Negeri Melaka merupakan negeri yang cukup kaya dengan tarikan pelancongan. Jika anda ke sana, pasti anda dapat melihat betapa ramainya pelancong dari dalam dan luar negara melancong di sana.

Selain itu, bandaraya bersejarah ini juga cukup kaya dengan tempat makan yang cukup berbagai. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang negeri Melaka ini memang syurga makanan!

Pernah terdengar tentang Cendol Kampung Hulu? Jika anda berada di Melaka dan tidak mencuba cendol di sini, anda memang rugi! Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebuh lanjut tentang Cendol Kampung Hulu!

Lain Daripada Cendol yang Biasa

Berbeza dengan cendol biasa, Cendol Kampung Hulu ini bukan sahaja menjanjikan keenakan yang tidak terhingga, malah persembahan hidangan ini juga cukup menarik.

cendol @ cendol kampung hulu

Imej via Foursquare

Dihidangkan di dalam bekas plastik, saiz hidangannya juga agak besar. Jadi, isu kenyang atau tidak memang tidak akan ada kerana ianya sememangnya mengenyangkan. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan!

Cendol ini turut dihidangkan bersama aiskrim kelapa di atasnya. Jika dilihat semula, ianya persis Bingsu yang merupakan pencuci mulut Korea. Sehinggakan cendol ini menadpaat jolokan Cendol Bingsu!

Rasa Cendol yang Lemak-Lemak Manis Bikin Ramai Tertawan

Biasanya kebanyakan cendol pasti mempunyai rasa yang kurang manis atau tawar, bukan? Anda tidak akan menghadapi masalah sebegitu di Cendol Kampung Hulu!

cendol gula melaka pekat

Imej via Foursquare

Kunci utama kepada rasa lemak-lemak manis untuk cendol ini terletak pada bahan utamanya iaitu santan dan gula melaka yang pekat. Walaupun santannya pekat, ianya tidak pula memuakkan.

Beraneka Jenis ‘Topping’ Cendol, Rambang Mata Dibuatnya!

Selalunya kita biasa menikmati cendol pulut dan cendol durian sahaja. Namun, jika anda ke Cendol Kampung Hulu, anda akan disajikan dengan aneka jenis ‘topping’ untuk cendolnya.

cendol durian dan manga

Imej via Foursquare

cendol buah naga

Imej via Foursquare

Antara ‘topping’ cendol yang dihidangkan di sini ialah buah durian, mangga, buah naga, nanas dan banyak lagi. Bunyinya unik kami yakin pasti ramai pembaca yang teringin untuk mencubanya!

Pemandangan Berdekatan yang Sangat Cantik

Ingin menikmati cendol terlampau sedap sambil menghayati pemandangan sungai yang cantik dan menenangkan jiwa? Cendol Kampung Hulu ini memang tempat yang tepat buat anda!

cendol @ pemandangan

Imej via Foursquare

Kedai makan ini berhadapan dengan Sungai Melaka, jadi anda bolehlah merasai cendol yang cukup terkenal di bandaraya Melaka ini sambil menikmati pemandangan sungai yang cantik.

Banyak Lagi

roti john @ cendol kampung hulu

Imej via Foursquare

Selain cendol, hidangan berat lain yang berasaskan makanan Barat juga turut dihidangkan. Ada spagetti, bebola daging, Roti John, dan yang paling unik, Ramen Asam Pedas!

ramen asam pedas @ cendol kampung hulu

Imej via Foursquare

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana rasa Ramen Asam Pedas ini, bukan? Usah gundah, rata-rata pelanggan yang pernah ke sini menyukai hidangan yang menggabungkan citarasa Korea dan tempatan ini. Anda wajib cuba!

Kesimpulan

Sebelum anda singgah ke Cendol Kampung Hulu, kami ingin mengingatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai. Jika anda datang pada waktu puncak, dikhuatiri anda terpaksa beratur panjang dan bereput tempat parkir.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi Cendol Kampung Hulu. Selamat menjamu selera!

Alamat: No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 12 tengah malam

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.