Berada di Kuala Lumpur dan mencari tempat makan cantik di KL? Melalui artikel ini, kami sertakan 15 tempat makan cantik di KL yang boleh anda kunjungi. Sambil-sambil itu, bolehlah anda berootd dengan pelbagai gaya dengan latar yang hipster.

Selain kelazatan makanan yang disediakan oleh pihak restoran atau kafe, sudah pasti kecantikan, kebersihan dan keselesaan tempat yang menjadi pilihan pengunjung.

Bukan apa, kadangkala sambil makan kita mahukan suasana dan pemandangan yang cantik untuk lebih menikmati hidangannya. Sambil itu juga, dapatlah tenangkan fikiran apabila melihat tempat-tempat yang indah.

Warong Che Senah

Imej via [ Warong Che Senah ]

Tempat makan paling cantik di KL semestinya tempat makan yang mempunyai latar bangunan pencakar langit dan kemegahan rakyat Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas. Warong Che Senah adalah salah satu tempatnya yang pasti membuat anda terpukau lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Bergambar sambil makan dengan latar bangunan pencakar langit di waktu malam di sini, pasti dapat menghasilkan gambar yang baik kerana lampu-lampunya yang gemerlapan.

Warong Che Senah menyediakan makanan tempatan, ala thai dan makanan barat. Antara makanan yang perlu anda cuba adalah Lamb Shoulder, Ikan Siakap Tiga Rasa dan Chicken Chop Grill.

Lokasi: No.53, Jalan Raja Mahadi, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Rabu- Ahad (5.30 pm-2.30 pm)

Kafe Kleptokrat KL

Imej via [ Kafe Kleptokrat ]

Kafe paling instagrammable ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bertemakan vintage, memang ramai yang mengunjungi kafe ini kerana senibina dan rekabentuknya yang memukau.

Terletak di bangunan yang mencecah 100 tahun, siapa sangka terdapat kolam yang luas ditengah-tengah bangunan. Jika anda suka akan suasana yang klasik, makanlah dengan tenang di sini! Bukan sahaja hiasan dalaman yang cantik, malah terdapat hiasan mural yang gah di sepanjang laluan belakang kafe.

Pelbagai menu yang lazat boleh anda pilih termasuklah menu tempatan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Dengar cerita nasi lemak, lontong dan rendangnya sedap. Jangan lupa juga untuk mencuba aneka pencuci mulut!

Lokasi: 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Jumaat (10.00 am-9.00 pm) | Sabtu & Ahad (8.00 am-10.00 pm)

Ruma Puteh

Imej via [ Ruma Puteh Cafe ]

Ruma Puteh ini pernah tular suatu ketika dahulu kerana hiasan kedainya yang menarik. Dekorasi kedai serba putih. Berkonsepkan kedai dalam taman dengan sentuhan minimalis, kedai ini juga sering dijadikan lokasi untuk pengambaran.

Tempat yang sering tular adalah pintu gerbangnya yang berwarna-warni. Ruang dalaman yang serba putih juga sangat cantik untuk dijadikan latar bergambar.

Ruma Puteh menyediakan makanan tempatan termasuk makanan tradisi dan ada juga makanan barat. Nasi Kerabu, Nasi Rewang dan Lontong Barat antara menu yang perlu anda cuba.

Lokasi: 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-7.30 pm)

White & Black Kampung at Heritage KL

Imej via [ White & Black Kampung at Heritage KL ]

Mencari tempat mengopi yang hipster dengan pemandangan yang menarik? Kami mencadangkan anda untuk ke White & Black Kampung at Heritage KL. Berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa, anda akan disajikan dengan pemandangan tenang tasik yang berada di sebelah kafe.

Para pecinta kopi memang perlu datang dan mencuba aneka kopi enak di sini. Aneka makanan barat, pencuci mulut, manisan dan kek juga boleh anda pilih. Antara menu yang perlu anda cuba adalah Smoked Duck Breast, Chocolate Crepe dan Nasi Lemak Pandan.

Buat pengetahuan anda, kafe ini juga sesuai dijadikan tempat untuk mengadakan sebarang majlis termasuk majlis harijadi atau sebarang jamuan.

Lokasi: 5PG4+MF, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Khamis-Selasa (12.00 pm-7.00 pm)

Dusun OpenHouse

Imej via [ Dusun Openhouse ]

Dengar nama kedai makan ini pasti anda terbayang tempat makan yang berada di dalam dusun. Sesuailah untuk mereka yang mencari tempat makan yang penuh ketenangan dan nyaman.

Sekitar kedai dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Bolehlah anda menghirup udara yang segar sambil menikmati keindahan alam. Jangan lupa untuk ootd berlatarkan alam flora.

Sebelum terlupa, tahukah anda kedai ini menyediakan pelbagai menu tempatan yang lazat. Tak cukup dengan itu, semua menu dimasak dengan cara tradisional. Menarik bukan?

Lokasi: G9A Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am- 10.00 pm)

Pokok KL Café

Imej via [ Pokok KL ]

Satu lagi tempat makan cantik di KL yang bertemakan alam adalah Pokok, berada di perkarangan University MAHSA. Senibina dan rekabentuk Pokok memang unik kerana dindingnya menggunakan bata dan kaca.

Jika anda ingin makan dan menikmati udara yang segar, pilih tempat duduk yang berada di luar kafe serta bawah pokok yang rendang.

Menu yang boleh anda dapati di sini adalah makanan tempatan dan makanan barat. Antara menu yang menjadi pilihan ramai pengunjung adalah Smoked Salmon Benedict, Char Kuey Teow dan Nasi Lemak Ayam Berempah.

Lokasi: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-9.00 pm)

Feeka Coffee Roasters

Imej via [ FEEKA ]

Lagi satu tempat mengopi yang instagrammable di Kuala Lumpur terletak di Bukit Bintang. Anda boleh bersarapan, makan tengah hari atau makan malam di sini dengan suasana yang mengagumkan.

Mana tidaknya, kafe ini berkonsepkan urban dan cukup unik. Menu yang disajikan terdiri daripada pastri, kopi dan pemanis mulut pasti menyelerakan anda.

Lokasi: 19, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 am-10.00 pm)

Mary Jane

Imej via [ Mary Jane KL ]

Para gadis dan wanita pasti akan jatuh cinta dengan konsep Mary Jane. Tengok sahaja warna pink pasti membuat semua hati tertawan. Tambahan pula, dihiasi dengan bunga-bunga merah jambu yang banyak dan cantik.

Bukan sahaja bunga-bunga berwarna merah jambu, malah hampir kesemua perabot mempunyai warna yang sama. Rekabentuk dalaman kafe juga tampak mewah dan eksklusif.

Kafe ini menyediakan pelbagai menu barat yang lazat. Jangan lupa untuk mencuba aneka pencuci mulut yang akan membuatkan anda jatuh cinta dengan rasanya.

Lokasi: 106, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa-Jumaat (12.00 pm-10.00 pm) | Sabtu & Ahad (10.00 am-12.00 am)

Tenggek Burung Café

Imej via [ Tenggek Burung Cafe ]

Kafe ini juga pasti menjadi kafe kegemaran para wanita. Mana tidaknya, penuh dengan tumbuhan flora berwarna-warni yang segar.

Kira-kira 15 minit dari Menara Berkembar Petronas, kafe ini persis kedai dalam taman. Landskap luaran dan dalamannya memang cantik lebih-lebih lagi kafenya yang berdindingkan kaca.

Menu di sini bertemakan makanan tempatan dan makanan barat. Aneka pemanis mulut seperti kek premium turut dijual dengan sedap. Antara menu yang menjadi pilihan kebanyakkan pengunjung adalah Nasi Lemak Pandan, Laksa Johor, Cranbery Scone dan Kek Pengat Durian.

Lokasi: 2 Lorong Bukit Keramat 4, Jalan Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.30 am-6.00 pm)

Lisette’s Café & Bakery

Imej via [ Lisette’s Cafe & Bakery ]

Anda pasti terpukau dengan dekorasi dalaman Lisette’s Café & Bakery ini. Paling unik, hiasan silingnya diletakkan mural yang berkonsepkan Peranakan iaitu dipenuhi corak klasik bunga-bunga serta burung.

Berkonsepkan klasik dan alam, luaran dan dalaman kafe dihiasi tumbuhan segar, perabot antik dan warna yang menenangkan. Rugi jika anda chill di sini tetapi tidak merakamkan gambar sebagai kenangan.

Kafe ini menumpukan menu aneka pastri dan kek yang enak. Pasti anda rambang mata untuk memilihnya. Paling menarik, Lisette’s Café & Bakery sering mengadakan promosi menarik. Tak percaya? Kunjungi Facebook Lisette’s Café & Bakery.

Lokasi: No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 am-10.00 pm)

Merchant’s Lane

Imej via [ Merchant’s Lane ]

Terletak di Jalan Petaling, Merchant’s Lane merupakan sebuah kafe yang dikenali ramai sejak penubuhannya bertahun lama. Walaupun landskapnya kelihatan simple, namun tahukah anda bahawa ramai yang ingin makan sambil bergambar di sini dan dikategorikan sebagai spot instagrammable perlu dikunjungi di KL.

Datang ke sini dan rasai sendiri kelainan berada di kafe unik ini. Mereka menyajikan makanan barat dengan sentuhan tempatan bagi menyesuaikannya dengan citarasa rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, aneka kopi boleh anda pilih dan pasti takkan menghampakan peminat kopi. Sebut sahaja latte, expresso atau americano, semuanya ada di sini.

Lokasi: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa-Jumaat (11.30 am-8.30 pm) | Sabtu & Ahad (10.30 am-8.30 pm)

Subak Restaurant

Imej via [ Subak Restaurant ]

Restoran Subak pula mengetengahkan konsep alam semulajadi dan tradisional. Restoran dihiasi dengan tumbuhan menghijau yang segar. Memang cantik dekorasi restoran lagi-lagi dipadankan dengan perabot kayu.

Restoran ini sesuai diadakan sebarang majlis atau makan malam yang romantik. Anda pasti terpukau dengan suasana restoran ini pada waktu malam kerana dipenuhi dengan lampu berkelipan. Jika pada belah siang landskapnya memukau, belah malamnya lebih memukau.

Menu utama yang disajikan semestinya masakan tradisional. Namun tak perlu risau jika ada yang suka akan makanan barat kerana ada pelbagai menu barat yang eksklusif buat anda. Harganya memang berpatutan!

Lokasi: Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm-11.00 pm)

28 Fireplace

Imej via [ 28 Fireplace ]

28 Fireplace merupakan salah satu port breakfast yang sedap di KL. Makanan yang disediakan tertumpu pada makanan ala barat yang sihat dan enak.

Konsep kafe juga simple dan pasti membuatkan setiap pengunjung sejuk mata memandangnya. Dekorasi kafe tidaklah terlampau sarat dengan sebarang hiasan atau perabot. Namun tetap berbaloi dan cantik untuk dijadikan latar bergambar.

Bukan sahaja kawasan sekitarnya cantik, malah dekorasi makanan yang dihidangkan cukup istimewa bak hotel  5 bintang. Anda boleh mencuba aneka pastri, kopi, pasta, bijirin dan sebagainya yang pasti membuatkan anda terliur.

Lokasi: 28, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 am-6.00 pm)

Jibby By The Park

Imej via [ Design Anthology ]

Jika anda mencari tempat makan cantik di KL, anda memang perlu masukkan Jibby By The Park dalam senarai tempat ini. Landskapnya sangat menawan dan memukau. Nak bergambar ala-ala vintage? Ini tempatnya!

Kafe ini dipenuhi tumbuhan semulajadi di luar mahupun di dalam kafe. Pendek kata, di setiap penjuru dihiasi tumbuhan menghijau ini. Dengan dinding berkaca, anda boleh melihat keadaan luar yang cantik serta membolehkan anda untuk bergambar dengan cahaya yang mencukupi.

Kafe ini menyediakan makanan berkonsepkan barat dan asia. Pasta, Pizza, Burger, Mocktail dan sebagainya menjadi pilihan pengunjung.

Lokasi: The Waterfront@ParkCity, No 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur

Waktu operasi:  Setiap hari (8.00 am-11.00 pm)

Burrow KL

Imej via [ Burrow KL ]

Terletak di Pusat Membeli-belah Bangsar atau BSC, Burrow KL juga tak kurang hebatnya. Di sebalik kesibukan kota yang dipenuhi bangunan-bangunan, tersorok satu tempat makan yang bertemakan alam.

Sekiranya anda mencari tempat makan yang tenang dan nyaman, anda memang perlu ke sini! Berdindingkan kaca, anda boleh melihat persekitaran yang jelas. Tumbuhan yang segar turut menghiasi segenap sudut! Rugi jika tidak bergambar jika ke sini.

Makanan yang disajikan pula bertemakan pastri, kopi, manisan dan kek. Sesuai juga untuk dijadikan tempat lepak bersama rakan-rakan.

Lokasi: LOT GK12, Ground Floor, Bangsar Shopping Centre, 59000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa-Ahad (7.30 am-8.00 pm)

Bagaimana dengan tempat makan cantik di KL yang tersenarai di atas? Jika anda seorang Instagrammable, kami mudahkan kerja anda untuk memilih tempat makan cantik yang boleh anda ootd sepuasnya.

Jangan lupa untuk ajak keluarga dan rakan-rakan ke sini dan bergambar sepuasnya sambil menikmati makanan yang lazat!

Sementara berada di KL, apa kata anda kunjungi tempat-tempat makan sedap dan menarik seperti berikut:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.