Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar tentang salah satu bandar utama di Sabah ini. Sandakan yang memang terkenal sebagai bandar hijau ini merupakan sebagai salah satu pusat pelancongan utama di Sabah.

Antara tempat menarik yang boleh anda lawati di sekitar Sandakan ini ialah Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Turtle Islands National Park, Rainforest Discovery Centre (RDC) dan banyak lagi tempat menarik dan cantik.

Anda sudah bercadang untuk ke Sandakan namun masih tercari-cari tempat makan apa yang patut anda singgah? Usah gundah, kami ada senarainya. Senarai ini tidak mengikut ranking, jadi teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

#1 Ikan Bakar Sederhana Sim Sim

Alamat: 9, Jalan Sim Sim, 90000 Sandakan, Sabah

Anda sukakan makanan laut dan makanan kampung? Restoran ini wajib anda singgah untuk menikmati hidangan tersebut. Restoran Ikan Bakar Sim Sim ini cukup popular di sekitar Sandakan, ada sahaja pelanggan yang memenuhi ruang restoran!

ikan bakar

Imej via Foursquare

ikan bakar sim sim

Imej via Foursquare

Antara menu yang popular di sini ialah aneka ikan bakar, ayam bakar, hidangan bersup seperti sup tulang dan sup daging dan banyak lagi. Jika anda singgah di sini, pasti anda akan rambang mata dengan menu-menunya.

#2 San Da Gen

Alamat: Lebuh Dua, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

san da gen

Imej via Foursquare

Jika anda lihat dekorasi kafe ini, pasti anda akan jatuh cinta! Konsepnya elegan dan minimal, cukup sesuai buat anda yang ingin makan sambil bersantai. Sebagai bonus, tempat yang sangat cocok untuk anda bergambar!

nasi kerabu @ san da gen

Imej via Foursquare

tart ufo @ san da gen

Imej via Foursquare

ABC @ san da gen

Imej via Foursquare

Kafe ini menghidangkan menu tempatan dan Barat. Antara menu yang popular di sini termasuklah ayam penyet, nasi kerabu, ABC, nasi lemak rendang daging, Chicken Chop dan menu yang paling unik, tart UFO.

Kebanyakan makanan di sini memang makanan tempatan, dan cukup sesuai dimakan semasa bersarapan. Minuman juga ada berbagai jenis, dari kopi ke teh semuanya disediakan.

#3 Restoran Kak Cil

Alamat: Lot 6, Ground Floor, Bandar Utama Shop Office, Bandar Utama, Off Jalan Utara (Jalan BU 1/2), 90000 Sandakan, Sabah

nasi goreng @ kak cil

Imej via Foursquare

nasi lemak@ kak cil

Imej via Foursquare

chicken chop @ kak cil

Imej via Foursquare

Apabila perut anda mula berkeroncong, makanan aoa yang selalu terlintas di minda? Nasi goreng? Soto bersama bergedil? Chicken Chop? Kesemua menu yang kami sebutkan ini ada di Restoran Kak Cil!

Tidak dinafikan, restoran ini memang menghidangkan aneka jenis makanan. Dibuka dari jam 7 pagi hingga 11 malam, anda boleh mengunjungi restoran ini untuk menikmati sarapan mahupun tengah malam.

#4 Min Satay Corner

Alamat: Bandar Letat Jaya,, 90000 Sandakan, Sabah

Restoran ini terletak berhampiran dengan terminal bas di Sandakan. Jadi, sesiapa yang baharu sahaja tiba di Sandakan ini boleh terus terjah restoran ini.

sate @ min satay corner

Imej via Foursquare

Ada pelanggan mengatakan yang sate di sini memang terbaik. Dagingnya lembut dan ‘juicy’, apabila dimakan bersama kuah kacangnya yang pekat, memang boleh bikin sesiapa sahaja terpikat!

bihun sup @ min satay corner

Imej via Foursquare

Selain sate, makanan lain seperti nasi goreng dan bihun sup juga turut dihidangkan. Bolehlah anda mencuba menu-menu ini bersama sate, dijamin mengenyangkan.

#5 Coto Makassar Hap Shing

Alamat: Depan Terminal Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

Nama restoran ini sangat unik, namun itulah menu yang cukup terkenal di restoran ini. Kami yakin rata-rata pelanggan yang memesannya pasti tertanya-tanya tentang rupa menu ini dan rasanya.

coto makassar

Imej via Foursquare

Coto Makassar ini sebenarnya sama sahaja seperti bakso. Yang membezakan menu ini dengan bakso ialah ianya menghidangkan nasi impit, daging dan kacang.

hap shing coto makassar

Imej via Foursquare

Restoran Coto Makassar Hap Shing ini juga boleh dikatakan ‘legend’ kerana ianya sudah lama beroperasi, sejak tahun 1990-an lagi. Jadi usah ragu-ragu, Coto Makassar di sini pasti terbaik kualiti dan rasanya!

#6 English Tea House & Restaurant

Alamat: 2002, Jalan Istana, 90000 Sandakan, Sabah

Teringin untuk menukar citarasa sarapan anda ke arah sarapan Barat? Restoran yang cukup elegan ini wajib anda kunjungi. Dari interiornya sahaja kita boleh teka hidangan apa yang mereka sediakan di sini – semestinya English breakfast.

menu @ english

Imej via Foursquare

shepherd pie @ english

Imej via Foursquare

menu @ english

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah Shepherd’s Pie, English Tea, Scone, aneka kek dan sandwich. Selain itu, menu tempatan seperti rendang daging dan bihun goreng juga turut disediakan.

pemandangan @ english

Imej via Foursquare

Sambil anda menikmati sarapan yang cukup enak, anda juga boleh menikmati pemandangan di sekitar restoran ini yang cukup hijau dan cantik. Memang membangkitkan suasana nyaman!

#7 Karamell Almondo

Alamat: G Floor, Lot 1, Block, I, Sibuga Jaya Commercial Centre, Mile, 8, Jalan Lintas Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

Cuaca sekarang memang panas terik. Bila cuaca panas dan tekak mula terasa dahaga, pasti minuman atau pencuci mulut yang menyegarkan teak mula bermain di minda anda, bukan?

karamell almond

Imej via Foursquare

karamell almond

Imej via Foursquare

Untuk mencuba aiskrim yang semestinya mampu menyegarkan tekak anda, singgah saja di Karamell Almondo. Aiskrim mereka dihidangkan di dalam cawan, hiasannya juga cantik di samping rasanya yang manis.

Keistimewaan utama aiskrim di sini ialah bahan-bahannya yang sangat berkualiti. Susu tepung yang didatangkan khas dari New Zealand, vanilla asli merupakan antara bahan istimewanya.

#8 Nasi Kuning Ram Corner @ Faces

Alamat: 92, Jalan Pasaraya, Bandar Pasaraya, 90000 Sandakan, Sabah

Jika anda pernah ke restoran ini, pasti anda faham yang barisan di restoran ini sentiasa panjang dan jumlah pelanggannya juga sangat ramai. Agak-agak menu apa yang membuatkan restoran ini begitu terkenal ya?

nasi kuning @ faces

Imej via Foursquare

Menu tersebut ialah semestinya Nasi Kuning. Mungkin kedengaran biasa sahaja tapi setelah dirasa, memang sedap tak terhingga. Menu ini selalunya dimakan bersama ayam goreng dan kuah sambal serta kicap, berganda keenakannya!

#Kesimpulan

Ada yang sudah mula berkeroncong perut dan rambang mata memikirkan restoran mana yang patut anda serbu di sekitar Sandakan? Sabar, pilih singgah sahaja satu-persatu, kesemuanya dijamin pasti akan memuaskan perut dan hati anda.

Anda juga digalakkan untuk datang awal kerana dikhuatiri ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh dengan pelanggan. Peluang keemasan ini jangan disia-siakan, selamat menjamu selera ya!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .