjadi ketulan yg besar. Ianya kemudian dipotong menjadi kecil-kecilan.

Nasi impit

Imej via fuzzymazing

Ia antara makanan tradisional Malaysia yang dihasilkan dari beras yang dimasak serta dimakan bersama kuah kacang. Nasi impit ini juga boleh dimakan bersama rendang, serunding, sambal goreng dan sebagainya.

Nasi impit

Imej via dayre

#7. Kuah Kacang

Kuih kacang terdiri daripada bahan seperti kacang tanah kisar, santan, halia, bawang merah, lengkuas, serai dan sebagainya. Setelah menumis bawang dan cili, kesemua bahan disatukan di dalam periuk dan dimasak sehingga kuah kacang menjadi pekat.

Kuah kacang

Imej via butterkicap

Sesetengah orang mungkin telah menambah bahan – bahan lain di dalam kuah kacang, namun yang penting rasa serta tekstur kuah kacang masih dikekalkan tanpa mengubah rasa sebenar kuah kacang ini.

Kuah kacang

Imej via freemalaysiatoday

#8. Sambal Goreng Pengantin

Menu ini agak sukar ditemui lagi. Namun, masih ada yang meneruskan legasi sambal goreng pengantin ini. Terdapat di sesetengah tempat yang masih menyediakannya. Sambal goreng pengantin ini biasanya disajikan semasa majlis – majlis perkahwinan serta keraian di sekitar Johor dan Singapura.

Sambal goreng pengantin

Imej via facebook

Bahan – bahan yang diperlukan untuk memasak sambal goreng pengantin ini agak banyak dan pelbagai. Malah tempoh memasak yang agak lama membuatkan ianya jarang disajikan lagi.

Sambal goreng pengantin

Imej via facebook

#9. Rendang Padang

Rendang Padang ini berasal dari suku kaum minang di Indonesia. Menu ini agak sukar ditemui di Malaysia. Namun, bagi kaum minang yang berada di Malaysia akan menyediakan menu ini setiap kali menjelang hari raya.

Rendang Padang

Imej via dball

Rendang Padang ternyata berbeza dengan rendang tempatan. Kuahnya tidak terlalu pekat, malah ada yang mencampurkannya dengan paru bagi menjadikan hidangan ini lebih enak untuk dinikmati bersama para tetamu.

Rendang padang

Imej via pomakitchen

#10. Rendang Tok

Rendang Tok makanan warisan negeri Perak biasanya disediakan untuk majlis – majlis perkahwinan. Namun, apabila menjelangnya hari raya, menu ini turut disajikan. Malah, penyediaan hidangan ini telah dilakukan lebih awal kerana prosesnya yang agak memakan masa.

Rendang tok

Imej via star2

Hidangan ini boleh dimakan bersama lemang dan ketupat yang begitu serasi rasanya. Rendang Tok ini boleh disimpan lama tanpa menjejaskan rasanya.

Rendang tok

Imej via resepimudah

#12. Rendang Dendeng

Antara lain yang turut menjadi juadah hari raya adalah rendang dendeng yang tidak kurang hebatnya. Malah, ramai yang gemar menikmatinya bersama lemang dan ketupat.

Rendang dendeng

Imej via musniramustafastid

Rendang ini agak kering serta memiliki rasa yang sedikit pedas dan manis ini cukup  menggembirakan para tetamu. Hidangan ini juga agak renyah untuk menghasilkannya. Dagingnya perlu direbus terlebih dahulu, sebelum digoreng dan digoreng.

Rendang dendeng

Imej via rendangdrf

Bahan – bahan yang digunakan untuk menyediakannya tidak begitu sukar tetapi mungkin kerana banyak proses yang perlu dilakukan membuatkan ianya agak jarang didapati lagi.

#13. Burasak

Burasak merupakan hidangan wajib bagi masyarakat Bugis yang berada di Johor dan Sabah. Biasanya ia dimakan bersama rendang dan juga kuah asam.

Burasak

Imej via simburnaikupdate

Burasak dimasak menggunakan beras dan santan, ia kemudiannya dibungkus menggunakan daun pisang, diikat serta direbus sehingga empat jam lamanya.

Burasak

Imej via sweetladyell

#14. Serunding Kelapa

Serunding kelapa memiliki rasa yang ringkas tetapi unik, malah tidak kurang hebat rasanya. Ia biasanya dijadikan hidangan semasa hari raya.

Serunding kelapa

Imej via airtanganku

Serunding kelapa biasanya tidak pedas dan sesuai dimakan oleh kanak – kanak. Malah, hidangan ini juga sesuai untuk pengamal makanan vegetarian.

Serunding kelapa

Imej via facebook

Ia boleh dimakan bersama nasi himpit, nasi biasa, ketupat, lontong dan juga nasi ambeng. Memang sedap !

#15. Ayam Ungkep

Ayam ungkep dengan orang Jawa memang tidak dapat dipisahkan. Menu ini yang berasal dari Jawa biasanya akan dihidangkan oleh masyarakat Jawa menjelang hari raya.

Ayam ungkep

Imej via iresepi

Untuk menyediakan ayam ungkep ini juga tidak begitu sukar, malah bahan – bahannya juga mudah didapati.

Ayam ungkep

Imej via anisdiary

#16. Lemang Periuk Kera

Lemang periuk kera ternyata berbeza dari segi bentuknya. Proses membuatnya juga berbeza dari lemang biasa.

Lemang periuk kera

Imej via facebook

Lemang periuk kera sebenarnya menggunakan kelongsong periuk kera, lalu dimasukkan beras pulut dan santan. Ia menggunakan proses mengukus untuk memasaknya.

Lemang periuk kera

Imej via facebook

Hidangan yang boleh dikatakan agak rare ini menyebabkan ia sering diburui oleh para peminat lemang periuk kera. Penggunaan kelongsong periuk kera ini memberi rasa yang agak unik, maka tidak hairanlah jika ramai yang ingin menikmatinya.

#17. Lemang Tepung

Lemang tepung ini tidak menggunakan sebarang beras untuk menyediakannya. Ia hanyalah menggunakan serta bahan – bahan lain untuk menyediakannya.

Lemang tepung

Imej via facebook

Rasa lemang tepung ini lemak manis dan seakan kuih bingka. Ia turut dimasak menggunakan buluh sepertimana lemang biasa dimasak. Biarpun kelihatan biasa, lemang tepung ini tetap menjadi perhatian malah menjadi pelengkap juadah semasa hari raya Aidilfitri.

Lemang tepung

Imej via facebook

#18. Lemang Kelamai

Bagi masyarakat berketurunan Rawa, lemang ini merupakan salah satu hidangan semasa musim perayaan. Lemang ini biasanya dihidangkan bersama kelapa parut dan dimakan bersama.

Kelamai

Imej via webstagram

Lemang kelamai berwarna coklat kehitaman seperti dodol ini hanya boleh ditemui di sekitar daerah Batang Padang, Perak sahaja.

Kelamai

Imej via webstagram

#19. Lontong

Lontong antara hidangan yang turut mendapat perhatian. Ia merupakan hidangan yang terdiri daripada nasi himpit bersama sayur lodeh.

Lontong

Imej via norazlitaaziz

Kuah lodeh yang disediakan terdiri dari campuran sayur – sayuran seperti kacang panjang, lobak merah, serai, lengkuas, santan, tauhu serta tempe. Ia juga dimakan bersama sambal bilis yang begitu enak.

Lontong

Imej via ksmtour

#20. Dodol

Biarpun tidak ramai lagi yang membuatnya secara tradisional, namun dodol tetap mendapat permintaan ramai. Kehadiran dodol ini pelengkap juadah hari raya.

Dodol

Imej via mykeuken

Dodol diperbuat daripada santan kelapa, tepung beras, gula melaka, gula pasir dan sedikit garam. Selain perisa asli, dodol juga diperbuat dengan pelbagai rasa seperti rasa durian dan pisang.

Dodol

Imej via says

#21. Pelbagai Hidangan Nasi / Nasi Ayam / Nasi Minyak / Nasi Beriyani / Nasi Dagang

Pelbagai jenis nasi boleh dihidangkan ketika hari raya. Sesetengah tetamu lebih menggemari nasi sebagai hidangan hari raya.

Nasi minyak

Imej via facebook

Bagi masyarakat di sebelah pantai timur, hidangan nasi dagang dan nasi minyak sememangnya menu wajib dihidangkan. Bagi sesetengah tempat pula biasanya lebih gemar menjamu para tetamu dengan nasi beriyani, nasi minyak serta nasi berlauk.

Nasi dagang

Imej via jalanjalancarimakan

#22. Sate

Sate juga antara hidangan yang disajikan buat para tetamu. Terdapat pelbagai jenis sate yang boleh disajikan seperti sate ayam, sate daging, sate perut, sate ikan dan sebagainya. Ia enak dimakan bersama kuah kacang dan nasi himpit.

Sate ayam

Imej via whats4eats

Hidangan sate ini agak ringkas namun mampu mengenyangkan para tetamu yang datang.

Sate daging

Imej via facebook

#23. Kuih Bahulu

Kuih bahulu sememangnya kuih kegemaran ramai. Biarpun pelbagai zaman sudah berlalu, namun kuih bahulu tetap mendapat tempat di hati masyarakat.

Bahulu

Imej via seasaltwithfood

Kuihnya yang lembut dan manis sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama kanak – kanak dan warga emas. Kuih ini telah melalui fasa moden di mana ia tidak di masak menggunakan dapur arang lagi, sebaliknya dapur – dapur moden telah mengambil alih dalam dunia masakan.

Bahulu

Imej via ketojules

#24. Kek Lapis Sarawak

Jika berhari raya di negeri Sarawak, adalah tidak lengkap rumah anak jati Sarawak jika tiada hidangan kek lapis. Hidangan ini antara ‘trademark’ masyarakat Sarawak semasa menyambut hari raya.

Kek lapis

Imej via keklapissarawakaisyahkhir2017

Warna kek lapis yang berwarna – warni ini sememangnya menarik perhatian ramai. Tambahan pula rasa juga begitu enak sekali membuatkan ramai yang menggemarinya. Kek lapis ini akan dipotong kecil – kecil supaya senang dinikmati.

Kek lapis

Imej via vitdaily 

#25. Rempeyek

Rempeyek, peyek atau tempeyek merupakan hidangan yang sama. Ia ibarat kerepek kegemaran masyarakat Jawa. Malah kini, hidangan ini digilai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Rempeyek

Imej via facebook

Biasanya masyarakat berketurunan Jawa akan menyajikan hidangan ini. Peyek yang diperbuat daripada tepung beras, santan, ikan bilis serta kacang tanah ini sememangnya enak dimakan pada bila – bila masa sahaja. Ia juga turut dicampurkan dengan sedikit jintan bagi memberi rasa sedikit pedas.

Rempeyek

Imej via ressay

#26. Biskut Raya dan Kerepek

Pelbagai jenis biskut raya dihidangkan sebagai kudapan buat para tetamu. Antara yang menjadi pilihan adalah biskut kacang, biskut cornflakes, biskut bangkit, biskut makmur dan banyak lagi.

Biskut raya

Imej via facebook

Kerepek serta kudapan yang berperisa pedas juga sering menjadi pilihan ramai. Kerepek – kerepek ubi, pisang, kacang dal dan bermacam lagi sememangnya enak. Tambahan pula ianya rangup membuatkan tidak puas makan sedikit sahaja.

Kerepek ubi kayu masin

Imej via resepimudah

Hidangan kerepek ini dapat mengurangkan rasa mual setelah kenyang menikmati pelbagai juadah hari raya.

Kesimpulan

Inilah antara menu hidangan yang biasanya disajikan oleh umat Islam di Malaysia tatkala menjelang hari raya. Biarpun berada jauh dari tanahair, menu – menu ini tetap disajikan bagi meraikan kedatangan Syawal bulan yang mulia.

Hampir kesemua menu ini disajikan oleh seluruh masyarakat Malaysia. Rakyat yang majmuk di negara ini berkongsi rasa semasa menyambut hari raya, hari yang mulia.

Semestinya anda sudah pun mendapat beberapa idea tentang menu yang akan disediakan bagi menyambut hari raya yang akan datang ini.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .