Restoran Cik Melur. Nama klasik hidangan sedap. Itulah tarikan hidangan di Restoran Cik Melur di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri di sini menghidangkan pelbagai menu ala kampung.

Sesekali menukar selera, tidak menjamah makanan barat sebaliknya kembali kepada menu tradisional seperti masak lemak telur itik, masak lemak pisang muda. Ditambah pula dengan ulam-ulaman dan ikan bakar air asam mencepu sudah tentu menyelerakan.

restoran cik melur

Imej via Facebook

Malah, bagi generasi yang membesar di kampung, hida­ngan tradisi itu pasti mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak. Ternyata, makanan tradisi ini masih mendapat tempat di hati masyarakat apabila restoran berkenaan dipenuhi pelanggan setiap kali waktu rehat. Bukan sahaja ia menjadi tumpuan ge­nerasi lama, malah turut menjadi pilihan golongan muda.

Walaupun menghidangkan pelbagai menu, ikan bakar air asam mencepu adalah tarikan utama pe­langgan ke Restoran Cik Melur. Ini kerana hidangan itu hanya boleh didapati di restoran berkenaan.

Apa yang uniknya, buah mencepu yang merupakan ‘buah hutan’ itu dijadikan bahan utama dalam penyediaan air asam bagi menggantikan tomato atau belimbing buluh.

Rasanya yang masam-masam manis dan dicampur dengan bahan lain mencetuskan kelainan apabila dijamah bersama ikan bakar seperti talapia merah dan siakap. Harga yang ditawarkan pula sangat berbaloi bermula daripada RM12 hingga RM40.

Nasi Hat Tarikan Restoran Cik Melur

restoran cik melur nasi hat

Jika inginkan makanan yang sedap dan murah, Restoran Cik Melur di Pusat Penjaja Bandar, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur merupakan pilihan yang tepat terutamanya bagi golongan bujang atau berpendapat rendah.

Biarpun lauk yang disediakan nampak bersahaja, Nasi Hat yang ditawarkan kepada pelanggan cukup untuk membuatkan anda kenyang dan mahu kembali ke restoran tersebut.

Selain ayam dan ikan goreng, pelanggan boleh memilih lauk gulai itik serati, telur dadar serta ayam overdose.

Nasi Hat adalah pilihan terbaik untuk hidangan harian kerana rasanya yang enak dan murah.

INFO

Restoran Cik Melur

Jalan Sri Permaisuri 6, Bdr Sri Permaisuri, Cheras
56000 Kuala Lumpur, Malaysia

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.