Kedah merupakan negeri kedua terbesar di utara Semenanjung Malaysia dengan majoriti penduduknya menyara hidup sebagai petani. Oleh itu, kepekatan budaya desa di sini amat jelas dapat dilihat.

Walaupun berada di Bandaraya Alor Setar, dengan mudah kita boleh mendapatkan makanan bercirikan desa. Tanpa menafikan kebanjiran restoran-restoran segera dan juga moden mahupun nasi Arab, masakan bercirikan desa masih banyak di bandaraya ini.

Senarai ini akan meninjau pelbagai genre makanan yang terdapat di Alor Setar dan tempat-tempat yang agak popular di sini. Walaupun masih banyak lagi tempat yang juga terbaik, semuanya tepulang kepada pendapat masing-masing.

Semoga artikel senarai tempat makan popular di Alor Setar ini dapat membantu anda. Teruskan membaca ya!

#1 Mat Cucur Udang

Alamat: 919, Jalan Sultan Badlishah, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Jika anda singgah di Alor Setar, gerai ini wajib masuk dalam senarai tempat makan yang anda patut singgah. Tengok nama sahaja sudah tahu restoran ini terkenal dengan menu apa – semestinya cucur udang!

mat cucur udang

Imej via Foursquare

Menurut pelanggan yang pernah mencuba sendiri cucur udang di sini, cucur udangnya rangup namun isinya lembut. Udangnya juga segar dan kuah kacangnya sangat enak. Anda juga boleh mencampurkan tauhu, udang dan cucur taugeh bersamanya.

Mat Cucur Udang adalah satu nama yang begitu popular di kalangan penduduk Alor Setar. Ia menyajikan cucur udang terbaik kepada rakyat Kedah sejak berpuluh tahun yang lalu namun hanya di pasar-pasar malam.

Walaupun setelah dipotong, setiap gigitan masih akan dapat merasa udang asli yang digoreng bersama cucurnya selain bawang dan taugeh. Sungguhpun demikian, menunya begitu pelbagai dimana selain cucur udang, kita boleh mencampurkannya dengan tauhu, cucur bawang, fish cake dan beberapa lagi komponen yang biasa kita lihat bersama cucur udang.

Mat Cucur Udang turut terkenal kerana kuah kacangnya yang tiada tandingan dan tidak akan terdapat di mana-mana sahaja.

#2 Big Galley’s Cafe

Alamat: 7 Ground Floor, Kompleks Perniagaan LITC, Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah
Satu lagi kafe ‘hipster’ yang boleh anda kunjungi ialah Big Galley’s Cafe. Kafe ini menghidangkan menu tempatan, menu Barat dan beberapa masakan Thai.

chicken parmigiana

Imej via Foursquare

burger @ big galleys

Imej via Foursquare

Antara menu yang kami syorkan untuk anda cuba ialah menu-menu yang terdapat pada bahagian Big Galley’s Special seperti Big Galley’s Fried Rice, Chicken Chop Fried Rice dan Big Galley’s Beef Burger.

#3 Restoran Nasi Kandar Yasmeen

Alamat: Lebuh Raya Darulaman , Alor Setar

Nasi kandar juga merupakan salah satu menu popular di utara, tidak terkecuali di Alor Setar. Antara nama yang sering menjadi sebutan adalah Nasi Lemak Haji Ali dan juga Nasi Lemak Royale Hijau Kuning.

Tetapi satu lagi restoran nasi kandar yang mendapat begitu ramai pengunjung adalah Nasi Kandar Yasmeen yang menghidangkan antara nasi kandar terbaik.

Restoran ini terletak berhampiran bekas Hospital Besar Alor Setar dan juga Stadium Darulaman, menjadikan restoran ini sering dikunjungi begitu ramai pelanggan.

Restoran Nasi Kandar Yasmeen

Restoran Nasi Kandar Yasmeen

Restoran Nasi Kandar Yasmeen

Menurut pengunjung di sini, nasi kandar dengan ayam goreng, telur rebus dan sedikit sayuran sudah cukup untuk menambat hati kita dengan hidangan di sini. Walaupun terdapat menu lain, menu asas tersebut juga yang kerap dipesan pelanggan.

Ayam gorengnya begitu rangup dan berperisa dengan isi yang berjus begitu mengiurkan. Dengan kuah yang dicampur dengan begitu baik oleh pekerjanya, tanpa sedar, anda sudah memesan nasi tambah untuk dinikmati.

Selain nasi kandar, terdapat juga menu lain yang lazim di kedai nasi kandar.

#4 Kuey Teow Iman

Alamat: Jalan Sultanah, Alor Setar

Makan malam di Alor Setar pastinya tidak kurang hebatnya dengan begitu banyak tempat untuk dikunjungi termasuk gerai-gerai charkueyteow yang begitu banyak di sini. Salah satu restoran char kueyteow terbaik yang popular di sini adalah Kuey Teow Iman.

Bermula sebagai sebuah gerai yang menjual char jueyteow, kueyteow kerang dan juga nasi lemak bungkus untuk dimakan di tepi jalan, kini Kuey Teow Iman berkembang dengan begitu pesat dan memiliki sebuah restoran yang tersergam di Jalan Sultanah.

Kuey Teow Iman
Kuey Teow Iman

Restoran ini juga turut menyajikan makanan barat dan juga nasi ayam serta satay untuk santapan para pengunjung yang agak ramai terutamanya di malam minggu.

Namun ‘killer menu’ di sini masih lagi char kuey teow yang begitu berkualiti dengan rasa yang kuat dan juga udang bersaiz sederhana serta sayuran yang segar, pengunjung di sini amat mengagumi hidangan di sini.

#5 Restoran Sri Pumpong

Alamat: Alor Merah, 05250 Alor Setar, Kedah

Kepada pembaca yang suka masakan kampung, restoran ini wajib anda terjah. Restoran Sri Pumpong ini memang terkenal dengan sajian masakan kampung yang berbagai.

lauk @ restoran sri pumpong

Imej via Foursquare

menu @ restoran sri pumpong

Imej via Foursquare

Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah ikan keli goreng, kari ikan, rendang daging dan banyak lagi. Selain lauk, ulam-ulaman dan sambal juga turut disediakan. Memang penuh pinggan anda dengan lauk jika anda datang ke sini!

#6 Restoran Mikamal

Alamat: Jalan Anak Bukit, Alor Setar

Melihat restoran ini dari jauh, seolah-olah restoran nasi kandar atau restoran mamak yang biasa, namun ada suatu kelebihan besar yang dimiliki restoran ini.

Restoran Mikamal yang terletak tidak jauh daripada pintu masuk Istana Anak Bukit tempat bersemayamnya Tuanku Sultan Kedah ini menghidangkan antara masakan mee terbaik di Alor Setar.

Mee gorengnya amat sedap dan boleh dipesan samada mahu basah ataupun kering. Dengan sedikit sotong dan juga cucur serta tauhu yang digoreng dengan sedikit telur, keasyikkan mee ini amat memukau dan tanpa kita sedari, kita telah memesan sepinggan lagi.

Restoran Mikamal
Restoran Mikamal

Begitu juga dengan mee rebus yang amat sedap hasil gabungan dua jenis kuah iaitu kuah mee rebus serta kuah cili yang boleh diselaraskan untuk mendapatkan kepedasan yang diinginkan. Malahan rasa masam limau nipis serta rasa sedikit kemanisan itu sememangnya memerangkap selera.

Satu lagi menu yang menjadi kegilaan adalah pasemburnya yang sedap. Walaupun begitu, kuahnya sedikit manis.

Selain, mee serta pasembur, restoran ini juga turut menyajikan nasi kandar yang tidak kurang hebatnya dengan lauk pauk yang baik. Juga seperti biasa terdapat hidangan lazim restoran nasi kandar seperti roti canai, murtabak dan sebagainya.

Minumannya juga pelbagai dan lebih menggembirkan adalah layanan yang begitu mesra daripada pekerja walaupun anda memesan dengan banyak kerenah.

#7 Laksa Ikan Sekoq

Alamat: 255, Taman Wira Mergong, 05350 Alor Setar, Kedah

Siapa sahaja yang tidak menggemari laksa, lagi-lagi Laksa Penang. Memang tangkap leleh! Tak usah jauh-jauh singgah di Penang, di Alor Setar juga turut ada warung yang menyediakan Laksa Penang yang asli dan enak!

laksa ikan sekoq

Imej via Foursquare

Warung Laksa Ikan Sekoq ini merupakan antara warung yang paling terkenal sekitar Alor Setar. Terletak di tepi pantai, suasana di sini cukup nyaman dan santai.

laksa ikan @ laksa ikan sekoq

Imej via Foursquare

abc kelapa @ laksa ikan sekoq

Imej via Foursquare

Selain Laksa Ikan, menu lain seperti Cendol, Char Kuey Teow dan Pasembor. Bukan sahaja air kelapa, malah ABC mereka juga unik kerana dihidangkan dalam buah kelapa! Menarik, bukan?

#7 Awi Pulut

Alamat: Jalan Sehala, Taman Kolej, 05300 Alor Setar, Kedah

Bila dah selalu sangat makan nasi, pasti anda teringin makanan lain pula untuk mengisi perut anda yang kosong. Apa kata anda cuba makan pulut di Awi Pulut yang dikatakan antara gerai terbaik untuk menu pulut sekitar Alor Setar!

pulut @ awi pulut

Imej via Foursquare

pulut ayam berempah @ awi pulut

Imej via Foursquare

Antara pulut yang boleh anda cuba di sini ialah pulut ikan masin, pulut ayam berempah, pulut durian, pulut mangga, pulut kahwin dan banyak lagi.

nasi ayam berempah @ awi pulut

Imej via Foursquare

Masih ingin makan nasi? Jangan risau. Di sini juga ada menghidangkan nasi, antaranya nasi ayam berempah dan nasi berempah gulai ayam. Berbagai jenis betul menu di sini!

#8 Nasi Lemak Haji Ali

Alamat: Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05050 Alor Setar, Kedah

Restoran ini memang sangat terkenal dengan nasi kandarnya. Sudah beroperasi selama berpuluh tahun, tidak hairanlah restoran ini begitu ‘legend’ dan mendapat tempat di hati ramai orang, terutamanya penduduk di Alor Setar sendiri.

nasi kandar @ nasi lemak haji ali

Imej via Foursquare

lauk @ nasi lemak haji ali

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis lauk yang dihidangkan, namun kami sangat mengesyorkan agar anda cuba Ayam Marican mereka. Ayam ini bukan ayam goreng biasa. Ianya cukup berempah dan mempunyai aroma yang sangat memikat.

#9 Tat Nasi Ayam

Alamat: NO 22, GROUND FLOOR, KOMPLEKS PERNIAGAAN UTAMA,, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah

tat nasi ayam

Imej via Foursquare

Mengidam nasi ayam? Singgah sahaja di Tat Nasi Ayam! Ada berbagai jenis nasi ayam di sini- ada nasi ayam golek dan nasi ayam biasa. Menu berbeza namun keenakannya masih sama.

sate @ tat nasi ayam

Imej via Foursquare

rojak @ tat nasi ayam

Imej via Foursquare

Menu lain juga turut dihidangkan di sini, ada rojak dan sate yang juga merupakan antara menu yang ‘laku keras’ di sini, anda wajib cuba!

#10 Gulai 7 Kawah

Alamat: Jalan Gunung Perak 9, Taman Gunung Perak Vi, 05400 Alor Setar, Kedah
05400 Alor Star, Kedah

gulai 7 kawah

Imej via Foursquare

7 kawah

Imej via Foursquare

Unik betul nama restoran ini, tetapi memang itulah konsep utama restoran ini. Ada 7 kawah yang menghidangkan lauk gulai yang berbeza. Tetapi ini tidak bermaksud ada 7 lauk sahaja di sini, kerana lauk di sini memang banyak jenis!

gulai ayam kampung @ gulai 7 kawah

Imej via Foursquare

Antara lauk yang sentiasa menjadi pilihan ramai ialah gulai daging itik, gulai daging kambing dan gulai ayam kampung. Kuah gulai yang pekat dan berempah serta lauk yang segar menjadi punca utama ianya sangat digemari.

#11 Nasi Lemak Royale Hijau Kuning

Alamat: 424/A, Sultan Abdul Halim Highway, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, 05300 Alor Setar, Kedah

Satu lagi restoran yang sangat terkenal dengan nasi kandarnya – Nasi Lemak Royale! Ada beberapa cawangan di Kedah namun dikatakan cawangan Nasi Lemak Royale Hijau Kuning ini yang paling terkenal.

nasi lemak royale

Imej via Foursquare

lauk @ nasi lemak royale

Imej via Foursquare

Antara lauk yang digemari di sini ialah ayam goreng, sambal sotong dan telur masin. Kuah campurnya juga merupakan antara tarikan istimewa di sini, lebih banyak lebih enak!

#12 Medina Thai Palace

Alamat: Taman Tunku Majid, 05100 Alor Setar, Kedah

Anda teringin untuk mencuba makanan Thai? Tak usah pergi ke Thailand, restoran Medina Thai Palace ini ada menyediakan makanan Thai yang autentik resepi dan rasanya!

menu @ medina thai palace

Imej via Foursquare

menu @ medina thai palace

Imej via Foursquare

Sebut sahaja makanan Thai yang anda teringin, pasti ada di sini. Ada Kerabu Mangga, Ikan Siakap Stim Limau dan yang paling popular, Tomyam! Rasa pedas, masam dan manisnya memang seimbang, tidak hairanlah restoran ini sangat popular!

#13 Singgah Rasa Cafe

Alamat: 219, Jalan Tandop, Titi Keliling, 05400 Alor Setar, Kedah

briyani @ singgah rasa

Imej via Foursquare

Ingin menukar selera anda untuk mencuba makanan Pakistan? Lekaslah terjah Singgah Rasa Cafe! Ada berbagai jenis makanan Pakistan yang boleh anda cuba di sini. Ada briyani kambing, roti naan, capati dan pratha.

cheese naan meleleh @ singgah rasa

Imej via Foursquare

Menu yang cukup digemari ramai ialah Cheese Naan. Menurut ramai, kafe ini memang tidak kedekut dengan keju, sehinggakan menu ini digelar sebagai ‘Cheese Naan Meleleh’. Penggemar keju wajib cuba!

#14 No.8 Curry House

Alamat: 8A, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah

kari kepala ikan @ no.8 curry house

Imej via Foursquare

Ada penggemar kari di sini? Bila sebut sahaja tentang kari, pasti anda mula terbayangkan keenakan kari kepala ikan, bukan? Singgah sahaja di No. 8 Curry House untuk mencuba menu tersebut.

menu @ no. 8 curry house

Imej via Foursquare

Menu kari kepala ikan merupakan antara menu yang paling kerap dipesan di restoran berkonsepkan villa ini. Selain itu, menu lain seperti kari udang dan kari kambing juga boleh didapati di sini. Cukup enak dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan!

15 Roti Canai Celaru

Alamat: Lorong Teknik, Taman Gunung Perak, 05400 Alor Setar, Kedah

Unik betul nama gerai ini! Jika anda menggemari roti canai kuah campur dan banjir, anda wajib singgah gerai ini yang juga dikenali sebagai Roti Canai Celaru Teknik.

roti canai celaru teknik

Imej via Foursquare

Kuah yang dicampur bersama ialah kuah dal, kuah sardin dan sambal. Hidangan ini dilengkapi dengan telur separuh masak di atas rotinya. Tengok gambar pun sudah terliur, ini pula merasainya sendiri!

#16 Caffe Diem

Alamat: 44-53, Jalan Penjara Lama, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Kafe ini merupakan antara kafe yang paling popular sekitar Alor Setar. Namanya juga unik. Ianya diambil bersempena dengan pepatah Latin, ‘carpe diem’ yang menyuruh kita untuk bergembira pada hari ini dan lupakan tentang hari esok.

Menu di sini ada berbagai jenis. Berkonsepkan makanan Barat, antara jenis menu yang dihidangkan termasuklah hidangan berat, pasta dan burger. Lebih unik, nama kebanyakan menu di sini merupakan gabungan perkataan bahasa Melayu dan Inggeris!

tiramisu walnut @ caffe diem

Imej via Foursquare

nasi lemak softserve

Imej via Foursquare

seduktive

Imej via Foursquare

Antara menu yang popular di sini ialah Tiramisu Walnut, Burger Banjir, Seduktive dan Nasi Lemak Softserve. Nama-nama yang unik dan cukup menarik!

#17 Nasi Lan Peruda

Alamat: Bandar Alor Setar, 05200 Alor Setar, Kedah

Nama gerai ini memang ‘legend’. Untuk pengetahuan anda, gerai Nasi Lan Peruda yang beroperasi sejak tahun 1982 ini ada beberapa cawangan di Malaysia. Antaranya di Shah Alam, Putrajaya, Kuala Lumpur dan di Alor Setar.

menu @ nasi lan peruda

Imej via Foursquare

nasi lan peruda

Imej via Foursquare

Nasi Lan Peruda ini menghidangkan nasi kandar. Antara lauk yang kerap dipesan ialah sambal sotong, ayam madu, dan ayam kunyit. Lauk lain seperti udang, kerang, limpa dan daging masak hitam turut menambat hati ramai pelanggan.

#18 Tiffz Coffee Gallery

Alamat: 33-A, Jalan Psk Satu, Pekan Simpang Kuala, 05400 Alor Setar, Kedah

pasta @ tiffz coffee

Imej via Foursquare

Ada penggemar makanan Barat dan kopi di sini? Menu-menu di kafe Tiffz Coffee Gallery pasti cocok dengan citarasa anda! Antara jenis hidangan di sini ialah wafel, pasta, burger dan kopi.

kopi @ tiffz

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama kafe ini ialah semestinya minuman mereka, ada berbagai jenis kopi. Antara kopi yang boleh anda cuba di sini ialah Special Affogato, Rose Latte dan Nutty Mocha.

#19 Mee Abu

Alamat: Taman Sri Taman 2, 05100 Alor Setar, Kedah

mi abu

Imej via Foursquare

Sebut sahaja tentang Mee Abu, pasti ramai penduduk Alor Setar yang pernah terdengar tentang restoran itu. Terkenal dengan mi rebus yang lebih dikenali dengan nama ‘Mi Abu, restoran Mee Abu ini menghidangkan makanan Mamak yang sesuai dengan selera ramai.

mi goreng @ mee abu

Imej via Foursquare

kuey teow goreng @ mee abu

Imej via Foursquare

Selain mi rebus, restoran ini juga terkenal dengan menu lain seperti mi goreng Mamak, kuey teow goreng dan roti canai. Saiz hidangannya untuk setiap menu juga besar. Bukan sahaja menyelerakan malah mengenyangkan!

#20 Mee Faroq Roti Doll

roti doll

Imej via Foursquare

Unik betul nama menu ini – Roti Doll. Roti Doll ini merupakan roti canai yang dihidangakan bersama telur separuh masa di atasnya. Keistimewaan utama Mee Faroq Roti Doll ialah semestinya menu ini dan kuah banjirnya!

nasi lemak roti doll @ mee faroq roti doll

Imej via Foursquare

mee goreng @ mee faroq roti doll

Imej via Foursquare

Selain Roti Doll, nasi lemak di sini juga turut menambat hati ramai pelanggan. Memang sesuai dimakan semasa sarapan. Menu lain seperti mi goreng juga turut disediakan di sini.

 

#21 Warung Klasik

Alamat: Jalan Kangar – Alor Setar, Kampung Padang Lalang, 06250 Alor Setar, Kedah

Anda pernah terdengar tentang pek nga? Pek nga ini merupakan lempeng kelapa yang selalunya dimakan bersama kari ikan kembung atau pulut. Unik betul menu ini, yang pasti ianya memang enak!

lempeng @ warung klasik

Imej via Foursquare

Jika anda teringin untuk mencuba pek nga, anda bolehlah singgah di Warung Klasik ini. Ada pek nga pisang dan pek nga nyior, pilih sahaja yang mana yang berkenan di hati.

#23 Rumah AOR

Alamat: 1968 B Jalan Stadium, Jalan Stadium, 05604 Alor Setar, Kedah

Restoran Rumah AOR ini menghidangkan pelbagai jenis makanan. Dari makanan tempatan hingga ke makanan Barat, semuanya ada. Suasana kafe yang seperti kafe ‘hipster’ ini juga merupakan daya tarikan utama restoran ini.

chicken chop @ AOR

Imej via Foursquare

meatball @ aor

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah chicken chop, nasi goreng ayam kunyit, spaghetti aglio olio dan chicken grill.

 

Kesimpulan

Makan di Kedah juga bukanlah satu isu kerana banyak terdapat begitu banyak tempat makanan yang terbaik. Senarai ini sedikit sebanyak memberikan “outline” yang terbaik untuk anda merangka tempat makanan terbaik di sini.

Sungguhpun begitu, masih banyak tempat yang mungkin lebih baik tetapi terpulang kepada anda untuk menilai. Apapun, masakan ala kampong amat popular di Alor Setar.

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .