Kluang merupakan tempat yang sesuai untuk rekreasi sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Jika anda menjadikan Kluang salah satu tempat percutian anda, anda pastinya mahu mencari tempat makan yang menarik di sini, bukan?
Usah gundah, kami ada senarainya! Berikut disenaraikan antara 11 tempat makan best yang boleh anda kunjungi sekitar Kluang!
Siapa tak kenal dengan Fud’s Burger iaitu kedai yang menyediakan pelbagai menu burger yang tersedap di Kluang. Fud’s Burger mempunyai satu lagi cawangan selain di TSI iaitu di Taman Makmur.
Antara menu yang perlu anda cuba adalah Laksamana Doremi Burger yang didatangkan dengan tiga jenis set iaitu Lamb-Do, Beef-Re dan Chicken-Mi. Rugi jika tidak cuba.
Bukan sekadar burger, banyak juga menu lain yang menanti seperti Salted Egg Creamy Chicken Grill, Meatball Dish, Lamb Grill, Nasi Goreng Fish & Chip dan aneka pasta.
Alamat: Impiana Square, 198 & 199, Jalan 8/1D, Jln Seri Impian 8/1D, Bandar seri impian, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-11.00 pm)
Ini adalah Kluang Rail Coffee yang asal yang terletak betul-betul di sebelah landasan kereta api. Dari situlah ia mendapat nama! Kopi yang disediakan juga adalah kopi tradisional, sesuai bagi rakyat tempatan yang tidak mahu kopi ala Barat.
Percaya atau tidak, seawal jam 8 pagi restoran ini sudah dipenuhi pelanggan. Jadi, terpaksalah menunggu seketika bagi mendapatkan ruang. Tetapi bagi ramai pelanggan, tak mengapa kalau terpaksa menunggu asalkan mereka dapat minum kopi yang terbaik kualitinya!
Kalau bernasib baik, dapatlah mereka makan nasi lemak bungkus sekali. Walaupun nasi lemak sudah habis, ada sarapan lain seperti telur rebus separuh masak dan roti bakar beraneka sapuan jem, memang berbagai!
Alamat: Stesen KTM Kluang, Jalan Station, 86000 Kluang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 7 pagi hingga 6 petang
Restoran ini mengambil namanya daripada ruang makan yang berada di bawah kolong sebuah rumah tradisional Melayu bertiang tinggi. Ia menyediakan masakan Melayu dan Barat tapi mungkin lebih dikenali kerana masakan Melayunya.
Ramai pelanggan yang datang makan di sini, sampaikan ada yang datang satu bas! Kenal Shuib dari kumpulan pelawak Sepahtu? Ya, artis pun singgah makan di sini tau!
Jumlah pelanggan yang ramai bukanlah masalah kerana mereka ada banyak meja untuk pelanggan. Di laman mereka juga ada gerai kecil yang menjual sate bagi menambah menu dari Bawah Kolong, memang terbaik!
Alamat: 6, Jalan Cempaka, Kampung Melayu, 86000 Kluang
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Sabtu, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam
Kalau anda berada di Kluang, anda mesti cuba Nasi Ujang. Nasi Ujang adalah makanan istimewa yang berasal dari Kluang dan khabarnya hanya ada di Kluang sahaja. Jadi, ini betul-betul sesuai dengan senarai lokasi yang wajib anda kunjung.
Restoran Lagenda Ujang bukan sahaja terkenal di kalangan masyarakat Melayu, masyarakat bukan Melayu juga tertarik dengan Nasi Ujang yang datang dalam pilihan seperti Nasi Ujang Ayam, Nasi Ujang Daging, Nasi Ujang Udang, dan Nasi Ujang Puyuh.
Alamat: No.4, Pusat Perniagaan Komersil Haji Manan, Jalan Omar, 86000 Kluang
Waktu operasi: Setiap hari, Ahad hingga Khamis bermula dari jam 6:30 pagi hingga 4:30 pagi, Jumaat bermula dari jam 6 petang hingga 4:30 pagi manakala Sabtu bermula dari jam 6:30 pagi hingga 12:30 tengahari dan bersambung pada jam 6 petang hingga 4:30 pagi
“Beriani yang terbaik setakat ini”. Itu kata-kata salah seorang pelanggan mereka yang sebenarnya mewakili ramai pelanggan yang lain. Pilih sahaja antara ayam dan kambing. Kedua-duanya sedap.
Saiz hidangan untuk Nasi Beriani di sini cukup besar. Jadi, harganya juga berpatutan dengan kuantiti dan kualiti makanannya. Walaupun cuaca agak panas dan terpaksa beratur panjang, pengunjung-pengunjung di sini yakin yang penantian mereka sentiasa berbaloi!
Alamat: No.6, Jalan Desa 1, Taman Desa, 86000 Kluang
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Sabtu, bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang
Letaknya di depan Restoran One Two Tree dan berhampiran dengan Johor Maternity. Namanya membuatkan mereka yang baru pertama kali melihatnya ingin cuba makan untuk mengetahui kalau lontong goreng mereka betul-betul meletup. Ternyata ia tak mengecewakan!
Menurut pelanggan, rasanya sedap di samping kuantiti makanannya yang banyak. Rencahnya cukup rasa, nasi himpitnya cukup sedap, apa lagi kalau anda cuba Lontong Goreng Kerang mereka, dijamin ‘padu’!
Alamat: No.3, Jalan Cantik, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, bermula dari jam 6:30 pagi hingga 1 tengah hari
Warung Pak Atan menyediakan masakan aneka nasi dan mee. Boleh dikatakan yang menunya biasa-biasa sahaja dengan restoran masakan Melayu yang lain. Tapi ini bukan bermakna ia boleh dipandang sebelah mata!
Kualiti masakannya yang bagus terutama untuk mi bandung dan nasi goreng menjadi punca utama ia menjadi pilihan ramai. Malah, Warung Pak Atan ada pelanggan tetapnya sendiri. Mereka inilah yang mencadangkan agar cuba makan di sini, memang menarik!
Alamat: Berhampiran Jalan Bunga Raya, 86000 Kluang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, bermula dari jam 4 petang hingga 10 malam
Ini nampaknya restoran makanan barat yang pasti menjadi pilihan keluarga. Tempatnya selesa, masakannya sedap, harganya pula amat berpatutan. Rata-rata pengunjung mengatakan yang harganya boleh dikira murah!
Masakan di Kluang Western Cafe sentiasa mendapat pujian. Layanan yang diberikan juga cukup baik dan memuaskan hati pelanggan. Susah nak jumpa komen negatif daripada pelanggan yang pernah makan di sini, cukup mengagumkan!
Alamat: 171, Jalan 1, Taman Sri Kluang, 86000 Kluang, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam
Pada masa ini, banyak betul makanan tempatan yang telah diubahsuai dengan citarasa barat. Sehinggakan murtabak pun terkesan apabila digandingkan dengan keju!
Mungkin ada yang akan berasa pelik dan tak pasti hendak mencubanya tapi kami jamin bila dihidangkan di depan mata, ia memang menggiurkan. Dengan hanya RM5 sahaja, anda dapat mencuba hidangan murtabak yang bersaiz besar dengan limpahan isinya yang betul-betul menyelerakan.
Bukan keju sahaja yang mereka letakkan dalam hidangan. Anda turut diberi pilihan pelbagai inti dengan nama Sausage Bytes, Italian Supreme dan banyak lagi, memang beraneka. Anda wajib cuba!
Alamat: No.16, Jalan Ciku, 86000 Kluang
Waktu Operasi: Setiap hari, bermula dari jam 3 petang hingga 1 pagi
Lokasinya hanyalah 1.5km sahaja dari Terminal Bas Kluang dan Hotel Prime City dan berdekatan dengan kawasan perumahan. Jadi, boleh dikira agak mudah untuk mencarinya dek kerana lokasinya yang cukup strategik.
Restoran ini besar dan cukup selesa kalau anda datang secara berkumpulan. Saiznya penting bagi menampung jumlah pelanggan yang ramai pada satu-satu masa. Oleh itu, kalau anda peminat makanan laut dan tom yam, jemputlah singgah di sini.
Alamat: Lorong Mohd Salim 2, Kampung Melayu, 86000 Kluang
Rasanya ini nasi gulai kawah yang paling terkenal di Kluang kerana ramai yang menyebut nama restoran ini dan mengakui yang masakan mereka amat lazat. Bila ramai yang memuji, maka ramailah pelanggan mereka!
Rata-rata pelanggan mencadangkan supaya datang awal bagi mengelakkan kehabisan lauk. Ini kerana jumlah pelanggannya memang bukan biasa-biasa, terutamanya pada waktu tengahari!
Jadi, kepada mereka yang berada di Kluang atau mahu makan angin di Kluang, cubalah makan nasi gulai kawah bersama-sama asam pedas mereka, dijamin enak tak terhingga!
Alamat: Blok L, Perumahan Flat Haji Manan, 86000 Kluang, Johor
Banyak juga senarai tempat makan Kluang yang menarik dan sedap. Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Kluang, singgahlah tempat makan yang kami senaraikan ini ya, dijamin puas hati!
Nak tahu tempat makan menarik di sekitar Johor? Ini antara tempat yang perlu anda kunjungi: