Petaling Jaya mempunyai banyak tempat makan yang menarik. Oleh itu, apa yang disenaraikan di sini semestinya tidak mencukupi. Berikut adalah 11 restoran terbaik di Petaling Jaya yang boleh anda kunjungi:

#1 Shell Out

Menu @ Shell Out

Imej via Foursquare

Ada banyak restoran shell out di Malaysia. Tapi ramai yang setuju kalau ini antara yang terbaik di Petaling Jaya. Kalau anda baru hendak mencuba hidangan shell out, restoran ini dikatakan antara tempat paling bagus untuk anda mencubanya!

Majoriti memuji kuahnya yang sedap dan pilihan makanan laut yang segar. Ruang makan restorannya pula luas, bersih dan selesa. Tidak hairanlah ramai pelanggan yang pernah datang mengesyorkan restoran ini kepada orang ramai. Sekali cuba, pasti hendak lagi!

Alamat: 16-1, Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 11:30 pagi hingga 10 malam

#2 Jom Cari Makan

Menu @ Jom Cari Makan

Imej via Foursquare

Jom Cari Makan menyediakan aneka hidangan citarasa Asia. Jadi, menu mereka sangat pelbagai dan menarik. Kalau anda suka makanan laut, mereka ada pelbagai hidangan berasaskan makanan laut seperti udang, sotong, ikan dan lala.

Mereka juga ada aneka sup, tau fu, dan sayur-sayuran. Jom Cari Makan sering menjadi pilihan untuk makan berkumpulan atau bersama keluarga. Ia mudah menjadi antara restoran pilihan dalam senarai pelanggan, memang menarik!

Mongolian Chicken @ Jom Cari Makan

Imej via Foursquare

Tambahan pula, harganya boleh dikira murah jika dibandingkan dengan kebanyakan restoran yang lain. Antara hidangan pilihan pelanggan ialah Nasi Goreng Nyonya, Nasi Ayam Hainan, Ayam Mongolia, dan Nasi Ayam BBQ, anda wajib cuba!

Alamat: 33-1 & 33-2, Jalan PJU 5/12, Kota Damansara, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam

#3 Ilham Nasi Kukus

Nasi Kukus @ Nasi Kukus Ilham

Imej via Foursquare

Ilham Nasi Kukus menyediakan nasi kukus yang dihidangkan dengan ayam goreng berempah herba bersama kuah kari dan sambal belacan. Selepas cawangan yang pertama dibuka di Mutiara Damansara, Ilham Nasi Kukus dengan pantas dan mudah diterima ramai.

Ramai pelanggan menggemari nasi kukusnya. Bukan sahaja kerana ia sedap tetapi saiz ayamnya juga besar. Ada tiga jenis kari untuk anda pilih iaitu kari ayam, ikan dan daging kerutup. Keropok ikan juga boleh dipesan untuk menambah selera, pasti sedap!

Alamat: No.9, Lorong 51A/227A, Seksyen 51A, Petaling Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 11:30 pagi hingga 9 malam

#4 Restoran Ayam Kampung Kota Damansara

Tak banyak restoran yang menghidangkan ayam kampung walaupun hidangan itu cukup digemari ramai. Mujur ada satu yang popular di Kota Damansara yang menyajikannya. Semestinya ia sering sibuk dengan pelanggan.

Ayam Kampung @ Ayam Kampung KD

Imej via Foursquare

Menurut pelanggan, masakan Melayu yang dihidangkan semuanya sedap-sedap dan restorannya pula kemas dan bersih. Terdapat juga beraneka sambal dan ulam-ulaman untuk dipilih, memang mnyelerakan!
Alamat: Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, bermula dari jam 11 pagi hingga 9:45 malam

#5 Restoran Mimpi Muor

Kalau sebut Muor atau Muar, mungkin anda membayangkan yang restoran ini menghidangkan mee bandung iaitu masakan terkenal di Muar. Tapi sebaliknya di Restoran Mimpi Muor. keistimewaan utama mereka ialah asam pedas.

Asam Pedas Ikan Pari @ Mimpi Muor

Imej via Foursquare

Mereka ada pelbagai pilihan ikan termasuk kembung, pari, jenahak dan ikan merah. Pemiliknya amat tegas dalam menjaga kualiti makanan mereka supaya menyamai kualiti makanan, terutamanya asam pedas, dari Muar.

nasi campur @ mimpi muor

Imej via Foursquare

Selain itu, Restoran Mimpi Muor turut memasukkan nasi campur dalam menu mereka. Harga makanan di sini adalah berpatutan di mana harga asam pedas adalah bergantung kepada jenis ikan yang diminta, memang berbaloi!

Alamat: 26-1, Jalan PJU 7/16a, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, untuk hari minggu bermula dari jam 9 pagi hingga 5:30 petang manakala untuk hujung minggu pula bermula dari jam 8 pagi hingga 5:30 petang

#6 Nasi Lemak Kukus Chef Fauzey

Bila dengar nasi lemak kukus, tak ada apa yang pelik kerana itu biasa. Tapi kalau disebut nasi lemak kukus goreng, pasti akan tertanya-tanya bagaimana rupa dan rasanya. Itulah yang berlaku semasa kali pertama mengenalinya.

Nasi Lemak Goreng @ Fauzey

Imej via Foursquare

Tanpa premis, restoran ini hanya mula beroperasi dengan menggunakan sebuah lori untuk memasak. Nasi lemak dengan sambal istimewa ini sedap dimakan seperti biasa atau ditambah dengan udang goreng dan ayam berempah resepi istimewa juga.

Maka tak mustahillah kenapa Nasi Lemak Kukus Chef Fauzey yang pernah memasak di hotel lima bintang ini terkenal. Malah, ia turut muncul dalam rancangan-rancangan terkemuka di televisyen termasuk Majalah 3.

Alamat: Jalan Sentosa 3/57, PJ Old Town, 46000 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Dibuka pada hujung minggu sahaja, bermula dari jam 6:30 petang hingga 11 malam

#7 Restoran Chili’s Crab Seafood

Menu @ Chilli's Crab Seafood

Imej via Foursquare

Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan berasaskan ketam. Sebut sahaja menu yang terlintas di minda – ketam cili, ketam telur masin, ketam lada hitam, ketam kam heong, ketam keju mentega, ketam masam manis, sup ketam, semuanya termasuk makanan laut lain ada!

Kalau dilihat pada menu dan hiasan restoran, ia nampak seperti restoran yang menghidangkan masakan Cina, Namun jangan risau, pemilik restoran ini beragama Islam dan masakan yang disediakan juga adalah halal.

Pelanggan juga amat berpuas hati dengan layanan dan tempoh masa yang cepat dalam menerima makanan walaupun pelanggan sedang ramai. Datanglah ke sini jika anda mahu makan ketam. Dijamin puas hati!

Alamat: 26-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya (dekat Sunway Giza)

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam

#8 Makan Heritage

Lamb @ Makan Heritage

Imej via Foursquare

Makan Heritage pernah muncul dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Antara makanan yang dipesan ketika itu adalah Pasta Goreng Mamak, Nasi Ayam Kunyet Chenta, Makan Lamb Cuts Aus Jus, dan Nasi Dulang Hang Tuah.

Pasta Goreng Mamak @ Makan Heritage

Imej via Foursquare

Percayalah, semuanya nampak menyelerakan terutama Pasta Goreng Mamak. Gabungan makanan tempatan dan Itali ini begitu unik dan menjadi sekali, memang terbaik! Ruang makan pula luas dengan dekorasi ringkas dan santai, cukup selesa!

Alamat: 17G, Jalan Camar 4/5A, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 pagi, manakala untuk hari Jumaat dan Sabtu bermula dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi

#9 Restoran Village Park

Nasi Lemak @ Village Park

Imej via Foursquare

Ia dikatakan restoran yang menghidangkan nasi lemak yang paling sedap di Damansara Utama. Jadi, ramai yang datang ke sini untuk kali pertama akan mencuba nasi lemak mereka. Nasi lemak dengan ayam goreng mereka lembut di dalam dan rangup di luarnya.

Nasi Dagang @ Village Park

Imej via Foursquare

Sambalnya cukup rasa, nasinya lembut dan wangi. Selain daripada nasi lemak, Restoran Village Park juga menghidangkan Nasi Dagang, Mee Udang, Assam Laksa, Lontong dan banyak lagi masakan tempatan.

Bukan itu sahaja, mereka juga ada menjual hidangan ringan seperti roti sambal dan roti kukus. Datanglah ke sini untuk menjamu selera jika anda berada berdekatan kerana reputasi restoran ini amat meyakinkan, kami pasti!

Alamat: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, pada hari minggu bermula dari jam 6:30 pagi hingga 7 malam manakala pada hujung minggu dibuka dari jam 6:30 pagi hingga 6 petang

#10 Restoran Ayam Kampung Publika

Mana-mana restoran yang menghidangkan ayam kampung biasanya akan menjadi pilihan ramai. Terutama jika masakan mereka sedap. Memang seronok makan nasi dengan pilihan lauk sendiri yang kemudiannya ditambah dengan ayam kampung goreng.

Menu @ Ayam Kampung Publika

Imej via Foursquare

Bagi mereka yang rindu dengan masakan kampung, ini betul-betul akan mengubat rindu anda semua. Menu lain yang boleh didapati ialah gulai urat, siput sedut masak lemak, daging salai, sup tulang, sup tulang, sup herba, ulam-ulaman, sambal belacan dan banyak lagi!

Alamat: 10, Jalan PJU 8/3, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 11:15 pagi hingga 4 petang

#11 Restoran Waneeda Tom Yam

Ramai mengakui yang Tom Yam di sini adalah yang terbaik. Malah ada juga yang mengakui rasanya persis seperti tomyam di Thailand! Restoran ini juga merupakan antara restoran yang menghidangkan masakan Thailand yang kena dengan citarasa orang Malaysia.

Ketam Cili @ Waneeda Tomyam

Imej via Foursquare

pulut mangga @ waneeda tomyam

Imej via Foursquare

Menu di sini kebanyakkannya berasaskan makanan laut, cukup enak dimakan bersama nasi panas! Selain itu, anda juga boleh mencuba pulut mangga yang merupakan pencuci mulut Thai yang sangat popular, pasti enak!

Alamat: 22A-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam

Sudah mula rambang mata mahu serbu tempat makan yang mana satu ke tu? Jika ya, lekaslah serbu mana-mana tempat makan yang kami senaraikan ini ya, dijamin puas hati! Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani Muhamad Sabri

Nurul Hani Muhamad Sabri

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.