Mencari tempat dating di Penang?

Penang memang kaya dengan pelbagai tarikan dan ini termasuklah dengan tempat makan. Dari street food ke hidangan fine dining, semuanya ada. Tidak hairanlah negeri ini menjadi tumpuan pelancong.

Masih tercari-cari tempat dating yang sesuai untuk anda dan pasangan? Berikut kami senaraikan 10 tempat dating di Penang untuk anda kunjungi. Teruskan membaca!

#1 Suffolk House Restaurant

Alamat: 250, Jalan Air Hitam, Georgetown, 10460 George Town, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Dari luar, restoran Suffolk House ini kelihatan seperti rumah agam klasik, memang cantik reka bentuknya. Rumah agam Georgia yang dibina sekitar tahun 1800 ini sebenarnya merupakan sebuah restoran yang menyediakan selera Barat.

tempat dating penang suffolk
Imej via Foursquare

Kebanyakan pelanggan yang menjamu selera di sini menggemari hidangan minum petang mereka yang kebanyakannya merupakan pencuci mulut. Skon merupakan antara menu yang wajib anda cuba, memang sedap dan rasanya manis.

#2 ThirtyTwo at The Mansion

Alamat: 32, Jln Sultan Ahmad Shah, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 3 pm, 7 – 8 pm

Ini juga merupakan restoran klasik yang boleh anda singgah untuk tujuan berdating – ThirtyTwo at The Mansion. Ianya dibina sejak tahun 1920-an lagi dan masih kekal relevan hingga ke hari ini, jelas membuktikan popularitinya.

tempat dating penang thirtytwo at the mansion
Imej via Foursquare

Di restoran ini, anda dapat menikmati sajian fine dining yang bukan sahaja lazat, malah cantik persembahan hidangannya. Sirloik Steak, Lamb Rack dan Salmon Penne merupakan antara menu yang terlaris.

#3 Le Petit Four Patisserie

Alamat: : 310, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Jumaat – Ahad, 10 am – 5 pm

Berdating di patiserrie – satu idea dating yang pasti akan buat anda dan pasangan teruja. Untuk tujuan itu, singgah sahaja di Le Petit Four Patiserrie yang menyediakan pelbagai jenis pastri berkualiti tinggi dan menggunakan bahan premium.

tempat dating penang
Imej via Foursquare

Hidangan terlaris di sini ialah croissant. Ianya bersaiz besar, gebu di dalam dan rangup di luar. Anda juga wajib cuba kek mereka yang turut mencuri hati ramai. Yang penting, hidangannya bukan sahaja sedap malah cukup cantik.

#4 WHEELER’S

Alamat:  67, Lorong Love, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 12 am

Kafe WHEELER’S ini memang kerap menjadi sebutan disebabkan oleh keenakan hidangan serta keselesaan yang dijanjikan. Konsep interior moden yang cukup santai membuatkan kafe ini sesuai disinggah buat mereka yang ingin berdating.

tempat dating penang wheelers
Imej via Foursquare

Kopi, pasta dan pencuci mulut adalah jenis hidangan yang mencuri tumpuan ramai. Anda boleh cuba Panna Cotta, Tiramisu Latte, Penne Arabiatta, Seafood Carbonara dan Crème Brûlée. Saiz hidangan juga besar, sangat memuaskan hati!

#5 Indigo Restaurant @ The Blue Mansion

Alamat: 14, Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 12 – 3 pm, 6.30 – 10 pm

Indigo Restaurant @ The Blue Mansion yang terletak di George Town ini juga merupakan antara tempat dating di Penang yang boleh anda lawati jika anda ingin menikmati hidangan fine dining bersama pasangan.

indigo tempat dating penang
Imej via Foursquare

Hidangan di sini berasaskan selera tempatan dan Asia yang semestinya kena dengan citarasa ramai. Menu-menu di sini juga mempunyai set tersendiri dan kebanyakan pelanggan gemar memesan set 3-course-meal dan 7-course-meal, dijamin menyelerakan dan mengenyangkan!

#6 TopView Restaurant & Lounge

Alamat: Komtar Level 68, No 1, Komtar, Jln Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 12 – 10 pm

‘Pemandangan dan atmosfera yang cukup mengagumkan’ – ini merupakan antara ratusan ulasan positif yang diterima oleh TopView Restaurant & Lounge. Jelas membuktikan yang restoran sky dining ini memang digemari ramai.

topview tempat dating penang
Imej via Foursquare

Restoran yang menyediakan hidangan buffet dan minum petang ini sering disinggah oleh pelanggan yang ingin menyambut ulang tahun. Untuk itu, anda perlu membuat tempahan dan pihak restoran akan menyediakan persiapan untuk anda. Servis yang ditawarkan juga dikatakan sangat cemerlang!

#7 Blooms

Alamat: 82b, Lebuh Tye Sin, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Kami yakin anda pasti akan terpegun dengan interior kafe ini sebaik sahaja melangkah masuk ke dalamnya. Interior serba merah jambunya membuatkan kafe ini kelihatan comel, satu konsep yang cukup unik dan romantis.

blooms penang
Imej via Foursquare

Hidangan pencuci mulut merupakan jenis hidangan yang laku keras. Cuba sahaja menu-menu seperti Chocolate Lava Cake, Crème Brûlée, Strawberry Panna Cotta dan Matcha Tiramisu. Manis, berkrim dan pasti kena dengan selera anda.

#8 Harvest In Café

Alamat: 10, Jalan Irrawaddi, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, Rabu – Isnin (11 am–3 pm, 5:30 – 10 pm), Selasa (11 am – 3 pm)

Harvest In Cafe ini merupakan antara kafe hipster yang popular di George Town. Bukan sahaja menyediakan hidangan yang tidak putus-putus mendapat pujian, malah dekorasi kafe juga memang cantik, sesuai untuk anda yang ingin berdating.

harvest in cafe
Imej via Foursquare

Hidangan yang boleh dicuba ialah Honey Oat Chicken. Ayam yang cukup juicy dan kaya dengan rasa ini merupakan antara hidangan terlaris di kafe ini. Bombay Chicken dan Mushroom Soup juga menjadi rebutan ramai, jadi anda patut cuba!

#9 Three Sixty Revolving Restaurant and Rooftop Bar

Alamat: 25-A, Lebuh Farquhar, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm – 12 am

Menikmati makan malam di restoran berkonsepkan sky dining atau rooftop sememangnya mengujakan, tambahan pula jika anda berdating bersama pasangan. Pasti suasananya akan lebih romantis.

Restoran Three Sixty Revolving ini menyediakan hidangan selera Asia. Mereka juga turut menyediakan hidangan buffet serendah RM 88, memang berbaloi dengan kualiti dan kepelbagaian menu yang disajikan.

Anda juga digalakkan untuk membuat tempahan untuk menyambut ulang tahun di sini. Staf restoran akan menguruskan sambutan tersebut untuk anda dan menyediakan persiapannya, dijamin puas hati.

#10 Fuku Eatery & Dessert

Alamat: 37a&b, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 6 pm

Satu lagi tempat dating di Penang yang patut anda singgah ialah Fuku Eatery & Dessert. Kafe bertemakan Jepun ini mempunyai suasana yang cukup santai, menjadikan ia tempat yang sesuai untuk berdating atau meluangkan masa bersama rakan-rakan.

fuku
Imej via Foursquare

Hidangan yang wajib dipesan ialah hidangan pencuci mulut ini – kek Galaxy Mirror Glaze. Ianya merupakan kek coklat yang manis berkrim dan toppingnya berwarna biru. Selain itu, Katsu Curry dan Omu Rice with Karaage juga turut mendapat sambutan yang hangat, anda wajib cuba!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat dating di Penang yang ingin anda serbu? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai, jadi singgah sahaja di mana-mana yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.