Mencari kafe hipster di Georgetown yang boleh anda kunjungi?

Penang boleh dikatakan sebagai negeri ‘syurga makanan’. Ada berbagai genre makanan yang boleh didapati di sini – nasi kandar, nasi briyani, cendol, laksa dan roti canai, semuanya ada!

Bagi yang ingin mengunjungi kafe hipster di Georgetown, berikut kami senaraikan 10 kafe hipster di Georgetown yang boleh anda kunjungi. Teruskan membaca ya!

#1 Jawi House Cafe Gallery

Alamat:  85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 Penang Malaysia, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11.30 am – 9.30 pm

Dekorasi kafe Jawi House Cafe Gallery ini cukup cantik. Konsep dekor ala-ala tradisional ini juga membuatkan ramai pelanggan selasa untuk bersantai di sini bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

kafe hipster georgetown

Imej via Foursquare

Hidangan di kafe ini berkonsepkan Jawi Peranakan. Antara yang boleh anda cuba ialah Jawi Balmieh dan Lemuni Rice with Chicken Curry. Selain enak, saiz hidangannya juga besar. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

#2 WHEELER’S

Alamat: 67, Lorong Love, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 am – 2.30 am

Tidak keterlaluan jika kami katakan yang kafe Wheeler’s ini sememangnya syurga buat pencinta kopi. Bau kopi yang dibru sahaja mampu membuat sesiapa sahaja kecur air liur!

Antara kopi yang boleh anda cuba ialah Tiramisu Latte, Toffee Nut Latte, Espresso Panna Cotta dan Penne Arabiatta. Berbeza jenis, namun keenakkannya masih sama.

wheelers

Imej via Foursquare

Untuk makanan pula, anda boleh cuba Wheeler’s Big Breakfast. Saiz hidangan yang besar semestinya menjamin keenakkan, rugi kalau tak cuba!

#3 Lagenda House & Cafe

Alamat: 43, Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Kafe Lagenda House ini menyediakan hidangan Indonesia yang bukan sahaja sedap rasanya, malah asli resepinya. Kafe ini juga merupakan antara kafe hipster di Penang yang cukup terkenal.

lagenda kafe

Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda cuba ialah Gado-Gado, Set Ayam Penyet, Set Ikan Bakar dan Set Rendang Ayam. Melihat gambarnya pun sudha boleh bikin terliur, bayangkan merasainya sendiri. Dijamin enak tak terhingga!

#4 Gudang Café

Alamat:  5, Gat Lebuh Armenian, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 11 pm

Kafe Gudang ini menyediakan makanan Jepun. Bukan sejenis dua, tetapi ada berbagai! Sebut sahaja apa yang anda mahu – Udon, Ramen, Set Nasi, semuanya ada!

ramen

Imej via Foursquare

Anda boleh cuba Salmon Katsu Don, Teriyaki Chicken Don, Fried Udon, Unagi Tempura dan banyak lagi. Untuk minuman, Gudang Iced Coffee merupakan yang terlaris di kafe ini.

#5 Brown Pocket Cafe

Alamat: Gurney Paragon L- 10250, 6-11, Jalan Kelawai, Georgetown, 10250 George Town, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Menikmati pencuci mulut yang manis sambil menghirup kopi yang sedap merupakan antara cara yang terbaik untuk membangkitkan mood. Untuk itu, singgah sahaja di kafe Brown Pocket untuk menikmati hidangan tersebut!

kafe hipster georgetown

Imej via Foursquare

Untuk pencuci mulut, kafe ini menyediakan waffle, pancakes, yogurt & ice desert. Untuk kopi pula, matcha latte dan caramel latte merupakan antara yang terlaris.

#6 Harvest In Cafe

Alamat: 10, Jalan Irrawaddy, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 11 am – 3 pm, 6 – 10 pm

Kebanyakan kafe hipster menyediakan menu yang kerap kita dengari seperti Chicken Chop dan Lamb Chop. Inginkan kelainan? Singgah sahaja di Harvest In Cafe!

honey

Imej via Foursquare

Antara menu yang menarik yang boleh dicuba ialah Prawn Linguine with Basil, Mushroom Soap, Honey Oat Chicken, Aglio Olio dan Bombay Chicken.

#7 Awesome Canteen

Alamat: 164A-B, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11 am – 10 pm

Kafe Awesome Canteen ini menyajikan hidangan Barat dan Jepun. Untuk minuman, kopi dan jus di sini merupakan antara minuman yang kerap menerima pesanan di sini.

awesome canteen kafe hipster georgetown

Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh anda pesan ialah Ramen, Japanese Style Salad, Japanese Curry Rice, Salmon Sashimi Don dan Spaghetti Bolognese. Untuk minuman pula, kami sarankan agar anda cuba Black Tonic. Kopi yang pekat dan padu!

#8 The Safe Room

Alamat: 42, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa – Khamis 12 – 11 pm manakala Jumaat & Sabtu 12 pm – 12 am

Bagi yang menggemari pencuci mulut Barat, The Safe Room adalah kafe yang wajib anda serbu. Interior kafe yang cantik juga menarik perhatian ramai pelanggan.

the safe room kafe hipster penang

Imej via Foursquare

Kafe ini terkenal dengan aiskrim yang lebih dikenali dengan Liquid Nitrogen Ice Cream. Antara yang boleh dicuba ialah Signature Coconut, aiskrim kelapa yang manis & menyegarkan tekak!

#9 The Table Penang

Alamat:  27, Lebuh Carnarvon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 6 – 11 pm

Sesetengah kafe hipster menyajikan beberapa jenis menu sahaja. Mengecewakan? Semestinya! Namun, perkara sebegini tidak akan anda lalui jika anda singgah di The Table Penang.

Menu yang disajikan di kafe ini kebanyakannya makanan Barat. Anda boleh cuba aglio olio, chicken grill, lamb grill dan burger. untuk minuman pula, ada berbagai jenis kopi boleh anda nikmati.

the table full house kafe hipster penang

Imej via Foursquare

Untuk kekenyangan yang lebih berganda, kami cadangkan agar anda pesan The Table Full House yang menyajikan spaghetti, onion ring, fish & chips, chicken chop, mashed potatoes, pasta & meatballs!

#10 More by Arang Coffee

Alamat: 170G-2 Livingston Tower Argyll Road, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Konsep dekor kafe More by Arang Coffee ini sungguh cantik dan menyenangkan. Sesuai juga jika anda singgah di sini untuk membuat kerja sambil menghirup kopi mereka yang digemari ramai!

more by arang coffee kafe hipster georgetown

Imej via Foursquare

Bukan kopi sahaja yang boleh didapati di sini, malah hidangan lain yang berkonsepkan makanan Barat juga turut disediakan. Pasta seperti seafood aglio olio spaghetti carbonara merupakan antara yang tersedap di sini.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah tak sabar-sabar mahu singgah di kafe-kafe ini? Banyak lagi sebenarnya kafe hipster yang boleh anda terjah. Yang kami senaraikan ini merupakan antara yang paling popular.

Jika anda berkunjung ke Penang, jangan lupa terjah kafe yang kami senaraikan ini. Singgah pada waktu yang sesuai ya, takut nanti terlepas peluang pula. Selamat menjamu selera!

Mencari lebih banyak tempat makan di Penang? Klik sahaja pada link di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Tempat Makan Best Di Penang

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.