Mencari informasi tentang jenis kacang?

Kacang merupakan sejenis hasil tumbuhan yang digunakan sebagai sumber makanan untuk manusia dan haiwan.

Secara umum, terdapat lebih 40,000 jenis kacang yang didaftarkan di dunia, jelas menunjukkan yang ianya juga dihasilkan secara meluas.

Anda pasti tertanya-tanya tentang jenis dan khasiat kacang, bukan? Jadi, berikut kami senaraikan 11 jenis kacang untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Kacang Tanah

Kacang tanah ini merupakan antara variasi kacang yang popular di dunia, termasuklah negara kita.

jenis kacang
Imej via npr

Kacang tanah yang ditanam di negara kita digunakan untuk kegunaan segar. Misalnya, ia akan dibuat kacang rebus dan kacang goreng.

Selain itu, ia juga turut diproses untuk dijadikan minyak masak dan spread untuk roti. Mentega kacang yang dinikmati ramai ini sebenarnya merupakan hasil kacang tanah.

Antara manfaat kacang tanah ialah adalah sumber lemak, protein, dan serat yang sihat. Ia mampu melawaskan sistem penghadaman dan sesuai dijadikan sumber tenaga.

#2 Kacang Badam

Kacang badam merupakan kacang yang berasal dari Timur Tengah, tetapi AS kini menjadi pengeluar terbesar di dunia.

jenis kacang badam
Imej via Lifehack

Ianya bersaiz kecil, berbentuk bujur dan berwarna perang. Kacang ini selalunya dijual tanpa kulitnya atau dihancurkan.

Di pasaran, ia juga dijual sama ada mentah atau panggang. Badam mempunyai rasa lemak yang membuatkan ia sesuai dijadikan produk seperti ekstrak badam dan pes badam.

Antara khasiat badam adakah ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa lapar dan menurunkan kadar kolesterol.

#3 Kacang Gajus

Kacang gajus adalah biji berbentuk ginjal yang bersumber dari pokok gajus – pokok tropika yang berasal dari Brazil.

Pokok gajus kini ditanam di pelbagai iklim hangat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

jenis kacang gajus
Imej via Nuts.com

Kacang ini sering dijadikan makanan ringan atau makanan yang diproses dan dipasarkan secara meluas.

Khasiat kacang gajus ialah ia mengurangkan risiko diabetes, meningkatkan sistem imun dan bagus untuk kesihatan gigi dan tulang.

#4 Kacang Pistachio

Pistachio adalah pokok kecil yang berasal dari Asia Tengah dan Timur Tengah. Ia juga merupakan keluarga pokok gajus.

Pokok pistachio menghasilkan biji yang banyak yang dikenali dengan nama kacang pistachio.

kacang pistachio
Imej via Britannica

Satu fakta menarik tentang kacang ini ialah ianya sudah dinikmati oleh manusia sejak 7000 SM lagi.

Antara manfaat kacang pistachio ialah mengurangkan paras gula dalam darah, meningkatkan kolestrol baik dalam badan dan melancarkan sistem penghadaman.

#5 Kacang Macadamia

Kacang macadamia adalah kacang pokok yang mempunyai rasa seperti mentega dan tekstur berkrim. Berasal dari Australia, pokok macadamia kini ditanam di pelbagai negara Barat.

jenis kacang macadamia
Imej via Medical News Today

Kacang ini sering digunakan dalam bidang masakan, bakeri dan pastri. Ia selalunya dicincang sebelum dijadikan topping.

Kacang macadamia kaya dengan vitamin, mineral, serat, antioksidan, dan lemak sihat.

Antara manfaat kesihatanya ialah mampu melindugi seseorang daripada penyakit diabetes, sindrom metabolik, dan penyakit jantung.

#6 Kacang Pecan

Pecan adalah spesies kacang yang berasal dari Mexico utara dan selatan Amerika Syarikat.

jenis kacang pecan
Imej via GH

Kacang yang sama kategori dengan kacang walnut ini mempunyai kulit berwarna perang, rasa yang rangup dan berkrim. Berbanding walnut, ianya lebih rangup.

Kacang ini digunakan dalam bidang bakeri dan selalu dijadikan topping. Ia juga boleh dijadikan snek atau kudapan.

Pecan adalah sumber kalsium, magnesium dan kalium yang baik. Jadi, ia membantu menurunkan tekanan darah.

#7 Kacang Walnut

Kacang walnut merupakan sejenis kacang yang jatuh dalam kategori yang sama seperti kacang pecan.

walnut
Imej via Perishable News

Dari luaran, kacang walnut ini kelihatan hampir sama seperti pecan. Namun, ianya mempunyai isi yang berwarna perang.

Berbanding pecan yang rasanya manis, walnut mempunyai rasa yang agak pahit, namun masih enak untuk dinikmati sebagai kudapan.

Antara manfaat kacang walnut ialah ia boleh meredakan keredangan, mengurangkan risiko kanser dan menurunkan tekanan darah.

#8 Kacang Brazil

Kacang Brazil merupakan hasil tumbuhan untuk spesis pokok yang tertua di hutan Amazon, memang eksklusif!

kacang brazil
Imej via the Family Pantry

Teksturnya yang halus serta rasanya yang berkrim membuatkan ia enak dinikmati mentah atau dikisar.

Manfaat kacang Brazil adalah ia boleh mengurangkan keradangan dan melindungi jantung, otak, serta sistem imun anda.

#9 Kacang Pain

Dituai dari pokok pain, kacang pain kebanyakannya diimport dari China dan Itali.

pine
Imej via A Couple Cooks

Kacang pain mempunyai bentuk memanjang berukuran kira-kira 1/2 inci. Apabila mentah, ia mempunyai tekstur lembut dan rasa mentega yang manis.

Antara manfaat kacang ini ialah ianya menjaga kesihatan jantung dan otak serta mengurangkan risiko penyakit diabetes.

#10 Kacang Hazel

Hazelnut, juga dikenal sebagai filbert atau bongkah, adalah sejenis kacang yang berasal dari pokok Corylus.

Kebanyakan kacang hazel ini ditanam di Turki, Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Ianya dipasarkan secara meluas di seluruh dunia.

hazelnut
Imej via Medical News Today

Kacang hazelnut mempunyai tekstur luaran yang kasar dan ianya mempunyai rasa seperti kacang panggang.

Antara khasiat kacang hazel ialah ia membantu menurunkan kadar lemak dalam darah, mengawal tekanan darah dan mengurangkan keradangan.

#11 Buah Keras

Namanya buah, namun jangan keliru. Buah keras ini bukan sejenis buah, namun ia sebenarnya sejnis kacang.

buah keras
Imej via Daily Trending News

Rasa dan tekstur buah keras adalah hampir sama dengan kacang macadamia namun ianya lebih kasar.

Buah keras ini selalunya dipanggang dan enak dijadikan snek atau rempah dalam masakan.

Antara khasiat buah keras termasuklah melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan risiko penyakit jantung dan merawat sembelit.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis kacang yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana semuanya kelihatan menarik untuk dinikmati?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai khasiat dan kegunaan yang tersendiri. Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.