Ramai yang ke ibu kota semata-mata untuk mencuba makanan viral iaitu kebab Bukit Bintang. Datang sahaja ke mana-mana kedai menjual kebab di Bukit Bintang, pasti perlu beratur panjang untuk mendapatkannya.

Apa perbezaan kebab dan shawarma ya? Ada yang berpendapat kebab dan shawarma adalah makanan yang hampir sama. Yang membezakannya adalah nama. Kebab lebih dikenali di negara Asia Selatan dan Asia Tengah manakala shawarma dikenali di timur tengah.

Ada juga yang mengatakan kebab dan shawarma berbeza dari teknik memasak, jenis daging, cara hidangan dan sebagainya. Apa yang pasti, kebab dan sharwarma adalah roti yang dibalut dengan daging yang dimasak bersama bahan-bahan tertentu serta diletakkan sos istimewa dan sayur.

Jika anda mencari kebab Bukit Bintang yang sedap, ini beberapa tempat yang boleh anda merasai keenakan kebab yang luar biasa.

Halab Gate

Imej via [ Halab Gate ]

Kebab yang terkenal di Bukit Bintang semestinya kebab di Halab Gate. Ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan kebab di sini. Dengar cerita, kebabnya memang sedap.

Bayangkan dapat makan kebab yang masih panas dengan intinya yang cukup rasa. Rata-rata pengunjung memuji kelembutan rotinya yang tebal dan garing, keenakan daging atau ayamnya yang manis, juicy serta empuk dan sos bawang putih yang cukup rasa.

Portion hidangan juga memuaskan. Halab memang terkenal dengan aneka menu timur tengah yang enak. Selain kebab dan shawarma, Halab Gate juga mempunyai menu pilihan ramai pengunjung iaitu Maqlubah serta makanan tradisi Syria termasuklah Muhammarah, Chicken Maklouba dan Kibbeh Labanieh.

Lokasi: 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-2.00 pagi)

Damascus BBQ

Imej via [ Damascus BBQ ]

Selain Halab Gate, Damascus BBQ juga menjadi port kebab dan shawarma buruan penggemar makanan ini. Jika anda perhatikan, kedai ini juga perlu beratur panjang untuk mendapatkannya namun masa untuk menunggu tidaklah begitu lama. Ramai juga yang mengatakan kebab di sini lebih enak.

Pengunjung mempunyai dua pilihan shawarma iaitu daging dan ayam. Shawarma di sini menggunakan roti yang nipis tetapi lembut, daging dan ayam yang juicy, lembut dan terasa keenakan bahan-bahan perapannya. Ramai yang turut menyukai kesedapan sos bawang putih yang dipadankan dengan rasa daging tersebut.

Lokasi: Sebelah Wolo Hotel, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi-4.00 pagi)

Tarbush Restaurant

Imej via [ Tarbush Restaurant Malaysia ]

Merupakan salah satu restoran terkemuka yang menyajikan menu dari timur tengah, anda juga perlu mencuba kebab di Tarbush Restaurant. Banyak pilihan kebab berlainan dan mempunyai rasa tersendiri.

Aneka jenis kebab enak buat pilihan anda. Pilih saja Chicken Tikka Kebab, Tarbush’s Kebab Irani, Eggplant Lamb Kebab, Kebab Hindi, Grilled Lamb Kibbeh Kebab dan banyak lagi. Setiap jenis kebab dibuat dengan resepi rahsia, menggunakan aneka rempah dan bahan istimewa.

Tak cukup dengan itu, restoran ini juga terkenal dengan sajian kunafa, Saj Pastry, Tandoori Meals dan Special Tarbush Lamb. Nak tahu keenakan makanan timur tengah yang sebenar? Jom cubanya di sini!

Lokasi: Upper Ground (UG) Floor, JW Marriott Hotel, No 181, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-2.00 pagi)

Reto Sandwich

Imej via [ Reto Sandwich ]

Ramai yang masih belum mengetahui bahawa kebab Bukit Bintang juga boleh diperoleh di Reto Sandwich. Harga kebab di sini lebih murah dan sangat berbaloi dengan kuantitinya.

Terdapat lima jenis kebab atau shawarma yang ditawarkan iaitu Chicken Shawarma Sandwich, Lamb Shawarma Sandwich, Chicken Shawarma Plate, Lamb Shawarma Plate dan Shawarma Combo. Setiap jenis shawarma ini boleh dipilih dalam tiga saiz iaitu regular, large dan kids.

Lokasi: 116, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 5.00 pagi)

Container Kebab

Container Kebab juga merupakan tempat yang anda boleh rasai keenakan kebab yang lain daripada yang lain. Lokasi kedai ini memang strategik kerana berada dalam pusat membeli belah iaitu LaLaport Bukit Bintang City Centre.

Paling best, pelbagai jenis kebab enak ditawarkan buat penggemar makanan dari timur tengah ini. Ada original kebab, cheese kebab, spicy bulgogi kebab, special kebab, chili island kebab dan lain-lain. Memang unik, tengok sahaja gambar sudah membuatkan ramai yang terliur.

Container Kebab mempunyai banyak cawangan lain di Selangor, Melaka, Ipoh, Kuantan, Seremban dan Kota Kinabalu. Jika anda mahu merasai kebab dari Container Kebab, datanglah ke cawangan berdekatan dengan anda.

Lokasi: LG1-FH19a, Lower Ground 1, LaLaport BBCC, 2, Jalan Hang Tuah, 55200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 6.00 petang)

Senarai kebab Bukit Bintang di atas adalah halal. Jadi tak perlu ragu-ragu untuk mencubanya. Setiap kebab dari setiap kedai tersebut mempunyai rasa, kaedah memasak dan portion berbeza. Setiap kebab dari kedai-kedai tersebut juga mempunyai rasa kebab yang tersendiri. Nak tahu perbezaan rasanya? Apa kata anda cuba kebab di setiap kedai di atas pasti tidak menyesal.

Tambahan pula, lokasi kedai-kedai tersebut berdekatan antara satu sama lain. Bagi yang tidak pernah mencuba kebab Bukit Bintang, jom ajak pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan untuk turut mencubanya sekali.

Apa makanan enak yang ada lagi di sekitar KL ya? Tak perlu pening memikirnya, jom datang ke tempat makan ini:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.