Jika anda berada di Johor, pasti anda mencari destinasi buffet Ramadhan Johor untuk tahun ini yang menyediakan pakej yang berbaloi dan serasi dengan citarasa anda. Kami sediakan banyak pilihan tempat berbuka yang pasti membuatkan anda rambang mata.

Sekali sekala berbuka di luar pasti memuaskan hati dan perut anda. Paling seronok bila dapat berbuka bersama keluarga dan sahabat handai. Bukan itu sahaja, anda juga akan berada di suasana yang meriah bersama umat Islam yang lain untuk berbuka. Situasi ini memang hanya dapat dirasai pada bulan mulia ini.

Tak perlu susah payah anda mencari tempat. Di sini kami ada sediakan senarai terkini (2025) untuk 30 destinasi buffet berbuka puasa di Johor yang boleh anda terjah untuk sesi iftar. Anda perlu pilih sahaja tempat dan menu yang anda mahu. Jom tengok senarai tersebut!

Berikut ialah senarai buffet berbuka puasa 2025 yang boleh anda terjah sekitar Johor:

Buffet Ramadhan 2025 Johor

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Ramada Meridin Johor Bahru5, Persiaran Medini Utara 3, Bandar Medini Iskandar, 79250 Nusajaya, Johor158.00118.00Ramada Meridin
Thistle Johor BahruJalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor138.0088.00Thistle Johor Bahru
Amerin Hotel Johor BahruNo, 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Skudai, Johor119.0069.00Amerin Hotel Johor Bahru
Capri by FraserMenara Tiga Serangkai, Jalan Tengku Azizah, Kim Teng Park, 80300 Johor Bahru, Johor128.00+Capri By Fraser, Johor Bahru
DoubleTree by Hilton JBLokasi: 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor218 – 238 (Makan Kitchen & Banquet Hall) 109 – 119 (Makan Kitchen & Banquet Hall)DoubleTree by Hilton (Johor Bahru)
Holiday Inn JB City CentreJalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor188.00+98.00+Holiday Inn Johor Bahru City Centre
KSL Hotel33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor158.00 79.00KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Grand Paragon Hotel18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor160.0080.00Grand Paragon Hotel
Impiana Hotel SenaiJalan Impiana Senai Utama 2, Taman Impian Senai, 81400 Senai, Johor128.0065.00Impiana Hotel Senai
Holiday Villa Johor Bahru City Centre260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor188.0088.00Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Pulai Springs Resort Johor Bahru20km, Jalan Pontian Lama, Pulai, Johor139.0069.50Pulai Springs Resort
Four Points by Sheraton DesaruJalan Kempas 2, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor148.0074.00Four Points Desaru
Renaissance Johor Bahru2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor198.0099.00Renaissance Johor Bahru Hotel
Malay Village Restaurant9A, Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor75.00 – 85.0035.00Malay Village Restaurant
St. Giles SouthkeyMid Valley Southkey, 1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor188.0098.00St. Giles Southkey
Le Grandeur Palm Resort SenaiJalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo, 81250 Senai, Johor128.0068.00Le Grandeur, Palm Resort Senai
Amari Johor Bahru82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor168.0088.00Amari Johor Bahru
AmanSari Residence Resort17, Jalan Tenteram, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor75.00+35.00+AmanSari Residence Resort
Good Hope HotelNo.1, Jalan Ronggeng 5, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor90.0065.00Goodhope Hotel
Hotel Seri Malaysia  LOT PTB 17648, Jalan Langkasuka, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor68.00+40.00+Hotel Seri Malaysia Johor Bahru
Opero HotelNo 2, Jalan Southkey 1/2, Kota Southkey, Johor Bahru198.0098.00Opero Hotel
TROVE Johor BahruJalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor160.0098.00TROVE Johor Bahru
Hard Rock Hotel DesaruJln Pantai 3, 81930 Bandar Penawar, Johor158.0079.00Hard Rock Hotel Desaru Coast
Tunamaya Beach & Spa Resort81930 Bandar Penawar, Johor108.0088.00Tunamaya Beach & Spa Resort
The Els Club Desaru CoastDarul Ta’zim, 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor108.0058.00The Els Club Desaru Coast
Sunway Hotel Big BoxPersiaran Medini 5, Sunway City, 79250 Nusajaya, Johor188.0094.00Sunway Hotel Big Box
Fraser Place Puteri HarbourResidensi & Hotel Marina, Jalan Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor168.00+84.00Fraser Place Puteri Harbour

Ramada Remidin Johor Bahru

Ramada by Whyndam Meridin akan mengadakan buffet Ramadan dengan tema Selera Rentas Benua by Ramada. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga early bird serendah RM138 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak. Harga ini sah sehingga 1 Mac 2025 sahaja dan harga akan kembali pada asal. Buffet ini akan diadakan di Delish Restaurant yang berada di tingkat 5.

No telefon: 07-5318802 

Lokasi: 5, Persiaran Medini Utara 3, Bandar Medini Iskandar, 79250 Nusajaya, Johor

Thistle Johor Bahru

Jom rasai pengalaman berbuka puasa dengan istimewa bertemakan Nostalgia Selera Kampung yang bermula dari 3 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025. Klik pautan ini untuk melihat senarai menu.

Sambil menikmati juadah, anda akan ditemani dengan persembahan istimewa secara langsung. Ada juga cabutan bertuah, permainan menrik, parkir percuma dan surau. Jika berkesempatan, dapatkan harga serendah RM118 nett (dewasa) dan RM78 nett (kanak-kanak) sehingga 28 Februari sahaja.

No telefon: 07-267 8999

Lokasi: Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor

Amerin Hotel Johor Bahru

Jika anda berbuka di sini pasti anda rambang mata kerana banyak pilihan menu yang ada. Bermula 2 Mac sehingga 30 Mac 2025, buffet ini bertemakan Selera Makan Malam. Banyak tawaran menarik menanti anda seperti persembahan band secara langsung, baucar Beli 5 Percuma Satu dan cabutan bertuah.

No telefon: 07-2330333

Alamat: No, 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Skudai, Johor

Capri by Fraser

Pakej buffet Ramadaan ini diadakan di tingkat 1, Caprilicious. Harga early bird? Sudah tentu ada iaitu serendah RM128 sahaja. Dapatkan selagi masih ada!

Bertemakan Jelajah Rasa, pakej buffet di Capri by Fraser ini akan bermula dari 6 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025. Pelbagai juadah menarik menanti anda seperti Laksa Johor dan Kambing Golek.

No telefon: +60 19-740 2163

Lokasi: Menara Tiga Serangkai, Jalan Tengku Azizah, Kim Teng Park, 80300 Johor Bahru, Johor

DoubleTree by Hilton JB

Pakej buffet Ramadan yang boleh anda kunjungi di hotel terkemuka ini adalah di Makan Kitchen yang bertemakan Nikmati Saian, Eratkan Jalinan. Pakej ini diadakan bermula 1 Mac sehingga 27 Mac 2025.

Harga yang ditawarkan adalah RM218 (dewasa) untuk tarikh berbuka Ahad hingga Khamis manakala RM238 untuk tarikh berbuka pada hari Jumaat dan Sabtu. Layari DoubleTree by Hilton Johor Bahru untuk melihat menu dan membuat tempahan.

Lokasi: 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Holiday Inn JB City Centre

Bertemakan Juadah Lagenda Seniman, suasana berbuka puasa di sini dapat mengimbau lagenda seniman terdahulu. Sambil menikmati menu istimewa, pengunjung akan disajikan dengan nyanyian lagu seniman tanah air. Banyak gerai disediakan termasuklah Nasi Kandar Surr Station, Labu Labi Corner, Ya Ali Baba Corner, Haji Bakhil Action Counter, Murtabak Anakku Shazali Corner, Ahmad Albab Dessert Corner dan sebagainya.

Jika berkesempatan, jom grab harga promosi serendah RM158 untuk seorang. Namun, baucer ini sah sehingga 2 Mac 2025 sahaja. Harga kembali normal iaitu serendah RM188 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak.

No telefon: +6011 3603 3163

Lokasi: 80000, Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

KSL Hotel & Resort

Jom buka puasa di KSL Hotel yang akan diadakan di Infusion Cafe & Restaurant yang berada di aras bawah hotel ini. Urusan anda untuk menunaikan solat selepas atau sebelum berbuka pasti mudah kerana pihak hotel menyediakan ruang solat yang selesa.

Harga promosi yang ditawarkan adalah RM138 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak. Tempoh promosi juga lama iaitu sehingga 9 Mac 2025. Anda boleh berbuka di sini antara 6 Mac hingga 30 Mac 2025.

No telefon: +6 07 2882688

Lokasi:  33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Grand Paragon Hotel

Dengan tema Santapan Rasa Paragon, anda mempunyai pelbagai pilihan makanan enak untuk berbuka di Cafe Para-Para bermula 3 Mac sehingga 29 Mac 2025.

Jom dapatkan harga promosi sebelum 1 Mac 2025 untuk dapatkan tawaran harga serendah RM130 sahaja! Harga asal untuk dewasa adalah RM 160 manakala kanak-kanak serendah RM80 sahaja. Layari laman web atau hubungi nombor tertera untuk dapatkan maklumat lanjut.

No telefon: +607-268 5255

Lokasi: 18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor

Impiana Hotel Senai

Nak berbuka dengan keluarga atau rakan pejabat? Mari berbuka di hotel ini kerana pengunjung akan didendangkan dengan persembahan angklung dari Along, The Angklungman.

Dengan tema Semarak Rasa, pengunjung akan berbuka di The Tiffin Restaurant. Pakej ini diadakan bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2025.

No telefon: 60 16-713 4590

Lokasi: Jalan Impiana Senai Utama 2, Taman Impian Senai, 81400 Senai, Johor

Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Sentuhan Nostalgia Ramadan merupakan konsep buffet Ramadan kali ini yang tentunya menyajikan masakan kampung kegemaran semua. Juadah termasuk Kambing Golek, Siakap Gergasi Bakar Sambal Strawberri dan Nasi Briyani Lamb Shank pasti mengunggah selera anda!

Harga promosi ditawarkan dengan harga RM145 yang sah sehingga 28 Februari 2025 sahaja. Jom ajak keluarga berbuka di sini!

No telefon: +607 290 3367/ +6016 679 4278

Lokasi:  260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Pulai Springs Resort Johor Bahru

Seperti biasa, Pulai Springs Resort dengan Gleneagles Terrace Restaurant tidak akan menghampakan anda dalam menyediakan pakej berbuka yang unik, menarik dan sedap! Dengan Bufet ala Bazar, pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih lebih 200 menu yang ada dengan lebih 25 gerai.

Antara menu yang menjadi tumpuan adalah Nasi Padang ala Pulai, Nasi Kerabu, Asam Pedas, Kambing Golek, Shawarma, Kunafa, BBQ dan Steamboat ala Pulai. Parkir disediakan dengan percuma, juga surau yang bersih dan selesa.

No telefon: 016-733 2918 / 016-733 2919

Lokasi: 20km, Jalan Pontian Lama, Pulai, Johor

Four Points by Sheraton Desaru

Harga promosi yang ditawarkan adalah serendah RM108 untuk dewasa manakala RM54 untuk kanak-kanak dan warga emas. Harga ini sah sehingga 28 Februari 2025 sahaja. Dengan tema Selera Warisan Kampung, menu yang diketengahkan merupakan menu tradisi. Antara menu utama semestinya kambing golek, gulai kawah dan lain-lain. Scan kod qr di atas untuk membuat tempahan.

Lokasi: Jalan Kempas 2, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Renaissance Johor Bahru

Buffet Ramadan Johor Renaissance, Johor Bahru menawarkan pakej berbuka berkonsepkan 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐈𝐓𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐍𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀𝐍𝐂𝐄 dengan pelbagai pilihan menu. Seperti yang anda lihat di atas, pelbagai tawaran menarik diberikan jika anda berbuka di sini. Pakej berbuka bermula dari 2 Mac 2025 hingga 30 Mac 2025.

No telefon: 017 771 3327

Lokasi: 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor

Malay Village Restaurant

Mencari buffet Ramadan di Johor yang berbaloi dan harga bawah RM 100? Apa kata anda berbuka di Malay Village Restaurant untuk berbuka dengan lebih 80 jenis hidangan tempatan dan menu barat.

Berada di sini memang luar biasa kerana ia dapat mengingatkan anda terhadap kampung tercinta. Buffet Ramadan ini bermula 3 Mac 2025 sehingga 29 April 2025.

No telefon: 017-7337 303

Lokasi: 9A, Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor

St. Giles Southkey

Sajian Nostalgia merupakan tema bagi hidangan buffet berbuka puasa bagi St. Giles Southkey kali ini. Dapatkan harga promosi serendah RM158 sahaja dengan tempahan pada 20 Februari ini! Lebih jimat dan berbaloi!

No telefon: +6012 309 9762

Lokasi: Mid Valley Southkey, 1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

Le Grandeur Palm Resort Senai

Jom berbuka dengan Le Grandeur, Palm Resort Senai dengan tema Aroma Nusantara, bermula 4 Mac hingga 28 Mac 2025! Pasti tak mengecewakan kerana anda dapat menikmati pelbagai menu lazat di Ishwara Restaurant. Jika anda membeli 9 baucar buffet, anda akan menerima 1 baucar percuma! Cepat, hubungi nombor tertera atau layari laman web mereka.

No telefon: +607-599 6000 | +6011-5757 0031

Lokasi: Jalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo, 81250 Senai, Johor:

Amari Johor Bahru

Selera Gurindam merupakan tema buffet ramadan kali ini bagi Amari Johor Bahru. Pakej buffet ini akan bermula dari 2 Mac sehingga 30 Mac 2025. Lebih 100 pilihan menu menanti anda. Antara menu yang menanti anda adalah Asam Pedas Claypot, Daging Gulai Kawah, Kambing Golek, Sup Gearbox dan banyak lagi! Klik pautan ini untuk membuat tempahan.

Lokasi: 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

AmanSari Residence Resort

Nostalgia Warisan bersama SKS Hospitality merupakan tema buffet ramadhan untuk kali ini menampilkan Chef Rahmat. Pakej buffet ini diadakan bermula 3 Mac sehingga 27 Mac 2025. Tawaran harga memang sangat berbaloi dan mampu milik walaupun bertaraf hotel RM118 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak. Sup Tulang Merah, Nasi Bonjari dan Gulai Kawah Ala Minang antara menu utama yang pasti menawan selera anda

No telefon: +6073817070 | WhatsApp +6012-7647488

Lokasi: Jalan Persiaran Seri Alam, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

GoodHope Hotel

Buffet Ramadan ini menawarkan RM90 untuk dewasa, RM65 untuk kanak-kanak dan RM75 untuk warga emas. Harga memang murah dan mampu milik. Untuk tempahan, hubungi 019 7799 467 atau 013 775 7569.

Lokasi: No.1, Jalan Ronggeng 5, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor

Hotel Seri Malaysia

Harga yang ditawarkan oleh Hotel Seri Malaysia serendah RM 68 sahaja dan dapatkannya sebelum 2 Mac 2025. Jom berbuka dengan Seloka Rasa Ramadan di Seri Malaysia dengan selera warisan di Hotel Seri Malaysia!

Oh ya, anda pasti nak tahu menu istimewa yang ada. Menu utama adalah kambing bakar dan seafood shellout. Memang luar biasa. Lain daripada yang lain!

No telefon: +607-2211002

Lokasi: LOT PTB 17648, Jalan Langkasuka, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Opero Hotel

Lebih banyak pilihan menu di sini yang bakal membuatkan anda rambang mata dengan menu tempatan dan timur tengah. The Ramadhan Souk akan diadakan bermula 2 Mac sehingga 30 Mac 2025 dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam.

Dapatkan harga promosi serendah RM168 untuk dewasa manakala RM68 untuk kanak-kanak. Harga ini terhad sehingga 28 Februari sahaja. Tekan pautan untuk membuat tempahan.

Lokasi: 2, Jalan Southkey 1/2, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

TROVE Johor Bahru

Dengan konsep Rasa Nusantara, pelbagai menu istimewa ditawarkan buat pengunjung seperti dari 11 buah negeri Sup Tulang Merah, Nasi Kandar, Masak Lemak Urat Keting, Kambing Bakar dan sebagainya.

Jika berkesempatan, jangan lupa dapatkan harga promosi serendah RM108 sahaja sebelum 28 Februari 2025. Pakej buffet ini berlangsung dari 1 Mac sehingga 9 Mac 2025.

No telefon: +6012 881 8413

Lokasi: Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

Hard Rock Hotel Desaru Coast

Hard Rock Hotel yang berada di Desaru juga tidak ketinggalan dalam menyediakan pakej buffet yang menarik yang berkonsepkan Santapan Aria. Buffet ini berlangsung dari 2 Mac sehingga 30 Mac 2025 dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam.

Daging Peha Lembu Hiris, Udang Sambal Petai dan Kambing Golek antara sajian utama yang akan dihidangkan. Bukan itu sahaja, ada juga makanan dari pelbagai negara. Sesuai untuk seisi keluarga yang mempunyai citarasa berlainan.

Buat tempahan segera kerana pakej buffet adalah terhad. Harga buffet serendah RM158 untuk dewasa manakala RM79 untuk kanak-kanak. Apa yang menarik, jika membuat 10 tempahan, anda akan dapat 1 buffet percuma!

No telefon: +6012-738 8247 | +607 838 8888

Lokasi: Jln Pantai 3, 81930 Bandar Penawar, Johor

Tunamaya Beach & Spa Resort

Tunamaya Beach & Spa Resort juga menyediakan buffet ramadan dengan tema Rasa Nusantara. Makanan utama yang disajikan sudah pasti makanan dari seluruh pelusuk nusantara dan paling menarik untuk edisi tahun ini adalah 16 buah gerai dengan menu yang lebih menarik dan masakan panas. Nasi Kandar, Laksa Johor, Soup Tulang Merah, Tom Yam, Ambuyat dan Adobo Chicken antara juadah yang menjadi penantian ramai.

Harga buffet sangat berbaloi iaitu RM108 untuk dewasa manakala RM68 untuk kanak-kanak. Hubungi +6017 7727386 untuk membuat tempahan.

Lokasi: 81930 Bandar Penawar, Johor

The Els Club Desaru Coast

Jom ajak keluarga dan rakan-rakan berbuka dengan istimewa di The Els Club Desaru Coast yang bertemakan Selera Els. Pakej ini diadakan bermula 4 Mac sehingga 26 Mac 2025. Harga promosi ditawarkan adalah RM88. Namun anda perlu dapatkannya sebelum 15 Februari 2025.

No telefon: +60193232842

Lokasi: Darul Ta’zim, 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Sunway Hotel Bix Box

Diskaun 15% ditawarkan buat anda yang membeli voucher sebelum 1 Mac 2025. Harga kembali pada asal setelah tarikh tersebut iaitu RM188 untuk dewasa, RM138 untuk warga emas dan RM94 untuk kanak-kanak.

Menu berbuka di sini tidak kurang hebatnya kerana ada Nasi Beriani Big Box, Daging Salai Masak Lemak Kalimantan, kambing golek dan durian! Paling best, ada persembahan secara langsung dari Cherlike Acoustic setiap hari!

No telefon: +6019-233 7506

Lokasi: : Persiaran Medini 5, Sunway City, 79250 Nusajaya, Johor

Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan di sini bertemakan Nostalgia Ramadhan yang akan diadakan bermula 8 Mac hingga 30 Mac 2025 di Swatches Restaurant. Di sini juga ada harga promosi iaitu serendah RM88 untuk tempoh yang terhad! Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional oleh Tari Aliff.

No telefon: +60 13-778 6821

Lokasi: Residensi & Hotel Marina, Jalan Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor

Banyak juga destinasi buffet Ramadhan Johor yang mempunyai harga berpatutan. Menu-menu yang ditawarkan melalui laman web tempat tersebut juga kelihatan enak dan pasti buat anda terliur. Pakej pula sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan!

Jika anda berminat dengan destinasi buffet yang kami senaraikan ini, lekaslah membuat tempahan sebelum terlambat. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga early bird untuk penjimatan berganda. Harga ini diberikan untuk anda yang terawal mengikut tempoh tertentu. Selamat berpuasa dan selamat berbuka!

Jangan lupa share artikel ini kepada rakan-rakan anda agar mereka turut mendapat manfaat. Selain artikel buffet berbuka puasa di sini, kami juga ada menulis artikel buffet berbuka puasa di negeri lain. Jemput baca jika anda bercadang ke sana.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.