Seberang Perai terletak di Pulau Pinang, namun ia berada di kawasan tanah besar Semenanjung, bukan di atas pulau. Seberang Perai terdiri daripada 4 bandar iaitu Butterworth, Sebarang Jaya, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal.

Selalunya orang bercuti ke Pulau Pinang di bahagian Pulau. Namun, Kawasan Seberang Perai juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Jika anda ke Seberang Perai dan ingin merasai makanan best-best di sini, bolehlah cuba mana-mana tempat makan yang kami senaraikan dalam artikel ini.

 

#1 De Pauh Garden

De Pauh Garden

Imej via foursquare

Ia mungkin restoran terbesar di Pulau Pinang dengan kapasiti lebih 500 orang pada satu masa. De Pauh Garden juga menyediakan pilihan makanan yang banyak iaitu merangkumi masakan Melayu, Barat, Thai dan juga Indonesia. Ia juga ada kemudahan tempat meletak kereta termasuk untuk golongan OKU, ruang rehat, surau dan tandas.

De Pauh Garden mendapat rating yang tinggi untuk makanan mereka. Semua gabungan ini menjadikan De Pauh tidak putus-putus menerima pelanggan.

 

Alamat: 1618, Jalan Permatang Pauh, Taman Pauh, 13500 Perai

Waktu Operasi: Setiap hari (1030am – 2am)

 

#2 Restoran Fais

Restoran Fais

Imej via foursquare

Ramai peminat makanan barat yang suka menikmati makanan tersebut di sini. Makanannya bukan sahaja sedap tapi ia juga murah. Sukar untuk menentukan yang mana paling disukai pelanggan kerana rata-rata berpuas hati dengan hidangan yang mereka perolehi.

Lebih menarik adalah mereka mempunyai lima pilihan sos untuk Chicken Chop, Lamb Chop dan Steak. Jika anda tidak berminat dengan masakan Barat, anda boleh cuba masakan tempatan yang turut disediakan di sini.

 

Alamat: 1260, Mk 4 Permatang Janggus, 13500 Permatang Pauh, Bukit Mertajam (berhampiran Masjid Permatang Janggus)

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (4pm – 1am), ditutup pada hari Ahad

 

#3 Anjung Pauh Steamboat & Grill

Anjung Pauh Steamboat & Grill

Imej via foursquare

Restoran yang asalnya dikenali dengan steamboatnya turut mempelbagaikan menunya kepada masakan Melayu. Pilihan yang banyak iaitu kita-kira 60 jenis makanan inilah yang menarik hati pelanggannya.

Kalau hendak dipilih yang mana paling mendapat tempat, mungkin daging kambingnya kerana ia banyak mendapat komen positif. Harga steamboat adalah RM24.90 bagi orang dewasa, RM12 untuk kanak-kanak 7-12 tahun dan percuma untuk mereka yang berusia 6 tahun ke bawah.

 

Alamat: 36, Lorong Pauh Jaya 1/1, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5pm – 12am), ditutup pada hari Isnin

 

#4 Warung Paksu Mee Udang

Warung Paksu Mee Udang

Imej via foursquare

Ikan bakar, mee ketam, mee udang, kerang bakar, kerang rebus, sotong bakar, sate dan banyak lagi menu berasaskan makanan laut ada di sini. Mee udang dan mee ketamnya paling banyak dipilih pelanggan.

Hidangan yang lain pula seperti ketam sangat menggiurkan. Malah, pelanggan juga mengesyorkan hidangan ketam mereka. Jadi, anda pasti mahu mencubanya juga jika anda singgah di warung ini

 

Alamat: 385, MK 12, Bagan Nyiur Juru, 14000 Bukit Mertajam

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (12pm – 1030pm), ditutup pada hari Khamis

 

#5 Restoran Anggerik Desa

Restoran Anggerik Desa

Imej via foursquare

Menunya adalah gabungan masakan Pantai Timur dan Thailand. Nasi dagang, nasi kerabu, nasi campur, laksam, bubur pulut hitam, serawa pisang, somtam, pulut mangga dan banyak lagi. 

Ada yang suka datang untuk bersarapan di sini. Ada yang datang untuk pencuci mulutnya dan ada yang suka datang pada bila-bila masa kerana menunya yang pelbagai. Secara keseluruhannya, pelanggan amat berpuas hati dengan masakan mereka dan persekitaran serta layanan kepada pelanggan di sini.

 

Alamat: 12, Jalan Todak 4, Seberang Jaya, 13700 Perai

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 10pm)

 

#6 Al-Araby Mathaam

Al-Araby Mathaam

Imej via foursquare

Restoran masakan Timur Tengah menarik ramai pelanggan dari latar belakang budaya yang berbeza. Makanannya sedap dan harganya pula berpatutan. Seperti biasa, kuantiti makanan Timur Tengah banyak berbanding hidangan tempatan dan rasanya agak tawar.

Tapi, ia hebat pada dagingnya. Restoran ini luas dengan suasana yang cukup selesa untuk makan berkumpulan atau bersama-sama ahli keluarga,

 

Alamat: 2762, Persiaran Sembilang, G3 – G4, Tesco Extra Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 1030pm)

 

#7 Adam’s Kitchen Coffee & Grill

Adam’s Kitchen Coffee & Grill

Imej via foursquare

Bukan sahaja hiasan dalamannya menarik, makanannya juga sedap-sedap. Adam’s Kitchen pernah muncul dalam akhbar. Suasananya sungguh klasik, selasa dan menenangkan. Ia membuatkan anda berasa seperti sedang menikmati hidangan di rumah. Adam’s Kitchen pakar dalam menyediakan hidangan barat.

Pelanggan secara keseluruhannya mengakui keenakan masakan yang dihidangkan dan suka berkongsi gambar hidangan mereka serta suasananya. Kerana itu lah ramai pelanggan merasakan ia lokasi terbaik untuk menikmati masakan barat dan menyambut hari istimewa.

 

Alamat: G-28, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam

Waktu Operasi: Khamis – Jumaat (12pm – 12am) | Sabtu – Ahad (2pm – 12am) | Isnin – Selasa (12pm – 12am), ditutup apda hari Rabu.

 

#8 Nasi Kandar Pelita

Nasi Kandar Pelita

Imej via foursquare

Namanya memang tidak asing lagi di Pulau Pinang. Bagi ramai pelanggannya, resepi nasi kandarnya adalah yang terbaik berbanding nasi kandar di tempat lain. Ayam goreng memang selalu menjadi pilihan. Sup kambingnya yang pekat pula memang dengan mudah memikat hati. Tempatnya bagus dan makanannya juga sedap. Cukuplah ini untuk menarik lebih ramai pelanggan kepadanya.

 

Alamat: No.56, Lorong Kurau 1, Taman Chai Leng, 13700 Perai

Waktu Operasi: Setiap hari selama 24 jam

 

#9 Restoran Ikan Bakar Din

Restoran Ikan Bakar Din

Imej via foursquare

Mustahil untuk tidak memasukkan restoran ini ke dalam senarai. Daging Harimau Menangis mereka asyik disebut-sebut pelanggan mereka. Daging Harimau Menangis sebenarnya adalah daging batang pinang yang dibakar.

Selain itu, ada banyak pilihan makanan yang lain sampai rambang mata dibuatnya. Suasana restoran cukup selesa. Cuma, jumlah meja adakalanya tidak dapat menempatkan semua pelanggan yang datang dalam jumlah yang banyak pada kebanyakan masanya.

 

Alamat: 6735, Jalan Butterworth, Kampung Permatang Manggis, 13200 Kepala Batas

Waktu Operasi: Sabtu – Rabu (11am – 4pm), ditutup pada hari Rabu dan Khamis

 

#10 Restoran Hameediyah

Restoran Hameediyah

Imej via foursquare

Nasi Biryani, nasi kandar, ayam kampung dengan bawang, ayam kapitan; ini adalah antara hidangan yang disebut-sebut pelanggan. Nama restoran ini juga sudah lama dikenali penduduk di sekitarnya.

Jadi, kualiti makanannya sudah diakui bagus bagi ramai pelanggannya. Malah mereka juga sudah mempunyai beberapa cawangan. Tempat makannya juga bersih, selesa dengan kerusi turut disediakan di luar premis untuk pelanggan yang mahu makan di ruang terbuka.

 

Alamat: 2730, Jalan Baru, Taman Pauh Jaya, 13600 Perai

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (11am – 1030pm), ditutup pada hari Selasa

 

#11 Restoran Mutiara Bonda

Restoran Mutiara Bonda

Imej via foursquare

Restoran Mutiara Bonda menyediakan dua jenis masakan iaitu masakan kampung atau Melayu dan masakan Thai. Udang masak merah, siakap tiga rasa, ayam kampung goreng, kerabu mangsa, kalian ikan masin, ulam-ulaman, semua sedap-sedap dan dihidangkan dengan cukup menarik. Mutiara Bonda juga menyediakan beberapa set hidangan iaitu set ikan bawal, set ayam kampung, dan set kepala ikan bermula pada harga RM8.

 

Alamat: 1797-G-09, Kompleks Autoworld, Jalan Perusahaan, Juru Interchange, 13600 Perai

Waktu Operasi: Setiap hari (1130am – 10pm), ditutup pada hari Ahad

 

#12 Best Cendol Said

Best Cendol Said

Imej via Facebook

Sedapnya makan cendol yang isinya ialah pulut, kacang merah, sagu, durian, nangka, mempelam, laici dan buah nau. Best Cendol Said Cuma sebuah warung ringkas yang tidaklah luas.

Tapi, makan cendol di sini dengan pelbagai hidangan nasi campur memang menyeronokkan. Kerana kelazatan makanan dan cendol mereka, Best Cendol Said juga menerima tempahan untuk majlis-majlis tertentu. Rugi kalau sudah berada di sini tetapi tidak mencuba cendol mereka.

 

Alamat: 2999, Jalan Todak, Taman Burung, 13700 Seberang Jaya

 

#13 Paparoger Café & Delivery

Paparoger Café & Delivery

Imej via foursquare

Kalau nak makan makanan barat dan shell out, ini salah satu tempat yang boleh berada dalam senarai anda. Mereka turut menyediakan makanan tempatan walaupun rata-rata pilihan pelanggan yang datang ke sini ialah makanan barat dan shell out.

Kuantiti makanan yang diberikan boleh dikatakan banyak. Suasanan restoran ini amat sesuai untuk anda lepak dengan rakan-rakan sambil menikmati hidangan atau bawa keluarga anda untuk menjamu selera.

 

Alamat: 68, Persiaran Tenggiri, 13700 Seberang Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari (4pm – 12am)

 

#14 Noor Mee Kuah

Noor Mee Kuah Butterworth

Imej via foursquare

Mee goreng sotong, mee rebus, pasembur – ini semua menu terbaik yang terdapat di sini. Bagi ramai pelanggan, inilah mee Mamak yang terbaik di Butterworth.

Mee gorengnya yang agak basah membezakannya dengan Mee Goreng Mamak yang lain. Ini kerana ia dimasak sekali dengan kuah sambal sotong. Selain itu, ada juga hidangan yang lain termasuk ayam goreng yang biasanya laku di mana-mana restoran Mamak.

 

Alamat: P7, Bagan Luar, 12200 Butterworth

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 10pm)

 

#15 Restoran Sup Hameed

Restoran Sup Hameed

Imej via foursquare

Walaupun selepas berpuluh tahun ia beroperasi, Restoran Sup Hameed masih mampu mengekalkan kualiti makanan mereka dan menarik pelanggan baru serta mengekalkan yang lama sehingga kini. Pelanggan yang datang ke sini pastilah mahu menghirup aneka sup yang pekat seperti sup ayam, sup daging dan sup kambing. Anda juga boleh makan sup di sini dengan roti benggali.

 

Alamat: 48, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari 24 jam

 

#16 Roti Canai Transfer Road

Roti Canai Transfer Road

Imej via foursquare

Ia hanyalah warung di tepi jalan yang terletak di Jalan Transfer. Dari situlah ia mendapat namanya. Tiada apa yang menarik mengenai dekorasinya.

Anda datang hanya untuk makan. Sudah terlalu ramai yang memberikan komen positif mengenai roti canainya yang digandingkan dengan aneka pilihan kuah iaitu dhal, kari ayam, kari ikan dan kari daging. Roti bakar dengan telur pun sering disebut-sebut. Kalau tak mahu bersaing mendapatkan tempat duduk dengan pelanggan lain, silalah datang awal.

 

Alamat: 110-114, Jalan Transfer, 10050 George Town

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 12pm)

 

#17 Jawi House Café & Gallery

Jawi House Café & Gallery

Imej via foursquare

Nasi Lemuni dan Tart Lemon adalah antara hidangan yang anda patut cuba di sini. Nasi Lemuninya sering menerima pujian pelangggan. Jawi House Café & Gallery mengkhususkan masakan mereka kepada masakan Jawi Peranakan asli.

Restoran ini mempunyai hiasan dan suasana yang klasik, sesuai dengan hidangan mereka

 

Alamat: 85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 10pm)

 

#18 Coffee Affair Roasters

Coffee Affair Roasters

Imej via foursquare

Dekorasinya menarik, sama seperti persembahan hidangannya. Kalau anda suka kopi atau mahu makanan yang ringan sesuai untuk melepak, ini tempat yang sesuai untuk aktiviti itu.

Tidak mustahil kalau blogger dan kaki media sosial mahu mengambil gambar dan memasukkannya ke dalam Insta serta Facebook mereka. Aneka minumannya memang selalu menjadi pilihan. Begitu juga dengan aneka kek mereka terutama kek yang berasaskan cokelat. Harganya tidaklah begitu mahal tetapi sesuai dengan kepuasan yang diperolehi.

 

Alamat: 21, Lebuh Bishop, 10200 George Town

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 1130pm)

 

#19 Restoran Pen Mutiara

Restoran Pen Mutiara

Imej via foursquare

Menu istimewa mereka ialah Kari Kepala Ikan Penang. Pelanggan juga mengakui yang kari kepala ikan mereka adalah yang antara yang terbaik di Pulau Pinang.

Disebabkan itulah ia selalu diserbu pelanggan terutama ketika waktu makan tengah hari. Jadi, kalau anda tidak suka bersedak, cuba datang pada waktu selain tengah hari. Untuk pencuci mulutnya pula, cuba makan ais kacangnya. Harga makanan di sini boleh dikatakan agak mahal tapi pelanggan sentiasa pulang dengan rasa puas hati.

 

Alamat: 17 & 19 Jalan Selat, 12000 Taman Selat, Butterworth

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 1030pm)

 

#20 Restoran Ida Mee Udang

Restoran Ida Mee Udang

Imej via foursquare

Tempat makan yang ringkas. Pelanggan yang datang memang sudah mengetahui kelazatan mee rebus dan mee udang di Restoran Ida Mee Udang. Sekurang-kurangnya mereka tahu yang ada banyak komen positif mengenainya di laman web dan blog-blog tertentu. Restorannya ringkas tanpa dekorasi unik atau mewah.

Jadi bukan untuk si kaki Insta. Tapi pelanggan tak peduli tentang itu. Apa mereka tahu ia bersih dan kemas, makanannya sedap dengan udang dan ketam semua segar.

 

Alamat: 3640, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (1230pm – 1am) | Selasa (1pm – 1am)

 

Kesimpulan

Anda suka kedai makan yang mana? Atau anda ada cadangan tambahan lain? Jangan lupa untuk memberi cadangan tempat makan best di Seberang Perai yang lain untuk kami masukkan dalam senarai ini.

Oh, yang penting jangan lupa share artikel ini ya.

Selain tempat makan best di Seberang Perai, kami juga mempunyai artikel tempat makan menarik yang lain untuk anda baca.

Penulis: anis

anis

Seorang yang simple. Suka mencuba dan mencari tempat makan yang menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.