Mencari tempat makan di Ampang?
Ampang merupakan salah satu bandar di KL. Kalau dah namanya bandar, memang banyaklah tarikannnya bukan? Bukan sahaja dari segi hiburan dan pelancongan, malah tempat makan di Ampang pun pasti merata-rata.
Anda masih tercari-cari tempat makan menarik di Ampang? Jangan risau, kami ada senarainya. Senarai ini tidak mengikut ‘ranking’ dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Jadi, teruskan membaca!
Pening untuk mencari tempat makan tengah hari yang menyediakan lauk-pauk kampung? Jom ke Poksu Awang kerana mereka menawarkan aneka masakan kampung yang sedap. Jika datang lambat pasti tidak banyak pilihan yang ada. Yang penting anda perlu cuba gulai kawah yang pekat dan daging lembut.
Alamat: 322C, Jalan Ampang Kiri, 50450 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
Sudu House pula merupakan port makan yang menyediakan aneka masakan melayu asli dari Johor. Makan di Sudu House umpama makan di rumah sendiri. Nak tahu kenapa? Anda perlu datang sendiri dan dapatkan jawapannya.
Ada set untuk makan seorang dan jika datang beramai-ramai, pilih sahaja set ala carte Kongsi-Kongsi. Antara menu yang mencuri tumpuan adalah ikan cencaru sambal cili petai, ikan kembung asam rebus nenas dan sayur masak lemak.
Menu sampingan juga ada seperti laksa Johor, mee bandung muo, cekodok dan pengat pisang. Konsep hidangan mengimbau hidangan di kampung, zaman dahulu kerana menggunakan pinggan mangkuk dengan corak bunga.
Alamat: 11, Jalan Ampang Ulu 3, Kampung Berembang, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Selasa – Ahad (10.30 am – 6.00 pm)
Nak makan di tengah-tengah alam? Jom ke BBQ Kemensah dan apa yang lebih menarik, anda boleh makan di dalam sungai. Lebih berselera apabila makan sambil rendamkan kaki dalam air sungai yang jernih. Nak datang makan di sini, pastikan anda membuat tempahan awal kerana sering dipenuhi pengunjung terutama waktu cuti.
Menu-menu yang ditawarkan juga unik dengan cara masakannya dan antara yang perlu anda cuba adalah Smoked Duck dan BBQ Lamb. Paling best, kini sudah ada steamboat serendah RM 35 sahaja. Terdapat tiga pilihan sup iaitu sup ayam, kimchi dan tomyam. Pilihan makanan lauk juga banyak dan segar belaka.
Alamat: 19, Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm – 12.00 am)
Jika anda mencari tempat makan yang romantis, tenang dan luar biasa, kami cadangkan anda untuk ke TGSK yang berada di Taman Ampang Indah. Bawa yang tersayang makan seperti di dalam sebuah taman yang indah.
Kebanyakan menu merupakan hidangan tradisi seperti lempeng, tempe goreng sambal, lontong kering ayam rendang dan laksam. Lempeng antara yang menjadi tumpuan untuk sarapan yang terdiri daripada lempeng pisang, lempeng kelapa dan lempeng biasa Cicah bersama sambal bilis memang berselera.
Alamat: Jalan Bukit Indah Utama, Taman Ampang Indah, 68000 Ampang, Selangor
Waktu operasi: Selasa-Ahad (8.00 am-12.00 pm)
Alamat: Jalan Kanan 1, Taman Angsana Hilir, 55100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (11.00 am – 8.00 pm)
Siapa yang pernah cuba bakso ori Indonesia pasti tahu keenakannya bagaimana. Yang tak pernah rasa, apa kata anda cuba di Bakso Lamongan yang terletak di Kg Pandan. Konsep jualan memang sama seperti di Indonesia iaitu jual menerusi gerobak.
Gerai yang berada di tepi jalan utama dan bawah jambatan ini sangat mudah diakses. Kadangkala gerai dipenuhi ramai pengunjung hingga perlu beratur panjang untuk mendapatkannya.
Jangan cuba bakso biasa, cubalah bakso telur, bakso urat, bakso beranak mahupun bakso rojak. Bebola daging memang sedap bersama supnya. Yang penting, tambah sambal atau sosnya, baru lengkap!
Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 11.30 pm)
Restoran ini merupakan antara restoran makanan Korea yang paling popular di Ampang. Sebut sahaja namanya, pasti orang Ampang tahu dan pernah cuba makanan di sini.
Hidangan yang disediakan memang berbagai. Antara yang boleh anda cuba ialah Gochujang Glazed Fried Chicken. Ketulan ayam goreng pedas ini disalut bersama keju. Lilit dan masuk dalam mulut, dijamin sedap!
Jarang-jarang nak jumpa restoran makanan Korea yang ‘best’, bukan? Jadi memang rugi kalau anda tak singgah di restoran ini. Makanannya halal, enak dan berbagai, harganya berpatutan dan dekorasi restoran pun cantik. Servis? Terbaik!
Alamat: Ampang Point, 52, Jalan Memanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (4 pm – 1.30 am)
Restoran ini merupakan antara ‘port’ lepak yang sering dibanjiri pelanggan untuk waktu malam. Memang tak sah kalau tak ramai. Suasananya yang santai dan hidangan yang berbagai membuatkan ramai kerap ke sini.
Restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan tempatan dan makanan Barat. Pesan sahaja ikut selera anda, kalau teringin makanan tempatan pesan nasi goreng.
Untuk makanan Barat, ada Lamb Chop, Chicken Chop dan aneka jenis pasta yang disediakan. Kuantiti hidangan juga agak banyak, jadi kekenyangan memang dijamin!
Alamat: Dagang Avenue Food Court, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 55100 Ampang Jaya, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 pm – 12 am3pak lo
Burger Bakar Abang Burn – nama restoran yang sudah tidak asing lagi di negara kita. Tambahan pula jika anda merupakan antara penggemar burger, pasti nama ini sudah biasa anda dengar.
Imej via Foursquare
Salah satu cawangan restoran ini terletak di Ampang. Keistimewaan utama Burger Bakar Abang Burn terletak pada kualiti daging yang tinggi. Ianya dibakar dengan sempurna, jadi isinya memang lembut dan juicy.
Kami sarankan agar anda cuba burger keju mereka. Keju yang disajikan memang banyak, satu bonus buat pencinta keju di luar sana!
Alamat: 1, Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (11 am – 11 pm)
Peminat tegar nasi briyani pasti akan jatuh cinta dengan hidangan tersebut yang disediakan di Beriani Ipoh. Briyani di sini bukan calang-calang tau, ianya merupakan antara yang terlaris di Ampang!
Lauk-pauk yang disediakan juga sedap-sedap belaka. Ramai pelanggan mengesyorkan ayam goreng dan kambing. Kalau dimakan dengan kuah campur, pasti lebih ‘kaw’!
Alamat: 16, Jalan Kerja Air Lama 1, Taman Shuet Liang, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, Sabtu – Khamis (11 am – 11 pm) manakala Jumaat (3 – 11 pm)
Restoran ini pernah viral dek kerana namanya yang unik. Setelah ramai mengunjunginya, kebanyakan pelanggan jatuh cinta dengan hidangan stik di sini.
Stiknya bukan sahaja bersaiz besar dan lembut, malah ‘juicy’ isinya. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang ianya pasti dipanggang dengan begitu sempurna. Patutlah ramai suka!
Selain kualiti makanan, servis yang ditawarkan juga turut dipuji. Harga untuk setiap hidangan juga berpatutan dengan kualitinya, memang terbaik!
Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7, 11, Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari ( 6 – 11.30 pm)
Mula berkeroncong perut memikirkan sate? Usah bimbang, Zaini Satay ada menyediakan sate yang merupakan antara yang terbaik di Ampang! Harganya juga berpatutan, memang berbaloi.
Antara sate yang terlaris di sini ialah sate kambing. Dagingnya rangup di luar dan lembut di dalamnya. Kuah kacang yang dibuat sendiri merupakan kunci utama mengapa ianya begitu digemari.
Alamat: No, 18, 1 Avenue, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, hari minggu (5 pm – 12 am) manakala hujung minggu (3 pm – 12 am)
Ada pencinta makanan laut di sini? Kami ada berita baik buat anda! Di Ampang, restoran Ibrahim’s Fatty Crab ini sangat terkenal sebagai salah satu restoran makanan laut sekitar sini.
Ramai pelanggan memuji kualiti makanan laut yang disediakan. Semuanya segar-segar dan tiada bau hanyir. Kebanyakan makanan di sini disediakan ala-ala ‘Chinese style’ dan semestinya halal.
Antara hidangan yang boleh anda cuba ialah Crab with Mongolian Sauce. Ada beberapa jenis ketam yang boleh dipilih seperti French dan Mud, jadi pilih sahaja yang mana anda berkenan.
Alamat: 12, Jalan Kerja Air Lama 1, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, hujung minggu (11 am – 1:30 am), Sabtu (7.30 am – 1.30 am) manakala Ahad (7.30 am – 11.30 pm)
Mencari ‘port’ sarapan yang menarik di Ampang? Singgah sahaja di Naan’s Corner. Ada berbagai jenis menu sarapan yang disediakan dan harganya juga sangat berpatutan.
Antara menu yang boleh dicuba di sini ialah roti boom, nasi lemak, naan, roti canai, kuey teow goreng dan banyak lagi. Mereka juga ada menawarkan buffet sarapan yang sangat berbaloi.
Alamat: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (6 pm – 1.30 am) manakala hari Jumaat dan Ahad (6 pm – 2 am)
Tercari-cari tempat makan yang bukan sahaja menyediakan makanan Barat yang enak, malah dekorasinya juga cantik? Restoran Kawd Ampang Waterfront pasti kena dengan citarasa anda!
Kebanyakan menu yang gemar dipesan pelanggan ialah menu yang menggunakan daging. Tak kisah stik, bebola daging atau Lamb Chop, ramai menyukainya kerana kesegaran dagingnya.
Hidangan lain seperti pasta juga turut menjadi kegemaran ramai. Burgernya yang bersaiz besar juga mendapat tempias yang sama. Wah, berbagai betul hidangan di sini. Memang bikin rambang mata!
Alamat: Taman Nirwana, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm – 12 am
Medan selera merupakan tempat yang sesuai disinggah jika anda ingin menikmati pelbagai jenis hidangan sambil bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Antara medan selera yang popular di Ampang ialah Dagang Avenue Food Stall. Medan selera ini mempunyai pelbagai gerai yang menyajikan aneka jenis genre makanan.
Imej via Foursquare
Antaranya ialah sate, masakan panas, makanan Barat, Yong Tau Foo, takoyaki dan banyak lagi. Memang berbagai, pasti meja anda akan dipenuhi dengan makanan kerana rambang mata!
Alamat: Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm
Jika anda menetap di Selangor, nama restoran Warung Kita ini pasti sudah biasa anda dengar. Restoran ini mempunyai banyak cawangan sekitar Selangor dan salah satunya terletak di Ampang.
Imej via Foursquare
Menu terlaris yang disajikan di sini ialah Nasi Manggey. Nasi Manggey merupakan hidangan nasi berlauk yang disajikan bersama ayam goreng yang dipotong kecil dan dinikmati bersama kuah kari.
Untuk minuman pula, jangan lupa untuk mencuba kelapa baldi. Ianya merupakan air kelapa bersaiz besar yang cukup sedap dan menyegarkan tekak, enak dinikmati bersama Nasi Manggey!
Alamat: No. 31-G, Jalan UP 1/6, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 12 am
Suka menikmati ikan bakar? Ikan bakar merupakan menu yang cukup enak dinikmati untuk makanan tengah hari dan makan malam.
Untuk mencuba ikan bakar yang dijamin sedap, kami sarankan agar anda lekas lawati restoran Pak Long Ikan Bakar jika berada di Ampang.
Imej via Foursquare
Restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan berkonsepkan masakan kampung untuk makan tengah hari. Untuk makan malam pula, anda pilih sahaja jenis ikan yang ingin dibakar. Dijamin segar dan sedap!
Alamat: No. 26, Jalan Kolam Air Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selango
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 6 pm
Mencari port sarapan sekitar Ampang? Restoran Mak Jah Corner adalah antara restoran yang top untuk sarapan pagi.
Dibuka seawal 7 pagi, restoran ini menawarkan pelbagai pilihan kuih-muih tradisional. Sebut sahaja apa yang terlintas di minda, semuanya ada.
Imej via Foursquare
Bukan itu sahaja, makanan berat seperti nasi lemak dan roti canai turut disajikan. Lauk-pauk juga ada berbagai pilihan. Jangan lupa untuk mencuba rendang daging mereka, dijamin lazat!
Alamat: Ground Floor, No 39 & 40, Jalan Mamanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm
Restoran Mohd Chan Amerupakan restoran masakan Cina-Muslim yang memang terkenal di negara kita. Bukti popularitinya jelas terbukti apabila ianya membuka cawangan di serata Malaysia.
Imej via Foursquare
Salah satu cawangannya terletak di Ampang. Anda boleh nikmati menu-menu seperti siakap stim limau, udang butter, ayam kam heong dan ikam stim choy po, dijamin enak tak terkata!
Alamat: Dagang Avenue, G – 1, Jalan Dagang B/3, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (12 pm – 3 am)
Restoran Selera Bonda ini menawarkan pelbagai jenis hidangan. Ada mmasakan melayu, ala-thai, makanan Barat dan Indonesia. Memang kena dengan citarasa sesiapa sahaja!
Antara menu menarik yang boleh dicuba di sini ialah Char Kuey Teow. Char Kuey Teow di sini bukan seperti yang biasa anda lihat di gerai, kerana ianya disajikan bersama udang galah. Bersaiz besar, semestinya mengenyangkan!
Alamat: G13A & G15, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 1 am
Salah satu tempat makan di Ampang yang wajib anda tuju jika anda ingin menikmati hidangan steamboat ialah Restaurant Q Thai Village.
Imej via Foursquare
Keistimewaan utama restoran ini ialah ianya menyajikan pilihan makanan laut yang segar-segar dan berbagai.
Kuah tomyam ala Thai untuk hidangan steamboat juga memang sedap dan cocok dengan citarasa ramai. Rugi tak singgah!
Alamat: 17G, Jalan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (3 petang – 11 malam)
Zaman sekarang, kafe moden atau lebih dikenali dengan jolokan kafe hipster memang kerap disinggah oleh orang ramai. Bukan sahaja remaja malah kanak-kanak dan warga emas juga sering datang ke situ.
Restoran Neighbours Ampang ini juga merupakan salah satu kafe moden di sini. Menyediakan makanan Barat yang berbagai jenis, dekorasinya yang santai juga membuatkan ramai pelanggan berasa sangat selesa.
Antara menu yang boleh anda pesan di sini ialah Fish & Chips, Egg Benedict dan Spicy Seafood Aglio Olio. Masih teringin makanan tempatan? Mereka juga ada menyediakan laksa Johor. Dijamin lazat!
Alamat: Jalan Nirwana 45, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10 am – 10 pm)
Tak perlu jauh-jauh sampai ke Melaka, di Ampang pun anda boleh jumpa asam pedas ala-ala Melaka. Nikmatinya di Asam Pedas Melaka Komando, pasti anda akan jatuh cinta dengan rasanya.
Ada beberapa jenis ikan yang dibuat asam pedas di sini. Ada ikan pari, ikan jenahak dan ikan terubuk. Asam pedasnya yang secukup rasa ditambah dengan kesegaran ikannya menjadi punca utama ianya digilai ramai.
Alamat: Jalan Kolam Air Lama, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 am – 11 pm)
Kami yakin anda pasti terliur jika terdengar nama hidangan ini – Nasi Kak Wok. Hidangan yang berasal dari Kelantan ini sememangnya disukai ramai.
Nasi putih panas yang disajikan bersama ketulan ayam goreng kunyit dan sambal ini merupakan menu terlaris di Nasi Kak Wok Cikgu Sue. Ramai pelanggan memuji sambalnya yang pedas dan sedap.
Alamat: No. 1, Jln Avenue 1, One Ampang Avenue, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 12 am
Restoran Mamak merupakan tempat makan yang sesuai disinggah untuk mereka yang ingin bersantai bersama rakan-rakan. Salah satu kedai Mamak yang boleh anda serbu di Ampang ialah Restoran Hafiz Corner.
Imej via Foursquare
Menu yang popular di sini ialah naan keju yang memang sedap dan banyak kejunya, namun tidak memuakkan. Selain itu, nasi briyani dan nasi bukhara juga turut menambat perhatian ramai.
Alamat: Jln Ulu Klang, Ukay Heights, 54200 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10.30 pm
Ada yang teringin untuk menikmati makanan selera tempatan yang sedap-sedap? Singgah sahaja di Pegaga Restaurant jika berkesempatan ke Ampang.
Imej via Foursquare
Restoran ini menyajikan hidangan yang berkonsepkan masakan kampung. Yang menariknya, anda boleh pesan lauk seperti ayam atau daging salai yang boleh dipilih cara masakannya sama ada masak lemas, asam pedas, berlada dan masala.
Alamat: B2-2-G Ground Floor City Garden Commercial Center, Jalan Nirwana 38, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 pm – 12 am
Makanan Thai memang kena dengan citarasa orang kita. Tidak hairanlah negara kita memang dibanjiri dengan restoran-restoran yang menyajikan makanan Thai.
Di Ampang, restoran makanan Thai yang terkenal ialah restoran Dragon Thai Ampang. Makanan Thai di sini bukan sahaja enak rasanya, malah asli resepinya.
Imej via Facebook
Hidangan yang wajib anda cuba ialah semestinya tomyam. Ada tomyam putih, merah, ayam, daging dan makanan laut. Pilih sahaja yang mana anda berkenan. Yang penting, kuahnya memang secukup rasa!
Alamat: 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Pandan Indah Ampang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 10 am – 2.30 pm, 6 – 10 pm manakala hujung minggu 10 am – 10 pm
Sesetengah restoran menyajikan beberapa jenis genre makanan sahaja. Berlainan pula dengan restoran Alanna Kitchen ini, kerana mereka menyajikan sajian Arab, Barat, tempatan dan Cina. Memang berbagai!
Imej via Foursquare
Menu-menu yang boleh anda cuba ialah Nasi Mandy, nasi lemak special, spaghetti carbonara, stik lada hitam, herbal chicken soup noodles dan burger keju. Memang bikin ramai rambang mata!
Alamat: 24, Jalan UP 1/7, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 3 – 11.30 pm
Satu lagi tempat makan di Ampang yang menawarkan sate ialah restoran Sate Sedap Ukay. Terletak di Ukay Perdana, restoran ini boleh dikatakan agak popular sekitar sini.
Imej via Foursquare
Antara sate yang boleh anda cuba di sini ialah sate ayam, kambing, daging dan perut. Mi rebus sate juga turut mencuri perhatian ramai, jadi jangan lupa untuk mencubanya.
Selain daripada menyajikan sate yang sedap-sedap, harga yang ditawarkan juga murah dan berpatutan.
Alamat: No 33A, Jalan Awf 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4 pm – 12 am
Satu lagi restoran steamboat yang boleh anda singgah jika berunjung ke Ampang ialah restoran Nelayan Steamboat Ampang.
Restoran ini patut mendapat pujian kerana jenis steamboat yang disajikan ada banyak dan beraneka jenis. Boleh bikin sesiapa sahaja yang melihat pilihan steamboat mereka menjadi rambang mata!
Bukan sahaja menawarkan hidangan steamboat, mereka juga turut menyajikan hidangan shell out. Memang sesuai dinikmati beramai-ramai.
Bnayak juga tempat makan di Ampang yang menarik, bukan? Ada yang menghidangkan makanan tempatan, makanan Barat, makanan Korea dan macam-macam lagi. Rasa macam nak terjah semua sekaligus!
Sebelum anda singgah di mana-mana restoran atau gerai, kami nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai. Takut nanti terlepas peluang pula dek kerana ruang parkir dan ruang dalam restoran penuh.
Selamat menjamu selera!
Selain tempat makan di Ampang, kami juga mempunyai senarai tempat makan lain yang boleh anda rujuk di masa hadapan. Jangan lupa tinggalkan komen pandangan anda tentang tempat makan di atas dan share di Facebook ya!