Mencari buffet hotel di Kuala Lumpur?
Bagi yang berada sekitar KL, sudahkah anda membuat tempahan di destinasi buffet kegemaran anda? Atau anda masih kekeringan idea mencari destinasi buffet untuk anda nikmati bersama keluarga atau sahabat handai?
Di KL, sememangnya ada banyak hotel yang menawarkan buffet yang sedap-sedap. Berikut kami senaraikan 16 buffet hotel di Kuala Lumpur. Teruskan membaca!
Alamat: Ground Floor, EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Jumaat – Sabtu, 6.30 – 9 pm
Terletak di Equatorial Plaza, Nipah at EQ merupakan antara lokasi bufet yang namanya disebut-sebut ramai. Bukan sahaja menawarkan harga yang berpatutan, malah hidangan yang disajikan juga berkualiti tinggi.
Anda hanya perlu membayar RM 98 sahaja untuk menikmati buffet makan tengah hari di sini. Ada pelbagai sajian makan tengah hari yang boleh anda cuba dan kebanyakannya merupakan selera tempatan, Asia dan Barat.
Alamat: 170, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Setiap hari, 12 pm – 2.30 pm
Banyan Tree merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang mempunyai pelbagai cawangan di Malaysia. Salah satunya terletak di Kuala Lumpur dan hotel ini turut menawarkan bufet makan tengah hari di restoran The Courtyard.
Berharga RM 102 untuk dewasa dan RM 51 untuk kanak-kanak dan warga emas, restoran ini menyediakan sajian tempatan dan Barat yang pasti akan menggamit selera anda. Ada pelbagai jenis pilihan, memang bikin rambang mata!
Alamat: 2, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Sabtu – Ahad, 12.30 – 4 pm
Concorde Hotel juga merupakan antara lokasi buffet hotel di Kuala Lumpur yang patut anda singgah. Terletak di Jalan Sultan Ismail, hotel ini menawarkan bufet minum petang selera Asia.
Harga bufet ialah RM 68 untuk dewasa dan RM 34 untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun, memang berbaloi dengan kepelbagaian hidangan yang boleh didapati. Nasi Ayam Hainan mereka memang sentiasa menjadi rebutan, anda wajib cuba!
Alamat: Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Buffet: Sabtu, 6.30 – 9.30 pm
Teringin untuk menikmati sajian Jepun? Singgah sahaja di Eastin Hotel Kuala Lumpur untuk mencuba makanan Jepun di Eyuzu Japanese Restaurant. Bukan sahaja sushi, malah anda juga boleh menikmati lebih 50 jenis hidangan di sini.
Harga bufet ialah RM 98 untuk dewasa dan rm 49 untuk kanak-kanak, sangat berpatutan. Anda juga boleh memesan hidangan tambahan seperti tiram yang memang segar dan terkenal di restoran ini.
Alamat: 4, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Sabtu dan Cuti Umum, 6.30 – 10 pm
Mahu menikmati bufet makan malam yang berbagai citarasa? Singgah sahaja di Pullman KLCC. Hotel ini turut menyediakan bufet makan malam yang berkualiti tinggi, sesuai dijamah beramai-ramai.
Berharga RM 140 untuk dewasa, RM 70 untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun dan percuma untuk bawah 6 tahun, anda boleh menikmati sajian Barat dan Asia. Dari sushi, sashimi ke kambing panggang, semuanya ada.
Alamat: 4, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu buffet: 12 – 3 pm untuk bufet tengah hari, 6 – 10 pm untuk bufet makan malam
Hotel Mandarin Oriental yang terletak berhampiran dengan Menara Petronas ini juga merupakan antara hotel yang tersohor di KL. Hotel ini ada menawarkan beberapa jenis bufet dan antaranya ialah bufet makan tengah hari dan makan malam.
Untuk makan tengah hari, harganya ialah RM 158 untuk seorang manakala untuk makan malam, harganya ialah RM 188 untuk seorang. Jenis hidangan yang disediakan ialah hidangan Peranakan yang asli yang pasti akan menambat hati anda.
Alamat: 145, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Hari minggu (pagi dan malam), hujung minggu tengah hari
Hotel ternama iaitu Four Seasons Hotel Kuala Lumpur juga turut menawarkan beberapa pakej bufet yang menarik. Antaranya ialah bufet sarapan, makan malam dan hujung minggu.
Untuk bufet semasa hari minggu iaitu bufet sarapan, harganya ialah RM 122 manakala bufet makan malam pula ialah RM 189 untuk seorang. Hidangan yang disajikan berasaskan selera Barat dan tempatan.
Untuk bufet pada hujung minggu iaitu, anda boleh cuba bufet makan tengah hari semasa hari Sabtu. Harganya ialah RM 158 manakala bufet brunch pada hari Ahad pula boleh ditempah pada harga RM 228 untuk seorang.
Alamat: IB Tower, 8, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Sabtu – Ahad, 2.30 – 3.30 pm
Pada hujung minggu, semestinya anda ingin meluangkan masa bersama keluarga sambil menikmati hidangan yang sedap-sedap. Untuk itu, tempah sahaja bufet makan tengah hari di Element Kuala Lumpur.
Ada lebih 50 jenis sajian tempatan dan luar negara yang disajikan. Antaranya ialah Peranakan Style Ayam Kapitan, Kam Heong Mussels, BBQ Braised Short Ribs, Herb Crusted Boneless Lamb Leg dan banyak lagi.
Harga yang ditawarkan ialah RM 128 untuk dewasa dan RM 64 untuk kanak-kanak, sangat berpatutan dengan kualiti dan kepelbagaian hidangan yang boleh anda cuba.
Alamat: 199, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Jumaat – Sabtu, 6 – 10 pm
Satu lagi lokasi buffet hotel di Kuala Lumpur ialah di The Westin Kuala Lumpur. Hotel bertaraf lima bintang ini menawarkan bufet makan malam selera Asia.
Berharga RM 138 untuk seorang, anda boleh menikmati hidangan bufet seperti nasi briyani bersama pelbagai jenis pilihan lauk yang berbagai cara masakannya. Kambing dan ayam merupakan antara lauk yang sering diburu ramai.
Alamat: No 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
St. Regis Kuala Lumpur – nama hotel yang tidak perlu kami perkenalkan lagi kepada anda. Hotel bertaraf lima bintang ini ada menyediakan pakej bufet brunch.
Berharga RM 238 seorang, anda boleh menikmati hidangan berkualiti tinggi seperti Savour Fresh Seafood on Ice, Heirloom Tomato with Whipped Burrata, Foie Gras Doughnuts, Souvlaki-style Roast Lamb, Paella, Moroccan Chicken dan pelbagai pilihan pencuci mulut.
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Jumaat – Sabtu, 6.30 – 10 pm
Ada yang menggemari bufet makanan laut? Sememangnya enak jika dinikmati semasa makan malam, bukan? Untuk itu, tempah sahaja bufet makanan laut untuk makan malam yang ditawarkan oleh Traders Hotel.
Berharga RM 128 untuk seorang, anda akan disajikan dengan makanan laut segar. Cara masakannya ialah ianya boleh dibakar atau dihidangkan begitu sahaja, bergantung kepada pilihan anda. Dijamin sedap dan semestinya segar!
Alamat: No. 121, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Isnin, Khamis, Jumaat, Sabtu:
Sarapan pagi: 6:30 pagi – 10:30 pagi
Makan tengah hari: 12:00pm – 2:00pm
Makan malam: 6:00 petang – 10:00 malam
Selasa & Rabu:
Sarapan pagi: 6:30 pagi – 10:30 pagi
Ahad:
Sarapan pagi: 6:30 pagi – 10:30 pagi
Makan tengah hari: 12:00pm – 3:00pm
Flock merupakan restoran di Hotel W Kuala Lumpur, sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Pakej bufet yang disediakan di sini ada berbagai – dari sarapan, makan tengah hari ke makan malam, semuanya ada pada setiap hari.
Berharga RM 150 untuk seorang, restoran Flock ini menyediakan sajian tempatan dan Barat yang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi. Mereka sememangnya menitikberatkan kualiti bahan-bahan, satu aspek yang patut dipuji.
Alamat: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Sabtu – Ahad, 12.30 – 4 pm
Nikmati pelbagai jenis makanan daripada hidangan tempatan, kepada pai, kek, tart brulee dan aiskrim yang pasti menggamit selera anda jika anda mencuba bufet di Impiana KLCC Hotel ini.
Untuk menikmati variasi hidangan yang enak ini, anda hanya perlu membayar RM 98 untuk dewasa dan RM 49 untuk kanak-kanak. Sangat berbaloi dengan pilihan sajian yang cukup beraneka.
Alamat: 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Jumaat – Sabtu, makan malam
Le Meridien, sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di Jalan Stesen Sentral juga merupakan antara lokasi bufet yang cukup berbaloi.
Berharga RM 188 untuk dewasa dan RM 94 untuk kanak-kanak, anda akan disajikan dengan hidangan Jepun, Barat dan tempatan yang dijamin sedap dan cantik persembahan hidangannya.
Alamat: The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Buffet: Jumaat – Sabtu 6.30 – 10.30 pm (Weekend BBQ Dinner), Sabtu – Ahad 12 – 4 pm (Weekend Sunday)
Berada sekitar Cyberjaya? Jika anda ingin menikmati bufet makan malam bertemakan BBQ atau hi-tea, Cyberview Resort & Spa adalah lokasi yang wajib anda singgah untuk tujuan tersebut.
Resort ini menawarkan bufet pada hujung minggu. Untuk bufet BBQ, harganya ialah RM 69.00 untuk dewasa dan RM 36 untuk kanak-kanak. Untuk bufet hi-tea pula, harganya ialah RM 88 untuk seorang.
Alamat: The Intermark, 348, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Buffet: Sabtu & Ahad 12.30 pm – 3 pm (bufet makan tengah hari), Jumaat & Sabtu 6:30 – 10:30 pm (bufet makan malam)
Nama hotel bertaraf 5 bintang ini pasti sudah biasa anda terdengar. Mempunyai beberapa cawangan di Malaysia, hotelnya di KL juga turut menyediakan tawaran bufet yang kena dengan citarasa ramai.
Sajian utama yang disediakan berasaskan selera Asia dan Barat. Untuk bufet makan tengah hari, harganya ialah RM 168 untuk seorang manakala bufet makan malam pula berharga RM 208 untuk seorang.
Ada buffet hotel di Kuala Lumpur yang berjaya mencuri hati anda? Kami yakin pasti ada, kerana semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan pasti sesuai dengan citarasa anda.
Nasihat kami, anda patut membuat tempahan pada tarikh yang lebih awal. Jika ada rezeki, berkemungkinan anda boleh mendapat harga promosi yang jauh lebih berbaloi. Selamat menjamu selera!
Mencari lokasi buffet di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.