Kafe moden di Kuantan memang ada berbagai. Setiap kafe menyajikan makanan yang berlainan jenis namun masih kena dengan citarasa orang ramai. Kebanyakannya juga turut diterjah oleh ramai pengunjung luar.
Jadi, tidak keterlaluan jika kami katakan yang kafe moden di Kuantan ini bukan seperti sesetengah kafe ‘hipster’ yang menyediakan 2-3 jenis makanan yang harganya mencekik darah.
Tercari-cari kafe moden di Kuantan yang boleh anda serbu sambil anda melancong? Berikut kami sediakan senarai 10 kafe moden di Kuantan yang boleh disinggah.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Alamat: 882, Jalan Air Putih, Taman Imbi, 25300 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, Isnin – Khamis (10 pagi – 11 malam), manakala Jumaat – Ahad (10 pagi – 12 tengah malam)
Mencari kafe yang bukan sahaja terkenal dengan kopi dan pencuci mulut yang enak, malah dekorasi yang cantik? Lekaslah terjah kafe 90 Degrees Café & Art ini!
Kafe ini memang sesuai dikunjungi jika anda ingin menikmati kopi yang lazat sambil bersantai. Antara kopi yang boleh anda cuba ialah espresso, americano, capuccino, latte dan flat white.
Untuk pencuci mulut pula, wafel merupakan antara menu signature di sini. Antara yang boleh dicuba ialah wafel classic, coklat, oreo & peanut butter.
Ingin mencuci mata? Di tingkat atas kafe ini, ada galeri seni yang boleh anda kunjungi. Boleh juga anda bergambar di sini untuk anda upload ke media sosial, pasti cantik!
Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Ahad – Khamis (11 pagi – 6.30 petang) manakala Jumaat & Sabtu (11 pagi – 7 malam)
Kafe ini tidak perlu lagi kami perkenalkan pada anda. Kami yakin ramai pembaca di sini pernah terdengar tentang kafe yang sentiasa penuh dengan pelanggan ini. Sampai ramai sanggup beratur di luar!
Wah, agak-agak menu apa yang digilai ramai di sini? Kula Cakes menyediakan aneka jenis kek dan pencuci mulut, dan kek yang membuatkan kafe ini viral ialah kek keju mangga.
Rasa mangga yang segar dan manis serta keju yang lemak berkrim mampu bikin sesiapa sahaja ketagih dengannya! Selain itu, pavlova dan crème brûlée juga merupakan antara menu yang wajib anda cuba.
Dekorasi kafe ini juga memang sangat dipuji. Sangat sesuai disinggah untuk mereka yang mahu bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Nyaman dan santai!
Alamat: 2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang – 3 pagi
Kafe yang menyediakan kopi memang senang untuk dicari. Namun, jika anda pencinta kopi, semestinya anda mahu merasai kopi yang terbaik kualitinya, bukan? Untuk itu, singgah sahaja di Akar Kopi!
Kafe yang terletak di Jalan Teluk Sisek ini memang sangat terkenal dengan kopinya. Antara yang boleh anda cuba ialah Akar Kopi Ais dan Akar Kopi Panas. Kopinya pekat, memang terbaik!
Untuk makanan pula, lasagna, kek coklat dan roti bakar merupakan antara yang laku keras di sini. Memang sesuai dinikmati bersama kopinya untuk minum petang.
Alamat: Jalan Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi hingga 12 tengah malam manakala Jumaat dan Sabtu bermula 11 pagi – 1 pagi
Kalau anda bercuti di Kuantan, pasti anda bercadang untuk ke Teluk Cempedak? Di sini, kafe Loteng merupakan antara kafe yang popular yang wajib anda serbu.
Untuk makanan berat, kami cadangkan agar anda cuba Fish & Chips, Aglio Olio & Grilled Chicken Chop. Bagi pencuci mulut pula, mereka menyajikan Ice Cream Cheese Cakes. Manis dan menyejukkan tekak!
Kafe ini terletak betul-betul bersebelahan dengan pantai. Sambil anda menikmati makanan yang sedap-sedap di sini, boleh juga anda mencuci mata melihat pemandangan pantai yang cantik dan nyaman.
Alamat: A892 2 25050, Lorong Sri Kuantan 51, Perkampungan Seri Teruntum, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu (12 tengahari – 12 tengah malam)
Kafe Beanz & Co. ini sangat popular dengan kopi yang disukai ramai pelanggannya. Kalau anda baca ulasan di Internet tentang kopi di sini, kebanyakannya positif-positif belaka.
Kopi di sini memang rasanya cukup pure, jadi jika anda sukakan kopi yang manis, minta sahaja syrup lebih pada stafnya. Untuk pencuci mulut, wafel merupakan antara menu yang terlazat di sini. Anda wajib cuba!
Alamat: Jalan Pasar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11 pagi – 11 malam
Sekiranya anda mahu menikmati makanan Barat yang lazat di kafe yang elegan sambil menghayati pemandangan sungai yang cantik, singgah sahaja di MICASA Cafe untuk tujuan itu.
Kafe yang terletak bersebelahan dengan Hotel Mega View ini menyediakan pelbagai jenis makanan Barat. Hidangan pasta merupakan antara yang paling best di sini.
Antara pasta yang boleh anda nikmati ialah fried squid spaghetti in salted egg creamy sauce. Sotong yang digoreng rangup ini cukup sempurna dimakan bersama kuah salted egg, dijamin sedap!
Alamat: Jalan Beserah, East Coast Garden, 25300 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (5.30 petang – 2 pagi)
Satu lagi kafe yang boleh anda lawati untuk sesi lepak bersama rakan-rakan ialah kafe Bocca yang terletak di Jalan Beserah ini. Makanan yang disediakan juga enak-enak.
Ada hidangan tempatan dan Barat yang disediakan. Untuk makanan Barat, Chicken Chop merupakan menu yang terlaris di sini. Saiz hidangan yang besar, ayam yang rangup dan sos lada hitam yang paling ‘padu’!
Untuk menu tempatan, menu nasi set daging salai juga boleh anda nikmati. Kuah masak lemaknya yang pedas dan harum aromanya memang bikin ramai terpikat.
Alamat: 6 bangunan LKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, (8 pagi – 2 petang), manakala Ahad (8 pagi – 2.30 petang)
Kebanyakan kafe yang kami senaraikan ini dibuka pada waktu petang hingga malam sahaja. Anda pasti mahu menikmati sarapan pagi di kafe moden yang best di Kuantan juga, bukan?
Jangan risau, singgah sahaja di kafe Pagi & Daisy! Anda sukakan teh tarik sebagai minuman untuk sarapan? Cubalah Teh Tarik Nona di sini, dijamin ‘kaw’!
Untuk makanan berat pula, kafe ini ada menyediakan nasi kerabu dan nasi dagang. Pencuci mulut seperti brownies, kek cawan yang beraneka topping dan pavlova juga boleh didapati.
Alamat: Kampong Kuantan, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (5 petang – 2 pagi)
Besi Kulture Cafe ini pula memang dijadikan port lepak oleh ramai pelanggan, terutamanya dari golongan remaja. Suasana yang santai dan pilihan makanan yang berbagai membuatkan ianya begitu terkenal sekitar sini.
Mi sizzling merupakan menu yang kerap menerima pesanan di kafe ini. Saiz hidangannya memang besar, jadi kekenyangan sudah terjamin. Rugi kalau tak cuba!
Alamat: A25, Kuantan Avenue, Lorong Seri Kuantan 2, Taman Teluk Sisik, 25300 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 tengahari – 11.30 malam manakala Jumaat dan Sabtu bermula 2 petang – 11.30 malam
Walaupun baru sahaja beroperasi sejak Januari 2018, sambutan yang diterima oleh Classic Pilot Cafe ini amat menggalakkan. Jelas menunjukkan yang kafe ini bukan sebarang kafe ‘hipster’.
Ada hidangan tempatan dan Barat yang boleh anda temui di sini. Menu pasta merupakan antara yang terlaris, anda boleh cuba Pilot Cafe Pasta with Tomyam Cream Sauce, Spaghetti Bolognese dan banyak lagi.
Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu serbu kafe moden di Kuantan yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja sebelum rugi!
Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana pada waktu kemuncak selalunya ramai pelanggan yang menyerbu. Takut nanti melepas pula.
Selamat menjamu selera!