Mencari tempat makan di Cherating?

Sebut sahaja tentang Cherating, pasti anda boleh terbayangkan kecantikan pantai di sini, bukan? Daerah yang cukup terkenal dengan tarikan pelancongan di Pahang ini sememangnya mempunyai pantai yang cantik.

Jika anda berkunjung ke sini, pasti anda ingin menjamu selera di tempat makan yang best. Jadi, berikut kami senaraikan 7 tempat makan di Cherating untuk anda. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 Intan Seafood Restaurant

Alamat: LOT 995, Cherating, 26080 Balok, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 2 – 10 pm

Jika ada sukakan makanan laut, inilah tempat makan di Cheratg yang wajib anda kunjungi – Intan Seafood Restaurant. Makanan laut yang disajikan di sini memang dikatakan segar oleh pengunjungnya.

tempat makan cherating
Imej via Foursquare

Antara makanan laut yang boleh didapati ialah pelbagai jenis ikan, sotong, udang, kerang dan lala. Cara masakan juga boleh dipilih. Anda boleh cuba udang butter, sotong goreng tepung, ketam telur masin, siakap stim limau dan lala masak pedas.

Bukan itu sahaja, saiz hidangan yang besar juga turut dipuji. Sehinggakan ada pelanggan yang berpesan supaya ‘bersiap sedia’ kerana anda akan berkongsi hidangan, memang berbaloi!

#2 Cherating Briyani & Coffee

Alamat: Taman Agroteknologi Mardi, Sungai Belong, 26080 Balok, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10:30 am – 8:00 pm

Bukan senang untuk cuba restoran yang menyajikan briyani sekitar sini. Bukannya tiada, tetapi jarang-jarang ada. Jika anda berada sekitar Balok, inilah salah satu restoran briyani yang wajib anda kunjungi – Cherating Briyani & Coffee.

tempat makan cherating
Imej via Instagram

Antara briyani yang disajikan ialah briyani ayam dan briyani kambing. Saiz hidangannya besar dan rasanya memang sedap. Dagingnya juga lembut, memang kena dengan citarasa ramai. Mereka juga mempunyai menu terbaru iaitu nasi mandy, jangan lupa cuba.

Untuk minuman pula, anda boleh cuba kopi. Ada pelbagai jenis kopi yang disajikan. Antaranya ialah capuccino, espresso, mocha, black coffee & white coffee. Pekat dan semestinya lazat!

#3 Ombok Cherating Surf Cafe

Alamat: No 1006-1 , Kedai Jalan Kemaman, Jalan Kampung Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 am – 5 pm

Ingin bersantai di kafe moden? Singgah sahaja di Ombok Cherating Surf Cafe jika anda berkunjung ke Cherating. Kafe ini merupakan antara tempat makan di Cherating yang sangat popular.

Imej via Foursquare

Hidangan yang disajikan di sini berkonsepkan selera Barat. Ada pelbagai jenis hidangan yang boleh dicuba – makanan berat, sarapan, pencuci mulut, snek, semuanya ada.

Anda boleh cuba menu-menu seperti kek keju mangga, nasi lemak, fish & chips, English Breakfast, Bolognese Spaghetti dan sandwic. Untuk minuman pula, jangan lupa untuk mencuba kopi ais – pekat dan menyegarkan tekak.

#4 D’ Cherating Cafe

Alamat: Jalan Kuantan – Kemaman, Cherating, 26080 Balok, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10:00 am – 3:30 am

Sukakan masakan kampung dan selera tempatan? Singgahlah menjamu selera di restoran D’Cherating Cafe. Restoran ini memang terkenal dengan kedua-dua jenis hidangan itu dan sering dipenuhi dengan pelanggan.

Untuk makanan tengah hari, ada beraneka jenis lauk-pauk yang boleh anda pilih. Cara masakan juga berbagai, pasti anda akan rambang mata kerana semuanya sedap dan menarik belaka.

tempat makan cherating
Imej via Foursquare

Untuk makan malam pula, ramai pelanggan suka memesan makanan laut. Antaranya ialah siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, tomyam, udang butter dan kerang bakar.

Selain kualiti hidangan yang baik, servis dan kebersihan restoran ini juga mantap. Ruang parkir juga luas, jadi tidak akan ada isu berebut tempat parkir jika anda singgah di D’Cherating Cafe.

#5 Restoran Cherating Nasi Kukus Ayam Berempah Dan Nasi Ayam 3 Bungkus RM10

Alamat: KM38, Jalan Kuantan – Kemaman, Cherating, 26080 Balok, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 8:30 am – 4:30 am

Melihat namanya sahaja anda boleh tahu yang nasi di sini murah harganya. Restoran Cherating ini memang terkenal dengan hidangan tempatan yang bikin ramai pelanggan ketagih dengan kelazatannya.

tempat makan cherating
Imej via Facebook

Hidangan yang disajikan di restoran ini ialah nasi ayam dan nasi kukus ayam berempah. Harga bagi sebungkus hidangan ialah cuma RM 4, memang murah untuk hidangan yang bersaiz sederhana.

#6 Nabill Cafe Cherating Lama Kuantan Pahang

Alamat:  No 4 Kg Cherating Lama, Jalan Bukit Kuantan, Chukai

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa (6 pm – 12 am) manakala Rabu – Ahad (12 am – 12 pm, 6 pm – 12 am)

Satu lagi restoran makanan laut di Cherating yang patut anda lawati ialah Nabill Cafe. Restoran yang terletak di Kampung Cherating Lama ini menyajikan hidangan berkonsepkan selera tempatan, Barat dan Thai.

Makanan laut merupakan antara jenis menu yang menjadi rebutan ramai. Pelanggan-pelanggan mereka mengakui yang makanan laut yang disediakan memang segar. Cara masakan juga boleh dipilih sendiri oleh pelanggan.

Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh anda pesan ialah siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, ketam masak cili dan chicken chop. Kurang berselera untuk menikmati makanan berat? Roti bakar juga turut disediakan di sini.

#7 Hentian Satay Sungai Ular

Alamat: Lot 2035A,KM 30, KAMPUNG SUNGAI ULAR, 26080 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 6 pm – 12 am

Jika anda dalam perjalanan ke Kemaman dan melalui Cherating, singgah sahaja di Hentian Satay Sungai Ular. Sate di sini bukan biasa-biasa, sehinggakan ramai yang kerap singgah di restoran ini kerana mengakui yang satenya mempunyai penangan yang hebat.

Imej via Instagram

Jenis sate yang disajikan ialah sate ayam, daging dan kambing. Sate yang diperap dengan sempurna ini memang dipuji ramai. Dagingnya lembut dan juicy. Lebih berganda keenakkannya jika dinikmati bersama kuah kacang.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan di Cherating yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.