Daerah Gerik suatu tika dahulu sangat digeruni oleh orang ramai kerana dikatakan ia sebagai salah sebuah kawasan santau. Namun, kebenarannya tidak dapat dibuktikan oleh mana – mana pihak.

Bandar Gerik juga merupakan pintu atau laluan pertama untuk memasuki wilayah selatan Thailand. Malah, bandar ini terletak tidak jauh dari Kuala Kangsar dengan jarak 100 kilometer sahaja.

Kini, bandar Gerik semakin dikenali ramai, lebih – lebih lagi bagi mereka yang ingin ke negeri Kelantan atau ke selatan Thailand kerana mereka akan melalui bandar Gerik. Di bandar Gerik juga terdapat pelbagai kedai makan yang sedap serta menarik untuk dinikmati.

Bagi yang melalui bandar Gerik untuk ke destinasi seterusnya, sebaiknya berehat sebentar sambil menjamu selera di kedai makan yang terdapat di sini. Harga makanan yang terdapat di sini masih rendah dan begitu menjimatkan.

#1. Castella Café

Pernah kah anda terfikir untuk menikmati hidangan di dalam sungai ? Jika anda inginkan sesuatu yang luar biasa, sila lah datang ke Castella Café di Gerik, Perak. Meja makan yang disediakan terletak di atas rakit buluh dalam air sungai yang mengalir.

Bagi anda yang ingin mencuba hidangan di sini, adalah disarankan supaya membuat tempahan lebih awal dengan pemilik café yang dikenali sebagai Tok Janggut Putih. Ini kerana hidangan yang disajikan merupakan menu masakan tradisi masyarakat Melayu Hulu Perak dan ada sesetengah hidangan memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk menyediakannya.

Nasi Lauk Castella Cafe

Imej via facebook

Terdapat sesetengah hidangan dihidangkan dalam bekas buluh bagi hidangan yang berkuah. Tempahan awal juga adalah perlu bagi mengelakkan kekecewaan dari merasai hidangan mereka yang boleh dinikmati dalam suasana berkelah di tepian sungai.

Nasi Lauk Castella Cafe

Imej via facebook

Hidangan di Castella Café kebanyakannya menggunakan ikan sungai yang segar seperti ikan sebarau, tilapia, kelaba, tenggalan dan sebagainya. Pelbagai menu menarik boleh anda cuba di sini dengan nama hidangannya juga begitu unik. Antara menu yang boleh anda cuba adalah Gulai Ikan Baung atau Sebarau, Sambal Ikan Lawa, Kijang Masak Sakai, Ikan Kelah Bakar, Ikan Masak Sakai, Nasi Daun Benban @ Nasi Buluh dan banyak lagi.

Lokasi : Castella Cafe di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik

Waktu Operasi : 12.00 tengahari hingga 5.00 petang setiap hari (kecuali Selasa tutup)

#2. Long Burger Gerik

Bagi anda yang ingin mencuba hidangan ringan untuk makan malam bolehlah datang ke Gerai Kabin ini. Ia menghidangkan pelbagai makanan ringkas seperti kebab, burger, oblong serta hotdog yang cukup mengliurkan. Gerai ini terletak tengah bandar Gerik turut dikenali dengan nama burger panjang atau Long Burger Gerik (LBG).

Burger Long

Imej via facebook

Hidangan di sini disajikan bersama sos yang dicipta sendiri oleh pengusaha gerai. Ia merupakan gabung sos cili, sos lada hitam serta mayonis bersama sos keju yang memiliki rasa lemak dan masam.

Terdapat tiga jenis pilihan istimewa burger yang boleh anda cuba seperti Smart Burger, Marvellous Burger serta Platinum Burger. Ketiga – tiga jenis burger ini menggunakan ramuan yang berbeza sebagai pelengkap hidangan.

Burger Long

Imej via facebook

Selain burger, gerai ini turut menyediakan teh ais buih serta nescafe tiga lapisan yang menampilkan ciri – ciri yang begitu luar biasa serta istimewa. Kelihatan buih teh ais yang terhasil meleleh serta menutupi hampir seluruh gelas, manakala nescafe tiga lapisannya pula memberi rasa yang begitu sempurna dengan rasa lemak serta agak pekat.

Lokasi: Gerai Kabin, Bandar Gerik, Perak

Waktu Operasi: 4.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari (kecuali Jumaat tutup)

#3. Sisca Café

Café ini terletak di kawasan kampung daerah Gerik, Perak. Biarpun ia hanyalah sebuah café ‘kampung’, namun ia menyajikan hidangan moden serta ala hipster dengan harga yang sangat berpatutan. Malah, harga makanan di sini kebanyakan di bawah RM 10 sahaja untuk setiap hidangan.

Kerabu Noodle Sisca Cafe

Imej via facebook

Pelbagai menu yang pastinya dapat memenuhi selera anda, malah terdapat menu viral turut disediakan buat para pelanggan. Antara menu yang sering mendapat permintaan pelanggan adalah seperti Boat Noodle, Chicken Porridge, Chicken Chop, Spaghetti, Meatball Black Pepper  dan Cheezy Chicken. Bagi yang menggemari hidangan Thai, anda boleh mencuba kerabu Maggi serta Nasi Pad Pade yang sememangnya enak. Terdapat juga pelbagai jenis dimsum yang boleh anda nikmati.

Mee Wantan Sisca Cafe

Imej via facebook

Selain hidangan utama, pelanggan juga boleh mencuba pelbagai jenis minuman seperti Iced Milk Coco, Iced Milk Green Tea, Ice Milk Tea serta banyak lagi. Di samping itu juga terdapat Iced Pot Choc Chip, Iced Pot Peanut, Iced Pot Tutty Fruity serta Iced Pot Mint Choc Chip.

Lokasi : No 6 Jalan Tohshahbandar 5, Gerik 33300

Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari

#4. Restoran Dapur Rumbia

Restoran Dapur Rumbia ini terletak berhampiran pekan Gerik kira – kira 1 kilometer sahaja jaraknya. Ia berada di sebelah kiri jalan dan berhampiran dengan Pejabat Taman Negeri Royal Belum serta berhadapan Taman Tok Purba Lahamat.

Nasi Goreng Rumbia

Imej via facebook

Ia menyediakan pelbagai menu ala Thai serta makanan Barat. Selain ala carte, restoran ini juga mempunyai pakej hidangan dengan harga yang sangat berpatutan.

Kerabu Maggi Rumbia

Imej via facebook

Oleh kerana setiap hidangan yang disajikan sungguh enak serta menyelerakan, maka tidak hairanlah ia sering menjadi tempat menjamu selera pilihan ramai. Harga yang sangat berpatutan menjadikan ia menjadi tumpuan ramai.

Alamat : Jalan Suda Bahagia, Tamamn Purba Lahabat, 33300 Gerik, Perak

Waktu Operasi : 12.00 tengahari hingga 2.00 pagi setiap hari

#5. Restoran Tanduk Rusa

Restoran Tanduk Rusa yang terletak di Jalan Haji Meor Yahya ini menyajikan pelbagai hidangan kegemaran ramai. Malah, restoran ini juga menyediakan hidangan masakan kampung yang sukar ditemui di bandar – bandar besar.

Nasi Lauk Tanduk Rusa

Imej via facebook

Hidangan viral yang menjadi pujaan ramai di restoran ini adalah siput sedut masak lemak, ikan baung cili padi padu, ikan tenggalan masak tempoyak, ikan bakar sebarau, ikan sembilang dan bermacam lagi. Kebanyakan ikan sungai yang digunakan sebagai hidangan adalah ikan segar yang diperolehi dari kawasan sekitar.

Cendol Tanduk Rusa

Imej via facebook

Bagi anda yang sedang kehausan di kala matahari terik, apa kata cuba cendol yang tersedia di sini. Selain dapat menghilangkan kehausan, anda juga pasti merasa tenang dapat menikmati kedinginan cendol di sini.

Alamat : Jalan Haji Meor Yahya, Kampung Bendang Kerajaan, 33300 Gerik, Perak

Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 5.00 petang

#6. Nasi Lemak Ayam Godam

Sebaik sahaja anda melewati Bangunan Bazar MARA Gerik, pastinya anda terkesima dengan aroma yang bertiupan, cukup menyelerakan. Aroma ayam goreng berempah dari Restoran Nasi Lemak Ayam Godam pastinya memukau dan membuka selera.

Nasi Lemak Ayam Godam

Imej via facebook

Anda yang sedang tercari – cari restoran untuk menjamu selera di sekitar Gerik, pastikan singgah di restoran ini dan rasai keenakan hidangan nasi lemak ayam yang disajikan. Restoran ini hanya menghidangkan nasi lemak ayam berempah sahaja seperti mana nama restorannya. Jadi, jangan pula anda memesan hidangan lain ya !

Air Laici Nasi Lemak Godam

Imej via facebook

Anda juga boleh mencuba air sirap laici serta lemon asam boi tanpa gula yang begitu menyegarkan. Pastinya ia boleh menghilangkan kehausan anda terutamanya di musim panas.

Lokasi : Bangunan Bazar MARA Gerik, Perak.

Waktu Operasi : 2.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari (kecuali Jumaat tutup)

#7. Kedai Makan Nasi Sup Semarak Rasa

Kedai makan Nasi Sup Semarak Rasa ini terletak berhampiran kuarters JKR Gerik. Ia menyediakan ruang makan yang begitu santai buat para pelanggannya.

Sup Semarak Rasa

Imej via facebook

Menu yang tersedia di restoran ini disajikan dalam bentuk set atau pakej yang begitu murah harganya. Antara menu yang terdapat di sini adalah pelbagai pilihan sup seperti sup ayam, sup daging, sup perut serta sup urat keting. Selain sup, terdapat juga set hidangan ikan goreng bawal serta kari bawal.

Nasi Sup Semarak Rasa

Imej via facebook

Setiap set hidangan disajikan bersama ulam – ulaman serta sambal belacan dan juga telur dadar sekiranya memesan set hidangan sup. Biarpun hidangan disajikan dalam bentuk set atau pakej, namun harganya sangat berpatutan untuk semua pelanggan.

Lokasi: 33300 Gerik, Perak

Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari (kecuali Sabtu tutup)

#8. Gerai Mee Rebus Che Nah

Gerai Mee Rebus Che Nah yang terletak di bandar Gerik ini merupakan port yang wajib anda singgah jika berada di Gerik Perak. Ia menyajikan dua sajian istimewa buat para pelanggannya iaitu mee rebus serta laksa telur sarang.

Mee Rebus Che Nah

Imej via facebook

Selain dua sajian istimewa ini, menu lain yang terdapat di sini adalah masakan panas seperti nasi goreng, mee goreng, mee bandung, bihun sup dan banyak lagi. Nasi goreng yang paling best adalah nasi goreng ikan rebus yang cukup menyelerakan.

Nasi Goreng Ikan Rebus

Imej via facebook

Selain makanan bermasak, kedai ini turut menyediakan pelbagai jenis minuman. Air yang paling sedap sekali di sini adalah air jagung special yang pastinya memukau tekak anda. Harga makanan di sini pula adalah sangat berpatutan selari dengan keenakan hidangan yang disajikan.

Lokasi : Taman Puncak Nilam, 33300 Gerik, Perak

Waktu Operasi : 9.30 pagi hingga 7.00 petang setiap hari (kecuali Jumaat tutup)

#9. Roti Bakaq Teloq Meleleh

Hidangan ringan tetapi mengenyangkan. Inilah yang anda boleh nikmati di gerai roti bakaq teloq meleleh yang terletak di hadapan Hospital Gerik atau bersebelahan Bank Simpanan Nasional Gerik.

Gerai ini hanya beroperasi mulai jam 6.00 petang setiap hari kecuali Jumaat. Menu yang terdapat di sini semuanya menarik, enak serta menyelerakan.

Roti Bakaq Gerik

Imej via facebook

Menunya terdiri dari campuran sosej, telur, daging kisar, keju, sos dan juga mayonis yang dimakan bersama roti bakar yang garing. Harga pula adalah serendah RM 3.00 sahaja dan setiap bahan tambahan hanya dikenakan RM 1.00 untuk satu item.

Roti Bakaq Gerik

Imej via facebook

Bagi penggemar roti bakar, boleh datang merasai sendiri keenakan menu tersebut di sini.

Lokasi : Berhadapan Hospital Gerik atau bersebelahan BSN Gerik

Waktu Operasi :  6.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari (kecuali Jumaat tutup)

#10. Restoran Bongor

Restoran Bongor di Gerik ini menyediakan sarapan pagi dan juga hidangan makan tengahari. Pada sebelah pagi, anda boleh merasai sendiri keenakan roti canai yang garing di luar tetapi lembut di dalam di sini. Lebih enak menikmati roti canai bersama teh Tarik dangdut yang ternyata awesome.

Roti Canai Banjir Restoran Bongor

Imej via facebook

Bagi hidangan tengahari pula, pelbagai lauk pauk kampung tradisional disediakan. Terdapat masak lemak ikan bersama belimbing, kari daging, gulai Nangka, ikan masak cuka, bawal goreng, sambal udang dan bermacam lagi.

Gulai Lemak Restoran Bongor

Imej via facebook

Restoran ini sering dikunjungi penduduk tempatan malah mendapat kunjungan ramai tetamu dari luar juga. Harga makanan di sini juga sangat berpatutan dan agak murah berbanding di tempat lain.

Lokasi : No. 29 ,Jalan Tun Saban, Gerik 33300

#11. Thirty Cafe

Melangkah ke dalam restoran ini kelihatan susun aturnya begitu ringkas dan tenang. Ala – ala hipster pun ada dekorasinya. Thirty Cafe yang terletak di pekan Gerik ini menyajikan pelbagai hidangan kegemaran ramai.

Chizza Thirty Cafe

Imej via facebook

Turut menampilkan konsep coffee house, cafe ini menyajikan hidangan bermasak dari tengahari hinggalah makan malam. Terdapat juga hidangan untuk minum petang yang boleh dijadikan port santai bersama teman – teman dan keluarga tersayang.

Tomyam Thirty Cafe

Imej via facebook

Menu makan malam yang menjadi pilihan ramai sudah tentulah makanan barat yang lebih ringkas dan mengenyangkan seperti spaghetti, chicken chop, burger, serta bermacam lagi. Terdapat juga hidangan masakan panas ala Thai sebagai santapan.

Bagi yang datang pada sebelah petang pula, anda boleh merasai keenakan serta kerangupan cucur udang yang enak di sini. Malah, ia dihidangkan panas – panas buat para pelanggan yang memesan menu ini. Sudah pastinya menceriakan minum petang anda tatkala menikmati keenakan cucur udang di sini.

Lokasi : 30, Pusat Komersial DGerik, Gerik

Waktu Operasi : 12.30 tengahari hingga 9.30 malam setiap hari

Kesimpulan

Biarpun Gerik ini hanyalah sebuah pekan kecil, namun ia sering mendapat kunjungan dari luar kerana ia merupakan salah satu laluan untuk ke Pantai Timur. Malah, Gerik juga merupakan salah satu pintu masuk untuk ke Selatan Thailand yang menjadi pilihan ramai.

Penduduk tempatan yang masih mendiami sekitar Gerik terdiri dari generasi emas dan kebanyakan generasi baru sudah banyak meninggalkan daerah kecil ini. Biarpun pekan Gerik ini bukanlah destinasi yang digemari oleh generasi baru, namun ia tetap memiliki keunikan serta warisan yang masih dikekalkan sehingga hari ini.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.