Sekarang ni kalau kita perhatikan, semakin banyak butik café wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Tak terkecuali juga, di Bangi Sentral pun ada butik café yang boleh anda cuba.
Konsep butik café ini lebih digemari buat masyarakat masa kini yang ternyata café seperti ini lebih ringkas serta mudah diakses.
Eid Boutique Café ini terletak berhampiran kompleks PKNS Bangi dan terletak di deretan butik – butik pakaian.
Butik café ini menawarkan konsep layan diri, jadinya pelanggan perlu membuat pesanan di kaunter.
Pada peringkat permulaan, butik café ini menawarkan empat jenis pilihan sahaja iaitu Dakganjeong (sweet sour chicken), Jumeokbap (rice ball with beef or tuna), Korean Butter Bread (choco or caramel) dan Goguma mattang (deep-fried-sugar glazed sweet potato wedges).
Namun, demi memuaskan hati pelanggan, beberapa menu lain turut ditambah dan disajikan di sini antaranya Korean Beef BBQ, kimchi bokkeumbbap serta beberapa side dish yang boleh dipilih.
Kesemua makanan yang disajikan di sini merupakan antara makanan jalanan yang terdapat di Korea.
Dakganjeong ini merupakan boneless chicken yang digoreng rangup serta disaluti sos cili Korea.
Ia turut dihidangkan bersama dengan salad dan dua biji rice ball yang dicampur dengan capsicum.
Goguma mattang pula jika semasa di bulan puasa, masyarakat Muslim di Korea akan mengambil hidangan ini sebagai menggantikan buah kurma.
Ia sememangnya manis kerana ubi tersebut disaluti dengan gula dan ditabur dengan kacang badam serta gajus menghasilkan gabungan rasa yang begitu menyerlah.
Antara side dish yang boleh anda cuba adalah salad sayur bersama sos salad, fishcake dan juga kimchi.
Side dish di sini boleh diisi semula tanpa bayaran.
Korean Beef BBQ juga turut menjadi pilihan para pelanggan yang boleh anda cuba.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba kimchi bokkeumbbap yang turut dikenalisebagai nasi goreng kimchi.
Air minuman yang dijual di sini pula kebanyakkannya merupakan minuman kesihatan antara Omijacha (five flavours tea), Yujacha (citron tea), Bokbunjacha (black raspberry tea), Maesilcha (Korean plum tea), Sikhye (Korean sweet rice tea) dan Sujeongwa (cinnamon persimmon punch).
Kesemua minuman ini boleh dipilih samada inginkan saiz sederhana atau saiz besar.
Yang istimewanya lagi, air minuman ini boleh dipilih samada minuman biasa, shake atau sparkling.
Sambil menunggu pesanan hidangan siap, pelanggan boleh mencuci mata di dalam café ini.
Terdapat ruangan dan sudut yang menempatkan pelbagai barangan dari Korea yang dijual di sini.
Pelbagai jenis shawl yang telah dibawa khas dari Korea menggunakan jenama Sharmine ada dijual di sini.
Bagi peminat makanan Korea, anda tidak perlu risau kerana Eid Boutique Café ini dimiliki oleh Korean Muslim.
Sebenarnya, restoran ini tidak mempunyai sebarang cawangan dan hanya terdapat satu restoran sahaja di Itaewon, namun dek kerana ramai peminat makanan Korea di Malaysia ini, makanya ia telah membuka cawangan kedua di Bangi ini.
Dekorasi serta persekitaran butik café ini sangat ringkas tetapi tetap menarik.
Café ini dibuka setiap hari kecuali Isnin mulai jam 11.00 pagi hingga jam 10.00 malam.
Alamat : Jln Medan Pusat Bandar 7, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi