Mencari tempat makan hipster di Kota Bharu?

Umum mengetahui yang Kelantan cukup terkenal dengan budaya serta makanan mereka yang digemari ramai. Jadi, tidak hairan ibu kota mereka iaitu Kota Bharu sering dikunjungi oleh ramai pelancong luar.

Tempat makan juga ada berbagai dan ini termasuklah tempat makan hipster. Jadi, berikut kami senaraikan 15 tempat makan hipster di Kota Bharu buat anda. Teruskan membaca!

#1 KB Brewster Coffee

Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10.30 am – 7 pm, 8 pm – 12.30 am

Pencinta kopi, kafe ini merupakan salah satu tempat makan hipster di Kota Bharu yang wajib anda singgah – KB Brewster Coffee! Kopi di sini dikatakan antara yang tersedap di Kota Bharu, jadi memang rugi jika anda tak cuba.

Imej via Instagram

Kopi yang terlaris di sini ialah kopi beng mereka iaitu Kopi Beng biasa, Kopi Beng Butterscotch dan Kopi Beng Caramel yang lebih manis rasanya. Kurang gemar kopi? Mereka juga ada menyediakan minuman lain seperti Mango Fraze dan Chocolate Frappe yang tidak kurang hebatnya.

#2 Kopi Mesin Cafe

Alamat: Lot 572 Batu 3½, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari, 4 pm – 1 am

Kafe yang terletak di Kubang Kerian ini memang sangat terkenal. Buktinya, ianya sering diserbu pelanggan walaupun semasa hari minggu! Seperti namanya, kafe hipster ini dikenali dengan kopi mereka yang sangat istimewa.

Imej via Foursquare

Anda boleh cuba kopi jenis espresso, macchiato, latte dan capuccino. Salted Caramel Frapuccino merupakan kopi yang terlaris. Untuk makanan pula, mereka ada menyajikan pencuci mulut dan makanan berat lain yang berkonsepkan Barat, semestinya sedap & mengenyangkan!

#3 Tiny Elephant

Alamat: 122, T/B, Jalan Tengku Petra Semerak, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 am – 11 pm

Pencuci mulut mampu mengurangkan stres buat sesetengah orang, jadi Tiny Elephant adalah kafe hipster yang wajib anda terjah untuk tujuan itu. Kafe ini sangat dikenali dengan pencuci mulut dan aiskrim mereka yang bukan sahaja sedap, malah cantik!

Imej via Foursquare

Aiskrim mereka ialah jenis soft serve, dan aiskrim signature di sini ialah Matcha Soft Serve. Ianya lembut dan manis, sangat sedap! Mereka juga ada menyajikan minuman kopi serta pencuci mulut lain seperti wafel yang disajikan dengan aiskrim soft serve.

#4 The Bold Lab

Alamat: PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 11 pm

Kebanyakan tempat makan hipster memang sinonim dengan kopi dan pencuci mulut, termasuklah kafe The Bold Lab. Namun, kualiti hidangan di sini bukan biasa–biasa, jika anda singgah dan cuba pasti anda akan menyukainya.

Imej via Foursquare

Menu yang disajikan di kafe ini termasuklah kopi seperti kopi beng, mocha, latte dan americano. Untuk pencuci mulut, wafel mereka merupakan antara yang paling banyak mendapat pujian. Menu lain seperti kek dan pavlova juga tidak kurang hebatnya!

#5 Arnold Cycling Cafe

Alamat: Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 12 am

Pencuci mulut ada berbagai jenis, kek jenis mille crepe merupakan salah satunya. Ianya bukan mudah untuk didapati jadi jika anda singgah di Kota Bharu, anda wajib serbu kafe Arnold Cycling Cafe ini untuk mencuba pencuci mulut tersebut.

Imej via Foursquare

Bukti populariti kafe hipster ini terserlah apabila mereka mempunyai cawangan lain di Penang. Kek mille crepe yang boleh anda cuba ialah Nutella Banana Crepe Cake. Kopi Hazelnut Latte mereka juga turut menjadi buruan ramai.

#6 Yoohoo

Alamat: 282, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari, 1 – 11 pm

Ada peminat bingsu di sini? Patbingsu merupakan minuman pencuci mulut yang berasal dari Korea. Sekali imbas, nampak macam ABC juga! Kafe Yoohoo di KB ini ada menyediakan bingsu yang berbagai.

Imej via Foursquare

Matcha Kakigori merupakan antara yang terlajak sedap. Selain itu, mereka juga turut menyediakan pencuci muutm lain seperti Panna Cotta yang lembut dan manis. Wafel juga turut mencuri perhatian ramai, rugi tak rasa!

#7 BĀO BĀO

Alamat: 271, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 1 – 11 pm

BĀO BĀO Cafe – sungguh unik nama dan ejaan kafe ini. Ianya merupakan salah satu tempat makan hipster di KB yang namanya menjadi sebutan ramai. Agak-agaknya apa yang best di sini ya?

Imej via Foursquare

Konsep dekor kafe ini santai, sangat sesuai jika anda singgah di sini untuk sesi lepak bersama rakan-rakan. Hidangan di sini berbagai jenis, dari makanan berat ke makanan ringan, semuanya boleh didapati. Jangan lupa cuba kopi mereka, memang padu!

#8 Drum & Desk

Alamat:  2055, Lorong Taman Sari 2, Taman Sari, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Bukan kafe hipster lah jika ianya tidak dapat dijadikan port bergambar! Drum & Desk merupakan salah satu tempat makan hipster di Kota Bharu yang mempunyai konsep dekor yang menarik, memang sesuai buat para Instagrammer jadikan tempat bergambar.

Imej via Foursquare

Bukan itu sahaja, menu di sini juga ada beraneka. Semestinya kopi merupakan minuman utama yang anda boleh cuba di sini. Pilihan makanan juga ada berbagai – bingsu, pasta, wafel dan makanan berat lain juga boleh didapati. Boleh bikin ramai rambang mata!

#9 Sweetheart Coffee Shop

Alamat: Jln Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 11 am – 11 pm

Sukakan milkshake? Bukan mudah untuk menemukan minuman sebegini, tetapi tidaklah mustahil untuk menjumpainya. Kafe Sweetheart Coffee Shop ada menyediakan milkshake yang diakui sedap oleh ramai pengunjungnya.

Imej via Foursquare

Untuk makanan, Chicken Chop merupakan hidangan yang boleh anda cuba. Ramai pelanggan meninggalkan ulasan positif tentang Chicken Chop di sini, jelas menunjukkan yang keenakkannya bukan biasa-biasa!

#10 Snow Town Cafe

Alamat: Lot 2007 , Blok F Seksyen 37 Mukim Beting Jalan Pengkalan Chepa Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12.30 – 11 pm manakala Jumaat 3 – 11 pm

Satu lagi kafe yang menyajikan bingsu yang sedap ialah Snow Town Cafe yang terletak di Pengkalan Chepa. Interior kafe yang comel dan minimal juga sesuai dijadikan tempat untuk ada bersantai bersama keluarga dan sahabat handai.

Imej via Foursquare

Antara bingsu yang anda boleh cuba ialah Milk Snow Ice with Mixed Fruits yang mempunyai rasa ala-ala yogurt dan menyajikan buah-buahan segar dan manis. Bukan itu sahaja, wafel strawberi di sini juga wajib anda nikmati, sedap dan lembut!

#11 The Brick Lane

Alamat: Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 12 – 10.15 pm

Kafe yang bertemakan putih warnanya dan mempunyai konsep dekor moden, itulah kafe The Brick Lane! Terletak di Bandar Kota bharu, kafe ini ada menyedaikan hidangan Barat.

Imej via Foursquare

Pasta mereka merupakan antara yang tersedap. Anda boleh cuba Agio Olio Special, Spicy Basil Prawn dan Beef Bolognese. Untuk pencuci mulut, Signature Sizzling Brownie merupakan menu yang memikat hati ramai.

#12 Richiamo Coffee

Alamat: PT 410, NO 7-C, Bandar Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 12 am

Minuman mais dan pencuci mulut – satu gabungan yang pasti akan menaikkan mood sesiapa sahaja. Untuk mencuba kopi dan pencuci mulut yang sedap, kafe Richiamo Coffee di Kota Bharu ini merupakan antara yang wajib anda terjah.

Imj via Foursquare

Kafe ini bukan sahaja mempunyai cawangan di KB, malah di Pnenang, Nilai, Selangor dan banyak lagi. Sangat popular! Antara kopi yang best di sini ialah latte. Minuman lain seperti boba juga turut dihidangkan. Jangan lupa cuba pencui mulut mereka juga, semuanya sedap.

#13 Jiwa Kopi dan Bingsu

Alamat: 297-G, D3, Kampung Batu Dua, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 am – 12 am

Seperti namanya, jika jiwa anda kena dengan kopi dan bingsu, kafe Jiwa Kopi dan bingsu ini merupakan antara kafe hipster di Kota Bharu yang boleh anda tuju.

Imej via Foursquare

Bukan kopi dan bingsu sahaja, kek krep mereka juga turut menerima sambutan yang hangat. Kek krep pelangi, oreo dan red velvet merupakan antara yang dikataan terbaik. Memang sedap dinikmati bersama kopi ais mereka!

#14 Box26

Alamat: Jalan Kota Bharu – Pengkalan Kubor, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Watu operasi: Setiap hari, 5 pm – 2 am

Satu lagi kafe berkonsepkan kontena di Kota Bharu ialah Box26. Kafe ini menyajikan makanan yang sangat mencuri tumpuan ramai. Menarik bunyinya, agak-agak makanan apa yang membuat begitu ramai kerap ke sini?

Imej via Foursquare

Kafe kontena ini terkenal dengan menu-menu seperti Mee Udang Galah dan Mee Banjir Udang. Memaang besar saiz udangnya, puas hati bila makan! Menu lain seperti masakan panas juga boleh didapati di sini. Jangan lupa pesan air buah pior mereka, memang menyegarkan tekak!

#15 Ghibli Coffee

Alamat: PT386 Seksyen, 12, Jln Pengkalan Chepa, 15300 Kota Bharu

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm manakala Jumaat 3 pm – 11 pm

Ghibli Coffee ada menyediakan kopi berkualiti tinggi dari benua Amerika Selatan. Kami yakin para pencinta kopi pasti akan menimati kopi di sini dengan hati yang gembira! Mereka juga ada menyediakan makanan yang enak dan menarik.

Imej via Instagram

Untuk kopi, kami cadangkan agar anda cuba Vienna Coffe mereka. Rasa kopi yang dibru dengan sempurna pasti akan memberikan kepuasan kepada anda. Makanan lain seperti pasta dan bebola daging juga dijamin sedap.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan hipster di Kota Bharu yang boleh anda serbu? KB memang mempunyai banyak tempat makan hipster, jadi singgah sahaja di mana-mana tempat makan yang kena dengan citarasa anda.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain:

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.