Mencari tempat makan best di Langkawi?
Pulau Langkawi sememangnya syurga untuk warga ibu dan isteri. Mana tidaknya, dengar sahaja Langkawi, pasti terbayang pinggan mangkuk yang indah di minda. Ianya adalah kegemaran untuk sang isteri dan sang ibu.
Berikut kami sediakan 30 tempat makan menarik di Langkawi yang best buat anda yang masih keliru. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 4pm)
Imej via Foursquare
Ini adalah tempat di mana ramai pelancong datang untuk merasai masakan tempatan khususnya masakan Melayu. Pelbagai jenis lauk-pauk Melayu disediakan termasuk ulam-ulaman. Jika mahu kelainan, cuba kerabu bronok yang terkenal di Langkawi.
Harga yang dikenakan pula amat berpatutan. Layanan pekerja pula tidak mengecewakan pelanggan. Tiada masalah semasa mencari tempat meletak kereta kerana ada banyak ruang disediakan.
Namun, jika anda lewat atau datang pada waktu puncak, restoran ini mungkin sudah kehabisan makanan kerana ia memang lokasi makan yang terkenal.
Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8am – 2pm), ditutup pada hari Selasa
Pemandangan sawah padi dan gunung mendamaikan pengunjung yang datang untuk makan di Restoran Nasi Dagang Pak Malau. Menu utama mereka adalah nasi dagang yang berasal dari Terengganu.
Tak usah jauh-jauh ke Terengganu untuk menikmati nasi dagang. Keaslian dan keenakkan nasi dagang di sini diakui sendiri oleh ramai pelanggannya, anda pasti akan menggemarinya juga!
Alamat: Batu 5 ¼, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan Mata Air, Ulu Melaka, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 4pm)
Susunan pelbagai jenis lauk-pauk di atas meja membuka selera para pengunjung. Apa sahaja makanan Melayu termasuk tempe, petai dan bronok ada disediakan di sini.
Ia terkenal di kalangan para pelancong lalu menyebabkan ia semakin sibuk dan sesak pada waktu tengah hari. Tapi inilah waktu terbaik untuk mendapatkan makanan segar yang masih panas. Kerana pada sekitar 2 petang, lauk-pauk sudah banyak yang habis.
Layanan yang baik dengan suasana restoran yang cukup selesa pada harga yang amat berpatutan menjadikan tempat ini yang terbaik bagi ramai pelanggannya.
Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (3pm – 2am), Ahad (3pm – 12am)
Lokasinya tidak jauh dari Pantai Cenang dan di penghujung jalan Pantai Tengah. Ada pelbagai jenis lauk-pauk di sini. Tapi, apa yang penting adalah ia dikenali murah di kalangan para pelanggannya.
Walaupun murah, ia tidak merendahkan mutu makanannya. Malah, restoran ini dianggap yang terbaik di kawasan tersebut. Makanan dan minuman juga disediakan dengan cepat walaupun anda datang dalam kumpulan yang agak besar.
Jadi, anda mendapat semua yang anda perlukan untuk selera anda di sini pada harga yang berpatutan.
Alamat: Kompleks Jeti Pelancongan Kuah, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari 5pm – 12am
Pemandangan lautan luas menjadi santapan mata kepada pelanggan yang datang ke restoran ini. Apa lagi jika anda makan semasa matahari terbenam yang menjadikannya lokasi romantis bagi pasangan kekasih.
Hiasan dalamannya biasa-biasa sahaja tetapi layanannya, tempoh masa makanan disiapkan semuanya dikira cemerlang. Ia dianggap syurga makanan laut yang dimasak dengan pelbagai ramuan gaya tempatan, dihidangkan bersama minuman pelbagai rasa.
Tanjung Tirai View Café merupakan restoran terbaik untuk menjamu selera bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
Alamat: No. 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Kuah, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (5pm – 12am), ditutup pada hari Selasa
“Masakan Panas dan Aneka Goreng-Goreng”. Itulah yang tertulis pada papan tanda restoran ini. Terkenal sebagai lokasi makanan laut paling popular di Langkawi, ia menyediakan masakan tempatan yang turut dipengaruhi citarasa Thai dan utara.
Pelbagai pilihan makanan laut untuk anda dengan harga yang berpatutan, malah dikatakan lebih murah berbanding restoran makanan laut yang lain.
Apa yang penting adalah makanan laut di sini segar-segar iaitu kualiti utama yang perlu ada pada sebuah restoran makanan laut. Cuba ikan bakar mereka untuk pilihan asas.
Alamat: 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm), ditutup pada hari Jumaat
Bermula dari berniaga kecil-kecilan menjual rempeyek dan air kelapa, perniagaannya mulai berkembang. Pelbagai jenis menu termasuk barat dan yang paling dikenali adalah Nasi Arab bersama ayam atau kambing.
Dagingnya yang lembut dan segar menjadi rahsia kelazatan masakan mereka. Selain rasanya yang sedap dan harga yang murah, mereka juga menyediakan banyak kerusi dan meja bagi menampung jumlah pelanggan yang ramai. Kaki Gunung Cafe terletak hanya 10 minit dari Lafarge Langkawi Plant.
Alamat: 121, Jalan Padang Matsirat, 07000 Kuah, Langkawi
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam
Nasi Kandar yang asli adalah menu taruhan di Restoran Padang Pasir. Terletak berhampiran Hotel Citin, ia dibuka selama 24 jam setiap hari. Jadi, anda boleh makan di sini bila-bila masa sahaja anda mahu.
Selain nasi kandar, mereka juga menyediakan masakan lain seperti pelbagai pilihan roti iaitu sebagaimana yang anda ditemui di restoran-restoran mamak.
Alamat: Jalan Teluk Baru Lot 15 Tropical Resort, Pantai Tengah, 07000 Langkawi
Jika anda mahu merasai rasa sebenar pizza dari Itali, ini tempatnya. Ada banyak pilihan pizza untuk anda pilih di restoran yang mana pemiliknya berasal dari Itali. Ia restoran halal.
Pizza yang lembut dan tebal isinya ini memang sedap dimakan walau apa pun topping yang anda pilih. Servis yang ditawarkan dan kebersihan restoran juga patut dipuji, terbaik!
Alamat: No. 4 Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari, 6pm – 12am
<
Pengalaman menyeronokkan adalah memilih ikan, udang, sotong, ketam yang segar bagi mengisi perut yang kosong. Kemudian, ia dimasak pula dengan baik khas untuk anda ketika itu.
Kari, gulai, goreng tepung, atau apa sahaja untuk dimakan bersama-sama ulam-ulaman dan sambal belacan. Tapi, yang paling terkenal pastinya gulai.
Sekali rasa pasti hendak lagi. Harganya juga tidak mahal. Kerana itu, ia semakin hari semakin banyak menerima kunjungan pelanggan. Hiasan kedai tidaklah hebat tapi cukup bersih, kemas dan selesa.
Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari
Terletak di Pantai Cenang, ia restoran ringkas yang menyediakan pelbagai jenis makanan seperti pelbagai jenis nasi, roti, dan mee serta minuman. Sebenarnya ia menyerupai restoran-restoran mamak yang terdapat banyak di negara ini.
Harganya juga dikatakan antara yang termurah di kawasan tersebut. Ia sering dicadangkan kepada mereka yang sedang bercuti dalam bajet.
Pelanggan yang datang ke sini juga adalah orang tempatan dan pelancong dari luar negara. Oleh kerana ia dibuka selama 24 jam, jadi Restoran Almaz menjadi tumpuan bagi mereka yang kelaparan di tengah malam.
Alamat: 5, Jalan Chandekura, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari, 7am – 530pm
Masakan kampung memang terkenal di kalangan pelanggan sama ada yang datang dari negara ini atau pun dari luar negara. Ia menyediakan banyak pilihan lauk-pauk dengan pelbagai rasa.
Bukan itu sahaja, harganya juga murah dan sedap. Ditambah pula dengan gaya warung yang ditampilkan, membuatkan sesiapa yang datang pasti merasai suasana Malaysia yang sebenar
Alamat: 132, Jalan Pantai Kok, Kg. Batu Ara, Kampung Batu Ara, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (530pm – 1130pm), ditutup pada hari Selasa
Menjanjikan citarasa Asia, maka menunya juga pelbagai walaupun tidak sebanyak yang disediakan di restoran lain. Tapi, rata-rata pelanggan memuji masakan mereka yang dikatakan amat sedap.
Makanan juga dihidangkan dengan penuh gaya dan menarik. Ia kesukaan peminat mereka yang suka memasukkan gambar makanan ke dalam Instagram.
Suasana kedai pula cantik, kemas serta selesa. Begitu juga dengan layanan yang diberikan. Semuanya diberikan dengan baik oleh pemilik dan pekerja restoran.
Alamat: Kampung Lubok Dalam, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Ahad – Khamis, 10am – 430pm
Di HBL Food Corner, anda makan tengah hari sambal melihat pemandangan Gunung Raya yang indah. Pelbagai jenis pilihan masakan Malaysia atau masakan kampung disediakan di sini.
Anda pasti rambang mata semasa memilih pelbagai jenis hidangan termasuk kuih-muih di atas meja. Tempat meletak kereta pula boleh memuatkan kira-kira 20 buah kereta pada satu-satu masa. Apa yang penting adalah harganya yang murah dan layanan pekerja yang tidak akan mematikan selera anda.
Alamat: 82 – 98, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9am – 6pm), ditutup pada hari Jumaat
Jika anda mencari nasi ayam, apa kata cuba dapatkannya di Restoran Pak Hj. Ya Nasi Ayam. Mereka sudah lama dikenali sebagai restoran yang bagus untuk pilihan nasi ayam.
Menurut ramai pelanggan mereka, nasi ayam di sini berbeza dengan nasi ayam-nasi ayam yang ditemui di tempat lain di Malaysia. Jadi, restoran ini umpama landmark kepada Pulau Langkawi. Bagi sebahagian pelanggan tempatan, nasi ayam yang disediakan adalah lebih ringkas dengan harga berpatutan.
Ia sering dipenuhi pelanggan terutama pada waktu tengah hari. Jadi, pada ketika itu, anda mungkin menerima makanan anda lebih lewat berbanding kebiasaannya.
Alamat: Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 5pm)
Warung di tepi jalan di bawah rimbunan pohon, menjadikan Jom Ikan Bakar mudah dikesan pengunjung. Suasana yang santai memberi keselesaan kepada pelanggan yang mahu merasai masakan kampung.
Pada waktu tengah hari, ramai pelanggan memenuhi warung ini kerana pelbagai pilihan makanan yang sedap terutama ikan bakar yang sering menjadi keutamaan pelanggan.
Jangan risau tidak mendapat tempat kerana ruang makan di sini agak luas dengan meja dan kerusi yang banyak. Lebih menarik lagi, ada minuman percuma disediakan.
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 -3pm, 6pm – 9pm
Pemandangan sawah padi dan bukit di sekelilingnya amat mendamaikan. Ditambah pula dengan dekorasi restoran yang menarik. Ia cukup menambah selera pelanggan. Ia mendapat komen yang baik di kalangan pelancong dari luar negara.
Di sini mereka mencuba rending daging, ikan sambal, ayam butter masala, dan pelbagai lagi menu tempatan. Layanan pemiliknya yang menjadikan Pia’s The Padi sebuah perniagaan keluarga adalah amat baik sehingga kerap muncul dalam komen positif pelanggan.
Alamat: Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Khamis – Selasa (6pm – 11pm), ditutup pada hari Rabu
Unkaizen Japanese Restaurant merupakan satu-satunya restoran makanan Jepun di Langkawi. Ia dimiliki oleh satu keluarga dari Jepun yang berpindah ke Langkawi.
Jadi, jika anda mahu kelainan, cuba singgah di sini. Jika makanan Jepun terlalu baharu untuk anda, minta pelayan untuk menerangkan menu yang mereka ada. Terdapat juga menu istimewa yang ditulis pada papan hitam yang mungkin memendekkan masa anda untuk membuat pilihan.
Restoran ini mendapat pujian yang amat baik dari segi lokasi, hiasan dan keselesaan premis, layanan dan semestinya makanannya.
Alamat: Ground Floor, Langgura Baron Resort, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm), ditutup pada hari Jumaat
Namanya dengan jelas menunjukkan yang menu mereka bukanlah tempatan. Jika anda mahu merasai diri seperti sedang berada di Paris, mari datang ke restoran comel ini yang terletak berhampiran dengan pantai.
Mereka mempunyai pelbagai pilihan makanan termasuk pilihan luas untuk crepe dan waffle. Tambah juga hidangan anda dengan pilihan ais-krim dari pelbagai perisa seperti strawberi, coklat, dan vanilla.
Tempat yang bersih, makanan yang lazat dan layanan profesional, pasti meninggalkan kenangan manis kepada anda.
Alamat: 80-82 Langkawi Mall Dundung Langkawi, 07000 Kuah
Waktu Operasi: 11am–3:30pm, 6:30–10:30pm
Kepada pencinta makanan Thai, kami ada berita baik buat anda. Wan Thai Langkawi Restaurant ada menyediakan makanan Thai yang bukan sahaja asli dan enak, malah kena dengan citarasa orang kita.
Ada berbagai menu yang boleh dicuba. Antaranya ialah ayam pandan, pulut mangga, kerbau mangga, nasi goreng nanas, tomyam dan sotong goreng tepung. Kami berani jamin kesemuanya tak terhingga!
Alamat: Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 2 – 7.30 pm
Jika anda berada sekitar Pantai Kok, ada satu gerai rojak yang wajib anda singgah. Alang-alang berjalan menyusuri pantai, tidak salah jika anda mencuba rojak yang dikatakan antara yang tersedap di sini.
Gerai yang kami maksudkan ialah Hafiz Rojak. Rojak sengkuangnya mendapat sambutan ramai kerana kuahnya yang sangat sedap. Selain itu, laksa juga turut disediakan.
Alamat: 1, Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5 pm – 12 am
Perut mula mengidamkan burger untuk makan malam? Lekaslah cuba burger di EE Burger ini. Bukan biasa-biasa burger yang disediakan. Kunjungan pelanggan yang tidak putus-putus jelas menunjukkan popularitinya.
Kami sarankan agar anda cuba Lamb Burger mereka. Burger bakar ini disediakan bersama daging kambing yang cukup lembut dan juicy isinya. Memang puas bila dinikmati!
Alamat: 111, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 6 pm
Lauk yang dibakar pasti merupakan antara lauk pilihan ada untuk makan tengah hari. Aroma lauk yang dibakar itu sendiri sudah cukup memikat, bayangkanlah kelembutan dan keenakkan dagingnya.
Untuk itu, singgah sahaja di Nasi Campur Top BBQ yang terletak di Kuah ini. Ada bermacam-macam jenis lauk yang dibakar yang boleh dicuba seperti ikan bakar, ayam bakar & kambing bakar. Dijamin enak!
Alamat: Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 4.30 pm
Satu lagi restoran yang menyajikan masakan kampung yang wajib diterjah ialah restoran Selera Kampung yang terletak di Jalan Padang Matsirat ini.
Restoran ini terkenal dengan aneka jenis lauk-pauk berasaskan masakan kampung yang dihidangkan. Antara yang boleh anda tambah ke dalam pinggan ialah
Alamat: Bukit Malut, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am
Makanan laut pasti menjadi pilihan utama anda untuk menu makan malam jika ingin berkunjung ke Langkawi, bukan? Lekaslah singgah di Medan Selera Nelayan Bukit Malut ini!
Ada berbagai jenis gerai yang menyediakan makanan laut yang segar-segar. Bukan sahaja segar, malah ada beraneka jenis yang boleh anda ambil. Cara masakan juga boleh dipilih, sangat menarik!
Bagaimana dengan senarai tempat makan menarik di Langkawi yang kami kongsikan? Ada yang terlepas pandang? Jangan lupa untuk Share dan komen di bawah ok.
Selain tempat makan best di Langkawi, kami juga ada menulis artikel tempat makan menarik yang lain. Jemput membaca, manalah tahu jika anda berminat.