Nak makan ramai-ramai, buffet Johor di Restoran Duyong Seafood ini sangat disarankan. Jika anda berkunjung ke Johor dan tidak tahu mahu makan di mana, salah satu tempat terbaik boleh anda kunjungi adalah Restoran Duyong Seafood.

Tahukah anda, Restoran Duyong Seafood ini menyediakan masakan Melayu tradisional yang mempunyai gabungan dari Johor dan juga Thailand. 

buffet johor
Imej via [fb]

Pilihan Buffet Atau Ala Cart Di Restoran Duyong Seafood

Sudah pasti masakannya kreatif dan rasanya sedap sekali. Anda boleh memilih untuk makan secara ala cart atau buffet. Menariknya, makan secara buffet sangat berbaloi kerana anda boleh makan dalam kuantiti yang sangat banyak pilihan makanannya. Buffet Johor ini juga sangat menarik dari segi menu makanan.

makanan laut segar
Imej via [maqan]

Sama ada buffet atau ala cart, restoran Duyong Seafood ini menyediakan makanan berkonsepkan makanan laut segar. Lokasi restoran ini juga berdekatan laut, jadi sangat seronok kerana seafood yang disajikan adalah yang fresh dan hasil tangkapan baru.

buffet johor
Imej via [maqan]

Menu Makanan Laut Di Restoran Duyong Seafood

Untuk pengetahuan anda, Restoran Duyong Seafood menyajikan pelbagai jenis masakan seafood segar seperti kerang, siput, ketam, sotong, udang, kupang, lala, ikan dan banyak lagi makanan laut segar.  Setiap hari menu yang disediakan adalah berkonsepkan makanan laut tetapi mungkin jenis masakan sahaja yang berbeza bagi buffet Johor ini.

buffet johor
Imej via [fb]
buffet johor
Imej via [fb]

Selain itu, Restoran Duyong Seafood juga menyediakan makanan pilihan ramai iaitu kambing golek. Kambing golek merupakan menu wajib setiap hari kerana ia merupakan makanan kegemaran ramai dan mendapat permintaan.

buffet johor
Imej via [fb]

Menu Masakan Buffet Johor Di Restoran Duyong Seafood

Bukan biasa-biasa lauk pauk yang dihidangkan, tetapi merupakan hidangan laut yang eksklusif. Patutlah ramai yang suka makan buffet Johor ini. Restoran makanan segar ini membolehkan anda memilih makanan segarnya juga.

Antara lauk pauk untuk buffet yang disediakan adalah seperti ketam masak sambal, kurita sambal, ikan masam manis, ikan tiga rasa, ikan stim lemon dan lain-lain lagi.

buffet johor
Imej via [fb]

Hari lain, lain pula menunya. Tetapi semuanya lauk berkonsepkan makanan laut. Siapa yang tak nak kan! Pasti terliur bila bau aromanya, masakannya pun begitu lazat dimakan bersama nasi.

buffet johor
imej via [fb]

Suasana Restoran Duyong Seafood

Memandangkan Restoran Duyong Seafood ini terletak di tepi pantai, meja dan kerusi makan memang berada di luar supaya pelanggan dapat menikmati udara pantai yang segar. Memang menarik jika makan di sini pada waktu malam, rasa tenang sangat.

buffet johor
Imej via [fb]

Kalau anda seorang yang suka bergambar, jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini sebagai kenang-kenangan. Tempat makan yang disediakan juga amat sesuai jika anda ingin datang beramai-ramai makan di sini. Ia agak luas dan selesa. 

Tips Makan Di Restoran Duyong Seafood

Jika takut makanan kegemaran anda habis, sebaiknya anda tempah tempat makan lebih awal sebelum datang terus ke sini. Jika ramai, takut habis pula nanti. Jika anda nak makan di buffet Johor ini, tiada masalah kerana lauk pauk memang banyak jenis disediakan.

buffet johor
Imej via [fb]

Makanan buffet Johor ini untuk dewasa adalah dibawah harga RM 48 sahaja, manakala bagi kanak-kanak di bawah harga RM 25 sahaja. Pilihan buffet sangat jimat sebab anda boleh makan sepuas-puasnya.

Jom baca juga tempat makan menarik di MyChick Nasi Ayam dan Itik, Little Penang Cafe dan Lala Laksa Sarawak.

Lokasi: No 7, Persisiran Pantai Kg Senibong, Johor Bahru, Malaysia

Waktu Operasi: 6 Petang – 10 Malam

No Telefon: 0137849476

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.