Mencari tempat makan best di Bangi? Jom lihat senarai lengkap 40 tempat makan menarik di Bangi 2024 yang terkini. Tempat ini adalah tempat yang menawarkan tempat makan yang menarik dan sedap di Bangi menurut pendapat ramai.

Soru Station

Imej via [ Soru Station ]

Terletak di Seksyen 8 Seri Bangi, Soru Station mempunyai tujuh cawangan lain di sekitar Selangor. Siapa yang tak kenal dengan Soru Station, sebuah restoran yang menjual pelbagai jenis menu barat yang enak dan harga yang berbaloi.

Antara menu yang perlu korang cuba adalah chicken grill yang didatangkan dengan enam jenis pilihan sos seperti Chicken Ratatouille, Sweet BBQ dan Sweet Sour. Menu lain juga pasti memuaskan tekak termasuklah Danok Lamb Grill, Pasta Curry Chicken dan Nasi Curry Chicken.

Alamat: G-51, Jalan 8/35, Seksyen 8 Seri Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Ahad (12.00 pm-12.00 am)

JIBRIL Bangi

Imej via [ JIBRIL Bangi ]

Jibril juga antara restoran terkenal di sekitar Selangor dan cawangannya di Bangi adalah yang ke tiga. Terletak di Seksyen 3, JIBRIL terkenal dengan aneka menu yang terdiri daripada menu barat, menu tempatan dan menu yang viral.

Jika ke sini, anda perlu cuba Butter Chicken, Salted Egg Croissant, Nasi Lemak Butter Combo dan Mantao Bun yang dicicah bersama Hot Chili Butter Clams mahupun Salted Egg Butter Clams. Pasti menjilat jari.

Alamat: 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-10.00 pm)

Restoran Mak Kimbong

Imej via [ Restoran Mak Kimbong ]

Mencari port makan tengah hari yang sedap dengan pelbagai jenis menu? Datang ke Restoran Mak Kimbong di Seksyen 4 pasti tak menyesal.

Deretan ikan bakar, lauk-pauk, gulai, ulam dan pelbagai jenis sambal pasti membuatkan pengunjung rambang mata untuk memilihnya. Tak tahu nak makan apa? Cuba rasa Sotong Bakar Gergasi MK dan makan nasi panas, gulai lemak dan ulam, pasti berpeluh tetapi memang layan!

Alamat: No 17, Jalan 4/1a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Ahad (7.00 am-5.00 pm)

Mee Kicap Ipoh

Walaupun nama kedai Mee Kicap Ipoh, kini menu ini boleh didapati di Bangi. Jimat masa dan wang kerana anda tak perlu lagi ke Ipoh hanya untuk mencuba makanan yang terkenal di Ipoh ini. Rasanya memang mengimbau makanan di sana.

Mee kicap yang dihidangkan bersama sup fishball istimewa menambah kesedapan yang teramat! Selain mee kicap, anda perlu cuba mee kari Ipoh, mee wantan sambal kerang dan nasi lemak ayam berempah yang turut menjadi menu bestseller!

Alamat:  B-G-30, Savanna Lifestyle Retails, Jalan BBLS2, Bandar Baru Lembah Selatan, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (12.00 pm – 10.00 pm)

Lake House Restaurant

Penduduk Bangi pasti tahu tempat makan yang sememangnya sangat berbaloi untuk dikunjungi di sini iaitu Lake House Restaurant. Tempat makan yang bersebelahan dengan tasik ini kelihatan sangat eksklusif dan penuh romantis.

Nasi Daun Pisang salah satu menu yang perlu anda cuba! Nasi ini dihidangkan bersama kuah, aneka sayur dan papadom. Nak lebih puas, pesan sekali udang galah yang besar dan kari kepala ikan. Namun menu ini terhad bermula 12.30 tengah hari sehingga 3.00 petang sahaja.

Di Lake House Restaurant, turut menawarkan pakej buffet untuk sarapan dengan hanya RM 19 untuk dewasa manakala RM 12.90 untuk kanak-kanak. Dengan pakej ini, pelbagai makanan tersedia termasuklah nasi lemak, lontong, bubur nasi, roti canai dan sebagainya.

Alamat: Lake House Restaurant Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (8.00 am – 4.00 pm)

20 Laman Cafe

Di Bangi juga ada tempat makan tengah hari yang sedap dan menu-menu yang ditawarkan membuatkan ramai yang terliur. Mana tidaknya, menu tersebut terdiri daripada lauk dan gulai-gulai kampung.

Tepat pada pukul 11 pagi, ramai yang sudah mula beratur untuk menikmati makan tengah hari di sini tak kira kaum dan bangsa. Makan dikelilingi pokok-pokok dan bunga memang best kerana seperti di dalam taman.

Tak tahu nak makan apa? Dengar kata daging atau itik salai masak lemak, asam pedas ikan parang, kari kambing, gulai udang galah dan sambal sotong merupakan menu killer di 20 Laman Cafe. Tak lengkap hidangan jika makan bersama ulam dan sambal belacan! Minum bersama air kedondong asam boi pasti dapat menyegarkan tekak. Bukan itu sahaja, ada juga cendol dan pelbagai jenis kek yang perlu anda cuba.

Alamat: 20, Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, 43650 Bangi, Selangor

Waktu operasi: Ahad – Khamis (11.00 am-4.00 pm)

Pizza Kayu Api

Keenakan pizza sebenar datangnya dari teknik pembakaran menggunakan cara manual iaitu kayu api dan arang. Bukan sahaja sedap, malah aromanya memang berbeza dari pizza yang dibakar di dalam ketuhar. Try pizza di sini memang sangat berbaloi. Ada Beef Pepperoni, Chicken Pepperoni, Tuna malah anda boleh gabungkan ketiganya.

Alamat: Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-6.00 pm)

Restoran Isketambola

Tak cuba makan di Restoran Isketambola memang rugi. Restoran ini terkenal dengan keenakan makanannya serta kuantiti makanan yang besar. Di dalam satu kedai, mereka menyediakan beberapa gerai kecil dengan pelbagai menu berbeza.

Nasi Goreng Kambing Sekilo, Lamb Shank, Mi Goreng Sambal Sotong Sesenduk dan Kuay Teow Goreng Udang memang wajib anda cuba. Tak lupa juga Whack-a-mess, menu yang sesuai buat anak-anak mahupun dewasa. Buat penggemar makanan laut, anda boleh cuba steamboat  atau pilih sahaja makanan laut yang segar untuk dimasak mengikut masakan yang anda mahukan. Makan bersama nasi panas dan ikan bakal memang layan!

Buat penggemar manisan, jangan ketinggalan untuk merasai keenakan Scooptail iaitu gabungan buah-buahan bersama yogurt. Bekas kecil hanya RM 10 manakala bekas besar RM 15!

Alamat: 33, Jalan 7/7c, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pm – 12.00 am)

Kedai Makan Cantik

Imej via [ Kedai Makan Cantik ]

Satu lagi port makan tengahhari yang sedap dan menjadi pilihan penduduk Bangi semestinya Kedai Makan Cantik yang terletak di Seksyen 15. Lebih 80 menu menanti anda hingga pasti membuat ramai rambang mata untuk memilih menu yang diingini.

Bukan sahaja menu tengah hari yang siap dimasak dihidangkan, malah ada juga masakan panas buat pilihan pengunjung.

Alamat: Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-11.30 pm)

Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Imej via Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Ingin makan malam dalam suasana penuh santai dan romantis? Singgah saja di Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe ini! Kafe ‘rooftop’ ini merupakan antara kafe hipster yang agak popular di sekitar Bangi.

Menu yang dihidangkan di sini berkonsepkan makanan Barat. Ada pelbagai jenis menu yang boleh anda pilih – ada pasta, pencuci mulut, burger dan hidangan berat yang lain.

Kafe Denali & Pinnacles ini beroperasi setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 4.30 petang hingga 11 malam.

Bakso Tonggek

Alamat: Food Valet, Taman Ramal Suria, 43000 Kajang, Selangor

Waktu operasi: 11pagi-9malam

Teringin makan bakso? Bolehlah cuba makan di kedai makan baru di Bangi ini. Disini ada beberapa jenis bakso. Bakso gede special dan bakso gede cheese adalah menu wajib anda cuba.

Resepi bakso ini adalah resepi warisan daripada ibu. Terdapat beberapa sambal anda boleh pilih di sini seperti sambal kicap, sambal hijau tau sambal merah.Untuk yang suka pedas, boleh juga cuba Bakso Terpedas kedai ini juga.

Cartel Coffee Shop

Alamat: 11, Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Imej via Cartel Coffeeshop

Kopi di Cartel Coffee Shop ini memang patut dipuji. Bukan sahaja pekat, ianya juga tidak terlampau manis mahupun pahit, sangat sesuai dinikmati oleh pencinta kopi.

Selain kopi, pencuci mulut seperti kek dan tart juga boleh dicuba. Masih mahu makanan berat? Nasi dan pasta juga turut disajikan, memang berbagai betul menu di sini! Pelbagai menu unik western lai yang tidak dijumpai di tempat lain. Sebab itu ianya berada dalam radar kami.

Waktu operasi: Isnin-Jumaat (5.30 pm-12.00 am) | Sabtu & Ahad (4.30 pm-12.00 am)

Bawal Power Sempoi Teras Jernang

Alamat: Lot 5939, Jalan Taman Sentosa, Taman, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Restoran Bawal Power memang diakui sangat terkenal sekitar Selangor. Buktinya, restoran ini mempunyai beberapa cawangan sekitar sini, termasuk cawangannya di Bangi sendiri – Bawal Power Sempoi Teras Jernang.

bawal sempoi
Imej via Foursquare

Selain bawal goreng, antara masakan kampung yang boleh didapati ialah sotong bakar. Memang sedap walau dimakan bersama nasi putih panas. Bawal goreng dan menu sotong bakar adalah kesukaan kami.

Jahhet Fine Meat

Alamat: E—G-09, Streetmall Bangi Gateway, Jalan GE, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Ahad (12.00 pm-11.30 pm)

Buat pencinta stik, restoran Jahhet Fine Meat ini pasti akan memuaskan hati anda dengan kualiti stik yang ditawarkan. Kalau dah nama restorannya pun “Fine Meat”, semestinya kualiti stik di sini terbaik.

jahhet fine meat
Imej via Foursquare

Wagyu merupakan stik yang paling laris di sini. Walaupun harga wagyu sedikit mahal, namun kualitinya terbaik. Anda boleh cuba sirloin, tenderloin, rib finger & tomahawk. Dijamin puas hati!

Restoran Barra

Alamat: Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (7.30 am-12.00 am)

Imej via Restoran Barra


Restoran ini mungkin kelihatan seperti restoran mamak, tetapi ianya bukan. Restoran yang berkonsepkan santai ini cukup sesuai untuk anda kunjungi jika anda ingin meluangkan masa bersama-sama sahabat handai atau keluarga tercinta.

Antara menu yang paling kerap dipesan di sini ialah nasi goreng daging, nasi goreng ayam, roti nan cheese dan roti canai. Bukan sahaja enak malah mengenyangkan! Restoran ini beroperasi 24 jam, jadi singgah sahaja bila-bila anda mengidamkan menu mereka! Wajib cuba nasi goreng kambing. Memang terliur dan terangkat.

Restoran Roti Puri

Alamat: No. 14A, Jalan 3/70, Seksyen 3, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (7.30-3.00 pm)

TEMPAT MAKAN BANGI
Imej via Foursquare

Jika anda mahukan kelainan sedikit untuk sarapan, boleh datang untuk mencuba roti puri di sini. Roti puri ini kelihatan seperi roti arab yang kembung. Tetapi ianya lebih rangup dan sedap. Ianya datang bersama dalam bentuk set.

Satu set mengandungi lima roti puri dan kuahnya.Banyaknya lima? Tunggulah bila anda datang ke sini. Lima tu umpama kacang sahaja apabila anda makan bersama kuahnya.

Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Rabu-Isnin (4.30 pm-12.00 am)

Restoran ini terkenal dengan ikan bakarnya. Ikan bakarnya dimasak dalam daun pisang yang diletak bersama sambal petai. Memang menarik baunya apabila masak. Kedai ikan Bakar Ana Ikan Bakar Petai turut mempunyai cawangan di Kuantan.

Untuk ke sini, petunjuk yang boleh anda gunakan adalah balai bomba Bangi. Tidak jauh sahaja dariapda situ. Menu lain adalah seperti konsep ikan bakar yang lain. Tentulah sotong goreng tepung, tomyam , udang masak mentega menjadi pilihan.

Restoran d’ Limau Nipis

Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8,, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (7.30 am-4.30 pm)

Ini salah satu restoran kesukaan kami dari sudut air. Air special d’limau patut anda cuba jika makan di sini. Ianya terdiri daripada gabungan air limau, ais krim vanila dan agar-agar hijau. Kami sangat suka rasanya.

Manakala untuk makanan ,pelbagai lauk dapat anda pilih. Ikan bakar, sotong bakar juga disediakan di sini untuk anda pilih. Aroma lauk yang dibakar pun sudah cukup memikat, bayangkan sendiri keenakkannya!

Bahan yang digunakan untuk masak juga bermutu. Ianay ditulis pada bahagian lauk yang diambil.

Nasi Dulang Daun Pisang

Alamat: Pt 75024 jalan besar sungai ramal dalam, Sungai ramal Dalam

Waktu operasi: Setiap hari (10.30 am-3.30 pm)

Imej via Twitter

Ini adalah tempat makan kesukaan kami. Menu istimewa di sini adalah nasi yang makan bersama beberapa pilihan lauk seperti ayam goreng, sotong bakar, udang goreng dan banyak lagi. Tetapi menu yang mendapat dan disukai ramai adalah menu ayam goreng dan sotong bakar. Ada beberapa set nasi seperti set nasi putoh atau set nasi ganja. Untuk kami, kami suka suka versi nasi ganja.

Jika versi nasi ganja, kuah akan dicurah ke atas nasi seolah-olah nasi kandar. Manakala untuk versi nasi kosong adalah seperti dia atas yang didatangi dengan pelbagai jenis sambal dan kuah masak lemak.

Restoran Sup Urat Keting

Alamat: Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Setiap hari

Untuk mendapatkan urat keting yang asli, anda perlu merebusnya dahulu supaya lemaknya terasing dari urat keting. Jadi, bukan mudah proses untuk menyediakannya.

Tapi anda tak perlulah bersusah payah untuk merebus urat keting semata-mata ingin membuat sup yang sedap. Cuba anda singgah ke Restoran Sup Urat Keting, Bandar Baru Bangi. Pasti nak rasa hari-hari sup urat keting ini!

Me’nate Steak Hub (Bangi)

Alamat: 25, Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Watu operasi: Setiap hari (11.00 am-11.00 pm)

Imej via Me’nate Bangi

Mencari kedai western yang sedap dan dipercayai? Apa kata anda datang cuba makanan di sini. Pelbagai versi daging dapat anda cuba. Tetapi yang sangat disyorkan untuk adalah sejenis daging Wa’gyu iaitu daging Jepun. Harganya berbeza mengikut berat yang dipilih.

Kedai ini juga mempunyai beberapa cawangan yang lain.

Warung Bunian

Alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Warung Bunian

Imej via Foursquare

Maafkan kami meletak kedai makan ini di ranking sedikit bawah. Sebenarnya tempat ini adalah kesukaan dan patut berada dia atas kayangan. Cuma takut kalau letak atas, bertambah panjanglah beratur nak makan di sini.

‘Warung Bunian’ adalah nama lain yang diberikan pelanggan kepada Warung Tapak Sulaiman. Kedai makan ini yang sudah lebih 10 tahun beroperasi. Menu yang disediakan adalah menu kampung berkonsepkan hidang.

Ianya dinamakan warung bunian kerana terletak jauh terperosok dalam gaung dan di sebalik bukit. Tidak seperti tempat lain, menu di sini sedikti sahaja. Pelanggan dikenakan RM15 atau RM20 untuk menu yang dimasak pada hari tersebut.

Menunya masakan kampung berubah-ubah dan boleh jadi masak lemak cili api udang atau ketam bersama ayam goreng atau ikan masak kicap, sayur dan sambal belacan. Itu sahaja.

Yang penting, apabila datang ke sini, anda diminta membuat tempahan terlebih dahulu. Jika hendak ‘walk in’ digalakkan sampai sebelum pukul 11 pagi.

Dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi sehinggalah 2 petang. Kecuali hari Jumaat dan Ahad, waktu operasi tutup pukul 11 pagi iaitu hanya sarapan sahaja yang dijual.

Sophia Bangkok Cuisine

Makan di sini seolah-olah makan di sebuah taman. Mana tidaknya, restoran terbuka ini sangat luas dan cantik, dikelilingi flora yang memukau. Dengar sahaja nama kedai, semestinya hidangan utama adalah menu Thai.

Rugi jika ke restoran Thai terutama di Sophia Bangkok Cuisine jika tidak mencuba tom yumnya yang secukup rasa dan pekat. Selain itu, pesan bersama aneka celup tepung dan makan bersama kalian ikan masin dan nasi panas, pasti bertambah.

Alamat: Persiaran Kemajuan, Kawasan Perindustrian Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm-12.00 am)

Restoran D’Bukit, Bangi

Alamat: Jalan Dusun, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran D'bukit Bangi tempat makan bangi

Imej via Facebook

Kami sangat sukakan tempat ini jika sarapan adalah matlamatnya. Tempat makan sarapan yang ideal untuk keluarga. Anda boleh pesan roti canai yang lembut atau mee rebusnya. Memang sedap dan harganya pula tidak mahal.

Tentang servis pula memang terbaik. Kami suka servis mereka yang cepat. Apabila sampai setelah dapat meja, anda akan didatangi oleh pelayan. Pelayan akan menagmbil pesanan dan dalam beberapa menit, menu yang dipesan sampai. Cepat dan laju!

Sangat digalakkan untuk datang awal kerana gerai sini sentiasa sahaja dipenuhi oleh orang ramai.

Mohd Chan Bandar Baru Bangi

Alamat: 30, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-11.00 pm)

Imej via [ Mohd Chan ]

Jika ingin kelaianan sedikit daripada masakan Melayu, anda bolehlah datang ke restoran ini. Restoran Mohd Chan Bandar Baru Bangi tidak asing lagi terkenal sebagai tempat makan amsakan Cina yang sedap.

Restoran masakkan Cina ini bermula daripada restoran yang terletak di lokasi Bukit Beruntung pada tahun 2007. Jadi anda boleh agak betapa majunya perniagaan ini.

Warung Dusun Sup Gear Box

Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-12.00 am)

Warung Dusun Sup Gear Box

Imej via Foursquare

Untuk peminat sup, tempat makan ini tidak dapat anda tinggalkan dalam senari tempat makan menarik di Bangi.Konsep restoran pula ala-ala kampung.

Nama tempat makan pun Gearbox Warung Dusun, jadi apabila di sini haruslah menu utama yang paling best sup gearbox dipilih dan dicuba.

Meat Cartel BBQ Bangi

Alamat:  No. 39-G, Jalan Medan PB1A, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi

Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-11.00 pm)

Untuk peminat western yang mencari kelainan, ini adalah tempat yang wajib anda cuba. Menu masakan berasaskan ala Texas US yang biasanya daging akan disalai atau dismoked untuk beberapa jam.

Kami tak tipu, daging yang dismoked ini terutamanya brisket, memang lembut dan boleh menangis bila makan. Cair dimulut gitu.

Red Card Cafe

Alamat: 17 & 18, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Ahad (12.00 pm-9.45 pm)

Imej via Red Card Cafe

Ini juga antara tempat makan western yang menarik untuk dicuba. Bagi kami tempat makan di sini lebih selesa dan lebih ‘privacy’. Sesuai untuk menyambut birthday dan gathering bersama family.

Ayam Penyet Wong Solo

Alamat: Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (11.30 am-10.00 pm)

Untuk peminat masakan Indonesi, ini port yang boleh anda pergi. Menu ayam penyetnya memang tampak menarik untuk dicuba. Jadi jika anda teringin pada bila-bila masa sahaja masakan Indonesia, boleh terus sahaja datang ke sini.

Kedai Kopi Tepian Bangi

Alamat: No. 44, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari

Kedai Kopi Tepian Bangi tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Kalau bersama kawan, tentu tempat makan terbaik untuk berborak adalah kedai mamak. Tetapi kalau bersama keluarga , kami suka ke Restoran Kedai Kopi Tepian Bangi.

Tempat makan ini juga antara tempat sarapan yang disukai kami. Pelbagai menu boleh anda pilih apabila makan di sini seperti roti canai, nasi goreng, aneka kuih-muih dan macam-macam lagi.

Dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi sehinggalah 2 pagi.

Restoran Azura Seksyen 3 Bandar Baru Bangi

Alamat: 14, Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Azura Seksyen 3 Bandar Baru Bangi tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Restoran ini oleh dikatakan port pelajar-pelajar sekitarnya.Bagi kami, makanannya sedap dan kena dengan tekak kami. Antara faktor utama ianya dikunjungi ramai adalah disebabkan harganya yang murah berbanding tempat makan di Bangi.

Restoran Azura dibuka setiap hari dan 24 jam. Makanan berlauk boleh didapati sebelah pagi. Makanan gorengan pula adalah pada sebelah malam.

Nasi Kukus House (Restoran & Cafe )

Alamat: No. 33, Jalan 4/11A, Seksyen 4 Tambahan, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Malaysia

Nasi Kukus House Bangi

Imej via Foursquare

Jika di Seksyen 4, anda bolehlah untuk makan di Nasi Kukus House. Kami suka makan tengah ahri di sini kerana lauknya yang pelbagai dan banyak.Ayam berempahnya mendapat pujian ramai. Jadi jangan lupa untuk mencubanya.

Dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi sehinggalah 7 malam.

Austin Steak House

Alamat: Bangi 55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Malaysia

Austin Steak House Bangi tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Satu lagi tempat makan di Bangi yang boleh diterjah ialah Austin Steak House. Restoran ini menyediakan menu masakan Barat. Kami suka makan di sini kerana suasananya yang sedikit ala-ala cowboy.

Dari sudut kesedapan pula, ianya tidak mengecewakan. Kebanyakkan menu masakan barat dapat anda jumpa di sini. Harga pula tidaklah mahal bagi kami.

Restoran Belauk

Alamat: Jalan 7/7C, 73&75, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Belauk Bangi tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Untuk peminat lauk Kelantan, menu di sini mungkin kesukaan anda. Sebanyak 80 juadah lauk dapat anda pilih jika makan di sini. Semuanya terserah kepada selera anda untuk membuat keputusan.

Dibuka setiap hari daripada 9 pagi sehinggalah 8.45 malam.

Restoran Anje

Alamat: No. 15-GF, Jalan 15/1c, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

tempat makan bangi
Imej via Foursquare

Jika anda pernah mencuba nasi briyani gam Johor, kami yakin anda pasti teringin untuk menikmatinya lagi. Tak perlu jauh-jauh ke Johor jika anda berada di Bangi, kerana Restoran Anje ada menyediakan hidangan yang sama.

Bukan sahaja sama dari segi jenis menu, malah keenakkannya juga serupa! Antara briyani gam yang boleh dicuba ialah briyani kambing. Dagingnya lembut dan saiz hidangan juga besar, sangat berbaloi! Kedai legend yang masih ada di Bangi.

Putra Permai Chicken Chop

Alamat: 20-28, Jalan 15/1f, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Ingin menikmati Chicken Chop namun bajet ketat? Tidak mengapa, singgah sahaja di Putra Permai Chicken Chop! Restoran ini menawarkan harga RM 5 sahaja untuk Chicken Chop, sangat berpatutan!

putra permai @ tempat makan bangi
Imej via Foursquare

Walaupun harganya murah, Chicken Chop di sini masih enak dan saiz hidangannya juga sederhana. Sos lada hitam yang membanjiri menu ini juga sedap!

Tuah Cafe

Alamat:  No20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Sekali tengok, Tuah Cafe ini nampak seperti kafe moden biasa sahaja. Anda pasti akan berubah fikiran setelah anda mencuba hidangan Barat yang disajikan di sini.

Nasi bersama ayam butter merupakan menu yang paling kerap menerima pesanan. Rasa ayam butter yang berkrim namun tidak memuakkan ini telah berjaya memikat hati ramai pelanggan!

De’Salai Bangi Station

Alamat: Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Kepada peminat tegar masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, kami ada berita baik buat anda. Restoran De’Salai Bangi Station ini ada menyediakan masakan masak lemak salai Negeri Sembilan yang bukan sahaja sedap, malah asli.

DE SALAI @ Tempat makan bangi
Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda cuba ialah masak lemak daging salai, masak lemak siput sedut, masak lemak ayam dan masak lemak udang. Kuahnya yang tidak terlalu pekat dan rasanya yang pedas pasti telah menambat hati ramai!

Go’bang Maju Patin Tempoyak

Alamat: 12 & 13A, Jalan BG 3B/6, Bangi Gateway 3B, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

gobang maju bangi
Imej via Foursquare


Nama restoran ini sendiri mampu membuatkan sesiapa sahaja terliur kerana terbayangkan ikan patin masak tempoyak, bukan?

Tak perlu jauh-jauh ke Pahang, kerana di Bandar Baru Bangi pun ada cawangan untuk restoran ini. Semestinya menggunakan ikan patin yang segar dan lembut isinya.

Santan ( Nasi Lemak Saiko) @ Bangi

Alamat: Jalan Bahagia Teras Jernang, 43000 Bangi, Selangor

tempat makan bangi santan
Imej via Foursquare

Restoran ini terletak berdekatan dengan Kajang, jadi jika anda berada di Kajang, bolehlah singgah di sini untuk mencuba nasi lemaknya yang menjadi kegemaran ramai.

Selain nasi lemak, colek, baby crab,  char kuey teow dan spicy Korean Chicken juga boleh dinikmati di sini. Suasananya yang santai membuatkan ramai pelanggan selesa meluangkan masa di sini.

Kesimpulan

Itulah senarai lengkap tempat makan best di Bangi yang menarik dan sedap yang anda boleh cuba. Pada masa akan datang, kami akan kemaskini lagi senarai ini buat anda.

Anda ada cadangan tempat makan lain? Kongsilah bersama kami di bawah. Selamat menjamu selera! Jemput juga abca artikel tempat makan menarik yang lain.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.