Mencari restoran ayam gepuk di Kuantan?

Ayam gepuk merupakan hidangan Indonesia yang sangat popular di negara kita. Selain ayam geprek dan ayam penyet, ayam gepuk juga mempunyai banyak restoran di setiap negeri. Jelas menunjukkan yang orang kita memang menggemarinya!

Ianya merupakan hidangan ayam goreng yang disajikan bersama sambal bawang putih. Kelihatan sama seperti ayam penyet dan ayam geprek, namun berbeza dari segi sambal yang digunakan.

Tidak tahu manakah tempat makan ayam gepuk di Kuantan? Jangan risau, berikut kami senaraikan 4 restoran ayam gepuk di Kuantan. Teruskan membaca!

#1 Ayam Gepuk Pak Gembus Kuantan

Alamat: 62, Jalan Putra Square 1, Putra Square, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 am – 7 pm

Nama restoran Ayam Gepuk Pak Gembus ini tidak perlu lagi kami perkenalkan, kerana ianya merupakan pelopor ayam gepuk di Indonesia. Kini, ianya mempunyai banyak cawangan di serata Indonesia dan Malaysia.

Salah satu cawangannya ialah di Kuantan. Jika anda ingin menikmati ayam gepuk yang sememangnya asli dan sedap, anda wajib singgah di restoran ini. Tambahan pula jika anda menggemari makanan pedas, pasti tak rugi!

ayam gepuk kuantan
Imej via Foursquare

Sambal ayam gepuk di sini mempunyai tiga jenis tahap kepedasan, pilih sahaja yang kena dengan citarasa anda. Kebanyakan pengunjung di sini selalu memesan tahap kepedasan yang teratas, boleh cuba jika anda berani.

Kami berani jamin jika anda mencuba ayam gepuk mereka, pasti anda ingin tambah sambalnya. Nasi dan sambal juga boleh ditambah secara percuma, jadi tambahlah sebanyak yang anda suka.

Kebersihan dan servis restoran juga baik dan dipuji pelanggan. Kami ingin menasihatkan anda supaya singgah pada waktu yang sesuai, kerana restoran ini sentiasa dibanjiri pelanggan pada waktu kemuncak.

#2 Ayam Penyet AP

Alamat: Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Restoran Ayam Penyet AP juga merupakan antara restoran makanan Indonesia yang popular. Ianya mempunyai banyak cawangan dan salah satunya ialah di Jalan Tun Ismail, Kuantan.

ayam gepuk kuantan
Imej via Facebook

Ada pelbagai jenis sajian Indonesia yang dihidangkan di sini, dan salah satu menu terbarunya ialah ayam gepuk. Seperti ayam gepuk yang biasa, ayam gepuk di sini juga diakui pedas oleh ramai pelanggannya.

Namun, jangan risau. Ianya masih boleh dinikmati dengan penuh selera. Untuk hidangan set, ianya akan disajikan bersama nasi putih dan Teh O pada harga RM 14.90. Berbaloi dengan keenakkan dan saiz hidangannya.

Ingin mencuba menu lain? Restoran ini juga turut menyediakan ayam bakar taliwang, pepes ikan kerisi, urap-urap dan gado-gado.Memang berbagai menu yang disajikan, bikin rambang mata!

#3 Waroeng Penyetan Pak Han

Alamat: Jalan Tanah Putih, Seksyen 124, 25100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 5 pm

Satu lagi restoran ayam gepuk yang terkenal di Kuantan ialah Waroeng Penyetan Pak Han. Ianya merupakan sebuah warung di bawah cawangan kafe Projekt Makan yang menyajikan nasi ayam gepuk.

Ayam gepuk sambal gesek di sini direbus dan kemudiannya digoreng. Sambal yang disajikan juga mempunyai 4 tahap kepedasan yang berbeza, jadi pilih sahaja yang mana yang cocok dengan citarasa anda.

Imej via Foursquare

Ianya disajikan bersama nasi putih, sup dan tempe. Saiz hidangannya sederhana dan harga yang ditawarkan ialah hanya RM 8. Menu lain yang boleh dicuba ialah ayam geprek yang tidak kurang hebatnya.

Untuk pengetahuan anda, restoran ini merupakan pelopor ayam gepuk di Kuantan, jadi semestinya keaslian resepi ayam gepuk mereka ini tidak dinafikan lagi.

Restoran ini mempunya dua cawangan. Cawangan pertama terletak di belakang Kuantan Parade manakala cawangan kedua terletak berdekatan dengan pasar raya Giant Kuantan. Singgah sahaja jika anda berdekatan!

#4 Warung Kekanda

Alamat: Bandar Baru Jaya Gading, 25150 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 – 10 pm

Ingin menikmati ayam gepuk sambil menyaksikan pemandangan laut yang cantik dan menenangkan? Di Kuantan, ada satu warung yang boleh dikatakan hidden gem tetapi cukup terkenal di Kuantan – Warung Kekanda.

Restoran ini menyajikan sajian tempatan, Barat dan yang terbaru, sajian Indonesia. Ayam gepuk merupakan menu terbaru yang disediakan di Warung Kekanda. Agak-agaknya ayam gepuk di sini sedap ke?

Semestinya ya! Walaupun baru sahaja diperkenalkan, rata-rata pelanggan memuji kepedasan dan kelazatan sambal ayam gepuk mereka. Harga untuk satu set ayam gepuk ialah hanya RM 8, sangat berpatutan.

Hidangan ini sentiasa habis terjual, jadi kami sarankan agar anda singgah pada waktu tengah hari untuk mencubanya. Tempahan untuk ayam gepuk juga ditutup pada jam 2 petang, jadi jangan terlepas peluang.

Ingin mencuba menu lain? Mereka juga ada menyajikan mi bandung, nasi goreng ayam, Chicken Chop dan nasi lemak. Harganya juga tidak mencekik darah, memang rugi jika anda tidak mengunjungi warung ini.

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran ayam gepuk di Kuantan yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.

Kami juga ingin ingatkan agar anda singgah pada waktu yang sesuai, Takut nanti ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh kerana kebanyakan tempat makan yang disenaraikan memang popular.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.