Sebelum bercerita tentang makanan, anda perlu teruja dengan fakta mengenai Restoran Sambal Hijau. Mereka menerima lebih daripada 2000 pelanggan setiap hari! Ini memang bukan jumlah yang sedikit.

Kerana jumlah pelanggan yang semakin bertambah juga, mereka terpaksa menambah keluasan ruang makan dan dapur. Begitu juga dengan parkir untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan yang berusaha untuk datang ke tempat mereka.

Tapi, apakah yang menjadikan Restoran Sambal Hijau amat terkenal? Kalau sebut tentang makanan, mereka juga menyediakan kuantiti yang banyak sebagaimana restoran-restoran lain di Malaysia. Merujuk kepada laman sesawang Restoran Sambal Hijau, mereka menyediakan lebih 80 jenis masakan yang terdiri daripada lauk-pauk, sayur-sayuran dan ulam-ulaman.

 

Restoran Sambal Hijau
Restoran Sambal Hijau

Imej via Foursquare

Ini tiada bezanya dengan kebanyakan restoran lain yang boleh ditemui di mana-mana di Malaysia. Sudah tentu ada rahsia di sebalik kejayaan menarik pelanggan seramai itu.

Menurut sejarah penubuhannya, Restoran Sambal Hijau pada asalnya mengambil alih sebuah restoran di mana mereka beroperasi sekarang. Permulaan perniagaan mereka amat tidak memberangsangkan. Keadaan ini tentulah sukar bagi mereka.

Kesimpulannya, kesukaran ini telah mencapai tahap ‘mengalah adalah lebih baik daripada terus berusaha’. Dengan kesabaran, mereka teruskan jua. Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil. Itulah semangat yang perlu ada.

Maka, berkat kesabaran, tanpa disedari, nama Restoran Sambal Hijau telah dimasukkan ke dalam sebuah majalah di Singapura oleh seorang penulis. Sejak itu, pelanggan di Restoran Sambal Hijau kian bertambah.

 

Muncul Di Jalan Jalan Cari Makan

Apabila nama mulai meningkat, maka ramailah pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat datang menjamu selera. Ini termasuklah mereka yang bertugas di TV3 di mana rancangan terkemuka Jalan-Jalan Cari Makan disiarkan. Restoran Sambal Hijau menawarkan diri untuk disiarkan dalam rancangan tersebut.

Kemunculan Restoran Sambal Hijau di dalam rancangan itu adalah satu jenis pemasaran yang berkesan. Dengan pelbagai jenis makanan, layanan yang baik, persekitaran yang bagus dan kualiti masakan yang tinggi, mereka terus diserbu pelanggan dari merata tempat.

Restoran Sambal Hijau terletak di Lot 2990, Kampung Sg Penchala, Jalan Damamsara, Kuala Lumpur. Sekiranya sukar, cuba cari masjid kuning kerana ia berada bersebelahan dengan masjid tersebut. Oleh kerana lokasinya bersebelahan dengan masjid, jadi, ramailah yang makan di situ selepas solat Jumaat pada hari Jumaat.

 

Sentiasa Penuh Dengan Orang

Namun begitu, pelanggan memang sentiasa ramai walaupun pada hari-hari yang lain. Jumlahnya paling tinggi pada waktu tengahari. Maka, jika boleh, datanglah ke Restoran Sambal Hijau ini lebih awal untuk mendapatkan tempat. Walaupun anda datang pada pukul satu petang, ramai pelanggan mula memenuhi restoran ini pada waktu itu.

Jika sanggup bersabar, anda terpaksa berdiri menunggu giliran untuk mendapat tempat. Ini mungkin bukan suatu masalah bagi ramai pelanggan Restoran Sambal Hijau. Sebab itulah walaupun terpaksa menunggu, mereka tetap menjadi pelanggan tetap di restoran ini.

Pada waktu siang, buka mata anda seluas-luasnya untuk memilih daripada berpuluh jenis lauk-pauk. Ada terlalu banyak pilihan dan setiap orang mempunyai citarasa masing-masing. Suasananya lebih tenang sedikit pada waktu malam. Pada waktu seperti ini pula, Restoran Sambal Hijau ada menyediakan masakan Thai seperti Tom Yam.

 

Waktu Operasi Restoran Sambal Hijau

Restoran Sambal Hijau beroperasi tujuh hari seminggu. Anda boleh bersarapan di sini kerana ia dibuka seawal 7:30 pagi. Sebagaimana kebanyakan restoran, ia beroperasi sehingga pukul 2 pagi kecuali pada hari Ahad iaitu hanya sehingga pukul 12 malam.

Untuk mendapatkan lebih banyak komen, boleh ikuti perkembangan dan pendapat pelanggan mereka di laman Facebook Restoran Sambal Hijau.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.