Wan Ikan Bakar – jika anda sebutkan nama restoran ini pada penduduk di Kamunting, pasti mereka pernah terdengar namanya. Maklumlah, kalau restoran pun popular, siapa sahaja yang tak kenal?

Restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan pada waktu tengah hari. Jumlah pelanggan yang beratur juga sentiasa ramai, jelas menunjukkan yang penangan hidangan di sini memang hebat.

Tertanya-tanya mengapa restoran Wan Ikan Bakar begitu terkenal dan hidangan apa yang boleh dicuba? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Lauk-Pauk Yang Berbagai, Bikin Rambang Mata!

Restoran ini dibuka seawal jam 10 pagi lagi, jadi makanan tengah hari memang disediakan. Lauk-pauk yang disajikan memang berbagai, sampai beratur panjang pelanggannya kerana rambang mata!

lauk

Imej via Foursquare

Sebut sahaja lauk apa yang terlintas di minda, semuanya pasti ada. Antara lauk yang boleh anda pilih ialah ayam goreng, ikan bakar, sambal udang, masak lemak siput sedut dan banyak lagi.

Bukan lauk-pauk sahaja, malah ulam-ulaman pun ada berbagai. Jangan lupa makan bersama sambal belacannya atau sambal tempoyak, pedas dan sedap tak terkira!

Alamak! Bagaimana kalau lauk kegemaran anda habis? Jangan risau, kerana pihak restoran akan menambah lauk yang habis, jadi anda tak akan terlepas peluang untuk menikmati lauk kegemaran!

Ikan Bakar Yang Segar-Segar & Terbaik Kualitinya

Kalau dah pada nama restoran ini sendiri ada perkatan ‘ikan bakar’, semestinya hidangan tersebut merupakan antara yang laku keras di sini. Kalau tak cuba, memang rugi!

wak ikan bakar

Imej via Foursquare

ikan bakar @ wak ikan bakar

Imej via Foursquare


Ada pelbagai jenis ikan yang disediakan, pilih sahaja yang mana anda berkenan. Ada ikan talapia, senangin, sembilang, tenggiri, ikan keli dan banyak lagi.

Yang paling istimewa, saiz ikannya agak besar. Isi ikan yang lembut dan juicy jelas membuktikan yang ianya berkualiti tinggi. Sangat sedap dicicah bersama sambal kicap!

Sotong Bakar Yang Bukan Biasa-Biasa

Bukan biasa-biasa dari segi apa? Semestinya dari segi saiz sotong dan kualitinya! Kadangkala, ada sesetengah restoran menyediakan sotong bakar yang kurang segar dan kecil saiznya.

sotong bakar wak ikan bakar

Imej via Foursquare

Berbeza dengan sotong bakar di restoran ini. Saiznya bukan sahaja besar, malah sotongnya juga segar. Ianya dibakar dengan begitu sempurna. Kalau tercium aromanya, anda pasti akan terliur!

Banyak Lagi

Minuman semestinya disediakan di restoran ini. Takut nanti tercekik pula kerana terlalu menikmati lauknya, jadi sediakan air terlebih dahulu.

Antara minuman yang boleh didapati di sini ialah teh ais, sirap ais, kopi ais, limau ais dan banyak lagi. Paling best, semuanya berharga RM 1 sahaja.

Kesimpulan

Sudah tak sabar-sabar mahu serbu restoran Wan Ikan Bakar? Jika anda berpeluang ke Kamunting, singgah sahaja di restoran ini untuk menikmati hidangan yang berbagai.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian kerana dikhuatiri ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh. Rugi kalau terlepas peluang!

Alamat: Lot 5628, Kampung Pasir Berhadapan Taman Tasik, 34600 Kamunting, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 pagi – 9.30 malam

Mencari lebih banyak tempat makan menarik sekitar Kamunting? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Kamunting

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.