Mungkin ada di antara yang masih kabur di manakah letaknya Ara Damansara. Jika anda pernah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, lihat di sebelah kanan akan kelihatan Citta Mall. Maka, itulah lokasi sebenar Ara Damansara.

Pada awalnya, Ara Damansara ini agak sunyi, namun kini telah terdapat banyak perkembangan serta pembangunan dilakukan di kawasan ini. Kawasan ini semakin digemari ramai dan sesuai dijadikan tempat tinggal bersama keluarga tersayang.

Bagi yang belum familiar dengan kawasan ini, dan tidak tahu hendak makan di mana, di sini ada jawapannya. Jom kita tengok di mana tempat makan yang best di sekitar Ara Damansara ini.

#1. Restoran DIMA

Restoran DIMA ini merupakan sebuah restoran yang menyajikan makanan Arab. Ia terletak di kawasan yang begitu strategik dan menjadi perhatian ramai.

Nasi Arab Kambing @DIMA Restaurant

Imej via facebook

Dekorasi restoran ini sangat menarik kerana menggunakan konsep kontemporari yang cukup unik. Susun atur serta hiasan dalaman ruang makan restoran ini begitu tenang dan selesa.

Kebab @DIMA Restaurant

Imej via facebook

Maksud DIMA dalam Bahasa Arab adalah gudang makanan dan kesemua hidangan yang disediakan merupakan menu makanan Arab. Restoran ini menyediakan begitu banyak menu makanan Arab tidak seperti di restoran lain.

Antara nasi Arab yang terdapat di sini adalah Mandi, Khabsah, Madghout, Hanith dan D’Zurbiyan. Kesemua nasi ini menggunakan resepi asli yang menggunakan teknik – teknik tertentu bagi menghasilkan nasi yang enak. Selain nasi, terdapat juga roti arab yang dimakan bersama kari kambing.

Alamat : G-G-6, BLOCK G, Jalan PJU 1A/3, Taipan 2 Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.30 pagi hingga 10.30.00 malam setiap hari (kecuali Jumaat dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 10.30 malam)

#2. Onde Onde

Onde onde merupakan nama sejenis kuih tradisional Melayu. Namun, di Ara Damansara ini terdapat sebuah restoran yang dinamakan Onde Onde.

Nasi @Onde-Onde

Imej via facebook

Restoran ini menggunakan nama Onde Onde adalah kerana ingin memberi pengalaman kepada pelanggan yang datang ke restoran ini merasai nostalgia zaman dahulu ketika menikmati hidangan di sini.

Laksa @Onde-Onde

Imej via facebook

Kualiti makanan sangat dititikberatkan oleh pemilik restoran. Kuih muih tradisi seperti onde onde, kuih lopis, cucur udang, kuih nyonya, pulut panggang, pisang goreng dan keropok lekor dihidangkan dalam set mangkuk tingkat.

Terdapat hidangan lain seperti salad ala Thai, ayam berempah, sambal udang, otak – otak, ayam goreng crispy dan banyak lagi.

Alamat :G-49, Ground Floor, CITTA MALL, No.1 Jalan PJU 1A/48 Jalan PJU 1,Ara Damansara
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#3. Gamelan

Mungkin ada yang teringatkan menu nasi dagang Terengganu di kala ini. Bagi anda yang berada di sekitar Ara Damansar, datanglah ke Oasis Square, Ara Damansara kerana terdapat sebuah restoran yang menghidangkan menu dari negeri Terengganu.

Pulut Rendang @Gamelan

Imej via facebook

Menggunakan resepi tradisi turun temurun, pemilik restoran mengekalkan keenakan nasi dagang semasa penyediaan hidangan tersebut. Ruang dalaman restoran dihiasi dengan persekitaran hijau.

Nasi Lemak @Gamelan

Imej via facebook

Selain nasi dagang, anda boleh mencuba nasi minyak, nasi kerabu, laksa serta banyak lagi. Malah terdapat juga menu makanan barat disediakan di sini. Harga makanan di sini juga sangat berpatutan berbanding di tempat lain.

Alamat : B-G-05, Capital 2, Oasis Square, Jalan PJU 1A/7A Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya
Waktu Operasi : DIbuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#4. Restoran Jai Nasi Kukus

Dibuka seawall jam 7.00 pagi, Restoran Jai Nasi Kukus ini dikunjungi ramai pelanggan terutama yang bekerja di kawasan sekitar. Nasi kukus merupakan menu utama di sini disajikan bersama ayam goreng berempah, kuah gulai, ulam serta sambal belacan.

Nasi Kukus @ Restoran Jai

Imej via picpanzee

Selain nasi kukus, pada sebelah pagi terdapat menu nasi lemak kukus ayam berempah. Ia sering menjadi pilihan pelanggan yang datang menjamu selera di sini. Aneka kuih muih serta bubur manis turut tersedia.

Nasi Lemak Kukus @ Restoran Jai

Imej via picpanzee

Menjelang makan tengahari, nasi kukus paling laku keras. Selain itu juga, terdapat nasi kukus lauk campur juga mendapat sambutan. Nasi ayam juga sangat menyelerakan di sini.

Aroma ayam berempah yang digoreng panas, pastinya menarik perhatian ramai.

Alamat : 75, Jalan PJU 1A/1, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari

#5. Restoran Kerisek

Restoran Kerisek menyediakan pelbagai hidangan tradisional Melayu serta fusion dengan harga yang sangat istimewa. Hidangannya juga memiliki rasa yang unik dan juga begitu enak untuk dinikmati.

Nasi Pelangi @ Restoran Kerisek

Imej via facebook

Pelbagai jenis hidangan yang pastinya menepati citarasa anda. Terdiri dari pelbagai jenis kuih muih tradisional Melayu, hidangan nasi yang terdiri dari nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang, pulut kuning, laksa, mee kari, mee rebus, sate, hidangan Barat dan banyak lagi.

Kuih Muih @Restoran Kerisik

Imej via facebook

Jika datang menjelang makan tengahari, pelbagai lauk – pauk disediakan, sehingga anda pastinya keliru untuk memilih lauk. Semuanya sedap – sedap tau !

Alamat : B.1.1, Pacific Place @ Ara Damansara,Jalan PJU 1A/4, Ara Damansara, 47310 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 11.00 malam setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#6. Restoran D Lesung Bonda

Restoran D Lesung Bonda menyediakan resepi air tangan seorang bonda buat para pelanggannya. Sudah pasti, keenakan hidangan di sini memberi kepuasan buat para pelanggan yang datang.

Asam Pedas @D Lesung Bonda

Imej via picpanzee

Menyediakan pelbagai masakan Melayu, pastinya menjadi kegemaran ramai. Menu terkenal di sini adalah asam pedas ikan seperti ikan pari, jenahak, keli, tenggiri serta kembung.

Yee Mee Kungfu @D Lesung Bonda

Imej via picpanzee

Gulai lemak juga menjadi kegilaan ramai menjelang waktu makan tengahari. Selain itu, terdapat juga masakan panas seperti menu yee mee, nasi goreng, mee goreng dan sebagainya.

Alamat : No. 1-1, Jalan PJU 1A/20A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam setiap hari (kecuali Ahad)

#7. Nate’ Bistro

Nate’ Bistro ini berada betul – betul di belakang Citta Mall yang menjadi kunjungan ramai untuk membeli belah. Kedudukan restoran yang strategik, memudahkan pelanggan memakir kereta di tempat yang disediakan.

 Laksa Ikan Sekor @Nate Bistro

Imej via facebook

Menyediakan pelbagai menu yang best dan meletop di sini antaranya laksa ikan seekor, soto, mee kari, lontong, pasta, kebab, pelbagai jenis pencuci mulut dan kuih muih tradisional dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan memang penuhlah senarai menu yang ada.

Nasi Ayam @ Nate Bistro

Imej via facebook

Nate’ Bistro ini turut menyediakan hidangan buffet menjelang bulan Ramadhan dengan pelbagai hidangan. Yang bestnya, di sini juga disediakan kemudahan surau untuk mengerjakan solat sunar Tarawikh, malah terdapat seorang imam yang akan memimpin solat sunat Tarawikh setiap kali bulan Ramadhan. Menarik kan?

Alamat : CG-01 Centum @ Oasis Corporate Park, 2 Jalan PJU 1A/2, Petaling J, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#8. Restoran Thaqwa

Restoran Thaqwa merupakan sebuah restoran mamak, dibuka 24 jam sehari menjadi tumpuan warga ibu kota. Seperti restoran mamak lain, restoran ini pastinya menyediakan pelbagai hidangan dari India yang terdiri dari roti canai, tosei, roti tisu, murtabak, capati dan sebagainya. Nasi campur dengan pelbagai kuah kari pastinya yang dicari – cari jika ke sini.

 

Tomyam @ Restoran Thaqwa

Imej via restoranthaqwacorner

Selain masakan India, restoran ini turut menyediakan makanana ala Thai yang tidak kurang hebatnya. Hidangan tomyam dengan kuah yang pekat, masam, manis dan lemak pastinya mengliurkan. Harga makanan di sini adalah standard dan tidaklah mahal.

Maggi Goreng @Restoran Thaqwa

Imej via openrice

Lokasinya begitu sesuai, maka tidak hairanlah ramai yang datang menjamu selera di sini, lebih – lebih menjelang waktu tengah malam.

Alamat : Blok A No.8,A-G, 1, Jalan PJU 1a/20a, Dataran Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

#9. Thai Nyonya Express

Peminat hidangan Thai boleh cuba terjah ke Thai Nyonya Express yang terletak di Taipan Damansara 2 ini. Bermacam – macam hidangan Thai disediakan.

Udang @ Thai Nyonya

Imej via facebook

Harga makanan di sini juga sangat berbaloi, dengan hanya RM 60.00 anda boleh menikmati hidangan udang gergasi seberat antara 450 gram hingga 500 gram. Kalau anda datang semasa hari lahir anda, pastikan anda membawa myKad dan boleh claim 2 ekor ketam bersaiz XXL secara percuma. Best kan ?

Ketam Cili @Thai Nyonya

Imej via facebook

Pelbagai hidangan yang terdiri makanan laut disediakan di sini, antaranya udang Kam Heong, lobster telur masin, ketam sos Thai, tomyam dan banyak lagi. Sampai naik juling mata melihat menu yang dipaparkan.  Yang pastinya memang sedaplah makanan di sini, kesegaran makanannya pun tetap terjaga.

Alamat : 2, Jalan PJU 1a/1, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang dan dibuka semula mulai jam 5.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari (kecuali Isnin tutup)

#10. Nasi Lemak Lobster

Pernah tak anda mencuba nasi lemak dimakan bersama lobster? Kalau belum pernah, apa kata kali ini anda mencuba nasi lemak lobster yang terdapat di sekitar Ara Damansara ini. Dengan harga serendah RM 17.50, anda boleh menikmati hidangan mini nasi lemak lobster yang dipenuhi dengan keju.

Nasi Lemak Lobster

Imej via facebook

Terdapat juga menu lain yang terdiri dari ketam, kerang dan sebagainya. Selain nasi lemak, anda juga boleh mencuba spaghetti lobster yang mampu memikat hati. Sotong sambal yang penuh dengan rasa pastinya menambat hati.

Spaghetti @ Nasi Lemak Lobster

Imej via facebook

Bagi menghilangkan rasa dahaga, anda boleh mencuba minuman ice blended yang memang awsome seperti bandung ice blended, teh tarik blended, jagung ice blended dan banyak lagi. Hidangan di sini juga turut disediakan dalam bentuk pakej hidangan yang lebih murah dan berbaloi.

Alamat : 21, Jalan PJU 1a/20a, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.30 petang hingga 11.00 malam setiap hari

#11. Blokke Cafe

Makan sambil bermain, sudah tentunya menjadi syurga buat anak – anak yang kian membesar. Kalau anda hendak tahu, Blokke Cafe menyediakan kemudahan permainan lego dan juga tempat makan buat para pengunjung.

Cafe Cake @ Blokke Cafe

Imej via facebook

Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan dan terdiri dari makanan Barat seperti lasagna, sherperd’s pie, sandwich croissant, kek, tart, crepe, brownies dan juga nasi lemak. Sambil menunggu anak anda bermain, boleh lah menikmati secawan kopi panas, teh, milkshake, soda, jus serta beberapa minuman istimewa.

Pizza @ Blokke Cafe

Imej via facebook

Pastinya anda tidak akan bosan sementara menunggu anak – anak bermain bersama lego mereka.

Alamat: F41, First Floor Citta Mall, Jalan PJU 1A/48A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari Sabtu dan Ahad

#12. My Kedai Makan

Hidangan tradisional masyarakat Melayu Pantai Timur menjadi pilihan ramai, maka tidak hairanlah restoran My Kedai Makan turut menyajikan nasi dagang, nasi kerabu, nasi kukus ayam berempah, nasi berlauk dan sebagainya. Menjadi pilihan pelanggan yang datang ke sini tanpa jemu.

Lauk @ My Kedai Makan

Imej via facebook

Pada sebelah pagi terdapat nasi lemak daun pisang, kuih muih, bihun goreng dan bermacam lagi. Menjelang tengah hari pula, barisan lauk – pauk menjadi perhatian ramai, menu masakan kampung yang terdiri ayam kampung, gulai lemak cili api, gulai lemak pegaga, kerabu perut, ulam – ulaman, ikan masin, sambal belacan dan banyak lagi.

Nasi Kukus @ My Kedai Makan

Imej via facebook

Alamat : Jalan PJU 1A/20A, Dataran Ara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia 43300
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari

#13. Upeh Cafe

Suasana cafe ini begitu tenang jika anda melangkah masuk ke sini. Terasa begitu nyaman dan selesa untuk menjamu selera. Menyajikan pelbagai hidangan termasuklah menu Pantai Timur serta dessert yang begitu menarik sekali.

Nasi Dagang @ Upeh Cafe

Imej via facebook

Nasi dagang, nasi tumpang, nasi kerabu Royal, laksa, nasi lemak, roti bakar, durian ball, pulut panggang, laksam, keropok lekor, kek red valvet & hummingbird dan banyak lagi. Minumannya pula banyak pilihan yang sedap – sedap. Anda boleh mencuba teh tarik, apple kasturi, teh hijau ais, pelbagai jenis kopi dan banyak lagi.

Kopi @ Upeh

Imej via facebook

Ternyata keputusan anda untuk menjamu selera ini adalah tepat kerana hampir kesemua hidangannya menepati citarasa anda.

Alamat : A-G-6 Blok A, Jalan PJU 1A/3, Taipan 2, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari

Kesimpulan

Kemana jua anda pergi, jangan biar kan perut anda berkeroncong tanpa muzik. Berada di sekitar Ara Damansara pastinya tidak mengecewakan selera anda kerana terdapat begitu banyak tempat makan yang boleh anda nikmati.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .