Mencari buffet hotel di Penang?
Bagi yang berada sekitar Penang, sudahkah anda membuat tempahan di destinasi buffet kegemaran anda? Atau anda masih kekeringan idea mencari destinasi buffet untuk anda nikmati bersama keluarga atau sahabat handai?
Di Penang, sememangnya ada banyak hotel yang menawarkan buffet yang sedap-sedap. Berikut kami senaraikan 12 buffet hotel di Penang. Teruskan membaca!
Alamat: No 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Jumaat dan Sabtu, 6.30 – 10 pm
Di Hotel Royale Chulan, restoran mereka iaitu Sri Tanjung Cafe ada menawarkan buffet hujung minggu untuk makan malam. Bagi yang ingin mencuba buffet santapan Cina, inilah peluang yang wajib anda rebut.
Harga buffet ini ialah RM 120 untuk dewasa dan RM 65 untuk kanak-kanak dan warga emas. Kualiti sajian yang disediakan serta saiz hidangannya memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Alamat: 10, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Jumaat – Sabtu, 6.30 – 10 pm
Ingin menikmati buffet makanan laut yang dijamin segar dan berkualiti tinggi? Tempah sahaja buffet di Eastern & Oriental Hotel. Anda boleh menikmati makanan laut yang pelbagai – dari hidangan biasa hingga ke seafood platter, semuanya ada.
Untuk harganya, buffet untuk dewasa berharga RM 168 manakala untuk kanak-kanak pula, harganya ialah RM 88. Sangat berbaloi dengan kesegaran dan kepelbagaian makanan laut yang mereka sediakan.
Alamat: PARKROYAL Penang Resort Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Jumaat – Ahad, 6.30 – 10.30 pm
Berada sekitar Batu Ferringhi? Pantai di sini memang cantik dan salah satu resort yang popular ialah PARKROYAL Penang Resort. Resort ini juga turut menawarkan buffet berasaskan hidangan tempatan, Asia dan Barat.
Berharga sekitar RM 98 untuk dewasa dan RM 48 untuk kanak-kanak, anda akan disajikan dengan Char Koay Teow, Lamb Chop, Tiger Prawns dalam sos lada hitam dan Lamb Masala. Pencuci mulutnya pula ialah Creme Brule, Blueberry Cheese Cake dan Tiramisu Cake.
Alamat: Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Jumaat – Sabtu, 6 pm – 9.30 pm
Berada sekitar Seberang Jaya? Salah satu hotel terkenal yang menawarkan pakej buffet yang berbaloi ialah The Light Hotel Penang. Hotel bertaraf 5 bintang ini menawarkan buffet pada hujung minggu.
Harga buffet bermula dari RM 95 untuk seorang. Jenis hidangan yang disajikan berasaskan makanan laut yang dijamin kesegarannya. Tiram, udang, ketam dan sotong merupakan antara yang menjadi rebutan ramai.
Alamat: Batu Feringgi Main Road Batu Feringgi Main Road, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Sabtu, 6 – 10 pm
Shangru-La – nama hotel yang pasti menjengah di minda jika kami sebut tentang hotel bertaraf 5 bintang. Hotel ini juga turut menawarkan pakej buffet Sabtu yang berasaskan hidangan tempatan.
Untuk dewasa, harga buffet di sini ialah RM 138 manakala untuk kanak-kanak berumur 6-11 tahun, harga buffet ialah RM 69. Anda bukan sahaja dapat menikmati nasi dan lauk, malah sate dan kuih-muih juga turut disajikan.
Alamat: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Sabtu, 6.30 – 10 pm
Hotel Hard Rock – nama hotel tersohor yang pasti sudah tidak asing lagi di kalangan pembaca. Ianya mempunyai pelbagai cawangan dan salah satunya terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Hotel bertaraf 5 bintang ini turut menawarkan pakej bufet yang berharga RM 120 untuk dewasa dan RM 80 untuk kanak-kanak dan warga emas. Anda dapat menikmati buffet makanan laut selera Asia yang cukup sedap, kami berani jamin.
Alamat: 25-A, Lebuh Farquhar, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Waktu Buffet: Setiap Ahad, 12 – 2.30 pm
Pada hujung minggu, semestinya anda ingin meluangkan masa bersama keluarga bukan. Apa kata anda singgah menjamah hidangan buffet di hotel 4 bintang ini – Bayview Hotel Georgetown?
Jenis hidangan yang disajikan ialah sajian tempatan, ala-ala hidangan di kopitiam. Harga buffet ialah RM 49 untuk dewasa, RM 45 untuk warga emas dan RM 28 untuk kanak-kanak, sangat berpatutan.
Alamat: 505, Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Buffet: 24-25 Disember 2021
Satu lagi buffet hotel di Penang yang anda wajib tempah ialah di hotel Mercure Penang Beach. Hotel bertaraf 4 bintang yang terletak berhampiran dengan pantai ini menawarkan buffet Krismas.
Anda akan disajikan dengan hidangan Barat seperti ayam belanda panggang. Harga buffet Krismas di hotel ini ialah RM 150 untuk dewasa dan RM 105 untuk kanak-kanak dan warga emas, memang berbaloi!
Alamat: 53, Gurney Dr, 10250 George Town, Penang
Waktu Buffet: Jumaat – Sabtu 7 – 9.30 pm, Sabtu – Ahad 12 -2.30 pm
Evergreen Laurel Hotel Penang ini menawarkan buffet untuk makan tengah hari dan makan malam pada hujung minggu. Hidangan yang disajikan berasaskan selera tempatan dan Barat.
Harga untuk buffet juga memang sangat berpatutan. Untuk dewasa, harganya ialah RM 50 manakala untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun dan warga emas berumur 60 ke atas, harganya ialah RM 40.
Alamat: Magazine Rd, George Town, 11900 George Town, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Jummat – Sabtu, 6.30 – 9.30 pm
Hotel JEN yang bertaraf 4 bintang ini turut menawarkan hidangan buffet makanan laut pada Jumaat dan Sabtu. Hidangan kari kepala ikan salmon merupakan antara yang ditunggu-tunggu ramai.
Harga buffet di sini ialah RM 78 untuk dewasa dan RM 39 untuk kanak-kanak, sangat berpatutan. Tiram bakar, ketam cili, daging berkualiti dan banyak lagi lauk boleh dijamah jika anda menempah buffet yang berbaloi ini.
Alamat: 183, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Buffet: Sabtu 6.30 – 9.30 pm, Ahad 12 – 3 pm
Hotel The Wembley, Penang ini juga merupakan antara lokasi buffet hotel di Penang yang wajib anda singgah. Hotel ini menawarkan buffet makan tengah hari dan makan malam pada hujung minggu.
Untuk buffet makan malam, harganya ialah RM 127 untuk dewasa, RM 63 untuk kanak-kanak dan RM 85 untuk warga emas. Untuk buffet makan tengah hari pula, harganya ialah RM 75 untuk dewasa, RM 38 untuk kanak-kanak dan RM 57 untuk warga emas.
Alamat: Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Hotel yang terletak berhadapan dengan pantai Tanjung Bungah ini ada menyediakan buffet sarapan yang terlajak murah.
Harga buffet yang ditawarkan ialah RM 35 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak. Sarapan di sini berasaskan hidangan tempatan dan Barat. Ianya bersaiz besar, lazat dan semestinya menjanjikan kekenyangan.
Ada buffet hotel di Penang yang berjaya mencuri hati anda? Kami yakin pasti ada, kerana semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan pasti sesuai dengan citarasa anda.
Nasihat kami, anda patut membuat tempahan pada tarikh yang lebih awal. Jika ada rezeki, berkemungkinan anda boleh mendapat harga promosi yang jauh lebih berbaloi. Selamat menjamu selera!
Mencari lokasi buffet di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.