Mencari restoran ikan bakar di Kota Bharu?

Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang ianya merupakan syurga makanan kerana anda boleh jumpa berbagai jenis genre makanan di bandar ini.

Ini termasuklah dengan restoran ikan bakar. Untuk itu, berikut kami senaraikan 8 restoran ikan bakar di Kota Bharu buat anda. Teruskan membaca!

#1 KST Selera Ikan Bakar Restaurant

Alamat:  Lot 55-C Batu, 3, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 4.30 pm – 12 am

Nama restoran KST Selera Ikan Bakar yang terletak di Wakaf Che Yeh ini sememangnya menjadi sebutan ramai, tambahan pula di kalangan pencinta ikan bakar. Bukti popularitinya terserlah kerana ianya sentiasa penuh dengan pelanggan.

ikan bakar kota bharu
Imej via Foursquare

Restoran ini menawarkan pilihan makanan laut yang segar dan berbagai. Ada pelbagai jenis ikan, sotong, kerang, ketam dan lala. Anda juga memilih cara masakan yang diinginkan, sangat menarik!

Untuk ikan bakar, ianya disajikan bersama sambal yang pedas namun tidak terlampau. Isi ikan yang lembut ini lebih berganda keenakkannya jika dinikmati bersama air asam.

#2 Ikan Bakar Kukup

Alamat: Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 4.30 pm – 2 am

Terletak di Kampung Dusun Muda, restoran Ikan Bakar Kukup ini juga merupakan antara restoran ikan bakar di Kota Bharu yang menarik. Agak-agaknya apa yang membuatkan restoran ini menjadi pilihan ramai ya?

ikan bakar kota bharu
Imej via Foursquare

Ikan bakar d sini boleh dikatakan istimewa kerana restoran ini menyajikan ikan bakar berempah. Aromanya sahaja sudah boleh memikat hati ramai, bayangkan sendiri rasanya. Dijamin sedap!

Selain ikan bakar berempah, kerang bakar dan sotong goreng tepung juga merupakan antara menu yang wajib dicuba. Untuk hidangan pencuci mulut, jangan lupa pesan ABC Special, pulut mangga dan pulut durian.

#3 SIAM – Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food

Alamat: 278 No, Seksyen 26 Lot, 4830, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Rabu (3- 10.30 pm) manakala Khamis – Ahad (3 – 11.30 pm)

Sukakan ikan bakar dan makanan Thai? Restoran SIAM yang terletak di Jalan Bayam ini pasti akan menjadi restoran ikan bakar kegemaran anda. Tambahan pula jika anda ingin menikmati makan malam yang santai beramai-ramai.

ikan bakar kota bharu
Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda pesan ialah ikan bakar. Ikan bakar di sini memang dipuji ramai. Ianya rangup di luar dan lembut di dalam, jelas membuktikan yang ianya dibakar dengan sempurna.

Untuk hidangan Thai yang lain, anda boleh cuba kerabu maggi dan pulut mangga. Pulut mangga di sini rasanya lemak berkrim namun tidak pula memuakkan.

#4 Juara Ikan Bakar Kubang Kerian(Original)

Alamat: Lot 3017 Hadapan Balai Polis, Jln. Pasir Puteh, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 – 11.30 pm

Jika anda berada sekitar Kubang Kerian dan ingin menikmati ikan bakar, singgah sahaja di restoran Juara Ikan Bakar Kubang Kerian. Restoran ini merupakan antara restoran ikan bakar terhangat sekitar sini.

IKAN BAKAR KOTA BHARU
Imej via Foursquare

Semestinya ikan bakar merupakan menu terlaris di restoran ini. Ianya disajikan bersama sambal di atasnya, memang sedap jika dimakan bersama nasi putih panas-panas. Jangan lupa cicah dengan sambal dan budu, pasti lebih padu!

Menu lain seperti siakap stim limau, sotong goreng tepung, udang butter dan skailan ikan masin juga turut menggamit selera pelanggannya. Ramai pengunjung di sini berpuas hati dengan kebersihan dan servis restoran yang baik, memang best!

#5 ANIS Ikan Bakar

Alamat: 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Restoran ini juga merupakan antara restoran ikan bakar di Kota Bharu yang sentiasa dibanjiri dengan pelanggan – restoran ANIS Ikan Bakar. Ruang restoran ini juga luas, membuatkan ramai pelanggan selesa menjamu selera di sini.

ikan bakar kota bharu
Imej via Foursquare

Keistimewaan utama restoran ini terletak pada kesegaran ikan dan saiz hidangan yang besar. Ikannya disajikan bersama sambal di atasnya, memang sedap dan mengenyangkan!

#6 Raja Ikan Bakar Tradisional

Alamat: 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 6 pm – 12 am

“Memang terbaik ikan bakar di sini” – salah satu daripada kebanyakan ulasan positif yang diterima oleh restoran Raja Ikan Bakar Tradisional. Jelas menunjukkan yang ikan bakar di sini memang digemari ramai.

Imej via Foursquare

Jenis ikan yang digunakan ialah ikan kerapu. Ikannya yang lembut isinya memang sedap dinikmati bersama sambal belacan. Sambal belacan di sini mendapat pujian ramai kerana ianya secukup rasa. Rugi jika anda tak cuba!

Selain itu, menu lain seperti kerang bakar dan sotong bakar juga turut bikin ramai ketagih. Semestinya hidangan ini wajib dinikmati bersama sambal belacan. Memang mengundang selera!

#7 Restoran Ikan Bakar Tok Abah

Alamat: No 2178-A, Kampung Khatib Ali, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 pm – 1 am

Sukakan ikan bakar berempah? Salah satu restoran ikan bakar yang boleh anda kunjungi untuk menikmati menu tersebut ialah Restoran Ikan Bakar Tok Abah.

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis menu yang berbagai citarasa. Antara hidangan yang paling laris ialah ikan bakar berempah mereka. Jangan lupa pesan menu lain seperti sotong bakar berempah dan ketam telur masin.

#8 Medan Ikan Bakar Kedai Buloh

Alamat: Jalan Kuala Besar, Kampung Kedai Buloh, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 8 am – 12 am

Ingin menikmati ikan bakar yang sedap sambil menghayati pemandangan laut yang cantik? Singgah sahaja di restoran Medan Ikan Bakar Kedai Buloh ini.

Imej via Foursquare

Rata-rata pelanggan restoran ini mengakui yang makanan laut yang disajikan memang segar. Untuk cara masakan, kami sarankan agar anda cuba ikan bakar, sotong goreng tepung dan ketam masak cili.

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran ikan bakar di Kota Bharu yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.