Bila sebut nama Fruit King mungkin ada yang membayangkan adakah ianya King Fruit atau Raja Buah yang dikenali sebagai durian. Jawapannya adalah tidak benar sama sekali. Fruit King tidak ada kena mengena dengan mana – mana buah – buahan. Ia sebenarnya sebuah restoran makanan Barat yang terletak di Parit Buntar, Perak.

burger tower

Imej via facebook

Macam – Macam Menu

Pelbagai menu makanan Barat ada dijual di sini. Bukannya bersaiz biasa pula tu. Kalau menu burger, saiznya besar dan bertingkat – tingkat macam KLCC. Agak – agak boleh ke nak makan seorang ?

Rasanya tidak mungkin anda dapat menghabiskan burger tersebut seorang diri kerana saiznya yang besar dan bertingkat – tingkat. Hidangan burgernya pula dihidangkan bersama kentang goreng panas – panas dan masih rangup.

meatzania

Imej via facebook

Meatzania yang dipenuhi dengan lapisan daging dan keju sangat memukau perasaan. Apatah lagi bila melihat cairan keju mozzarella tatkala ia ditarik sebelum masuk ke dalam mulut.

Hidangan makanan Barat seperti lamb chop, chicken chop, hotdog dan bermacam lagi sangat menggetarkan jiwa. Saiz sosej yang digunakan juga adalah bersaiz jumbo, gerenti anda kenyang dan puas hati. Tambahan pula sos lada hitamnya yang begitu enak tepat dimakan bersama.

Masakan Panas

Bagi yang ingin menjamu selera makanan lain, terdapat juga masakan panas disediakan buat para pelanggan. Anda boleh la mencuba siakap stim limaunya yang turut menjadi pilihan pelanggan dan dihidangkan panas – panas. Ada juga kerang, lala rebus dan beberapa siput lain boleh dimakan bersama pencicah.

western

Imej via facebook

Saiz Jumbo

Bukan sahaja makanan yang dihidangkan bersaiz besar dan jumbo. Bagi air minumannya pula ia juga bersaiz besar dan begitu menarik. Pelbagai minuman yang boleh anda cuba di sini. Antara yang sering mendapat permintaan adalah soda herbs yang terasa begitu menyegarkan.

Jika anda tidak mampu menghabiskan minuman bersaiz jumbo ini, adalah disarankan anda menghabiskannya bersama seorang lagi rakan yang lain.

Lokasi Sambutan Majlis

Fruit King turut menyediakan tempat yang sesuai bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis kecil – kecilan seperti sambutan hari lahir, farewall  dan sebagainya. Sebuah bas sekolah mini yang telah diubahsuai menjadi tempat makan merupakan tempat yang agak privasi disediakan buat para pelanggan. Pihak Fruit King akan menguruskan segala permintaan para pelanggan yang ingin mengadakan majlis di restoran mereka.

Meatzania

Imej via facebook

Dekorasi Simple

Restoran ini hanya menggunakan hiasan yang ringkas bagi menceriakan ruang makan mereka namun restoran ini tetap kelihatan menarik. Suasana restoran ala – ala romantic apabila menggunakan lampu neon sebagai pengcahayaan. Replika lori pasir dijadikan sebagai daya tarikan di dalam restoran ini menggamit suasana 80-an.

Menggunakan kayu palet sebagai meja makan menjadikan restoran ini kelihatan lebih menarik dan rare. Harga makanan di sini adalah berpatutan dengan saiz hidangan yang disajikan.

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 5.00 petang.

Alamat : 1420, A9, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.