Anda yang sedang berada di Rawang, atau merancang untuk ke Rawang semasa hujung minggu, pastinya ingin mencuba sesuatu di sini. Mesti anda tercari – cari restoran yang menarik untuk dicuba.

Jika anda sudah terbiasa dengan persekitaran Rawang, pastinya tiada  masalah untuk mendapatkan tempat makan yang best di sekitarnya. Namun, bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke Rawang ini, pastinya tercari – cari lokasi restoran yang menarik.

Kalau anda hendak tahu, Rawang ini memiliki banyak restoran – restoran yang enak dan menarik untuk dicuba. Cuma perlu sedikit kegigihan untuk mencari lokasinya.

Tak perlu pening kepala, gunakan sahaja app waze untuk menjejaki tempat makan di sekitar Rawang dan masukkan nama restoran seperti yang tersenarai di sini. Pastinya selera anda akan dipenuhi tanpa sukar.

#1. Biri Biri Café

Datang sahaja ke Rawang dan tanyakan tentang Biri – Biri Café kepada penduduk tempatan, pastinya ramai mengenalinya. Café ini menyediakan makanan barat buat para pelanggan.

Meatball @ Biri Biri Cafe

Imej via facebook

Lamb chop merupakan menu popular di sini dan mendapat sambutan ramai. Jadi, bagi anda yang ingin mencubanya, datanglah awal ke Biri – Biri Café ini supaya tidak kempunan.

Chicken Chop @ Biri-Biri Cafe

Imej via facebook

Bagi anda yang tidak mahu menunggu lama, boleh juga membuat tempahan awal dengan menelefon café ini terlebih dahulu. Pastinya anda tidak akan kecewa nanti jika lambat membuat pesanan.

Selain makanan barat, terdapat juga menu tempatan atau masakan panas yang disediakan buat pelanggan. Jangan risau tentang harga kerana harganya sangat berpatutan dan mampu milik.

Alamat : No 1, Jalan Kenangasari 2, Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3:00 petang hingga 11.00 malam setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#2. Alang Western

Restoran Alang Western antara restoran yang menjadi tumpuan ramai kerana suasana restorannya yang begitu santai. Pelbagai menu menarik pastinya dapat memenuhi selera setiap pelanggan yang datang. Menu makanan baratnya pula menggunakan bahan – bahan homemade, pastinya lebih enak rasanya.

Lamb Chop @Alang Cafe

Imej via facebook

Biarpun nama restorannya Alang Western, namun ia tidaklah menghidangkan makanan barat semata – mata. Terdapat juga masakan panas lain yang boleh anda nikmati seperti nasi goreng, kuetiaw, roti john, burger dan sebagainya.

Chicken Burger @ Alang Cafe

Imej via facebook

Para penggemar makanan barat boleh memesan chicken chop, lamb chop, meatball, fish and chips dan banyak lagi. Harga makanan di sini tidaklah mahal dan sangat – sangat berpatutan. Ternyata makanan di sini sangat superb dan berkualiti.

Alamat : Jalan Mawar 1, Taman Mawar, Batu 16, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam setiap hari (kecuali Isnin tutup)

#3. Azra Grill

Kali ini jom kita ke Azra Bundle pula. Sambil – sambil membelek pakaian yang terdapat di Azra Bundle, apa kata singgah pula di Azra Grill. Ia merupakan sebuah restoran yang menyajikan makanan western lain dari yang lain.

Chicken Grill @ Azra Grill

Imej via facebook

Bagi memberi kelainan serta suasana yang menarik, sebuah bas dijadikan sebagai tempat untuk menjamu selera. Jadi, anda boleh rasai pengalaman menjamu selera di atas bas yang disediakan.

Pelanggan yang menggemari makanan western, pastinya akan memahat nama restoran ini ke dalam minda kerana hidangan yang disediakan di sini cukup terbaik. Malah, harga makanan di sini sangat berpatutan bagi setiap hidangan.

Steak @ Azra Grill

Imej via facebook

Alamat : Arked Sri Bengkulu, Simpang 3, Sungai Choh, 48200 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 11.30 malam setiap hari

#4. Twin’s Kitchen Cafe

Pada tanggal bulan Februari 2017, sepasang adik beradik kembar telah menubuhkan Twin’s Kitchen Café dan bersama – sama bergandingan bahu menerajui café ini. Menawarkan hidangan berkonsep makanan barat, restoran ini menyajikan pelbagai hidangan menarik.

Spaghetti @ Twins Kitchen

Imej via facebook

Setiap menu yang disajikan memiliki kualiti yang tersendiri, malah saiz hidangan yang disediakan sangat berbaloi dengan harganya. Semasa waktu makan tengahari, restoran ini menyediakan pelbagai jenis lauk – pauk yang sememangnya enak buat santapan pelanggan.

Chicken Burrito @ Twins Kitchen

Imej via facebook

Pada waktu tengahari anda boleh cuba lauk sambal tumis sotong, sambal udang, ikan masam manis, daging masak merah, daging black pepper dan banyak lagi. Café ini turut menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma buat para pelanggan.

Alamat: B-12-G, Jalan Reef 1/2, Pusat Perniagaan Reef, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9:00 pagi hingga 11.30 malam setiap hari (kecuali Khamis tutup)

#5. GH Corner

Restoran ini asalnya bernama Generasi Harapan, namun telah dipendekkan menjadi GH Corner sahaja. Ia merupakan rangkaian perniagaan yang diuruskan oleh Global Ikhwan atau dikenali juga oleh GISB Holdings.

Fish n Chip @ GH Corner

Imej via facebook

Pemilik restoran ini sangat menitik beratkan kebersihan, kesucian serta halal dalam penyediaan makanan. Ini sangat penting bagi memastikan setiap pelanggan beragama Islam menikmati hidangan halal dan suci sahaja.

Laksa @ GH Corner

Imej via facebook

Bagi menarik pelanggan datang dengan lebih ramai, restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan yang terdiri dari makanan tempatan serta barat. Antara menu yang popular di sini adalah Nasi Daging Black Pepper yang semestinya sedap.

Nasi ayam bakar yang terdapat di sini juga enak. Bubur nasi ayam serta chicken stick pula sangat digemari kanak – kanak yang datang bersama keluarga. Chicken Grill dan Lamb Chop nya juga sangat menyelerakan apatah lagi ia dihidangkan bersama kuah Black Pepper atau Mushroom Sauce.

Alamat :24-G, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.30 malam setiap hari

#6. Restoran De Anjung Seafood

Memiliki dekorasi seakan rumah lama, Restoran De Anjung Seafood ini begitu unik sekali. Ia terletak bersebelahan Hotel Sahara, Rawang sangat mudah dijejaki.

Ikan Sweet n Sour @De Anjung Seafood

Imej via facebook

Pelbagai menu masakan panas disajikan di sini. Order sahaja, gerenti puas hati. Anda juga boleh mencuba telur Homok yang pastinya tidak dijual di tempat lain.

Shell Out @ De Anjung Seafood

Imej via facebook

Sup tulang di sini juga begitu enak, malah harganya agak murah. Suasana restoran ini sedikit suram membuatkan terbitnya suasana romantic sekiranya anda datang bersama pasangan.

Servis di restoran ini begitu bagus sekali kerana pantas dan begitu cepat menghidangkan menu yang dipesan. Sehinggakan anda tidak sempat untuk berbual lama, makanan dan minuman pun terus tiba di atas meja.

Cubalah nasi goreng Pattaya di sini, ia dihidangkan bersama sambal tumis ayam tidak seperti di restoran lain. Memang sedap apabila dimakan bersama. Harga makanan di sini juga sangat berpatutan berbanding restoran lain.

Alamat : Jalan Rawang Batu 16, Kampung Melayu Batu 16, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#Restoran D Perahu Ikan Bakar Rawang

Restoran ini bukan sahaja menyediakan hidangan yang pelbagai serta menarik, namun perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan memang terbaik. Pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan.

Udang Butter @ De Perahu

Imej via facebook

Yang bestnya, pelanggan akan disajikan dengan buah potong secara percuma sebagai pencuci mulut. Mesin air Coway juga turut disediakan untuk kegunaan pelanggan tanpa bayaran.

Para pelayan di restoran ini cukup ramah dan pantas melakukan pekerjaan mereka. Antara menu yang menarik di sini adalah tomyam kelapa muda, ikan singgang, ikan bakar berempah, tomyam poktek, udang butter, ketam telur masin, sotong bakar berempah dan bermacam jenis ikan lagi.

Ikan Bakar @De Perahu

Imej via facebook

Pelbagai ice blended juga disediakan seperti pisang blended, nenas madu blended, coconut shake, mangga susu vanilla dan banyak lagi minuman yang menarik.

Alamat : 55, Jalan Bandar Rawang 15, Rawang, 48000 Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.30 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari

#7. Osaka Steamboat Restaurant

Wahai orang – orang di sekitar Rawang, jom kita terjah Osaka Steamboat yang berkonsepkan Jepun, seiring dengan nama restoran. Pasti anda tertanya – tanya kenapa kah restoran ini dikenali sebagai Osaka Steamboat.

Steamboat @Osaka Steamboat

Imej via facebook

Pada asalnya lokasi restoran ini terletak di Bukit Beruntung namun telah dipindahkan ke Pusat Bandar Rawang, yang lebih strategik dan sesuai. Osaka steamboat ini dimiliki oleh 100% orang Islam, maka anda tidak perlu khuatir kesahihan status halal makanan di sini.

Teppayanki @ Osaka Steamboat

Imej via facebook

Selain steamboat, anda juga boleh menikmati hidangan grill yang disediakan khas buat pelanggan. Malah, anda juga boleh memesan makanan Jepun yang lain seperti takoyaki, teppanyaki dan banyak lagi pilihan.

Dekorasi restoran juga begitu menarik kerana menerapkan ciri – ciri masyarakat Jepun dan sangat menarik perhatian. Anda juga pasti terasa seperti sedang berada di Jepun.

Alamat : No.20-G,Jalan Bandar Rawang 11, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari (kecuali Isnin tutup)

#8. Boraq-Boraq Restaurant

Jom borak – borak di Boraq – Boraq Restaurant. Memang kena betul nama restoran ini, sesuai benar untuk yang suka melepak dan berborak – borak sambil menjamu selera.

Nasi Ayam Penyet @ Boraq Boraq Restaurant

Imej via facebook

Boleh dikatakan banyak menu yang dapat anda nikmati di sini. Antaranya adalah nasi kukus ayam berempah, mee bandung, mee jawa, laksa Johor, laksa Penang, pelbagai masakan panas dan juga masakan Barat.

Mee Rebus @ Boraq Boraq Restaurant

Imej via facebook

Di sini juga ada menyediakan menu Boat Noodle Negaraku Style dengan pilihan perisa samada daging atau ayam. Menu – menu lain yang menarik adalah beef Thai rice noodle, spaghetti carbonara, spaghetti Bolognese, Caesar salad, nasi ayam Hainan, soto dan rojak tauhu. Harga untuk Boat Noodle Negaraku Style pula hanyalah RM 2.00 semangkuk.

Alamat :No 36 Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 1.30 tengahari hingga 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hari Ahad dibuka mulai jam 12.30 tengah hari hingga 11.00 malam (kecuali Selasa tutup)

#9. D’Corner Steamboat Cheese and Grill

Kebersihan dan keselesaan pelanggan adalah menjadi keutamaan pemilik restoran D’Corner Steamboat Cheese and Grill ini. Persekitaran ruang makan di restoran ini juga kelihatan segar dan tenang sekali.

Steamboat @D'Corner

Imej via facebook

Biarpun ruang makan adalah sederhana, namun tidak bermakna ia menjejaskan keselesaan pelanggan. Malah, pelanggan yang datang menjamu selera di sini begitu tenang dan gembira semasa menikmati steamboat.

Grill @D'Corner

Imej via facebook

Terdapat pelbagai pilihan bebola daging, daging yang diperap, daging korea, daging kambing, lala, ketam, sayur – sayuran dan banyak lagi. Sos serta kicap sebagai pencicah juga disediakan. Bagi anda yang ingin menambah keju dalam hidangan grill, maka tambahan harga sebanyak RM 15 akan dikenakan.

Restoran ini turut menyediakan pelbagai jenis mee yang begitu digemari seperti mee siput, maggi, mee kering, bihun serta kue tiaw kering. Anda yang ingin mencuba steamboat di sini sebaiknya membuat tempahan awal kerana dikhuatiri ramai pelanggan yang datang pada waktu yang sama.

Alamat : C13-G, Jalan Reef 1/2, Rawang, 48000 Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#10. Keropok Lekor TipTop 962

Di waktu petang kalau dapat makan keropok lekor panas, memang best lah ! Dapat pula makan keropok lekor cheese leleh, lagi merecik tau !

Keropok Lekor @TipTop

Imej via facebook

Apa kata jom kita singgah di Keropok Lekor TipTop 962 ini yang terletak di kawasan Sg Choh, Rawang. Keropok lekor di sini menggunakan resepi asli dari Terengganu dan keropok ini akan diproses setiap hari bagi menjamin kualiti serta rasanya.

Keropok Lekor @TipTop

Imej via facebook

Pelbagai jenis keropok lekor di sini antaranya keropok lekor leleh, keropok lekor tarik, keropok lekor kebabom, keropok lekor goreng biasa atau rebus. Tiada sebarang menu lain di sini melainkan keropok lekor sahaja. Namun, minuman turut disediakan buat para pelanggan.

Alamat : Keropok Lekor Tiptop 962, 1, Simpang Sungai Choh, 48200 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga 7.00 malam setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#11. Selera De’ Abang

Makan tengahari yang sangat best adalah di Selera De’ Abang. Menyajikan pelbagai jenis lauk pauk menjelang tengahari pastinya memberi satu kepuasan buat para pelanggan yang datang.

Lala @ Selera De Abang

Imej via facebook

Terdapat pelbagai jenis kerabu yang terdiri dari kerabu perut, kerabu pucuk paku, kerabu taugeh dan kerabu jantung. Ikan pula bermacam jenis ikan dijadikan sebagai hidangan.

Kerabu @ Selera De Abang

Imej via facebook

Malah terdapat menu yang terdiri kerang – kerangan seperti lala, siput, kupang dan banyak lagi. Pendek kata, segala macam lauk pauk tersedia di sini. Pilih sahaja yang menepati selera anda.

Alamat : Kampung Kenanga, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang setiap hari (kecuali Ahad tutup)

Kesimpulan

Dah tahu yang mana satu restoran pilihan anda jika berada di Rawang ? Mudah untuk mencarinya, tidak perlu anda khuatir lagi.

Yang pasti, perut anda tidak mungkin berbunyi kerana kelaparan sewaktu berada di Rawang nanti. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut mestilah happy.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .