Mencari tempat makan menarik di Melaka?

Melaka terkenal dengan kepelbagaian resipi. Resipi baba nyonya yang terkenal sejak dulu, juga resipi Melayu, Cina dan India yang sememangnya terkenal di negeri kita juga digemari ramai.

Kini Melaka dibanjiri dengan masakan dari Sumatera, bahkan masakan Barat juga ada. Pendek kata memang berbagai jenis masakan yang anda boleh cuba di sini!

Sambil melancong menikmati susur galur sejarah negara di Melaka, kita boleh menikmati pelbagai makanan sedap di Melaka daripada asam pedasnya yang amat popular. Di sini, disenaraikan 50 tempat makan best di Melaka tanpa mengikut ranking dan populariti.

Asam Pedas Selera Kampung

Alamat: G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 6pm)

Melaka dan asam pedas adalah satu gabungan yang tidak langsung boleh dipisahkan. Menyebut Melaka, penggemar makanan akan terbayangkan asam pedasnya yang amat digemari bukan saja masyarakat setempat malah juga pengunjung dari luar.

Asam Pedas Selera Kampung
Asam Pedas Selera Kampung

Antara restoran asam pedas yang agak popular adalah Asam Pedas Selera Kampung yang terletak di Bandar Hilir. Mungkin kerana kedudukannya maka ia amat mudah menarik perhatian pengunjung dari luar termasuk dari Singapura yang begitu ramai di sini.

Asam pedasnya meliputi pelbagai jenis ikan seperti ikan parang, pari, jenahak dan sebagainya. Dengan kuah yang pekat dan merah, rasanya amat sedap dimakan pula dengan nasi panas serta iringan ulam-ulaman segar.

Selain asam pedas terdapat juga gulai masak lemak cili api ketam, masak lemak cili api udang galah, masak lemak daging salai, kerabu mangga, ayam kampung goreng berempah dan ikan bakar yang amat sedap.

Malah ada yang mengatakan menu-menu ini lebih sedap daripada asam pedas itu sendiri terutamanya sambal pencicah ikan bakarnya. Tempat makan best di Melaka wajib singgah.

Big Food Kitchen

Imej via [ Big Food Kitchen ]

Alamat: Lot 1416, Jalan Bukit Duyung, Melaka

Waktu operasi: Khamis-Selasa (12.30 pm-11.30 pm)

Banyak kedai makanan barat yang sedap di Melaka. Nak senaraikan kesemuanya pasti tiada penghujung. Apa yang boleh kami katakan adalah Big Food Kitchen pasti tidak akan menghampakan anda. Bukan sahaja menjadi restoran untuk pelancong, malah penduduk setempat juga sering memenuhi restoran ini.

Restoran sangat luas, selesa dan bersih. Jika ada yang mahu mengadakan sebarang majlis seperti majlis harijadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, ini tempat yang sesuai. Bukan itu sahaja, setiap Jumaat hingga Ahad, pengunjung akan ditemani dengan kumpulan busker!

Banyak menu makanan barat yang pasti membuat ramai yang rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana? Kami cadangkan anda untuk mencuba Shellout, Set Sotong Gedabak, Set Talam Western Food dan aneka pencuci mulut.

Perhentian Kuih Kampung

Alamat: 213, Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 7pm)
Kedai ini juga dikenali sebagai kedai bawah pokok kerana kedudukannya berhampiran sebatang pokok angsana yang besar. Perhentian Kuih Kampung amat terkenal dengan kepelbagaian kuih muihnya – dari kuih tradisional sehinggalah yang moden.

Malah kepelbagaiannya melangkaui sempadan negeri. Tetapi yang lebih penting adalah semua kuih-muih yang dijual di sini begitu sedap. Tidak hairanlah jika anda akan mendapati agak ramai pelancong asing yang menjamu selera di kedai ini.

Perhentian Kuih Kampung
Perhentian Kuih Kampung

Di sebelah yang lain kedai pula dikhaskan untuk kuih muih manis dan pelbagai jenis kuih talam. Terdapat juga mee hailam dan juga mee kari. Malahan asam pedas disini juga sangat sedap dan mampu menyaingi asam pedas yang lebih popular dengan mudah. Antara tempat makan menarik di Melaka kena pergi.

Cengkerang Seafood Jumble

Alamat: No. 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, 75250 Melaka

Waktu Operasi: Selasa-Khamis (3pm-11pm), Jumaat (5pm-11pm), Sabtu & Ahad (1pm-11pm), Isnin cuti

Tempat makan ini adalah antara tempat makan shellout menarik di Melaka yang patut anda cuba.

Cengkerang Seafood Jumble bolehlah dikatakan berbeza berbanding restoran makanan laut yang pernah anda kunjungi atau ketahui. Lobster, Alaskan King Crab, oyster dan ketam nipah yang hidup adalah sebahagian hidupan laut segar yang kedai ini ada untuk anda. Ianya selalunya dihidangkan untuk menu ‘shell out’.  Rugi kalau tak cuba!

Antara menu lain yang boleh anda pesan ialah Ayam Goreng Reggae, Chicken Grilled, Lamb Chop, Fish & Chips dan banyak lagi. Menu-menu ini bersaiz besar dan harganya bermula dari RM15.00, sangat berpatutan!

Anda juga boleh menikmati pelbagai jenis minuman dari ABC Anak Melaka seperti ABC Super Special, ABC Keladi Wer Wer, Cendol Pulut Power, Cendol Manggo Dream, Lai Chi Kang dan banyak lagi. Harga dari RM7.90 sungguh berbaloi.

Pastikan ori baru pergi ada tagline Cengkerang Seafood Jumble agar anda tidak tersalah lokasi. Selamat mencuba.

Cucur Udang Alor Gajah

Alamat: Medan Selera Pasar Menggong, Jalan Dato Dol Said, 78000 Alor Gajah, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 6pm)
Gerai no.1 di Medan Selera Menggong yang tertulis Perniagaan Cucur Udang Alor Gajah amat popular dengan menu cucur udangnya yang amat sedap. Ia menjadi buah mulut penduduk tempatan mahupun juga pengunjung dari dalam dan luar negara.

Apa yang sebenarnya menjadikan cucur udang ini istimewa adalah gabungan komponennya yang pelbagai daripada cucur udang , fish cake, sosej, nugget, timun, tauhu dan pelbagai lagi sehinggalah kepada popia.

Ada pelanggan yang memberikan kredit kepada fish cake yang amat sedap. Kuahnya juga amat sedap dan pekat serta ada terasa sedikit manis gula Melaka dan kepedasannya begitu serasi dengan cucur udang dan komponen yang lain.

Cucur Udang Alor Gajah
Cucur Udang Alor Gajah

Harganya amat berpatutan, namun servisnya boleh dipertingkatkan kerana pelanggan mereka yang semakin ramai akan memperlahankan servis mereka.

Terdapat nasihat yang baik daripada pelanggan iaitu cucur udang ini lebih sedap dimakan di sini berbanding dibungkus kerana lebih segar dan rangup.

Asam Pedas Pondok Otek

Alamat: Jalan Tebing Tinggi, 75450 Bukit Katil, Melaka

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (6.00 pm-12.00 am)

Terletak di Bukit Katil, majoriti pengunjung merupakan penduduk setempat yang mengetahui keenakan asam pedas di kedai ini. Yang pernah merasainya pasti akan menjadi pengunjung tetapi Asam Pedas Pondok Otek.

Bermacam jenis asam pedas yang pasti membuatkan ramai yang bertambah pinggan. Ada asam pedas tetel, asam pedas siakap dan sebagainya. Setiap set pula dihidangkan bersama nasi putih, telor asin, sambal darat dan ulam.

Selain itu, ada juga lempeng yang pasti menggamit memori anda terhadap kuih-muih tradisional. Colek pula dengan kari kambing, pasti menjilat jari.

Roti Canai Kayu Arang

Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka

Waktu Operasi:Setiap hari (7am – 12pm, 8 – 11:45pm)

Nak susuatu yang unik? Jom kita terjah gerai Roti Canai Kayu Arang! Kedai makan ini dibuka hampir setiap hari dari Isnin sehinggalah hari Ahad. Jadi, tiada masalah untuk datang pada bila-bila waktu. Waktu operasi pula daripada pukul 7 pagi sehinggalah 12 tengah hari.

Roti Arang Bachang

Imej via Foursquare

Roti Canai Kayu Arang ini terletak betul-betul di tepi Jalan Malim-Bachang. Jadi, tidaklah susah untuk singgah sarapan pagi. Merupakan salah satu tempat makan menarik di Melaka yang perlu ada dalam list anda.

Sebut sahaja ‘breakfast’ dan ‘local food’, kedai ini wajib anda terjah. Gerai ini menjadi semakin popular sejak mendapat liputan daripada program TV popular iaitu Jalan-Jalan Cari Makan yang disiarkan di saluran TV3. Bukan calang-calang tau!

Asam Pedas Claypot

Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, Melaka

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (6pm – 4am), ditutup pada hari Selasa

Asam Pedas Claypot

Image via Foursquare

Asam Pedas Claypot menyediakan pelbagai pilihan asam pedas kepada pelanggan mereka. Ada asam pedas ikan pari, asam pedas ikan kembong, asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan jenahak dan macam-macam lagi.

Asam pedas dimasak di dalam claypot yang mana dihidangkan kepada pelanggan dalam keadaan panas mendidih bersama-sama telur masin dan kubis, memang boleh bikin sesiapa sahaja terliur!

Restoran Indorosso

Imej via [ Indorosso HQ ]

Alamat: C2 Rumah Pangsa Bachang Permai, Jln Tun Fatimah, Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-10.00 pm)

Nak makan makanan Indonesia yang sedap di Melaka? Semuanya ada di Restoran Indorosso. Menu utama dan menjadi kegilaan ramai semestinya ayam penyet! Ramai yang gemar akan sambalnya yang secukup rasa dan pedas yang mengasyikkan! Anda boleh pilih sama ada inginkan sambal penyet, sambal geprek mahupun sambal jingkrak.

Bukan sahaja ayam penyet, ada juga daging bakar penyet, soto ayam jawa dan lain-lain. Ada penggemar bakso? Mungkin anda akan jatuh cinta dengan Bakso Urat yang dihidangkan bersama bebola ayam yang besar.

Melantak Steak Hub Melaka

Alamat: No. 12, Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu (12pm- 12am)

Melantak Steak Hub

Imej via Foursquare

Bosan dengan makanan ala-ala Melayu? Mari kami kongsikan tempat makan steak yang meanrik di Melaka. Tempat makan yang dimaksudkan adalah Melantak Steak Hub melaka. Tempat makan western di Melaka untuk dicuba oleh anda.

Kedai makan ini dibuka hampir setiap hari kecuali hari Isnin. Ianya beroperasi daripada pukul 12 tengah hari sehinggalah 12 tengah malam. Tetapi menjelang 8 malam, waktu puncak di kedai makan ini. Pelbagai jenis bahagian steak boleh dipilih.

Klebang Original Coconut Shake

Alamat: 5, 75200 Klebang, Melaka

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11 – 6:30 pm), Jumaat (2:30 – 6:30pm)

klebang coconut shake
Imej via Foursquare

Bagi kami, kedai viral ini tidak perlu lagi diperkenalkan. Antara tempat makan yang selalu termasuk dalam senarai wajib-singgah  diceritakan di website atau media sosial.

Tempat ini sememangnya tempat wajib untuk peminat ‘coconut shake’ jika anda datang ke sini. Memang coconut shake yang asli di Melaka.

Coconut Shake Alai

Alamat: Jalan Alai / Kandang, 75460 Melaka

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10:30am – 6pm) ditutup pada hari Jumaat
Jika anda sudah kenyang dengan asam pedasnya, Coconut Chake Alai ini boleh dicari untuk melegakan kepedasan dan kepanasan asam pedas.  Kualitinya juga tidak mengecewakan malah setanding dengan hidangan di Coconut Shake Klebang yang cukup terkenal.

Coconut Shake Alai
Coconut Shake Alai

Terdapat juga makanan sampingan yang lain untuk dimakan seperti nasi lemak dan sebagainya. Jika anda ke Melaka bolehlah mencuba coconut shake di sini!

Ary Nasi Buluh

Imej via [ Ary Nasi Buluh ]

Alamat: Lot 1357 Jalan Semabok, Jbatan Kampung Jambatan Duyong 75460 Melaka

Waktu operasi: Jumaat-Selasa (1.00 pm – 10.00 pm)

Tak ramai yang tahu terdapat kedai makan sedap dan unik terletak di Semabok. Jika anda mencari tempat makan yang unik, datanglah ke Ary Nasi Buluh. Keistimewaan kedai makan ini adalah terdapat menu yang di masak di dalam buluh.

Antara yang menjadi tumpuan semestinya Nasi Buluh Ayam Berempaah dan Nasi Lemak Pandan Buluh. Nasi Buluh Ayam Berempah dihidangkan bersama tempe, tauhu, ulam-ulam, sambal dan kuah kari.

Ada juga set Nasi Buluh Kerang Bakar, Nasi Buluh Chicken Mango, Nasi Buluh Asam Pedas Tetel dan banyak lagi gandingan nasi buluh dan lauk-lauk melayu yang lain. Pasti puas hati!

Pak Putra Tandoori & Naan

Alamat: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5:30pm – 1am), ditutup pada hari Isnin
Untuk peminat roti nan, kedai ini wajib anda pergi jika di Melaka. Pelbagai roti naan anda dapat pilih di sini. Antaranya yang sangat dicadangkan adalah roti nan cheesenya dan juga roti nan garlic, memang terangkat!

pak putra tandoori
Imej via Foursquare

Jangan lupa untuk pesan ayam tandoorinya. Dikatakan ayam tandoorinya memang terbaik kerana ianya memang mempunyai resepi rahsia dan sangat disyorkan oleh peminat yang cuba makan di sini. Tengok gambar pun sudah terliur!

Mee Sup Tengkera

Jom kita cuba dan makan mi sup yang terkenal di Melaka iaitu Mee Sup Tengkera. Gerai Mee Sup Tengkera ini terletak berhampiran dengan Masjid Lama Tengkera.

Mee Sup Tengkera


Imej via Foursquare

Sudah semestinya apabila di sini, anda patut cuba mee supnya. Selain mee sup, menu lain yang boleh dicuba di sini adalah popia basahnya serta popia kering. Air minuman pula, jangan lupa cuba air mata kucing atau barli, menyejukkan tekak!

Asam Pedas Pasar Borong

Alamat: 12, Jalan Iks.M4, 75350 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 5am)

asam pedas pasar borong

Gerai ini terletak di Pasar Borong Batu Berendam. Masakan asam pedas di sini dijamin terbaik dan segar . Sekiranya anda lalu kawasan batu berendam jangan lupa singgah kawasan sini .

Waktu operasi bermula daripada 6 petang sehinggalah 12 tengah malam. Kami galakkan anda supaya datang lebih awal kerana selalunya bilangan pelanggan di sini memang ramai.

Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Alamat: KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (4:30 – 11:30pm)

Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung
Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung

Medan bakar ini bagi kami tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong, ramai rasanya boleh memberikan komen tentang kesedapan ikan bakarnya yang menjadi pilihan ramai.

Pelbagai menu seafood seperti ikan siakap, ikan jenahak, kupang, sotong dan kepah anda boleh jumpa di sini. Pilih sahaja masakan atau bakar mengikut kesukaan anda.

Jika anda menjadi ikan bakar yang dimasak segar, di sinilah tempatnya. Hal ini mungkin kerana lokasi kedai ini yang terletak berdekatan dengan jeti. Stok sudah semestinya nampak seperti tiada masalah.

Ikan Bakar Parameswara

Alamat: KM 12, Jalan Pengkalan, Pulau Besar, 75460 Ayer Molek, Melaka

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5pm – 12am), ditutup pada hari Isnin

ikan bakar parameswara
Imej via Fousquare

Ini satu lagi tempat makan ikan bakar yang tidak perlu diperkenalkan lagi jika anda berada di Melaka.  Terdapat pelbagai gerai ikan bakar di medan ikan bakar ini, tetapi yang sering diterjah ramai adalah Ikan Bakar Parameswara.

menu @ ikan bakar parameswara
Imej via Foursquare

Selain ikan bakar, anda boleh mencuba menu lain seperti sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan ketam sambal, dijamin enak!

Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay

Alamat: Crystal Bay, Alai, Sungai Punggur Melaka

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (4:30–11:30pm), ditutup pada hari Selasa

Medan Ikan Bakar Alai
Medan Ikan Bakar Alai

Dikenali sebagai Ikan Bakar Alai ataupun Ikan Bakar Crystal Bay. Pelbagai menu menarik yang boleh dicuba. Tetapi biasanya tentulah menu cadangan adalah seperti sotong goreng tepung, sup ketam dan kelah masak masam manis apabila anda makan di sini.

Medan ikan bakar ini juga sering menjadi tumpuan ramai selain ikan bakar Umbai. Pelbagai gerai anda dapat pilih di sini, jadi singgahlah gerai yang mana berkenan di hati.

Medan Ikan Bakar Melaka Serkam

Alamat: Jalan Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Melaka

Medan Ikan Bakar Serkam

Waktu Operasi: Setiap hari (4pm – 12:30 am)

Konsep ikan bakar di medan sini, sama sahaja dengan medan ikan bakar yang lain. Biasanya, medan ini akan berada berdekatan dengan jeti.

Ada pelbagai jenis ikan di sini – pari, jenahak, kerapu, cencaru, kembong dan banyak lagi. Lauk lain seperti udang dan sotong juga boleh didapati di sini. Jenis masakan boleh dipilih sama ada goreng tepung, sweet sour, tiga rasa, black pepper dan goreng kunyit.

Bunga & Tembok Café

Alamat: No.14 Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (5pm – 11pm), ditutup pada hari Ahad
Namanya unik dan membuatkan kita ingin tahu apa yang ditawarkan oleh mereka. Restorannya dihias ringkas dengan lukisan dan gambar pada dinding.

Tempatnya sesuai dijadikan ruang untuk lepak dengan rakan-rakan. Ia juga sesuai untuk keluarga kerana makanan yang disediakan sesuai untuk semua peringkat umur.

nasi beriani kambing @ bunga & tembok
Imej via Foursquare

Bunga & Tembok dikenali kerana Nasi Beriani Kambing dan Ayam serta pelbagai makanan baratnya. Tidak ramai pelanggan yang merungut mengenai harga yang dikenakan kerana rasanya yang sedap dikatakan berbaloi dengan harganya.

LeQue

Alamat:No. 14 Taman 1 Lagenda (Jalan Lagenda 3), Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 1 am)

Restoran yang menyediakan gabungan makanan tempatan dan barat ini ada berkongsi video penyediaan makanan di laman Facebook. Melihatnya pasti akan membuatkan anda tertarik untuk mencuba hidangan unik mereka yang dipersembahkan dengan amat baik.

menu @ leque
Imej via Foursquare

Anda pasti mahu mencuba Spaghetti bersama Tom Yam Goong, dan Chicken Garlic Cream. Walaupun agak berbeza, restoran ini ternyata berjaya dalam eksperimen mereka. Pelanggan amat menyukai apa yang disediakan.

Restorannya cantik, kemas dan selesa, sesuai bagi mereka yang datang sama ada bersendirian, bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

Kuih Keria Antarabangsa

Alamat: Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (130pm – 7pm), ditutup pada hari Jumaat

Apa yang istimewa di sini? Sudah tentulah kuih kerianya. Rangup di luar, manis dan lembut di dalamnya. Harganya cuma 60 sen sebiji.

kuih keria antarabangsa
Imej via Foursquare

Ramai yang menyukai kuih keria di sini terutama semasa ia masih panas. Jadi, usah terkejut dengan barisan panjang manusia yang mahu membeli kuih keria.

laksa @ kuih keria antarabangsa
Imej via Foursquare

Menurut pelanggan, kuih keria kebiasaannya habis kira-kira pukul 5 petang. Jika mereka kehabisan kuih keria semasa anda tiba, jangan bimbang kerana anda masih boleh mencuba laksa mereka pula.

Aida Rich Café

Alamat: 54, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 11pm)

Dindingnya dihias dengan doodle menarik berwarna hitam dan putih. Aida Rich Café dikatakan mempunyai konsep menyerupai Old Town White Coffee dengan menekankan kepada makanan Melayu termasuk pilihan masakan Baba dan Nyonya.

menu @ aida rich cafe
Imej via Foursquare

Antara menu yang mendapat komen baik daripada pelanggan ialah Asam Pedas, Sambal Udang Petai, Ayam Cili dan Nyonya Laksa, dijamin enak!

Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar

Alamat: KM8, 75460 Alai, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 12am)

Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar
Imej via Foursquare

Nama kawasan ini ialah Alai dan restorannya bernama Hj Nasir Ikan Bakar. Letaknya hanya kira-kira 15 minit dari bandar jika anda memandu.

Pelanggan disyorkan untuk datang awal kerana ia selalu dipenuhi pelanggan. Ia terletak berhampiran dengan laut, lantas memudahkan restoran ini mendapatkan hidupan laut yang segar untuk dihidangkan kepada pelanggan.

menu @ Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar
Imej via Foursquare

Sambil menunggu makanan laut yang lazat, makan dahulu otak-otak dan nasi lemak. Pilih sama ada mahu makan di dalam restoran berbumbung atau duduk di luar berbumbungkan langit dengan udara segar.

Atlantic Nyonya Restaurant

Alamat: 14, Pangsapuri Dahlia 3, Jalan Zahir 6, Taman Malim Jaya, 75250 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-10.00 pm)

Mencari port makanan Chinese tersedap di Melaka? Kami cadangkan anda untuk merasai keenakan menunya di Atlantic Nyonya Restaurant yang terletak di Taman Malim Jaya. Cawangan di sini mempunyai sijil halal. Oleh itu, pengunjung muslim boleh makan dengan tenang!

Berkonsepkan hidangan baba nyonya, anda perlu cuba nasi pandan dengan pilihan lauk sedap seperti udang lemak nenas, siakap cili garam, ayam rendang dan sambal udang petai. Dengar cerita, cendol di sini sangat padu!

Bukan makanan sahaja yang sedap, malah restoran juga sangat cantik. Dekorasi restoran 100% berkonsepkan baba nyonya. Sesuai untuk mereka yang suka ootd!

Berkat Salam

Alamat: Jalan Tun Hamzah, 75450 Bukit Katil

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 2am)

Satu lagi restoran Asam Pedas yang ada di Melaka. Letaknya berhampiran dengan Bayou Lagoon, di laluan keluar dari Bandar Melaka ke Ayer Keroh.

menu @ berkat salam
Imej via Foursquare

Berkat Salam memberikan anda pilihan ikan dari tenggiri, pari, ikan duri, daging tetel dan telur ikan. Tempahan anda datang dengan sepinggan nasi bersama sambal dan telur masin. Tom Yam mereka juga mendapat komen positif daripada pelanggan.

Restoran juga sentiasa dalam keadaan bersih. Jangan terkejut jika ada ramai orang di restoran. Jadi, datanglah awal jika tidak mahu terlepas peluang ya!

Restoran Klasik Terapung (Tom Yam Klasik) Garden Restaurant Melaka

Alamat: No. 2C, Jalan Batu Berendam, Taman Pertama, 75350 Batu Berendam

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (6pm – 12am), ditutup pada hari Selasa

Restoran ini terletak di Sungai Putat, Melaka. Dahulunya ia dikenali sebagai Restoran Tom Yam Klasik Thai Seafood yang beroperasi di Ayer Keroh sejak tahun 1993.

restoran klasik terapung
Imej via Foursquare

Ia dinamakan sebagai Restoran Klasik Terapung kerana senibina Melayu pada restorannya serta kedudukannya yang berada di atas tasik. Anda pasti tertarik dengan ukiran indah di dalam restoran ini.

menu @ restoran klasik terapung
Imej via Foursquare

Restoran Klasik Terapung menghidangkan makanan Melayu, Thai, Cina dan Barat. Ini pastinya memberikan anda banyak pilihan. Restoran ini juga menerima perkhidmatan bagi majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan.

Mee Besen Original

Alamat: 17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (330pm – 10pm), Ahad (330pm – 12am), ditutup pada hari Isnin

Namanya pasti akan membuatkan anda tertanya-tanya bagaimanakah rupanya? Ia membezakan restoran ini dengan restoran lain yang menghidangkan menu serupa.

mee besen ori
Imej via Foursquare

Mee besen sebenarnya ialah mee yang dihidangkan dalam mangkuk yang besar. Satu hidangan mee besen boleh dimakan atau dikongsi bersama 2 sehingga 6 orang. Harga untuk semangkuk mengikut saiznya.

mee besen western
Imej via Foursquare

Selain mee dalam mangkuk besar, Mee Besen Original juga ada menu lain yang dihidangkan dalam kuantiti yang sama iaitu Talam Western. Ya, makanan barat dihidangkan di dalam talam yang besar, memang menarik!

Restoran Lot 85

Alamat: Jalan Putri Hang Li Poh, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9am – 5pm), ditutup pada hari Ahad

Papan tanda mereka tertulis menu-menu seperti Nasi Beriyani, Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng, Rojak, dan Asam Pedas. Namun, mereka lebih dikenali kerana Asam Pedas Daging Tetelnya.

nasi beriani @ lot 85
Imej via Foursquare

Namun, itu tidak bermakna makanan yang lain tidak disukai pelanggan. Rata-rata pelanggan datang kerana menyukai hidangan mereka yang pelbagai terutama ketika waktu makan tengah hari.

kari ikan ayam goreng @ lot 85
Imej via Foursquare

Jadi, ada yang mengatakan nasi biryani Restoran Lot 85 merupakan yang terbaik di Melaka dan ada yang mencadangkan agar anda mencuba kari ikan. Anda juga disyorkan untuk tidak mengenepikan ayam goreng mereka.

Dapur Rita

Alamat: Jalan Bukit Katil, Kampung Duyong, 75460 Melaka

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (5pm – 2am), ditutup pada hari Selasa

menu @ dapur rita
Imej via Foursquare

Ia dikenali juga sebagai Dapur Rita – Tulang Merah Power Original. Ini kerana tulang merah dari restoran ini amat terkenal di kalangan pelanggan.

Menurut hantaran dari laman Facebook mereka, pelanggan disyorkan untuk datang awal kerana tulang merah akan habis cepat setiap hari.

Jadi, anda dicadangkan untuk datang awal pada waktu ia dibuka. Pelanggan turut bersetuju dengan cadangan ini kerana mereka juga amat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan, memang lazat katanya!

Warung Pak Enal

Alamat: 4040, Jalan Bukit Katil, 75460 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (730am – 430pm)

Letaknya di tepi jalan besar Bukit Katil – Duyong. Ia lokasi yang sering dikunjungi kumpulan pelancong untuk makan di sini. Usah bimbang dengan tempat meletak kereta. Ruang meletak kereta yang luas mampu memuatkan beberapa bas pelancong!

nasi campur @ warung pak enal
Imej via Foursquare
kuih @ warung pak enal
Imej via Foursquare

Jadi ia tempat sesuai untuk pelancong terutama kerana mereka menyediakan pelbagai jenis masakan tempatan. Mereka ada nasi lemak, lontong, nasi campur, dan kuih-muih.

Harganya juga berpatutan dan dikatakan lebih rendah berbanding di tempat lain. Anda dicadangkan untuk menyudahi makanan anda dengan coconut shake yang sedap dan menyegarkan tekak.

Mee Goreng Hassan

Alamat: 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (730am – 1045am), ditutup pada hari Khamis

Mee yang terkenal dihidangkan di sini dikenali sebagai Mee Hassan atau lebih dikenali dengan Mi Bodoh yang hanya dibuka pada waktu pagi. Jadi, gerai ini memang port sarapan yang terbaik.

Apa yang menarik adalah anda bukan sahaja akan melihat bangsa Melayu bersarapan di sini, malah ia dipenuhi dengan pelanggan berbangsa Cina dan India.

mi bodoh
Imej via Foursquare

Mee goreng di sini dikenali sebagai Mee Bodoh kerana ia merupakan mee yang disediakan dengan penuh ringkas dari segi bahan-bahan masakannya iaitu mi dan tauge bersama dengan sambal istimewa resepi pemiliknya.

Harganya juga sangat murah, sekitar RM2 sepinggan sahaja!

Restoran Ida Murni Masakan Kampung MITC

Alamat: No. 103 & 105, Jalan TU 41, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 12am)

menu @ idamurni
Imej via Foursquare
masak lemak@ idamurni
Imej via Foursquare

Restoran Ida Murni menyediakan masakan kampung dan tradisional. Ia dikunjungi ramai pelanggan yang mahu mempunyai pelbagai jenis pilihan lauk-pauk terutama untuk nasi campur semasa waktu tengah hari.

Antara juadah yang menjadi p[ilihan ialah masak lemak cili padi dan shellout. Mereka juga ada menyediakan roti canai yang sesuai untuk sarapan anda.

Harga yang dikenakan pula berpatutan. Kebersihan kedai dijaga dengan baik lalu memberikan keselesaan kepada pelanggan yang makan di sini.

Mango Float Royale

Alamat: Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (2pm – 1130pm), Ahad (11am – 6pm)

mango float royale
Imej via Foursquare

Sungai Putat mempunyai beberapa tempat menjamu selera yang menarik. Salah satunya ialah Mango Float Royale. Mangga segar dan ais yang dikisar ditambah pula dengan ais krim perisa jagung serta hirisan mangga di atasnya, memang terliur dibuatnya.

Disebabkan itulah ramai orang sanggup beratur untuk membelinya walaupun mengambil masa. Mango Royale juga mempunyai satu lagi cawangan iaitu di Jalan Jonker.

Dutch Harbour Café

Alamat: Jalan Laksamana, Bandar Hilir, 75100 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 11pm)

dutch harbour
Imej via Foursquare

Dutch Harbour telah banyak menerima pelanggan bukan sahaja dari Malaysia tapi luar negara juga. Makan sambil menyaksikan bot yang lalu di Sungai Melaka menjadikan tempat ini dekat di hati ramai pelanggannya.

menu @ dutch harbour
Imej via Foursquare

Ini juga merupakan sebab utama pelanggan memilih lokasi ini. Mereka menyediakan kebanyakannya masakan Barat seperi Chicken Chop dan Spaghetti serta kek dan minuman yang sedap-sedap semuanya.

Restoran Dima

Alamat: Lot 1846, 2, Jalan Bukit Beruang Utama, 75450 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 1158pm)

mixed grill @ dima
Imej via Foursquare

Daging dimasak sehingga lembut dan tidak kering, bersama-sama dengan rempah –ratus khas merupakan keunikan yang ada di restoran masakan Timur Tengah seperti Restoran Dima.

mandi rice @ dima
Imej via Foursquare
shawarma @ dima
Imej via Foursquare

Restoran Dima dikatakan restoran yang menghidangkan makanan Timur Tengah yang terbaik di Melaka. Kebab, Shawarma, sebut apa sahaja hidangan dari Timur Tengah, semuanya ada dan. mendapat rating yang bagus di kalangan para pelanggan.

Harganya yang berpatutan adalah satu lagi tarikan kepada pelanggan untuk makan di sini. Tip dari pelanggan? Lebih sedap jika diakhiri dengan minum teh panas.

Qasreena Café

Alamat: 15, Jalan Puncak 2, Taman Puncak Bukit Katil. 75450 Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (3pm – 12am), Ahad (12pm – 915pm)

mi racun @ qareena cafe
Imej via Foursquare

Mee Racun – namanya menakutkan tapi rasanya pula sebaliknya. Ini menu istimewa di Qasreena Café. Kebanyakan pelanggan datang ke restoran ini bagi mendapatkan Mee Racun ini.

Bagi penggemar makanan pedas, Mee Racun ini pasti kena dengan citarasa anda. Pelanggan berpendapat sambal di restoran ini sedap dan pedas.

menu @ qasreena cafe
Imej via Foursquare

Bagi yang tidak mahu mee racun, cuba hidangan lain daripada menu tempatan dan barat yang ada di sini. Hidangan yang lain tidak kurang hebatnya. Selain itu, Qasreena Café juga memastikan yang kebersihan dan layanan pelanggan diberikan sebaiknya.

Rumah Makan Cibiuk

Alamat: 8 & 10, Lingkaran MITC, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, 75450 Ayer Keroh

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm), Jumaat (230pm – 11pm)

Restoran Rumah Makan Cibiuk ini berasal dari Indonesia. Perniagaan mereka berkembang dan mula membuka cawangannya di Malaysia.

ayam bakakak @ cibiuk
Imej via Foursquare
nasi liwet @ cibiuk
Imej via Foursquare

Mungkin ada yang berasa asing dengan nama masakan mereka seperti Nasi Liwet, Nasi Timbel dan Ayam Bakakak. Ini kerana Rumah Makan Cibiuk membawa hidangan Sunda dalam menu mereka.

Hidangan bukan sahaja dipersembahkan dengan cantik, malah rasanya juga seiring dengan persembahannya. Sambal Cibiuk menjadi sebutan tapi agak pedas bagi mereka yang tidak biasa dengan makanan pedas.

Batu Berendam Coconut Shake

Alamat: No. 5, Tingkat Bawah, Jalan Kanan Satu, Taman Ria, 75350 Batu Berendam

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (930am – 1030pm), Ahad (930am – 8pm)

bbcs
Imej via Foursquare

Cuaca panas di Malaysia ketika ini adalah waktu yang sesuai untuk anda minum air kelapa. Apa lagi jika ia dimodenkan menjadi Coconut Shake.

Kalau anda makan di restoran ini, anda dibenarkan untuk menambah air kelapa. Anda di sini bukan sahaja untuk minum Coconut Shake pada harga bermula RM3.70.

yong tau foo bbcs
Imej via Foursquare
rojak @ bbcs
Imej via Foursquare

Anda juga boleh makan pelbagai pilihan makanan dari senarai menu mereka seperti rojak, yong tau foo, mi kari dan kuih keria.

Asam Pedas Pak Man

Alamat: 202, Perhentian Kuih Kampung, Ujong Pasir, 75050 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 7pm)

Jangan lupa makan Asam Pedas jika anda ke Melaka kerana Melaka terkenal dengan Asam Pedasnya. Ada pelbagai jenis ikan boleh dipilih mengikut kegemaran anda.

asam pedas pak man
Imej via Foursquare

Asam Pedas Pak Man adalah salah satu restoran yang menghidangkan Asam Pedas. Ada berbagai jenis lauk di sini. Antara lauk yang anda boleh cuba ialah ikan kembung dan ikan pari, enak dimakan bersama nasi panas-panas!

Hadramawt Palace

Alamat: No. 15, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Mukim Bukit Baru, Seksyen IV, 75150 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 1145pm)

Teringin untuk menikmati makanan Timur Tengah? Hadramawt Place ini wajib anda singgah! Harganya serupa dengan harga makanan di restoran makanan Timur Tengah yang lain, begitu juga dengan kuantiti makanannya.

Apa yang lebih meyakinkan untuk pergi ke restoran ini adalah para pelanggannya sering memberikan ulasan yang positif mengenai keenakan makanannya.

hadramawt palace
Imej via Foursquare
menu @ hadramawt palace
Imej via Foursquare

Pilih sama ada ayam atau kambing, dimasak dalam apa jua resepi, semuanya dihidangkan dengan bagus dan sedap! Shawarma dan kebab di sini juga tidak kurang enaknya.

Restoran Hijrah Sari Nasi Ayam Hailam

Alamat: 8 & 10, Jalan Keris Emas 1, Taman Keris Emas, 76300 Sungai Udang

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10am – 4pm), ditutup pada hari Ahad

nasi ayam hijrah sari
Imej via Foursquare

Kepakaran mereka adalah Nasi Ayam dan menjadikan hidangan Nasi Ayam sebagai menu keutamaan mereka. Bagi pelanggan, apa yang dihidangkan adalah ringkas tetapi sangat sedap.

Harga yang dikenakan pula berpatutan. Restoran ini menyediakan ruang yang dilarang untuk merokok. Jadi, ia digemari mereka yang datang secara berkumpulan khususnya keluarga yang mempunyai kanak-kanak.

Asam Pedas Kak Su

Alamat: Kampung Jambatan Duyong, 75460 Melaka

Sebagaimana restoran Asam Pedas yang lain, Asam Pedas Kak Su juga menyediakan pelbagai jenis ikan untuk pilihan pelanggan.

menu @ asam pedas kak su
Imej via Foursquare

Antara pilihan yang ada ialah ikan kembung, pari, siakap dan tongkol. Selain itu, mereka juga ada menyediakan menu lain seperti Ikan Keli Masak Lemak Cili Api.

Ayam Penyet Lamongan

Alamat: Melaka International Trade Centre (MITC), 75450 Ayer Keroh

Ini merupakan satu lagi restoran yang menyediakan masakan Indonesia di MITC. Melihat kepada namanya, Ayam Penyet semestinya adalah menu istimewa mereka.

ayam penyet lamongan
Imej via Foursquare

Keistimewaannya turut diakui para pelanggan yang pernah makan di sini. Sambalnya sedap dan pedas, penggemar makanan pedas pasti akan menyukainya.

ikan keli @ ayam penyet lamongan
Imej via Foursquare

Jika tidak mahu ayam, pilih ikan keli yang digoreng rangup. Kelebihan kemudahan restoran ini adalah lokasinya yang mudah ditemui dan tempat meletak kereta yang luas.

Cendol Jam Besar

Alamat: Hadapan Muzium Belia Malaysia, Bandar Hilir, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Cendol Jam Besar ini terletak di tengah-tengah Bandar Hillir dan di tebing Sungai Melaka. Anda bukan saja boleh menikmati cendol, tetapi juga keindahan Sungai Melaka dan tiupan angin yang mendamaikan di tengah kepanasan Bandaraya Melaka.

Cendol dengan jagung, kacang merah, pulut, aiskrim dan pelbagai lagi pilihan untuk dipilih.  Antara cendol yang menjadi  pilihan ialah cendol durian.

Cendol Jam Besar

Santan yang lemak berkrim, gula Melaka asli yang wangi, ditambah pula cendol yang lembut, jagung yang rangup memang mudah sekali menangkap selera anda, tambahan pula jika anda kehausan semasa cuaca panas terik.

Cafeology Café & Restaurant

Alamat: Lot 21 & 23, Ixora Condominium, Jalan Bukit Beruang, 75450 Bukit Beruang

Waktu Operasi: Setiap hari (830am – 12am)

Cafeology menyediakan pelbagai jenis kopi dan makanan yang sesuai untuk anda lepak bersama-sama rakan anda. Interior restoran yang santai juga amat sesuai bagi tujuan itu.

menu @ cofeology
Imej via Foursquare
lamb chop @ cofeology
Imej via Foursquare

Minum kopi kegemaran anda bersama makanan ringan seperti waffle, sandwich dan burger. Atau, jika anda mahu mengisi perut yang sedang lapar, mereka juga menyediakan makanan Barat yang lain seperti Spaghetti Bolognese, Lamb Chop dan Chicken Chop.

Bam Bam Bistro

Alamat: Kampung Pulau Sebang, 78000 Alor Gajah

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (630pm – 1230am), ditutup pada hari Khamis

Suasananya membuatkan anda terasa seperti berada di rumah. Ini kerana ia adalah banglo yang dimiliki pemilik yang kemudiannya dijadikan restoran.

menu @ bam bam bistro
Imej via Foursquare

Pelanggan suka makan di sini kerana harga makanannya yang terdiri daripada tempatan dan Barat boleh dikatakan murah. Antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah Chicken Chop.

Sate R&K

Alamat: 63, Jalan Bpm 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75400 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (4pm – 1130pm)

Sate R&K pastinya lokasi untuk peminat sate yang berada di Melaka. Ia terletak di kawasan rumah kedai bersebelahan dengan lebuhraya.

Anda boleh nampak restoran ini dari jalan utama Bukit Piatu. Pelanggan suka datang ke sini kerana harganya boleh dikatakan murah tanpa mengurangkan kualitinya.

sate r&k
Imej via Foursquare

Dagingnya lembut dihidangkan bersama kuah kacang yang sedap. Ramai pelanggan menganggap ia lokasi sate yang terbaik di Melaka. Selain sate, mereka turut menghidangkan makanan lain seperti nasi goreng, mee bandung dan kue tiaw Kantonis.

Nasi Ayam Baba

Alamat: No. 30, Jalan Pegaga, Taman Merdeka, 75350 Melaka

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (7am – 7pm), ditutup pada hari Jumaat

nasi ayam baba
Imej via Foursquare

Ini antara nasi ayam yang dikatakan paling sedap di Melaka. Itulah pendapat sebahagian besar pelanggan yang datang di Nasi Ayam Baba. Kekuatannya adalah pada ayamnya yang dikatakan amat lembut.

Harganya yang murah dan layanan pantas pula adalah daya tarikan tambahan kepada pelanggan mereka. Tapi, Nasi Ayam Baba juga ada hidangan lain seperti mee kari dan dim sum.

Ramai pelanggan menyukai Asam Pedas Gear Box di sini, selain daripada Nasi Ayam yang menjadi hidangan utama mereka.

Kesimpulan

Tempat-tempat di dalam senarai ini sememangnya sengaja dipilih untuk menampilkan kelainan berbanding banyak lagi tempat-tempat yang lebih popular. Mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza tentang makanan-makanan tersebut, namun semuanya bergantung kepada citarasa masing-masing.

Apapun, berkunjung ke Melaka pasti tidak akan membuatkan anda kelaparan malah pastinya anda akan kekenyangan daripada pagi sehingga ke malam. Jangan lupa share dan like artikel tempat makan menarik di Melaka ini.

Artikel Tempat Menarik Lain:

Penulis: Fahim Ahmad

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.