Mencari restoran daging salai di Bangi?
Bangi merupakan salah satu bandar di Selangor yang mempunyai pelbagai tarikan. Baik dari segi pelancongan, hiburan atau tempat makan, semuanya menarik. Tidak hairanlah bandar ini sentiasa dibanjiri dengan pengunjung.
Anda sedang mencari restoran daging salai sekitar sini? Jangan risau, berikut kami senaraikan 6 restoran daging salai sekitar Bangi. Teruskan membaca.
Alamat: Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 8 am – 7 pm
Sebut sahaja tentang restoran daging salai di Bangi yang popular, pasti nama restoran De’Salai Bangi Station ini akan disebut. Restoran ini merupakan antara restoran daging salai yang sangat terkenal sekitar sini.
Kunci utama populariti restoran ini terletak pada keaslian masakan Negeri Sembilan yang disajikan. Semestinya hidangan yang paling popular ialah masak lemak daging salai. Rasanya yang berlemak, teksturnya yang pekat dan aromanya yang harum boleh bikin sesiapa sahaja ketagih!
Bukan itu sahaja, restoran ini juga turut menyajikan menu lain yang turut menambat perhatian ramai. Antara yang boleh dicuba ialah masak lemak siput sedut dan masak lemak keli.
Dari segi servis dan kebersihan restoran, aspek-aspek ini turut diulas dengan baik oleh ramai pengunjungnya. Ruang restoran juga luas dan selesa, namun pastikan anda datang pada waktu yang sesuai.
Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm
Jika anda menetap di Bangi atau Kajang dan tidak pernah singgah di restoran Itik Salai Masthar ini, anda memang rugi. Tambahan pula jika anda merupakan peminat tegar masak lemak cili api.
Ini kerana restoran Itik Salai Masthar sememangnya merupakan antara restoran masak lemak cili api yang paling popular. Bukan sahaja di Bangi atau Kajang, malah di seluruh Selangor!
Masak lemak itik salai merupakan menu yang wajib anda cuba. Hidangan ini memang secukup rasa dan sangat sesuai dinikmati oleh penggemar makanan pedas. Itik di sini disalai di atas tempurung kelapa selama dua jam, jadi ianya memang ‘padu’!
Alamat: N9 Food Court, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Medam selera ini boleh dikatakan sentiasa dibanjiri dengan orang ramai, tambahan pula di kalangan pencinta masakan Negeri Sembilan ini – masak lemak cili api.
Salah satu gerai yang sentiasa diserbu oleh Bangi Masak Lomak Cili Api. Ada berbagai lauk yang dibuat masak lemak cili api, namun masak lemak cili api daging salai merupakan antara hidangan terhangat.
Rata-rata pelanggan yang menjamu selera di sini mengakui bahawa hidangan di gerai ini bukan sahaja sedap dan asli, malah harganya juga sangat berpatutan. Rugi jika tak singgah!
Alamat: Jalan 7/7C, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Satu lagi restoran daging salai di Bangi yang wajib anda singgah ialah restoran Dapur Sabak Salai. Terletak di Seksyen 7, restoran ini cukup dipuji kerana keenakkan dan keaslian masakan Negeri Sembilan yang disajikan.
Masak lemak cili api di sini memang kena dengan citarasa ramai. Antara hidangan masak lemak cili api yang boleh anda cuba ialah masak lemak cili api itik salai dan masak lemak cili api daging salai.
Alamat: Taman Ramal Suria, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 1 am
Food Valet merupakan salah sebuah medan selera yang cukup popular. Ada pelbagai jenis gerai yang menyajikan aneka jenis genre makanan yang kena dengan citarasa ramai. Makanan tempatan dan Barat merupakan antara yang popular.
Salah satu gerai yang terkenal di sini ialah gerai yang menyajikan masak lemak cili api. Ada pelbagai jenis lauk sepeti masak lemak siput sedut dan masak lemak ikan keli. Lauk yang paling popular ialah masak lemak itik salai.
Kesegaran daging yang digunakan tidak dapat dinafikan lagi. Dagingnya tidak liat dan semestinya lembut. Kuahnya juga cukup lazat, rugi jika tak minta kuah lebih!
Alamat: Persiaran Sungai Chua, Pusat Perindustrian Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 11 pm
Restoran ini sesuai disinggah jika anda sukakan masakan kampung – Restoran Hajah. Ianya terletak di Kajang, namun lokasinya memang berdekatan dengan Bangi. Alang-alang, singgah sahaja di sini!
Masak lemak merupakan jenis hidangan yang terlaris di Restoran Hajah. Kuahnya tidak terlampau pekat, namun tidak terlalu cair. Ianya secukup rasa dan menepati citarasa ramai. Semestinya masak lemak daging salai merupakan menu pilihan ramai.
Ingin mencuba menu lain? Pilih sahaja lauk-pauk yang anda mahu. Sambal ayam, ikan keli berlada, masak lemak ikan, semuanya ada. Anda juga boleh mencuba masakan panas untuk makan malam.
Sudah jumpa restoran masak lemak daging salai di Bangi yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!