Berjalan ke sebelah Utara pastinya menenangkan tambahan dapat melihat pemandangan indah sawah padi yang luas terbentang. Terasa hijau dan segar mata memandang.

Dah berada di sekitar Nibong Tebal, apa kata kita cuba cari makan di kawasan sekitar pula. Nibong Tebal ini di bawah pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. Mesti ada makanan yang sedap di sini.

Jom kita cari di mana ada tempat makan yang sedap.

#1. Restoran Simpang 9 Corner

Restoran Simpang 9 Corner merupakan restoran masakan Melayu yang terletak di bandar Nibong Tebal. Setiap hari, restoran ini menyediakan sebanyak 60 jenis lauk pauk tengahari yang merupakan masakan kampung.

Ikan Bakar @ Simpang 9 Corner

Imej via facebook

Anda boleh menikmati kari ayam kampung, sotong bakar, terubuk bakar, ayam percik, kari kepala ikan, keli bakar, gulai talang dan bermacam menu sehingga keliru dibuatnya. Cumanya jika makan di sini waktu tengahari agak bahang dan sedikit panas suasananya.

Sotong @ Simpang 9 Corner

Imej via foursquare

Alamat : Jalan 1, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari kecuali Rabu minggu kedua dan ketiga

#2. Kari Corner

Kari Corner menyediakan menu masakan Melayu, seafood dan juga makanan barat. Ikan bakar, seafood, western food. Sering menjadi tumpuan ramai menjelang tengahari kerana menunya yang begitu menarik.

Kari Telur Ikan Sembilang @ Kari Corner

Imej via facebook

Ia terdiri dari ikan bakar,ayam bakar,daging bakar, kari ikan sembilang, jenahak,merah,pari, asam pedas ikan jenahak,merah, berbagai jenis siput,belitung, kupang, lala, kerabu, serta berbagai jenis ulam kampung. Pada waktu malam anda boleh lah mencuba pelbagai menu ala carte, menu seafood dan juga shell dumpling.

Seafood @ Kari Corner

Imej via facebook

Tak menyesal makan di sini.

Alamat : 2169, Kampung Permatang Keling, 14300 Nibong Tebal, Penang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari. Untuk menu ala carte & shell dumpling bermula dari jam 6.30 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#3. Restoran Asmah & Jalal

Kelihatan dari jauh restoran ini seakan sebuah rumah kerana ia terletak di lot – lot rumah Kg Che Aminah. Dahulunya ia merupakan sebuah rumah yang telah diubah suai menjadi sebuah restoran.

Nasi Beriani @ Restoran Asmah dan Jalal

Imej via facebook

Menu disediakan agak ringkas dan mudah untuk pelanggan. Anda boleh mencuba nasi ayam di sini, atau boleh juga mencuba set bawal goreng atau ikan kembong yang disajikan bersama kuah kari, sambal belacan dan juga ulam.

Nasi Goreng Ayam @ Restoran Asmah & Jalal

Imej via facebook

Anda juga boleh juga mencuba mee udang, mee rebus dan bihun sup di sini. Air 3 layer tea juga sedap tau. Rasa makanan di sini bertaraf lima bintang, gerenti puas hati.Bottom of Form

Alamat : Lot 1881, Jalan Bukit Panchor, Kg Che Aminah, 14300 Nibong Tebal, Penang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#4. Kedai Kasim Nibong Tebal

Kedai Kasim Nibong Tebal telah lama beroperasi di Taman Sentosa ini. Menyediakan beberapa menu yang ringkas sahaja, namun pelanggan tetap ramai dan kerap menjamu selera di sini.

Pasemboq @ Kedai Kassim Nibong Tebal

Imej via facebook

Menu yang memang best adalah pasembor, mee rojak, mee goreng, bihun goreng dan juga mee kari. Pelanggan silih berganti namun jangan risau jika datang ke sini pastinya anda dapat menikmati hidangan terindah di sini.

Pasembor @ Kedai Kassim Nibong Tebal

Imej via facebook

Alamat : 17, Jalan Che Ahmad, Taman Sentosa, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari kecuali Ahad tutup

#5. Mee Udang Bagan Tiang

Rugi hangpa tak mai makan kat Mee Udang Bagan Tiang. Nak tau pasai pa dak ? Sebab kat sini udang yang digunakan untuk masakan fresh – fresh semuanya.

Mee Udang @ Mee Udang Bagan Tiang

Imej via facebook

Restoran Mee Udang Bagan Tiang ini terletak di Tanjung Berembang iaitu jalan menghala ke Sungai Acheh SPS. Udang yang digunakan adalah udang segar yang baru naik dari laut.

Nasi Goreng Udang @ Mee Udang Bagan Tiang

Imej via facebook

Apa menu yang anda boleh cuba di sini ? Kalau nak tahu, menu yang sangat popular sudah tentulah mee udang. Ada mee udang biasa, mee udang special, mee goreng udang, bihun udang dan nasi goreng udang. Semuanya berasaskan udang lah.

Alamat : P169, Kampung Simpang Tiga, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari kecuali Jumaat tutup

#6. Rizq Bistro

Jika anda inginkan menu berharga RM 6.90 sahaja, datanglah menjamu selera di Rizq Bistro pada hari Khamis. Biarpun harganya murah, namun saiz hidangannya tetap besar dan berbaloi. Agaknya menu apa yang semurah itu, datanglah dahulu baru tahu.

Chicken Chop @ Rizq Bistro

Imej via foursquare

Rizq Bistro merupakan sebuah restoran yang menyediakan makanan Arab, Pakistan, barat dan juga oriental. Menu yang sangat pelbagai dan begitu banyak pilihan.

Nasi Arab @ Rizq Bistro

Imej via foursquare

Ada nasi Arab, chicken chop, roti nan cheese, mushroom soup with garlic bread dan bermacam menu pilihan. Kebab pun sungguh menyelerakan dan mampu menceriakan hari anda dengan keenakan rasanya.

Alamat : 117-145, Lorong Bukit Panchor 2, Taman Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 9.30 malam setiap hari

#7. Nasi Kandar Jamal Mohamed

Siapa tak kenal Nasi Kandar Jamal Mohamed, bukan anak jati Nibong Tebal lah jawabnya. Restoran ini seperti mana restoran lain menyediakan menu nasi kandar yang begitu popular.

Roti Tisu @ Nasi Kandar Jamal Mohamed

Imej via facebook

Roti canai juga turut terdapat di sini, pilih sahaja roti apa yang diinginkan samada roti telur, roti planta, roti tisu, roti pisang, roti sardin dan bermacam jenis roti lagi. Kuah kari dan kuah dhal nya memang gabungan yang tepat untuk dimakan bersama.

Nasi Kandar @ Nasi Kandar Jamal Mohamed

Imej via facebook

Jangan lupa mencuba roti nan dan roti bakar telur goyang yang menjadi kegemaran ramai.

Alamat : Taman Perindustrian Nibong Tebal, 14300 Nibong Tebal, Penang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#8. Restoran Nasi Ayam Hainan

Restoran ini terkenal dengan menu nasi ayam. Anda boleh mencuba nasi ayam biasa, nasi ayam special, dan juga nasi ayam blackpepper. Memang lain dan sedap rasanya, nasinya lembut sahaja.

Nasi Ayam @ Nasi Ayam Hainan

Imej via foursquare

Menu lain yang boleh anda cuba pula adalah seperti mee kari, nasi lemak, char kueteow, nasi goreng udang,mee bandung, maggi bandung, sup ayam dan moi sup. Jika datang pada hari Rabu dan Sabtu ada terdapat menu nasi tomato di sini.

Bihun Sup @ Nasi Ayam Hainan

Imej via foursquare

Alamat : 117-145, Lorong Bukit Panchor 2, Taman Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu tutup jam 9.30 petang dan Ahad tutup jam 3.00 petang

#9. Restoran Diana Tom Yam Seafood

Suasana di Restoran Diana Tom Yam Seafood ini yang begitu selesa membuatkan ramai yang gemar bersantai di sini. Malah, para remaja juga suka menjadikan restoran ini sebagai tempat bertemu rakan sebaya.

Siakap 3 Rasa @ Restoran Diana Tomyam

Imej via facebook

Menyajikan pelbagai menu masakan panas, tomyam antara menu yang menjadi pilihan ramai. Nasi bujang juga antara yang popular di sini. Biarpun ringkas menunya, namun menjadi pilihan ramai.

Udang Sos @ Restoran Diana Tomyam

Imej via facebook

Alamat : 1850, Jalan 1, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari

#10. Desa Corner

Bagi yang mengetahui tentang Desa Corner ini, anda sangat bertuah kerana berpeluang merasai keenakan masakan di sini. Dengan harga bermula dari RM 5.00, anda dapat menikmati hidangan yang sungguh memuaskan hati.

Mee Bandung @ Desa Corner

Imej via facebook

Anda boleh mencuba mee sup ayam, laksa, mee udang, kueteow Kungfu, nasi goreng yang memang sedap. Lauk pauk menjelang tengahari juga sangat banyak dan terdiri dari pelbagai lauk pauk kampung, sambal belacan dan juga ulam – ulaman.

Nasi Campur @ Desa Corner

Imej via facebook

Ruang makan yang besar membolehkan ramai pelanggan menjamu selera di sini terutamanya menjelang tengahari.

Alamat : Jalan Bukit Panchor, Taman Camar Jaya, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali Ahad tutup

#11. Restoran Nada Seafood

Anda yang sudah kelaparan boleh lah menjamu selera di Restoran Nada Seafood ini yang dibuka seawal jam 2.30 petang. Pelbagai menu masakan panas ala Thai boleh menjadi hidangan anda. Anda boleh memilih menu ala carte ataupun set pakej yang sangat berbaloi.

Siakap 3 Rasa @ Nada Seafood

Imej via HiMyDaling

Set ekonominya berharga serendah RM 30.00 sahaja cukup untuk 2 hingga 3 orang makan. Tomyamnya agak pekat, pedas, lemak dan masam pastinya menyelerakan. Selain menu ala Thai anda juga boleh mencuba chicken chopnya yang garing dan lembut di dalam.

Somtam @ Nada Seafood

Imej via HiMyDaling

Bagi yang sukakan menu rare, apa kata anda cuba sup lidah lembu yang jarang dijual di restoran lain.

Alamat : 2-28, Taman Cenderawasih Indah, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 2.30 petang hingga 2.00 pagi setiap hari

#12. Aiman Steamboat & Grill

Aiman Steamboat & Grill menyediakan ruang solat dan tandas yang bersih dan selesa buat para pengunjung. Kemudahan ini membuatkan ramai pelanggan tidak perlu gusar untuk mengerjakan solat sebaik tibanya waktu solat.

Shellout @ Aiman Steamboat & Grill

Imej via facebook

Makan, makan dan makan, memang puas hati makan di Aiman Steamboat & Grill ini. Dengan hanya RM 16.50 seorang, anda boleh makan dengan sepuas – puasnya. Jika inginkan menu shellout, restoran ini turut menyediakannya dengan harga RM 15.00 sahaja.

Steamboat n Grill @ Aiman Steamboat & Grill

Imej via facebook

Bagi masakan panas sebagai menu tambahan, harganya juga sangat berpatutan.

Alamat : 2-28, Jalan Sinar 1, Taman Sinar, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#13. Nasi Kandar Nurul 

Nasi kandar Melayu jarang kita temui kerana biasanya nasi kandar mamak begitu popular di mana jua. Jika anda gemarkan menu nasi kandar, cuba pula menu tersebut di Nasi Kandar Nurul.

Nasi Kandar @ Nasi Kandar Nurul

Imej via facebook

Gulai karinya lain dari restoran mamak, namun memiliki keenakan yang tersendiri. Anda boleh mencuba pelbagai jenis kari samada kari ikan, daging, ayam, ada telur masin, sayur goreng, bendi rebus, daging masak hitam dan banyak lagi yang boleh anda cuba.

Nasi Kandar @ Nasi Kandar Nurul

Imej via facebook

Alamat : Gerai No. 4, Jalan Bukit Panchor, Taman Helang Jaya, 14300 Nibong Tebal, Penang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari kecuali Ahad tutup

#14. Kafeteria Jemput Makan

Memang unik nama restoran ini, seolah – olah sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pelanggan. Oleh sebab itu, ramai yang menjamu selera disini kerana sentiasa dialu-alukan.

Ramen Chicken Chop @ Kafetaria Jemput Makan

Imej via facebook

Restoran ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelanggan setiap hari, malah ramai juga yang membuat sambutan majlis kecil – kecilan di sini. Antara menu yang terbaik di sini adalah sizzling fried rice, nasi goreng chicken chop, nasi putih daging salai dan maggi ramen chicken.

Nasi Goreng Sizzling @ Kafetaria Jemput Makan

Imej via facebook

Terdapat juga menu lain yang boleh anda cuba. Pilih saja di dalam senarai menu yang disediakan.Bottom of Form

Alamat :No 21, Lorong Seri Saujana, Taman Seri Saujana, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 6.00 petang setiap hari kecuali Rabu tutup

#15. Restoran Seri Pekaka Seafood

Restoran ini memiliki ruang makan yang agak luas dan boleh menampung kira – kira 50 orang pelanggan pada satu – satu masa. Staff di restoran yang sangat mesra dan ramah membuatkan pelanggan selesa menjamu selera di sini.

Nasi Goreng @ Restoran Pekaka

Imej via foursquare

Menyediakan pelbagai jenis masakan ala Thai sememangnya menjadi pilihan ramai masa kini. Tambahan pula sup ekor di sini memang tiada tandingannya, menjadikan ia antara hidangan popular.

Western @ Restoran Pekaka

Imej via foursquare

Nasi goreng dagingnya juga memang terbaik dengan dagingnya yang lembut. ABC yang terdapat di sini begitu mengliurkan cukup menyegarkan tekak anda.

Alamat : 12, Jalan Pekaka 1, Taman Pekaka, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 3.00 pagi setiap hari

#16. Restoran Naseer

Restoran ini sering menjadi port lepak para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), terutamanya pada musim bola. Skrin layar akan dipasang semasa berlangsungnya perlawanan bola sepak.

Nasi Kandar @ Restoran Naseer

Imej via foursquare

Harga makanan pun sangat berpatutan sebab itu juga ia menjadi tumpuan. Roti nan dan ayam tandoori nya memang sedap dan tak rugi cuba. Mee goreng mamak pun memang enak rasanya.

Roti Canai @ Restoran Naseer

Imej via foursquare

Yang sukakan nasi kandar, boleh cuba kuah kari campurnya yang memang marvellous lah !

Alamat : 47, Lorong Pekaka 1, Taman Pekaka, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

#17. D’ Hot Cafe Western 

Sememangnya restoran ini menampilkan menu yang sangat hot serta menjadi kegemaran ramai. Tidak hairanlah nama restoran pun agak hot. D’Hot Café Western & Roti Bakar menyediakan pelbagai menu yang begitu hot perkatakan.

Chicken Chop @ D'Hot Cafe

Imej via facebook

Menu yang sememangya hot di sini terdiri dari roti bakar, penkek, steamboat dan grill, burger leleh ayam / daging,roti John, roti kukus sangkaya D’Hot, lamb chop cheese, Hawaiian lamb chop, chicken grill cheese, roti bakar telur Bedeney, nasi goreng blackpepper, nasi lemak evolusi dan mee claypot.

Ramen Chicken Chop @ D'Hot Cafe

Imej via facebook

Lain – lain menu pun ada juga, tapi kita letak yang hot – hot sahaja.

Alamat : 8, Lorong Belatuk 3, Taman Bersatu, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari kecuali Rabu tutup

#18. Kari Claypot (Anuar & Ani)

Menggunakan hanya ikan segar sebagai menu hidangan, Restoran Kari Claypot ini menyediakan pelbagai jenis kari ikan. Kesemua menu akan dimasak mengikut pesanan pelanggan dan menu tidak dimasak awal.

Kari Ikan @ Kari Claypot Anuar & Ani

Imej via azmanabdullah

Pelanggan akan menikmati hidangan panas – panas yang baru dimasak. Antara ikan yang terdapat di sini adalah ikan jenahak, tenggiri, pari, kembung dan ikan grut – grut. Setiap kari claypot akan disajikan bersama kacang bendi dan juga tomato sebagai penambah perisa.

Kari Ikan @ Kari Claypot Anuar & Ani

Imej via azmanabdullah

Alamat : Jalan Che Ahmad, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad tutup

#19.  Restoran Mee Mamu Corner

Mee goreng paling sedap di sini, rugi rasanya kalau anda tak cuba. Cukup lengkap rasanya, malah mee nya juga tidak terasa kapur. Enak dimakan panas sebaik sahaja dihidangkan.

Mee Goreng @ Mee Goreng Mamu

Imej via RohazatAriffin

Jika masih tidak puas menikmati mee goreng, apa kata order pula rojak pasembornya yang memang terbaik. Kuahnya pekat, manis dan sedikit masam memberi rasa yang begitu syok sekali.

Mee Goreng @ Mee Goreng Mamu

Imej via IzzunIbrahim

Alamat : 2307, Lorong Seri Emas 1, Taman Seri Emas, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 8.50 malam setiap hari

#20. Kedai Kak Na Laksa Seringgit

Harga makanan dan minuman di Kedai Kak Na Laksa Seringgit cukup murah, iaitu serendah RM 1.00 sahaja. Menu yang anda boleh nikmati di sini adalah laksa, bihun sup, mee kuah, kueteow sup, keropok lekor, nugget, sosej dan ais kacang milo.

Bihun Sup @ Kedai Kak Na

Imej via facebook

Walau bagaimana pun, harga makanan bergantung kepada jenis makanan yang dipesan kerana terdapat menu special dengan harga yang berbeza. Biarpun harga berbeza jika memesan yang special, namun harganya masih tetap murah dan berbaloi.

Bihun Sup @ Kedai Kak Na

Imej via facebook

Alamat : Jalan Taman Bukit Negeri, Kampung Sungai Buaya, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 1.00 petang hingga 7.00 malam setiap hari kecuali Selasa tutup

Kesimpulan

Lepas ini tak perlu pening lagi tercari – cari tempat makan yang best di sekitar Nibong Tebal ini. Memang menarik dan tertarik dibuatnya.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.