Mencari tempat makan di Cheras?

Cheras merupakan sebuah pinggir bandar yang terletak di selatan-timur di KL. Nama pun bandar, semestinya ada banyak tarikan di sini dan ini termasuklah tempat makan menarik.

Tertanya-tanya tempat makan mana di Cheras yang boleh disinggah? Berikut kami senaraikan 10 tempat makan di Cheras untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Restoran Ayam Kampung Velodrome

Alamat: 18 & 20, Pusat Niaga Velodrom, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7.30 am – 5 pm

Restoran Ayam Kampung Velodrome yang terletak di Pusat Niaga Velodrome ini merupakan antara tempat makan di Cheras yang popular dengan masakan kampung.

tempat makan cheras
Imej via Foursquare

yam kampung merupakan lauk kegemaran ramai pelanggan mereka. Ramai memuji isinya yang lembut dan berkualiti tinggi, jadi anda wajib cuba! Selain itu, lauk-pauk lain yang berbagai juga ada disajikan.

#2 Pormtip Thai Restaurant

Alamat: Ground Floor, 83, Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ingin menikmati makanan Thai? Singgahlah di Pormtip Thai Restaurant, mereka ada menyajikan sajian Thai yang bukan sahaja enak, malah asli. Ianya juga halal, jadi jangan risau.

tempat makan cheras
Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dicuba ialah green curry, sup tomyam, udang butter, nasi goreng nanas dan banyak lagi. Ruang restoran juga bersih dan selesa, sesuai disinggah oleh anda dan keluarga.

#3 Nasi Kak Wok Cheras

Alamat: 9, Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 12 am

Nama restoran ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi. Nasi Kak Wok sememangnya terkenal di negara kita dan mempunyai cawangan di serata Malaysia. Salah satu cawangannya ialah di Cheras.

tempat makan cheras
Imej via Foursquare

Bagi yang tidak tahu, Nasi Kak Wok ini merupakan hidangan nasi berlauk yang menyajikan nasi bersama gulai, sambal dan ayam goreng yang dipotong kecil. Ianya dijamin sedap dan mengenyangkan, sesuai untuk makan tengah hari!

#4 Western Express

Alamat: 52-G, Danau Lumayan 1, Pusat Perniagaan Danau Lumayan Off Jalan Tasik Permaisuri 1, Bandar Tun Razak,  56000 Cheras, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 6 pm – 3 am

Ada penggemar murtabak di sini? Anda wajib singgah di restoran Western Express kerana restoran ini ada menyajikan murtabak yang sangat popular di Cheras. Tebal, penuh dengan isi dan semestinya sedap!

tempat makan cheras
Imej via Foursquare

Selain murtabak, menu lain yang berkonsepkan makanan Barat juga boleh anda cuba. Chicken Chop dan Fish & Chip Bakar merupakan antara hidangan yang dipuji ramai.

#5 Murni Discovery Cheras

Alamat: B-37-G & B-39-G Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Restoran yang mula beroperasi sejak tahun 1999 ini merupakan antara restoran yang sangat terkenal. Ianya mempunyai cawangan di serata KL & Selangor, dan salah satunya ialah di Cheras.

tempat makan Cheras
Imej via Foursquare

Restoran ini terkenal dengan sajian Barat dan tempatan. Antara hidangan yang boleh anda cuba ialah Spaghetti Carbonara Chicken Chop, Chicken Chop, Mee Raja dan Naan Tandoori.

#6 Cik Melur Permaisuri (IKAN BAKAR)

Alamat: Lot A4, Pusat Penjaja Bdr, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Sri Permaisuri 6, Cheras, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 11.30 pm

Kepada peminat masakan kampung dan ikan bakar, kami sarankan agar anda singgah menjamu selera di restoran Cik Melur Permaisuri (IKAN BAKAR) yang terletak di Cheras ini.

Imej via Foursquare

Ikan bakar di restoran ini dikatakan segar dan sedap. Isinya yang lembut memang sesuai dinikmati bersama air asam mereka yang padu. Lauk-pauk lain juga ada disediakan, jadi jangan lupa cuba!

#7 Pak Teh Char Koay Teow & Nasi Lemak Ayam

Alamat:  29, Jalan Selimang, Taman Tenaga, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 7 pm – 3 am

Char koay teow merupakan hidangan yang digemari ramai orang kita. Tambahan pula jika ianya disediakan oleh tukang masak yang handal, pasti rasanya lebih sedap dan boleh bikin ramai ketagih.

Imej via Foursquare

Untuk mencuba hidanagn itu, apa kata anda singgah di restoran Pak Teh Char Koay Teow & Nasi Lemak Ayam. Char koay teow sememangnya antara menu terlaris di sini di samping nasi lemak yang harum aromanya.

#8 Restoran Emak Engku

Alamat: No.15, Jalan Indah 26, Taman Cheras Indah, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 3 pm – 1 am

Restoran Emak Engku ini merupakan antara tempat makan di Cheras yang popular. Ianya kerap disinggah pada waktu malam kerana set makan malam mereka dikatakan terlajak sedap.

Imej via Instagram

Antara menu yang wajib anda pesan ialah siakap stim limau, Nasi Goreng Datuk, mi celur, kerabu maggi dan banyak lagi. Ruang restoran juga bersih, memang terbaik!

#9 Soru Station

Alamat: C-16 Medan Selera Bdr Sri Permaisuri, Jalan Sri Permaisuri 6, Cheras, 56000 Kuala Lumpur,

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 1 am

Restoran Soru Station yang terletak di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri ini terkenal dengan aneka jenis makanan Barat. Menu platter juga ada disediakan & ianya juga bersaiz besar.

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dicuba ialah Chicken Parmigiana, Chicken Cordon Bleu, Lamb Grill dan Charcoal Grilled Chicken. Melihat gambar ini pun sudah bikin terliur, bayangkanlah keenakkannya!

#10 Nenda by Sarimah

Alamat: BS-01, Glenview Business Centre, Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 11 am – 9 pm

Ingin menikmati hidangan tempatan di restoran yang santai? Singgah sahaja di restoran Nenda by Sarimah yang bukan sahaja terkenal dengan masakan kampung, malah sajian Barat juga turut digemari ramai.

Imej via Instagram

Antara menu yang wajib anda cuba ialah nasi ayam penyet, asam pedas kembong, tempoyak ikan patin, salted egg butter chicken dan banyak lagi. Semuanya dijamin lazat, rugi jika tak cuba!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan di Cheras yang ingin diterjah? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya ada tarikan tersendiri.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.