Terlupa makanan zaman kanak-kanak yang mampu menggamit memori?

Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling ‘syok’ sekali. Tiada tanggungjawab berat yang perlu dijalankan, tiada bil-bil penting yang perlu dilunaskan. Berseronok merupakan perkara utama yang sentiasa di fikiran.

Kami yakin, jika diberi peluang, pasti anda mahu kembali ke zaman kanak-kanak. Namun, tidak perlu menggunakan mesin masa untuk mengimbau kenangan yang lama. Cuma perlu ingat perkara seperti permainan atau makanan ketika zaman kanak-kanak sahaja.

Oleh itu, berikut kami senaraikan 17 makanan zaman kanak-kanak yang pasti akan buat anda rindu tak terhingga kepada zaman tersebut. Teruskan membaca!

Gula-gula

Walaupun sentiasa dilarang oleh emak, anda pasti akan beli juga gula-gula dan menikmatinya bersama rakan-rakan di taman permainan, bukan? Jenis gula-gula yang digemari juga ada berbagai.

#1 Eyeglass with Candy

makanan zaman kanak kanak

Imej via The Malaysian Times

Antara jenis gula-gula yang popular ialah yang jenis ini – Eyeglass with Candy. Bentuk bungkusan yang seolah-olah kaca mata ini membuatkan ianya digelar sebegitu rupa. Warna gula-gula juga ada berbagai, patutlah kanak-kanak mudah tertarik!

#2 Gula-gula Susu Bento

makanan zaman kanak kanak bento

Imej via Twitter

Jenis coklat seterusnya ialah gula-gula susu Bento. Ini merupakan antara yang paling terkenal sekali. Rasanya yang manis dan berlemak, perisa yang berbagai serta harganya yang murah (sekitar 5 sen) membuatkan ramai kanak-kanak menggemarinya.

#3 Gula-gula Nano-Nano

makanan zaman kanak-kanak

Imej via givado

Seterusnya ialah gula-gula jenis Nano-Nano. Lagunya yang sering menghiasi iklan di kaca tv pada zaman dahulu pasti mula terngiang-ngiang di telinga anda, bukan? Rasa orennya yang manis membuatkan ianya menjadi kegilaan ramai.

#4 Gula-gula Getah Boomer

makanan zaman kanak kanak boomer

Imej via Shopee

Sebut sahaja tentang gula-gula getah, jenis ini pasti mula terlintas di minda anda – Boomer. Gula-gula getah ini sememangnya mendapat sambutan yang hangat suatu ketika dahulu. Perisanya yang berbagai juga membuatkan ramai menggemarinya.

#5 Sugus

sugus

Imej via Shopee

Didatangkan dalam pek berbentuk kuboid, gula-gula yang berbagai perisa ini juga pasti merupakan salah satu kegemaran anda, bukan? Sugus ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah di serata dunia. Tidak hairanlah begitu ramai menggilainya!

Keropok

Selain gula-gula, keropok juga merupakan antara makanan yang wajib dinikmati semasa zaman kanak-kanak. Walaupun puas emak melarang kerana ianya tidak berkhasiat, ianya tetap menjadi kudapan kegemaran kita.

#6 Mamee

makanan zaman kanak-kanak

Imej via behypy

Antara keropok yang digemari semasa zaman kanak-kanak ialah keropok Mamee Monster. Bukan pada zaman kanak-kanak sahaja, malah sehingga dewasa pun kita masih menggemarinya. Serbuk yang disediakan bersama menggandakan lagi keenakannya!

#7 Super Ring

makanan zaman kanak kanak super ring

Imej via Fortune Mart

Keropok serbuk keju ini semestinya akan tersenarai bersama jika kita bercakap tentang makanan zaman kanak-kanak – Super Ring! Rasa keju yang tidak memuakkan ini memang membuat ramai ketagih. Lebih enak dinikmati semasa menonton kartun kegemaran!

#8 Popcorn Perasa Durian

makanan zaman kanak-kanak

Imej via massari.com

Popcorn perisa durian – bila terdengar sahaja nama keropok ini, anda pasti mula terliur terbayangkan rasa jagung dan durian yang manis, bukan? Keropok ini juga merupakan antara yang paling popular di kalangan kanak-kanak zaman dahulu. Sedap yang amat!

#9 Tam Tam

tamtam

Imej via behypy

Keropok Tam Tam ini juga merupakan antara keropok kegemaran ramai. Bukan sahaja semasa zaman kanak-kanak, malah sehingga dewasa pun ianya masih lagi disukai ramai. Kami yakin anda juga pasti merupakan antara peminatnya!

#10 Mimi

mimi

Imej via Alibaba.com

Jika keropok Tam Tam merupakan snek perisa ketam, keropok Mimi pula merupakan keropok perisa udang. Tidak perlu kami perkenalkan lagi keropok ini kerana kami yakin anda pasti mengenali dan menggemarinya, bukan?

 Snek

Ada sesetengah kanak-kanak kurang menggemari keropok. Sebagai alternatif, mereka menikmati makanan ringan seperti snek yang menawarkan keenakkan yang sama seperti keropok. Berikut merupakan antara jenama snek yang popular pada zaman kanak-kanak:

#11 Yam Yam

yanyan

Imej via ebay

Yan Yan – jenama snek yang pasti sudah tidak asing lagi buat kita. Ianya didatangkan dengan dua perisa iaitu coklat dan strawberi. Snek ini bukan sahaja manis, malah keenakkannya juga boleh bikin ramai ketagih.

#12 Ni Ni

makanan zaman kanak kanak

Imej via flickr

Selain Yan Yan, Ni Ni juga merupakan antara snek coklat celup yang sangat terkenal. Ianya juga mempunyai perisa coklat dan strawberi. Rasa yang manis ditambah pula dengan kerangupan kacang membuatkan ramai kanak-kanak menggilainya!

#13 Tora

snek tora

Imej via Shopee

Snek yang didatangkan bersama permainan percuma merupakan antara kegemaran kita semasa kanak-kanak, bukan? Snek Tora merupakan salah satu snek yang menawarkan permainan percuma bersama. Memang menjadi buruan ramai!

#14 Ding Dang

ding dang

Imej via Shopee

Sama seperti Tora, Ding Dang juga merupakan snek bersalut coklat yang turut didatangkan bersama mainan percuma. Selain daripada tarikan mainannya, rasanya yang enak juga turut menarik perhatian ramai. Sekotak memang tak cukup!

Biskut / Kek / Wafer

Biskut, kek dan wafer juga merupakan antara makanan ringan yang menjadi kesukaan ramai semasa zaman kanak-kanak. Berikut kami senaraikan antara jenis yang popular.

#15 Kek Berlapis Apollo

apollo kek

Imej via Alibaba

Apollo – satu jenama kek berlapis yang tidak perlu kami hebahkan lagi kepada anda. Ada pelbagai perisa yang boleh didapati seperti coklat, pandan dan strawberi. Beli berkotak-kotak pun pasti akan habis dalam masa yang singkat, percayalah!

#16 Biskut Bunga Aising

biskut aising

Imej via mynewshub

Mungkin anda tidak tahu nama biskut ini, namun jika kami tunjukkan gambarnya, pasti anda sudah mula terbayangkan keenakkan biskut bunga aising ini. Sedap tak terkata, sangat sesuai dinikmati sambil menonton rancangan kegemaran.

#17 Wafer Apollo

apollo wafer

Imej via Pinterest

Selain kek berlapis, Apollo juga turut mempunyai wafer yang tidak kurang hebatnya. Wafer coklat ini cukup kaya dengan rasa coklat yang boleh bikin sesiapa sahaja jatuh cinta dengannya. Tak pernah cuba? Memang rugi!

Kesimpulan

Banyak juga makanan zaman kanak-kanak yang boleh didapati. Ini pun bukan kesemuanya, ada banyak lagi yang tidak kami senaraikan. Yang pasti, kami yakin anda pasti sudah mula rindu zaman kanak-kanak hanya dengan melihat gambar makanan-makanan ini, bukan?

Tidak mengapa, ada kebanyakan makanan yang kami senaraikan ini masih boleh didapati di pasaran. Baik secara atas talian atau di pasaraya, anda masih boleh menikmatinya lagi. Jadi, dapatkan dengan segera jika perut mula mengidamkannya!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.