Ada di kalangan pembaca di sini yang sudah terbiasa berkunjung ke Sungkai yang terletak di daerah Batang Padang di Perak? Jika anda belum pernah ke sana, agak-agak apa yang menarik di Sungkai ini ya?

Untuk pengetahuan anda, daerah Sungkai ini cukup terkenal dengan kawasan rekreasi kolam air panas iaitu Felda Residence Hot Springs di Felda Sungai Klah. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang ke sana walaupun pada hari minggu!

Bagi yang bercadang untuk bercuti di Sungkai, sudah tentu anda mahu mencuba makanan yang enak-enak di sekitar situ setelah puas berjalan, bukan? Jangan risau, kami ada senarainya. Jadi, teruskan membaca ya!

#1 Mus Tomyam

Teringin mencuba tomyam yang enak? Lekaslah singgah di restoran Mus Tomyam ini ya! Lokasinya juga cukup strategik kerana ianya terletak di jalan besar di Sungkai, jadi mudah untuk anda mencarinya sendiri.

menu @ mus tomyam

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda cuba di restoran Mus Tomyam ini ialah sup daging burung unta. Kedengaran unik, bukan? Rata-rata pelanggan yang pernah mencubanya memuji kesegaran daging unta dan keempukannya, memang menyelerakan!

Namun, perlu diingatkan yang sup daging unta ini selalunya disediakan pada hari Rabu sahaja, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu tersebut hanya di restoran Mus Tomyam ya!

Alamat: 35600 Sungkai, Perak

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 10 pagi hingga 4:30 petang

#2 Cendol Sungkai

Bila cuaca panas terik, pasti tekak anda mula mengidamkan minumann manis dan sejuk, bukan? Cendol pasti akan menjadi pilihan yang tepat untuk anda puaskan tekak anda! Tambah pula yang manis, memang menyelerakan!

cendol sungkai

Imej via Foursquare

Bagi yang berada di sekitar Sungkai, anda bolehlah mencuba cendol yang beraneka di Cendol Sungkai. Antara cendol yang boleh didapati di sini ialah cendol kacang, cendol pulut dan cendol jagung. Semuanya enak dan murah-murah belaka!

laksa @ cendol sungkai

Imej via Foursquare

Selain cendol, menu lain seperti mi kari, nasi berlauk dan laksa juga boleh didapati di sini. Memang berganda keenakannya apabila dikenakan bersama cendol mereka yang cukup digemari ramai.

Alamat: 1, Jln Sungkai Perdana 1, Taman Permai, 35600 Sungkai, Perak

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, bermula dari jam 7:45 pagi hingga 5:45 petang

#3 Nasi Bamboo Sungai Klah

Nama restoran ini sentiasa menjadi sebutan ramai. Terkenal dengan menu Nasi Bamboo, tidak keterlaluan jika kami katakan yang restoran ini merupakan antara restoran yang paling popular sekitar Sungkai.

Menggunakan resepi asli Nasi Bamboo yang merupakan makanan tradisional Melayu Perak, Nasi Bamboo yang lembut dan lebih beraroma berbanding nasi biasa ini menjadi punca utama ianya disukai ramai pelanggan di sini.

Menu @ Nasi Bamboo Sungai Klah

Imej via Foursquare

Nasi Bamboo ini cukup enak apabila dikenakan bersama lauk-pauk seperti gulai kawah, ayam kampung goreng, daging masak hitam dan ulaman-ulaman yang berbagai jenisnya, pasti bertambah sedap!

Alamat: Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak

Waktu operasi: Setiap hari kecuali jumaat bermula dari jam 10:30 pagi hingga 6 petang

#4 Felda Residence Meranti Coffee House

Bagi yang bercadang untuk berkunjung ke Felda Residence Hot Springs, sebelum anda bermandi-manda di kolam air panas bolehlah anda bersarapan di Meranti Coffee House yang terletak berdekatan dengannya.

Mee Goreng Mamak @ Meranti Coffee House

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah Mi Goreng Mamak, Kuey Teow Goreng dan beraneka jenis nasi goreng. Kesemuanya bersaiz besar, jadi ianya juga mengenyangkan. Memang berbaloi dengan harganya!

Alamat: 35600 Sungkai, Perak

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 6:30 pagi hingga 10:30 malam

#5 Kak Zai Mee Udang Sungkai

Ada penggemar mi udang di sini? Mi yang dhihidangkan bersama kuah kari dan udang yang banyak kuantitinya dan besar pula saiznya, siapa sahaja yang tidak suka?

Mi Udang @ Kak Zai Mee Udang Sungkai

Imej via Foursquare

Di Kak Zai Mee Udang Sungkai, boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang menggemari mi udang di sini. Kuah karinya yang pekat, udang yang banyak dan aroma mi udang yang cukup memikat memang menaikkan selera mereka, anda wajib cuba!

Menu @ Kak Zai Mee Udang Sungkai

Imej via Foursquare

Selain mi udang, menu lain seperti bihun sup dan laksa turut dihidangkan di sini. Cukup enak dikenakan pada waktu petang sambil anda bersantai bersama keluarga mahupun sahabat handai.

Alamat: 35600 Sungkai, Perak

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 11 pagi hingga 6 petang

#6 Warung Nam Cheng

Warung yang terletak di bulatan pekan Sungkai ini mungkin kedengaran biasa sahaja buat anda. Namun ianya bukan warung biasa-biasa. Warung ini merupakan antara port sarapan yang agak terkenal di Sungkai.

Menghidangkan menu sarapan yang berasaskan makanan negeri Pantai Timur seperti laksam, nasi kerabu dan nasi dagang, boleh dikatakan beraneka juga menu sarapan di sini. Kuih-muih juga turut dihidangkan, memang berbagai!

Walaupun lokasinya agak susah untuk dicari, namun jika anda tanya sendiri kepada penduduk sekitar Sungkai pasti mereka tahu lokasinya di mana dek kerana populariti restoran ini sebagai port sarapan terbaik,

Alamat: 35600 Sungkai, Perak

Ada yang sudah mula terliur memikirkan tentang menu-menu beraneka yang boleh anda cuba di tempat makan di sekitar Sungkai ini ke? Ini baharu sahaja sedikit kami senaraikan, belum lagi anda cuba kesemuanya!

Bagi yang ingin berkunjung ke Sungkai, kami sarankan anda singgahlah di tempat makan yang kami senaraikan ini ya. Anda juga digalakkan untuk datang awal bagi memastikan ruang parkir dan ruang dalam restoran tidak penuh. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .