Mencari tempat makan menarik di Penang? Tetapi tidak pasti yang mana? Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah seperti nasi kandar, roti canai yang dimakan dengan kuah kari pekat, pasembur dan banyak lagi. Memang syurga makanan!

Di sini kami senaraikan 50  tempat makan best di Penang  yang patut anda pergi. Makanan sedap di Penang patut cuba. Jadi teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut! Yang mana satu pipihan tempat makan Penang anda?

Nasi Kandar Deen Maju

Nasi Kandar Deen Maju

Imej via Foursquare

Tidak dinafikan, kedai makan ini menjadi fenomena sejak 2-3 tahun ini dengan ayam goreng rempahnya. Ini dapat dilihat dengan barisan beratur yang panjang.

Kedai Nasi Kandar Dee Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Waktu operasi pula dari pukul 2.30 petang hinggalah ke 11 malam.

Tetapi harus diingatkan, ini belum tentu menjaminkan makanan itu ada jika anda tiba atas pukul 8 malam. Kalau nasib tidak menyebelahi anda, mungkin makanan semua sudah licin. Ayam gorengnya dikatakan terbaik dan wajib diambil jika makan di sini.

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Hameed Pata Mee Sotong

Mee Goreng Sotong @ Hameed Pata Special Mee Sotong
Mee Sotong & Coconut Shake @ Hameed Pata Special Mee Sotong
Imej via Foursquare

Satu lagi restoran yang sangat popular di Pulau Pinang. Terkenal dengan menu Mee Goreng Sotong, restoran ini sudah mula beroperasi sejak tahun 1978 lagi!Selain Mee Goreng Sotong, minuman ini juga sangat laku di sini – Coconut Shake. Sambil anda mengenakan Mee Sotongnya yang cukup istimewa, bolehlah anda menghirup Coconut Shake yang sangat menyegarkan tekak!

Alamat: 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Dim Sum Valet

Imej via [ Dim Sum Valet ]

Alamat: 16, Lebuh Keng Kwee, Georgetown

Waktu operasi: Rabu-Isnin (9.00 am-6.00 pm)

Selain nasi kandar, anda perlu cuba keenakan dim sum asli di Penang. Salah satu kedai dim sum halal dan dijamin sedap adalah Dim Sum Valet. Rata-rata pengunjung yang pernah datang ke sini memang berpuas hati dan memuji keenakan makanan Chinese ini.

Selain dim sum, anda perlu cuba Char Wantan, Char Hor Fun dan Chee Cheon Fun. Menu ini memang terbaik dan berpatutan dengan harga. Bagi minuman pula, anda perlu cuba The Tarik Pandan yang memang kaw!

Shellera Makan

Imej via [ Shellera Makan ]

Tempat makan menarik di Penang seterusnya adalah Shellera Makan yang terletak di Sungai Bakap. Restoran ini menawarkan aneka makanan laut dan shell out yang sedap dengan harga yang berbaloi.

Antara menu yang perlu anda cuba jika ke sini adalah Shell Out, Siakap Ikan Bakar, Grilled Norwegian Salmon, Spaghetti Seafood Aglio Olio dan banyak lagi! Buat penggemar makanan barat khususnya, pasti tak menyesal jika makan di sini dan menunya pasti menjilat jari.

Jika anda ingin mengadakan sebarang majlis seperti majlis hari jadi, majlis perpisahan, makan malam atau sebarang majlis korporat, kami cadangkan anda untuk meraikannya di Shellera Makan kerana tempatnya sangat luas dan boleh memuatkan sehingga 400 orang dalam satu masa.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan ruang yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti termasuk surau, bilik air, meja, kerusi dan sebagainya. Shellera Makan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa bermula 3.45 petang hingga 11.45 malam.

Alamat: Lot 121 Jalan Besar, Sungai Bakap, Sebaris Petron Sungai Bakap (sebelum jejantas)

Ekonomi Tomyam

Ekonomi Tomyam juga antara salah satu restoran masakan panas Ala Thai yang terkenal di sekitar Pulau Pinang dan mempunyai 3 Cawangan di Astaka Stadium Bandaraya, Sungai Dua USM & Bayan Baru. Shellout Tomyam & Masakan Panas Ala Thai sudah semestinya menjadi tarikan utama di Ekonomi Tomyam dan bestnya anda boleh dapatkan kesemua menu secara 24 jam.

Jika ke sini, anda perlu cuba Shellout Tomyam, Set Couple, Nasi Lemak hatyai dan Masakan Panas Ala Thai. Yang bestnya Ekonomi Tomyam menyediakan pelbagai set yang jimat dan sentiasa menjadi tarikan pelangganya, antaranya Set Bertaut, Set Perindu dan Set Sejiwa. Tambahan pula, mereka turut menjual Sambal Ikan Bilis Garing Hatyai buatan Ekonomi Tomyam sendiri dan anda boleh dapatkannya di semua outlet Ekonomi Tomyam. Tak lengkap sekiranya anda tak cuba tomyam di Ekonomi Tomyam bak kata Tagline mereka , “ Tiada Hari Tanpa Tomyam”.

Alamat :
Ekonomi Tomyam Bayan Baru
66, Lorong Mahsuri 10, Bayan Baru, 11950, Bayan Lepas,Pulau Pinang.
01110899174

Ekonomi Tomyam Astaka Stadium
181-203, Jalan Perak, 10150, George Town, Pulau Pinang
0174335967

Ekonomi Tomyam Sg Dua USM
No 674-B, Jalan Sungai Dua, Sungai Dua, 11700, Pulau Pinang
0173474017

Waktu Operasi: Buka setiap hari ( 24 Jam )

Hameediyah Beriani

Restoran Hameediyah

Kedai ini merupakan antara kedai makan yang sudah wujud lama di Penang, sebelum revolusi makanan rakyat Malaysia bermula! Di sini, apa yang patut anda cuba adalah Nasi Berianinya dan Murtabak, dijamin enak!

Alamat: Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Astaka Taman Tun Sardon

Anda perlu datang seisi keluarga ke Ekonomi Tomyam jika anda berada di Penang. Kenapa? Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan dari masakan melayu, masakan ala Thai, menu western dan macam-macam lagi. Sesuai untuk anda sekeluarga yang mempunyai citarasa makanan berbeza!

Nasi Lemuni Astaka Taman Tun Sardon
Serabai Astaka Taman Tun Sardon

Jika anda ingin bersarapan di Penang, tempat ini sangat disyorkan. Pelbagai menu boleh anda cari di sini, tetapi kami sangat mengesyorkan anda untuk mencuba menu yang paling unik di sini iaitu Serabai.

Serabai? Tidak pernah dengar, bukan? Menu ini merupakan lempeng tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan disajikan bersama kuah sirap gula melaka dan santan. Kemanisannya sangat memikat!

Selain itu, anda juga boleh mencuba nasi lemuni. Menu yang cukup unik ini sebenarnya kelihatan seakan-akan nasi lemak, cuma warna nasinya sedikit gelap. Unik dan menyelerakan!

Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang

Rumah Kacha

Imej via [ Rumah Kacha ]

Alamat: Hin Bus Depot, 31A Jalan Gurdwara, Georgetown, Penang

Waktu operasi: Selasa-Ahad (12.00pm-3.00 pm | 5.00 pm-9.30 pm)

Rumah Kacha adalah salah satu tempat makan Instaworthy yang perlu dikunjungi terutama buat kaki foto dan kaki ootd! Dekorasi kafe kelihatan minimalist yang dihiasi dengan tumbuhan menghijau. Jika anda makan di sini, anda dapat rasakan ketenangan.

Kafe ini mengetengahkan hidangan berkonsepkan makanan barat dan diolah dengan citarasa tempatan. Tak tahu nak makan apa? Antara makanan yang memukau citarasa pengunjung adalah Fettucini Masak Lemak Cili Api, Chicken Skewers, Honey Mustard Chicken Burger dan Hot Chicken Wings.

Untuk minuman pula, Virgin Mojito, Passion Fruit Fizz, Mango Smoothie dan Bandung Float antara yang terpadu. Bukan makanan saja sedap, malah presentation makanan juga A!

Cargas Cafe Bayan Lepas

Cargas cafe
Cargas Cafe

Mungkin ramai tidak tahu tentang kedai ini. Tetapi, bagi pekerja kilang atau mereka yang bekerja berdekatan pekan Bayan Lepas, mungkin nama ini tidak asing lagi bagi mereka.

Keistimewaan utama di sini terletak pada kari ikan, sambal sotong dan ayam gorengnya. Jangan marah jika anda sampai pada pukul 2 petang dan lauk sudah kehabisan, kerana menu-menu ini memang laku keras!

Alamat: 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Laksa Pokok Jangus Kampung Perlis Balik Pulau

Laksa Penang @ Laksa Janggus
menu @ Laksa Janggus
Imej via Foursquare

Pernah terdengar tentang menu Laksa Penang? Tidak dinafikan laksa sememangnya terkenal di Pulau Pinang. Jika di Pulau Pinang, kedai Laksa Pokok Jangguslah yang disyorkan untuk anda terjah.Selain laksa, anda juga boleh mencuba menu yang terlaris di sini iaitu ABC.

Keenakannya berganda-ganda jika dikenakan semasa cuaca panas-panas bersama Laksa Penang yang menjadi kegemaran ramai!

Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang

Restoran Sup Hameed

Restoran Sup Hameed

Jika anda ingin mencari sup yang digemari ramai, mungkin anda boleh singgah makan di  Restoran Sup Hameed. ‘Best soup in town ‘ antara gelaran yang diberikan kepada mereka. Untuk mencarinya pula tidak susah, ia terletak di Jalan Penang berdekatan Sekolah Convent sahaja!

Roti dan Sup @ Sup Hameed
Imej via Foursquare

Antara sup yang terbaik di sini ialah sup kambing, sup ayam dan sup lembu. Sup-sup yang sangat istimewa ini lebih enak jika dikenakan bersama beberapa keping roti kosong. Bukan sahaja sedap rasanya, malah mengenyangkan!

Alamat: 48, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Café Lagenda

Imej via [ Cafe Lagenda ]

Alamat: 2 Carnavon Street, Georgetown, Penang

Waktu operasi: Khamis-Selasa (12.00 pm-11.00 pm)

Ramai pelancong yang menyenaraikan Café Lagenda sebagai tempat makan best di Penang yang perlu dikunjungi untuk makan tengah hari atau makan malam. Kafe ini menyediakan makanan tempatan dan makanan barat yang enak.

Nacos ‘Ali Baba’, Deep Fried Mozarela, Gado-Gado, Penang Mee Kuah, Ayam Percik Madu Tiga, Pak Belalang’s Beef Rendang dan Pan Fried Salmon antara menu terlaris di sini.

Jika anda perasan, beberapa menu dinamakan dengan karya terkenal dari Allahyarham P Ramlee sebagai inspirasi. Pengunjung boleh meminta staf kafe ini untuk memutarkan lagu-lagu beliau sewaktu berada di sini.

Kapitan Restaurant

Kapitan Restaurant
Nasi Kapitan Restaurant

Kepada peminat Tandoori, mari kita terjah restoran ini yang terletak di Jalan Chulia Georgetown . Menu yang anda boleh cuba ialah Beriani Claypot dan Tandoori. Mesti tidak tidur malam angau esoknya. Roti nan dan tandoori juga antara menu kesukaan pelanggan.

Alamat: 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Payung Bistro

Imej via [ Payung Bistro ]

Alamat: Lengkok Teluk Kumbar 1, Bandar Baru, Penang

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (7.00 am-4.00 pm)

Antara port terbaik untuk makan tengahhari di Teluk Kumbar adalah Payung Bistro. Menjadi port tumpuan untuk makan tengah hari, jika datang lambat pasti habis kesemua lauk.

Banyak lauk kampung yang pasti menggamit memori  dan mengimbau kenangan air tangan ibu.  Ramai pengunjung mengatakan tempat ini memang menyajikan lauk-pauk yang enak dengan harga yang sangat berbaloi!

Tengok sahaja menu pasti rambang mata nak memilihnya. Cencaru sumbat, masak lemak labu, daging masak kicap dan sebagainya pasti membuatkan anda bertambah.

Nasi Kandar Line Clear

Satu lagi restoran yang cukup terkenal dengan nasi kandar – Nasi Kandar Line Clear! Bukan sahaja terkenal dengan nasi kandar yang beraneka lauknya, malah kari kepala ikan di sini juga memang tiada tandingan!

Harga untuk menu kari kepala ikan ini berbeza mengikut saiznya, jadi pilihlah yang mana berkenan di hati ya. Anda juga boleh tambah lauk-lauk lain yang berbagai jenis, pasti ‘meriah’ pinggan anda!

Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Cucur Udang Chowrosta

Cucur Udang Chowrosta

Cucur udang disini memang lain dan antara paling sedap kami pernah cuba dalam Malaysia. Tidak percaya? Cubalah datang ke sini. Memang sedap, kami tak tipu!

Sambil-sambil tu, anda bolehlah memesan sirap campur iaitu campuran kelapa, sirap dan biji selasih. Memang terangkat!

Alamat: 2-36, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Ais Tingkap

Dari luaran, minuman yang disajikan di Ais Tingkap ini kelihatan seperti air sirap selasih. Tetapi sebenarnya ianya adalah sejenis ais parut yang disediakan ala-ala sirap selasih.

ais tingkap @ tempat makan penang
Imej via Foursquare

Minuman yang disediakan di sini memang manis, namun tidaklah melampau. Rasanya yang enak dan menyegarkan tekak akan membuatkan sesiapa sahaja ketagih dengannya. Satu gelas pun tak cukup!

Alamat: 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Roti Bakar Hutton Lane

Ini merupakan antara port sarapan yang menarik di Penang – Roti Bakar Hutton Lane. Dibuka seawal jam 5 pagi, restoran ini menyajikan pelbagai jenis roti yang menambat hati ramai.

Imej via Foursquare

Antara yang boleh dicuba ialah roti benggali, roti balut telur dan roti bakar George Town. Saiz rotinya juga tebal dan teksturnya gebu, memang terbaik!

Alamat: 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Nasi 7 Benua Koo Boo

nasi 7 benua

Imej via Foursquare

Jika anda suka yang sedikit berwarna-warni, mungkin kedai inia anda boleh cuba. Nasi 7 Benua yang bewarna-warni. Ianya terdiri daripada adalah Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih, dan Nasi Kacang.

Nama kedai ini bukan Kedai Nasi 7 Benua tetapi Koo Boo Cafe. Ia betul-betul tereletak bersebelahan Stadium Sungai Ara, atau berdekatan dengan Penang International Sports Arena (PISA) atau sekarang lebih dikenali sebagai SPICE.

Alamat: Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang

Nasi Kandar Beratur

nasi kandar beratur
Imej via Foursquare

Ini adalah antara tempat makan ‘legend’. Berdasarkan nama, memang benar yang nasi kandar di sini membuatkan ramai pelanggannya sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai keenakannya!

Tempat makan ini letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Jika anda lihat di Google Maps atau Waze, lebih mudah untuk anda menjumpainya.

Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Big Tas Tea Pokok Sena

Ada yang sukakan makanan Barat sebagai tempat makan menarik di Penang? Jika anda peminat makanan Barat, kami sarankan agar anda lekas serbu restoran Big Tas Tea yang terelatk di Pokom Sena ini.

Restoran ini mempunyai cawangan lain di Perlis dan Bayan Lepas, jelas menunjukkan yang ianya memang popular. Jenis hidangan yang disajikan pula ialah makanan Barat.

Antara yang boleh anda cuba ialah lasagna daging, spaghetti bolognese dan chicken chop. Sedap dan bersaiz besar!

Alamat:  No. 32A, 1, Kampung Baru Pokok Sena, Taman Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Penang

Nurul Ikan Bakar, Bayan Baru

nurul ikan bakar

Jika anda mencari tempat makan ikan bakar yang menarik, apa kata anda jengah ke kedai ini. Berdekatan dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang, kedai Nurul Ikan Bakar Special antara kedai makanan yang menjadi pilihan ramai jika mereka singgah di sini.

Anda boleh memilih untuk makan di dalam ataupun lepak di luar di bawah redupan pokok. Suasana kedai makan yang cukup santai merupakan antara punca ianya begitu disukai ramai.

Alamat: Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, 10100 Gelugor, Penang

Nasi Kandar Kampung Melayu

Nasi Kandar Kampung Melayu
Nasi Kandar Kampung Melayu

Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang, tidak sahlah jika anda tidak mencuba nasi kandar! Nasi Kandar Kampung Melayu yang mula beroperasi sejak tahun 1970 ini merupakan antara restoran nasi kandar yang paling terkenal di Pulau Pinang,

Tidak keterlaluan jika kami katakan yang keenakan nasi kandar di sini memang tiada tandingan. Hal ini terbukti dengan bilangan pelanggan yang sanggup beratur panjang dan berebut tempat parkir semata-mata untuk merasai nasi kandar di sini!

Restoran ini menghidangkan beraneka jenis lauk seperti ayam goreng, kari kepala ikan dan banyak lagi. Kuah banjir yang menjadi tarikan istimewa di sini juga tidak terkecuali!

Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Burger Ayam Goreng NJoy

Tempat ini mula menjadi bualan orang ramai dek kerana burgernya yang dikatakan enak tak terrhingga. Bukan itu sahaja, rotinya juga berwarna-warni. Nampak menarik dari luarannya!

Sinonim dengan namanya, burger ayam goreng di sini cukup nikmat rasanya! Isi ayam yang lembut dan rangup di luarnya menjadi kunci utama menu ini begitu istimewa. Tak hairanlah menjadi salah satu tempat makan menarik di Penang!

Alamat: 6, Lorong Kekabu 2, Taman Desa Wangsa, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

Ilyana Cafe

ilyana cafe
Imej via Foursquare

Untuk mereka yang mencari sedikit kelainan, kedai makanan ini bolehlah anda terjah. Pelbagai masakan boleh anda pesan seperti ikan bakar dan menu-menu unik. Antara tempat makan yang kurang diketahui orang.

Antara cadangan untuk makan di sini adalah Mee Udangnya, Ketam Masak Cabai, Kari Kepala Ikan. Cukup enak dikenakan bersama nasi putih panas!

Alamat: 10, Gerai JKKK, Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, 11910 Bayan Lepas, Pulau Pinang

D’ Seafood Paradise

AlamatJalan Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

Kami pasti ramai di kalangan pembaca di sini yang menggemari makanan laut, bukan? Untuk mencuba makanan laut yang segar, singgah sahaja di D’ Seafood Paradise.

tempat makan penang
Imej via Foursquare

Sememangnya restoran ini syurga makanan laut. Pelbagai jenis ikan, kerang, sotong, udang, ketam dan banyak lagi jenis makanan laut ada disediakan di sini. Pilih sahaja cara masakan kegemaran anda!

Sani Char Koey Teow

Sani Char Koey Teow
Imej via Foursquare

Char Kuey Teow merupakan antara menu yang paling terkenal di Pulau Pinang di samping nasi kandar dan roti canai. Di  Sani Char Koey Teow, anda pasti akan berpuas hati dengan Char Koey Teow yang disajikan.

Saiz hidangan yang besar, lauk yang banyak dan kuah Char Kuey Teow yang pekat merupakan antara punca utama menu ini begitu digemari ramai. Anda wajib mencubanya sendiri, dijamin enak dan mengenyangkan!

Alamat: , Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Roti Canai Mamu Penaga

Anda pasti pernah melihat video atau filem yang menayangkan adegan roti canai terbang, bukan? Teringin untuk mencuba hidangan tersebut?

Salah satu tempat makan yang menyajikan roti canai terbang di Penang ialah Roti Canai Mamu Penaga.

Imej via Foursquare

Selain daripada mahir membuat aksi roti canai terbang, mereka juga pandai membuat roti canai yang enak. Kuah yang disajikan juga turut menambat hati ramai!

Alamat:  next to 460 d, Jalan Besar Penaga, Penang

Streeto Pizza

Pizza merupakan makanan Itali yang sangat digemari oleh orang ramai. Kami yakin pasti ramai d kalangan pembaca yang merupakan pencinta pizza, bukan?

Jika anda mengidamkan pizza, singgah sahaja di Streeto Pizza! Restoran ini menyajikan pelbagai jenis pizza, malah ada juga yang bukan senang untuk didapati di mana-mana restoran.

Imej via Fourquare

Antara pizza yang wajib anda rasai ialah Pepperoni Pizza, Mix Delicious Pizza, Meatball Pizza dan banyak lagi. Keju yang melapisi permukaan pizza ini agak banyak namun ianya tidak memuakkan, malah menyelerakan!

Alamat: No 28, Bandar Baru Telok Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Penang

Bangkok Lane’s Mee Goreng

Untuk sarapan, pasti mi goreng merupakan antara menu sarapan yang anda ingin nikmati, bukan?

Jika anda berada sekitar George Town, antara port mi goreng yang sedap di sini ialah restoran Bangkok Lane’s Mee Goreng.

Imej via Foursquare

Antara hidangan mi yang wajib dicuba ialah mi goreng Mamak, mi rebus dan mi Hokkien. Memang berbagai, boleh bikin sesiapa sahaja rambang mata. Alang-alang ke sini, pesan sahaja kesemuanya!

Alamat: 280, Jalan Burma, George Town, 10350 George Town, Pulau Pinang

Canai Transfer Road

roti canai @ tempat makan penang
Imej via Foursquare

Satu lagi tempat makan di Penang yang wajib anda terjah utuk mencuba roti canai yang tersedap sekitar sini. Menu yang boleh dicuba adalah ‘Roti Bakar Telur Goyang’.

Jangan sekadar mencuba roti bakarnya, menu utama roti canai wajib anda cuba. Memang berbeza dengan kuah kepekatannya yang biasa anda pernah makan.

Alamat:  114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Nasi Campur Permai Tepian

Jika anda berada sekitar Bukit Mertajam, singgahlah menjamu selera di restoran Nasi Campur Permai Tepian atau lebih dikenali dengan Kedai Makan Bumbung Kuning di Kampung Pertama ini.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke kedai makannya, anda dapat melihat pilihan lauk-pauk yang cukup berbagai dan berasaskan masakan kampung.

Imej via Foursquare

Bukan lauk-pauk sahaja, ulam-ulaman dan sayur-sayuran juga berbagai. Jangan lupa untuk mencuba sambal sotong dan kari kepala ikan. Dijamin sedap!

Alamat: Jln Permatang Nibong, Kampung Pertama, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Ida Mee Udang Sungai Dua

Tak sahlah jika ke Penang tapi tak cuba mi udang. Tambahan pula jika anda ‘pekena’ pada waktu petang, lebih padu.

Imej via Foursquare

Di Sungai Dua, antara restoran mi udang yang popular ialah restoran Ida Mee Udang. Kesegaran udang yang digunakan serta kuah yang secukup rasa merupakan antara tarikan utama mi udang di sini.

Selain mi udang, restoran ini turut menyajikan masakan panas seperti nasi goreng, mi goreng dan kuey teow goreng. Sedap-sedap belaka, jangan lupa cuba!

Alamat: 3640, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang

Nasi Melayu Lidiana

Restoran Nasi Melayu Lidiana ini turut dikenali dengan nama Nasi Masjid Terapung. Terletak di Tanjung Bungah, restoran ini menyajikan masakan kampung.

Imej via Foursquare

Kelebihan utama restoran ini terletak kepada kepelbagaian jenis lauk-pauk yang disajikan. Ikan, sotong, daging, udang, semuanya ada dan dimasak dengan cara yang berbeza. Semestinya menyelerakan, jangan lupa cuba!

Alamat: 11200 Tanjung Bungah, Penang

Idrus Ikan Bakar Bayan Lepas Penang

Idrus Ikan Bakar

Imej via Foursquare

Kedai makan Idrus Ikan Bakar boleh dikatakan menarik untuk anda cuba. Menarik lagi, ianya terletak bersebelahan dengan ikan bakar Nurul yang tidak kurang terkenalnya.

Ada beraneka jenis lauk yang disajikan di sini. Semestinya ikan bakar menjadi pilihan ramai, jadi anda wajib mencubanya sendiri untuk mengetahui mengapa ianya begitu istimewa!

Alamat: No. 3,Idrus Ikan Bakar Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara Lebuh Raya, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Minah Restaurant

Restoran Minah ini mula beroperasi sejak tahun 1957 lagi, jelas menunjukkan yang restoran yang terletak di Taman Tun Sardon ini memang legend!

Ada banyak lauk-pauk beraskan selera tempatan yang disediakan, namun kari kepala ikan tetap menduduki carta teratas bagi lauk terbaik di sini.

Imej via Foursquare

Kunci utama kepada keenakkan kari kepala ikan di sini ialah disebabkan oleh penggunaan santan dan kepala ikan yang segar. Tidak hairanlah ramai pelanggan sentiasa membanjiri restoran ini, memang best!

Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

Ferringhi Garden

Berada sekitar Batu Ferringhi? Jika ya, antara tempat makan yang sedap sekitar sini yang wajib dikunjungi ialah Ferringhi Garden.

Imej via Foursquare

Restoran yang mempunyai suasana romantik ini terkenal dengan sajian Barat yang disajikan. Anda boleh cuba menu seperti stik daging wagyu dan stik sirloin yang memang berkualiti tinggi, dijamin best!

Alamat: 34, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

Imej via Foursquare

Tempat makan ini antara pilihan utama kami untuk singgah jika di Pulau Pinang. Kalau disebut dimana letaknya Ikan bakar Adnan Bin Hassan, mungkin sedikit kaget untuk mendapat info daripada orang ramai.

Tetapi jika anda sebut sahaja Ikan Bakar Teluk Tempoyak, fuh pasti ramai yang mengenali. Ianya betul-betul terletak di teluk tempoyak dan tepian pantai.

Gerai disini berbeza dengan konsep kedai ikan bakar yang lain. Mereka tidak bersaing antara satu sama lain. Hanya ada satu sahaja gerai ikan bakar. Jika anda ingin ambil pesanan air ataupun sotong goreng tepung, anda perlulah memesan daripada gerai yang lain.

Dibuka pada setiap hari bermula pukul 6 sehinggalah pukul 11.30 malam. Ianya ditutup pada setiap Isnin.

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Originally Bangkok Tomyam

Ingin mencuba tomyam yang bukan sahaja enak, malah asli resepinya dan membuatkan anda seolah-olah merasai Tomyam di kota Bangkok sendiri? Restoran Originally Bangkok Tomyam ini wajib anda serbu!

menu @ Originally Bangkok Tomyam
Imej via Foursquare

Tomyam di sini ada tiga jenis iaitu Tomyam Po Thek yang menyajikan kuahnya sahaja, Tomyam Seafood dan Tomyam Campur. Saiz hidangannya yang besar menjadikan menu ini begitu mengeyangkan, anda wajib merasainya bersama masakan Thai yang lain!

Alamat: 85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Mee Kicap Masjid Bayan Baru

Asyik sebut tentang nasi kandar dan roti canai saja, makanan lain bagaimana pula? Usah gundah, kami yakin anda pasti menggemari menu-menu yang disediakan di Mee Kicap Masjid Bayan Baru ini.

Kuey Teow Kerang @ Mee Kicap Masjid Bayan Baru
Imej via Foursquare

Antara hidangan yang disediakan di sini ialah Mee Kari Ipoh, Mee Kicap dan Kuey Teow Kerang. Kesemuanya enak-enak dan digemari ramai, jadi pilihlah mana-mana yang anda suka!

Alamat:  2, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Restoran Anggerik Desa

Satu lagi tempat makan di Penang yang boleh anda kunjungi ialah Restoran Anggerik Desa. Restoran ini menyajikan hidangan

anggerik desa@ tempat makan penang
Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh dicuba ialah bihun sup celup, nasi dagang dan nasi kerabu. Memang sesuai dinikmati untuk makan tengah hari mahupun minum petang. Enak & mengenyangkan!

Alamat: 21, Jalan Todak 4, Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

Penang Road Famous Teochew Chendul

Penang Road Famous Teochew Chendul adalah salah satu tempat makan di Penang yang patut anda serbu untuk mencuba cendol yang manis dan menyegarkan tekak.

tempat makan penang
Imej via Foursquare

Selain cendol, laksa dan kuey teow juga turut dijual di sini. Alang-alang singgah ke gerainya, cuba saja kesemua ini sekali. Dijamin memuaskan hati!

Alamat:  Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

Sany Char Koay Teow

Selain cendol dan laksa Penang, char kuey teow juga merupakan antara menu yang tersedap di Penang. Untuk itu, singgahlah di Sany Char Koay Teow untuk mencubanya!

Sany Char Koay Teow tempat makan penang
Imej via Foursquare

Ramai yang mengakui bahawa sepinggan memang tak cukup. Char kuey teownya bersaiz sederhana namun tidaklah kecil, jadi kalau anda menikmatinya dengan perut kosong pun anda akan kenyang juga.

Alamat: 4, Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Bukan sahaja makanan yang enak yang dititikberatkan oleh pelanggan. Pasti dekorasi restoran juga memainkan peranan, bukan? Tidak dinafikan, dekorasi restoran ini memang sangat cantik. Klasik dan santai!

tempat makan penang
Imej via Foursquare

Menu yang wajib dicuba di sini ialah nasi briyani. Selain itu, roti jala bersama kuah kari juga boleh anda pesan sebagai pembuka selera. Kuah karinya memang sedap, rugi tak cuba!

Alamat: 85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 Penang Malaysia, Pulau Pinang

Ayu Mee Udang

Siapa peminat tegar mi udang? Di Teluk Kumbar, ada satu tempat makan menarik di Penang yang menyajikan mi udang yang dikatakan antara yang tersedap sekitar sini – Ayu Mee Udang.

tempat makan penang
Imej via Foursquare

Udang yang disajikan bersaiz besar dan segar. Kuahnya yang secukup rasa serta saiz hidangan yang agak besar merupakan antara faktok mi udang di sini digemari ramai. Anda pasti akan menyukainya juga!

Alamat: 1, 936 B, Lengkok Kampung Masjid 2, 11920 Teluk Kumbar, Penang

Pak Su Curry House – Kari Kepala Ikan

Dari namanya sahaja anda boleh teka menu apa yang terbaik di sini – semestinya kari kepala ikan! Menurut pelanggan yang pernah mencubanya, keenakkannya bukan biasa-biasa.

pak su curry house @ tempat makan penang
Imej via Foursquare

Kuah kari yang pekat dan secukup rasa serta isi kepala ikan yang cukup lembut merupakan gabungan yang cukup sempurna. Enak dimakan bersama nasi putih panas-panas!

Alamat: 230, Jalan Dato Ismail Hashim, Kampung Pagar Buluh, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Adam Char Koey Teow

Char kuey teow merupakan antara makanan yang kerap menjadi pilihan ramai untuk makan malam. Di Permatang Pauh, restoran Adam Char Koey Teow ini merupakan antara yang paling terkenal di sini.

adam char kuey teow @ tempat makan penang
Imej via Foursquare

Kuahnya merupakan tarikan utama menu ini. Rasa udang yang segar, ditambah pula dengan jumlah kuey teow yang banyak membuatkan ramai pelanggan terpikat dengannya. Anda wajib cuba!

Alamat: 115, Jalan Permatang Pauh, Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Nasi Campur Awet Muda

Masakan kampung memang dekat di hati orang kita. Untuk makanan tengah hari, pasti ramai di kalangan pembaca yang gemar menikmati masakan kampung, bukan?

nasi campur awet muda
Imej via Foursquare

Untuk itu, singgah sahaja di restoran Nasi Campur Awet Muda! Lauk-pauk yang dimasak dengan pelbagai cara ada disediakan di sini. Jangan lupa pilih ulam-ulaman bersama!

Alamat: 795-B, Lorong Sungai Dua, Kampung Dua Bukit, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

Fizzy Cafe Mee Udang Ketam

Siapa yang sukakan makanan laut sebagai menu tempat makan menarik di Penang? Jika anda penggemar makanan laut seperti udang dan ketam, anda wajib menjamu selera di Fizzy Cafe.

Restoran ini menyajikan set hidangan shell out yang sangat sedap. Jenis makanan lauk yang disajikan juga segar-segar, enak dinikmati beramai ramai.

Imej via Foursquare

Bukan itu sahaja, nasi goreng serta mi udang ketam yang disajikan juga turut mencuri tumpuan ramai. Saiz hidangannya juga besar, rugi jika anda tak pesan!

Alamat: Jalan Bayan Lepas, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Nasi Padang International Hotel

Alang-alang bersiar-siar sekitar George Town, singgahlah menjamu selera di Nasi Padang International Hotel. Dari namanya sahaja anda pasti boleh teka yang nasi padang merupakan menu utama di sini.

Imej via Foursquare

Nasi padang di sini memang ini dinikmati bersama ikan cencaru sumbat. Ikannya memang secukup rasa dan saiz hidangan juga besar. Jangan lupa untuk pilih sayur-sayurannya juga, pasti lebih berganda kelazatannya.

Alamat: 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Kesimpulan

Semua senarai merupakan tempat makan Penang yang patut anda cuba. Anda ada cadangan lain untuk tempat makan menarik di Penang? Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda ya. Manalah tahu mereka mencari tempat makan di Penang yang menarik!

Artikel Menarik Lain:

Selain tempat makan best di Penang, kami juga mempunyai senarai tempat makan lain yang boleh anda rujuk di masa hadapan. Oh, satu lagi jangan lupa tinggalkan komen pandangan anda tentang tempat makan di atas dan share di Facebook ya!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.