Mencari tempat makan di Setia Alam?

Setia Alam merupakan sebuah bandar yang terletak di Shah Alam, Selangor. Nama pun bandar, semestinya ada pelbagai tarikan baik dari segi hiburan mahupun tempat makan di sini.

Tercari-cari tempat makan mana untuk diserbu? Tidak mengapa, berikut kami sertakan 10 tempat makan di Setia Alam. Teruskan membaca!

#1 Momento Cafe

Alamat: 2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Kafe ini sesuai disinggah oleh penggemar makanan Barat dan kopi yang suka mengambil gambar di kafe moden. Jika anda tergolong dalam kalangan ini, anda wajib singgah di Momento Cafe.

tempat makan setia alam
Imej via Foursquare

Hidangan Barat yang beraneka seperti stik, pizza dan pasta ada disajikan di sini. Untuk minuman, kami sarankan agar anda cuba kopi mereka. Suasana kafe yang santai dan selesa juga turut dipuji ramai.

#2 Nasi Kukus Boss @ Setia Alam

Alamat: 107G Jln Gemilang U13/BG, Persiaran Setia Perdana, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 12 am

Ini merupakan antara restoran nasi kukus yang bukan sahaja terkenal di Setia Alam, malah di Shah Alam – Nasi Kukus Boss. Jika anda penggemar nasi kukus ayam berempah, inilah tempat makan yang wajib diserbu.

tempat makan setia alam
Imej via Foursquare

Semestinya menu istimewa di sini ialah nasi kukus ayam berempah. Nasinya lembut dan ayamnya cukup rangup. Memang sedap, rugi jika anda tak cuba!

#3 Restoran Bendang

Alamat: Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 6 am – 11 pm

Mengidamkan makanan utara namun berada jauh di selatan? Tidak mengapa, anda boleh singgah di Restoran Bendang untuk menikmati sajian Utara yang menyelerakan.

tempat makan setia alam
Imej via Foursquare

Untuk masakan panas, antara lauk yang boleh dicuba termasuklah  gulai kawah, kengsom, telur sotong, keli bakar dan banyak lagi. Jangan lupa cuba ubi rebus yang dimakan bersama kelapa parut, dijamin sedap!

#4 Shell Out (Setia Alam)

Alamat: Unit E-G-03, Sunsuria Avenue Forum, No. 1, Jln Setia Dagang AL U13/AL, Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11.30 am – 10 pm

Ingin menikmati shell out bersama keluarga dan rakan-rakan? Apa kata anda siggah di restoran Shell Out ini, pasti anda akan berpuas hati!

tempat makan setia alam
Imej via Foursquare

Konsep restoran yang santai serta ruang yang luas membuatkan ramai pelanggan selesa menjamu selera di sini. Di bahagian menu pula ada dinyatakan cara untuk memesan makanannya. Sangat menarik!

#5 Restoran MK Fatimah

Alamat: No. 25-1-1, Jalan Setia Prima A U13/A, Seksyen U13, Selangor, Jalan Setia Prima J U13/J, Setia Alam, 40170, Selangor

Waktu operasi: 24 jam

Perut berkeroncong pada jam 3 pagi, namun tidak tahu kedai makan mana yang masih dibuka? Semestinya kedai mamak akan terlintas di fikiran, jadi singgahlah di Restoran MK Fatimah untuk menjamu selera.

tempat makan setia alam
Imej via Foursquare

Semestinya menu yang popular di sini ialah roti canai. Namun, kelainannya ialah roti canai yang terlaris merupakan roti canai double keju, sangat sesuai dinikmati oleh penggemar keju. Jangan lupa untuk cuba sate mereka, dijamin sedap!

#6 Meat Cartel BBQ

Alamat: L23, Ardence Labs , Persiaran Setia Alam, Eco Ardence, 40170 Setia Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm manakala Jumaat 4 – 11 pm

Jika anda peminat daging lembu atau kambing yang segar dan dimasak secara barbeku, anda wajib singgah di restoran Meat Cartel BBQ yang terletak di Setia Alam ini.

tempat makan setia alam
Imej via Foursquare

Kebanyakan ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggan memang positif-positif belaka. Daging yang lembut dan juicy telah menjanjikan kepuasan kepada ramai. Jadi, anda wajib singgah di sini!

#7 BUCOLIC Cafe & Catering

Alamat: Lot 33-1 Block 6, Setia Avenue,, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 11 am – 8 pm manakala Jumaat-Sabtu 11 am – 9 pm

BUCOLIC Cafe & Catering ini merupakan salah satu tempat makan di Setia Alam yang elegan dan romantis. Ianya menyajikan sajian Barat dan pencuci mulut yang dijamin sedap dan menarik.

Imej via Foursquare

Sebelum ke sini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Hidangan yang popular di sini ialah The Dessert Platter yang menggabungkan pelbagai pencuci mulut dalam satu pinggan. Bolehlah berkongsi bersama teman anda!

#8 Homst Seafood

Alamat: 1, Jln Setia Dagang AJ U13/AJ, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 10.30 pm manakala Jumaat 4 – 10.30 pm

Restoran Homst ini ada banyak cawangan, jelas membuktikan yang ianya merupakan restoran Cina-Muslim yang popular. Jika anda penggemar makanan laut yang Halal, inilah restoran yang wajib anda singgah.

Imej via Foursquare

Antara hidangan yang boleh dipesan termasuklah ikan stim halia, ikan masam manis, udang butter, sotong telur masin dan ayam lemon. Mereka juga ada menyediakan dim sum yang memang enak, anda wajib cuba!

#9 Bamboo Biryani “Taste & See”, Setia Alam

Alamat:  L20-G-INT – EXT, Ardence Labs, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, hari minggu 12 pm – 7 pm, manakala hujung minggu 12 pm – 9.30 pm

Ada penggemar briyani di sini? Anda mesti sukakan briyani buluh, bukan? Jika ya, anda wajib terjah restoran Bamboo Biryani “Taste & See” yang terletak di Setia Alam ini.

Imej via Foursquare

Briyani buluh memang diakui lebih sedap dan beraroma. Jika dimakan bersama lauk-pauk seperti Bamboo Chicken, Bamboo Crab dan Bamboo Mutton, pasti keenakkannya berganda!

#10 SELERE Ikan Bakar

Alamat: No 15, Jln Setia Dagang AJ U13/AJ, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 12 pm – 11 pm

Ikan bakar merupakan antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai orang kita. Tambahan pula jika ikan yang digunakan segar-segar, pasti ianya boleh bikin sesiapa sahaja ketagih.

Untuk itu, singgah sahaja di restoran SELERE Ikan Bakar. Ikan bakar di sini diakui segar dan sedap, Sos pencincahnya juga dibuat sendiri, jadi rasanya lebih enak.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan di Setia Alam yang ingin disinggah? Jika berpeluang, singgah sahaja mana-mana tempat makan yang kena dengan citarasa anda.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.