Food truck menjadi kehangatan di Malaysia, menawarkan makanan unik dan baru!

Kebanyakkan food truck beroperasi di antara tempat-tempat besar disebabkan harga sewa permit yang tidak tetap namun media sosial membantu pengunjung untuk mencari food truck ini dengan mudah.

Kami kumpulkan lima food truck KL yang mempunyai pengikut ramai di Twitter, Instagram dan Facebook, reviews yang baik dan harga berpatutan.

Curbside Cantina

Imej Via Says

Imej Via Says

Curbside Cantina menjalankan “brisk business” di tempat berbeza di Kuala Lumpur. Cara mudah untuk mengesan mereka adalah melalui Instagram iaitu @CurbsideCantinaKL yang sering kemaskini lokasi dan masa beroperasi.

Tacos, Quesadillas dan pelbagai makanan Mexico lain dihidangkan, harganya juga amat berpatutan dengan rasa yang tidak mengecewakan. Food truck ini semestinya berbaloi untuk dikunjungi!

Flaming Wheels

Imej Via Yelp

Imej via Yelp

Reka bentuk serba hitam dan tulisan merah menyala food truck ini menarik perhatian orang ramai, Flaming Wheels ini merupakan pilihan terbaik untuk makan tengahari! Restoran bergerak ini beroperasi di sekitar Lembah Klang dan anda boleh dapat lokasi tepat berdasarkan kemaskinin mereka di laman web rasmi.

Menariknya tentang Flaming Wheels ini, mereka menyediakan hidangan gourmet dengan harga yang berpatutan! Nachos lembu bercili hanya berharga RM9.90, disediakan dengan bahan-bahan yang berkualiti. Mesti cuba okay!

Little Fat Duck

Imej Via littlefatduck

Imej Via kampungboycitygal

Makanan Itali dan Perancis ala-ala bistro di Little Fat Duck ini sangat bagus, tidak diragui lagi. Dory Fillet merupakan kegemaran ramai, dihidangkan bersama kentang putar manakala spaghetti yang berharga RM6 mesti dicuba!

Selain food truck, mereka juga ada buka cawangan kedai di SS15, Subang Jaya (bertentang Public Bank). Anda juga boleh pergi ke 1 Utama Shopping Centre untuk merasai makanan mereka di kedai kecil, terletak di ground floor.

The Humble Chef

Imej Via NayHoney

Imej via vkeong

The Humble Chef merupakan salah satu food truck yang beroperasi di lokasi yang tetap (selalunya). Anda boleh nampak food truck ini bertentang dengan HELP University di Pusat Bandar Damansara, mereka juga melakukan “brisk business” terutamanya waktu tengahari.

Menawarkan pasta, sandwich dan sebagainya dengan harga RM5. The Humble Chef juga ada kedai berhawa dingin di Plaza Damansara yang terkenal dengan laksa! Jom cuba sebelum terlambat!

SpagMe

Imej via makantruck

Imej via makantruck

Food truck serba kuning ini menjadi sensasi ketika ianya mula beroperasi pada 2013 dan meraih pengikut tetap (dan juga copycat). Food truck yang menyediakan makanan sedap dan berkualiti dengan harga mampu beli pasti disukai ramai, harga makanannya bermula dari RM6.50.

Food truck ini berada di antara Jalan Dungun di KL dan SS15 Subang Jaya. Ayuh serbu!

Penulis: Nor Athirah

Seorang yang berminat untuk menulis sambil berkongsi ilmu.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.