Mencari tempat makan di Taiping?
Taiping merupakan ibu kota yang lama seperti Penang dan Ipoh. Jika anda berpeluang ke sini, anda akan melihat bangunan-bangunan lama yang cantik sekitar Taiping.
Ada banyak tempat makan menarik di Taiping dengan menu pelbagai. Untuk itu, berikut kami senaraikan 25 tempat makan menarik di Taiping buat anda.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Alamat: Lot 5628, Kampung Pasir, Kamunting, Perak
Waktu operasi: Makan Tengahhari (Sabtu-Khamis | 9.00 am-4.00 pm) | Steamboat, Grill & Buffet (Jumaat-Rabu | 6.00 pm-11.00 pm)
Wan Ikan Bakar mempunyai dua slot iaitu pada pagi dan petang untuk makan tengahhari manakala pada petang hingga malam untuk steamboat, grill dan buffet. Kedai ini terkenal dengan menu lunch yang pelbagai.
Banyak lauk dan gulai untuk pilihan pengunjung hingga membuatkan ramai yang rambang mata. Ramai yang ke sini rata-rata memuji keenakan hidangan serta harganya yang murah.
Paling best, kedai ini menyediakan banyak kemudahan termasuk tandas, parkir yang luas, surau dan sebagainya.
Alamat: Stesen Keretapi Lama, Taiping,Perak
Waktu operasi: Jumaat-Rabu (5.30 pm-11.00 pm)
Port makanan segera dan makanan barat paling lejen di Taiping semestinya di L.A Burger Taiping. Selain kesedapan menu, lokasinya yang strategik dan berada di tempat yang lejen merupakan salah satu faktor kedai ini terkenal.
Nama kedai pun L.A Burger, jadi menu utama semestinya burger. Pelbagai jenis burger yang luar biasa boleh anda cuba. Paling best, burger dan pattynya dibuat mengikut resepi rahsia. Rasanya memang lain daripada burger biasa.
Jangan lupa untuk cuba aneka jenis pasta, meatball cheezy, chicken chop dan lamb chop juga. Jika anda ingin merasai kesemua menu tetapi risau jika tidak habis, apa kata anda order Set Talam. Lebih berbaloi dan menunya juga berlainan.
Alamat: Jalan Kuala Kangsar Changkat Jering, 34850 Taiping, Perak
Waktu operasi: Sabtu-Khamis (10.45 pm-5.00 pm)
Port makan tengah hari tersedap dan terbaik dengan hidangan masakan melayu kampung semestinya di Rumah Makan Nasi Talam. Setiap hidangan yang dihidangkan diletakkan di dalam, menjadikannya unik dan dapat mengimbau kembali nostalgia di kampung.
Jika anda datang beramai-ramai, kami mengesyorkan anda untuk memilih antara 11 jenis Set Talam. Walaupun set talam, pengunjung masih boleh menambah berpuluh menu lain. Tidak mengapa jika anda datang seorang diri atau bersama pasangan, anda boleh memilih secara Ala-Carte.
Alamat: 1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Sabtu-Rabu (7.00 am-12.00 pm)
Port sarapan paling lejen di Taiping semestinya Roti Bakar Arang Fadzil House. Rugi jika ke Taiping tapi tidak merasai roti bakar arang. Cara memotong dan membakar roti mengikut cara orang terdahulu tau! Rotinya yang dibakar menggunakan arang memberikan aroma dan rasa yang unik!
Kesemua menu memang sedap dan roti paling digemari ramai adalah roti bakar telor goyang, roti kukus dan roti kahwin. Ada juga nasi lemak, nasi impit kuah kacang, aneka sup dan mee kari yang bakal membuatkan pengunjung kekenyangan.
Alamat: No 18, Susur ILBP 3 Business Park, Jalan Istana, Taiping, Perak
Waktu operasi: Selasa-Ahad (3.00 pm-11.00 pm)
Dengar cerita, warga Taiping ke Deli Café setiap kali nak makan makanan barat yang sedap. Bukan sekadar sedap, portion setiap hidangan juga cukup mengenyangkan. Pastikan jangan ada yang tersandar!
Burger Chicken Crispy, steak dan lamb chop antara yang terlaris di kedai ini. Bukan itu sahaja, anda juga perlu cuba Roti Bakar Milo Meleleh dan smoothie yang pasti membuatkan anda termimpi-mimpi.
Alamat: Jalan Tupai, 34000, Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 11:30pm
Restoran Doli terletak di deoan Hospital Taiping. Dikatakan ia telah wujud sejak bertahun lamanya dan kini mempunyai penampilan baru dengan tempat duduk yang lebih banyak. Namun begitu, rasanya masih dikekalkan.
Menu utama mereka ialah kue tiaw dan ia tidak mengecewakan. Rata-rata terkejut dengan isinya yang banyak dan udang dengan jumlah yang banyak juga. Walaupun begitu, sebenarnya ia datang dalam 3 pilihan saiz.
Selain char kuey teow, anda juga boleh menikmati nasi ayam yang tak kurang hebatnya. Mengenyangkan dan menyelerakan juga!
Alamat: KPW Kampung Jelutong, 34850 Taiping, Perak
Waktu operasi: Sabtu-Khamis (11.00 am-6.30 pm)
Terletak di Bukit Gantang, kedai laksa paling lejen ini berada di tepi jalan dan mudah dicari. Kedainya yang strategik menjadikan kedai ini sentiasa dipenuhi pengunjung terutama penggemar laksa.
Laksa yang dibuat dan diproses sendiri ini mempunyai rasa yang unik. Terdapat dua jenis laksa iaitu laksa pulas dan laksa biasa. Kuahnya pula pekat dan sedap. Keenakan laksa di kedai ini membuatkan ramai yang datang dari jauh dan ada yang membungkusnya untuk dibawa pulang.
Selain laksa, ada juga bihun sup, nasi ayam, cendol, ais kacang dan laicikang. Pisang goreng di sini juga rangup dan sedap.
Alamat: Jalan Stesen Kamunting (Berdekatan Peteon Kamunting, Jalan ke Stesen Bas Kamunting)
Waktu operasi: Jumaat-Rabu (12.00 pm-11.00 pm)
Nasi ayam di Chicken Rice Heritage antara nasi ayam terbaik dan sedap di Taiping. Pengunjung mempunyai tiga pilihan ayam iaitu ayam buttermilk, ayam Hainan dan ayam roasted. Tiga sayur juga boleh dipilih untuk dimakan bersama nasi ayam iaitu taugeh, baby kalian dan pak choy.
Bukan itu saja, ada juga nasi arab yang sedap. Namun nasi arab hanya ada pada setiap hari Isnin hingga Rabu. Buat penggemar makanan barat, banyak juga menu untuk anda pilih.
Menariknya di sini, tempat sangat luas, selesa dan bersih. Dengan teknologi robot sebagai penghantar makanan, secara tidak langsung dapat menarik ramai orang.
Alamat: Lot 7396, Lorong Kilang 3, Kawasan Perusahaan Ringan Tupai, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (11.00 am-9.50 pm)
Jika teringin nasi kandar, datang saja ke Nasi Kandaq Taiping Rain Town Food Truck yang merupakan salah satu nasi kandar tersedap di daerah ini. Kedai ini merupakan port nasi kandar bagi penduduk setempat.
Nasi kandar di sini memang padu. Portion yang banyak serta harga berbaloi. Tak ramai pengunjung luar yang tahu tempat ini. Namun sekali anda datang, pasti nak datang lagi untuk merasai nasi kandar surr ini.
Alamat: Kampung Menteri, 34650, Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12 – 10 pm
Perkara penting bila kita makan mee udang ialah udangnya. Jadi, Mak Jah Mee Udang telah berjaya menawan ramai orang dengan udang-udangnya yang segar.Ia mengambil masa kira-kira 20 minit jika anda memandu dari bandar. Hendak menemui lokasinya juga mudah. Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang ini memang muncul di kebanyakan ‘review’ di internet.
Mungkin sebab itulah pengunjung berpuas hati dengan harganya juga iaitu RM13 dengan 5 ekor udang bersaiz sederhana dan besar. Restoran ini boleh menampung kira-kira 100 orang pada satu-satu masa kerana ruangnya agak luas.
Alamat: Pusat Penjaja Taiping (Medan Selera Belakang Bomba) 1390 Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak
Tidak sah kalau datang ke Taiping kalau tidak makan di sini. Tempat makan Yong Tau Foo adalah menu wajib jika anda berada di sini. Boleh dikatakan tempat makanan kebanggaan orang Taiping.
Disini terdapat deretan yang menjual Yong tau Foo. Semuanya terserah pada anda untuk memilih kedai yang berminat. Sudah tentu menu wajib dicuba di sini adalah Yong tau Foo, iaitu sotong kangkung dan ABC.
Alamat: Taman Pertama, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Rabu-Isnin (4.00 pm-12.00 am)
Terletak bersebelahan Petronas Aulong, Restoran Saffron merupakan port lepak terbaik untuk seisi keluarga. Ramai penduduk setempat makan di sini kerana menunya yang pelbagai, harga berpatutan dan portion yang banyak.
Nak tau taka pa yang terkenal di sini? Semestinya Lamb Shank Sup Merah! Hanya RM 29.90 anda dapat makan lamb shank yang kini popular bersama sup merah yang padu. Selain itu, ramai juga yang gemar dengan Gearbox Lembu Sup Merah dan Set Talam.
Bukan itu sahaja menunya, malah pelbagai jenis makanan melayu dan masakan Chinese turut tersedia untuk pelanggan. Set Masak Lomak, Nasi Ayam Penyet, Tomyum, Cantonise Mee, Mi Kolok mahupun Wantan Mee semuanya ada di sini.
Alamat: Jalan Pokok Assam, Taiping, Perak
Waktu operasi: Sarapan (7.30 pm-12.00 pm) | Menu petang (5.30 pm-11.30 pm)
Yang berada di Taiping, moh kita mengopi di RotiKopi Station. Kedai ini dibuka dari pagi hingga ke tengah malam dengan menu yang berbeza.
Jika anda datang ke sini untuk sarapan, banyak menu yang sedap hingga sukar untuk anda memilihnya. Antaranya adalah nasi lemak dengan pelbagai jenis lauk, aneka roti canai, kacang pool, wantan dan roti kukus sangkaya.
Alamat: No 33 Lorong Jaya 2, Taman Aor Jaya, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-12.00 am)
Di Alive’s Garden Café pula, sesuai untuk mereka yang mempunyai keinginan untuk makan makanan Thai, makanan barat hinggalah makanan bergoreng yang sedap dengan suasana yang berlainan. Hal ini kerana, kafe ini berada persis di taman yang cantik, sesuai untuk kaki ootd. Lebih cantik pada waktu malam kerana dihiasi bunga dengan lampu berwarna-warni.
Menu yang menjadi kegilaan ramai adalah Thai Bbq Hotpot Package dan Shellout. Bagi Thai Bbq Hotpot Package, terdapat dua pilihan set iaitu Set Beef and Lamb serta Set Chicken. Bagi Set shellout, terdapat dua pilihan masakan atau sos iaitu sos lada hitam, tomyam dan rendang.
Kesemua menu memang unik dan rasanya memang berbeza dari steamboat atau shellout yang lain. Jangan lupa ootd di sini!
Alamat: No 119, Jalan Sultan Idris, Taiping, Perak
Waktu operasi: Selasa-Ahad (8.00 am-12.00 pm)
Lagi satu port sarapan dan mengopi paling sedap adalah di Kopi Satu Satu Sembilan & Titik Santap. Kafe ini turut dikenali dengan nama Ada Ruang. Makan di sini pasti memberikan suasana yang berbeza dan menyeronokkan kerana tema kafe ini ala-ala klasik dari halaman hingga dekorasi dalaman.
Menu utama semestinya aneka kopi. Pengunjung dapat menikmati kopi asli dan istimewa yang diperbuat daripada 100% biji kopi arabika. Makan pula bersama pastri dan kudap yang lain pasti menambah selera.
Selain itu, anda boleh cuba menu unik yang sedap iaitu Kroffle Lawey, Pinkrose Latte dan Roti Coney 119. Nasi lemak, kuay teow sup, set asam pedas dan makanan berat yang lain turut menyelerakan.
Alamat: Jalan Regat Larut, Taman Lake View, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-7.00 pm)
Walaupun nama kedainya laksa, namun bukan sekadar laksa yang menjadi tumpuan pengunjung. Ada juga makanan lain yang istimewa dan menjadi kegilaan ramai.
Rata-rata makanan di sini ala-ala di pantai timur seperti nasi kak wok, nasi kerabu, keropok losong dan budu. Untuk makan tengahhari, ada pelbagai jenis lauk-pauk, gulai serta ulam-ulaman. Dan menu yang spesial adalah singgang ikan, kerutuk daging, daging goreng kunyit dan lain-lain.
Alamat: No 15, Regat Tupai, Kampung Jambu, Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-11.00 pm)
Meqrizq Republic Taiping pula terkenal dengan keenakan makanan arab dan makanan barat. Terdapat dua cawangan kedai ini iaitu di Nibong Tebal dan Bandar Perda.
Tengok sahaja menu pasti anda rambang mata dan sukar untuk memesan menu yang anda inginkan kerana memang banyak senarainya. Menariknya, restoran ini sering mengadakan promosi. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh pergi ke laman Facebook Meqrizq Republic Taiping.
Alamat: Pusat Perniagaan, Taman Lake View, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (4.30pm-11.00 pm) |Sabtu & Ahad (1.30 pm-11.00 pm)
Brader’s Café menawarkan makanan barat, makanan asia dan makanan tempatan. Namun kelebihan pada kafe ini terletak pada keenakan makanan baratnya.
Minuman top di sini adalah Green Tea, Manggo Bingo, Strawberry Lover dan Blue Lemon. Makanan yang perlu dicuba? Semestinya aneka chicken chop dan pasta. Ada banyak lagi menu lain. Nak tahu apa yang lagi sedap? Datang dan rasainya sendiri.
Paling best, kafe ini membuat offer dan promosi menarik setiap hari! Lebih jimat, lebih berbaloi dan menarik!
Alamat: 1A, Taiping Business Centre, Lorong, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 2.30 am
Kalau dah di nama restoran itu sendiri tertulis perkataan ‘sejati’, jelas menunjukkan yang tomyam di sini menggunakan resepi tomyam Thai yang asli.
Selain tomyam, hidangan bersup seperti sup daging dan sup perut juga turut terjual laris. Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.
Alamat: 1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Perak, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 6:30 am – 12:45 pm
Jika anda mencari masakan sarapan yang menarik di Taiping, kedai makan ini boleh anda pergi. Banyak menu sarapan menarik dapat anda cuba di sini.
Mendapat pujiaan untuk roti bakar arangnya, nasi lemak rendang juga wajib ambil jika makan di sini. Antaranya nasi lemak rendang paru yang pasti membuat anda terliur.
Alamat: 92, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 6:30 pm
Imej via Foursquare
Cuaca Malaysia yang panas memang satu kelebihan buat Ansari Famous Cendol. Kita boleh mengimbau kenangan lalu dengan cendol tradisi atau tambahan pulut bakar untuk citarasa baru.
Peniaganya tidak lokek dengan santan dan gula Melaka serta bahan-bahan yang lain dalam resepi mereka. Lebih menggiurkan dengan bau daun pandannya. Harganya pula sangat murah iaitu kira-kira RM1.60 sahaja semangkuk!
Ada beberapa menu lain disediakan seperti pasembor. Boleh juga dinikmati bersama cendolnya untuk minum petang.
Alamat: Jalan Tupai Gerai No 20 – Gerai Hidayah, 34000 Taiping, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 3 pm – 12 am
Medan selera ini cukup popular di Taiping. Jumlah pelanggan yang berkunjung ke sini memang sentiasa ramai, jelas membuktikan yang ianya bukan medan selera yang biasa-biasa.
Ada berbagai jenis gerai yang boleh didapati di sini. Ada gerai yang menjual yong tau foo, nasi ayam, mi kari, roti canai, char kuey teow dan ABC. Memang beraneka selera!
Alamat: Jalan Kampung Maharaja Lela, 34000 Taiping, Perak, Malaysia, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 12 am
Kafe ini cukup sesuai dikunjungi jika anda ingin menikmati makan malam beramai-ramai, baik bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Suasana yang santai dan ruang yang luas membuatkan ramai pelanggannya selesa.
Makanan yang disajikan di sini berasaskan makanan tempatan dan Barat. Antara menu yang boleh dicuba ialah Sizzling Mee, Nasi Goreng USA dan Butter Chicken Rice.
Alamat: 233, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 6 pm
Satu lagi gerai cendol di Taiping yang wajib anda terjah ialah Bismillah Cendol. Dari luar nampak seperti gerai cendol biasa sahaja. Namun, cendol di sini sebenarnya sangat popular sekitar Taiping.
Buktinya, ramai pelanggan sanggup beratur panjang pada waktu kemuncak demi mencuba cendolnya. Jika dilihat, cendol di sini lebih kurang cendol di Penang.
Ramai memuji rasa lemak-lemak manis cendolnya yang bikin ketagih. Selain cendol, Laksa Penang dan pasembor juga turut disajikan. Cendol biasa berharga sekitar RM 1.60 sahaja, sangat berbaloi!
Alamat : Jalan Taman Kaya, Taman Sungai Mas, 34000 Taiping, Perak, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 5 pm – 12 am
Untuk peminat-peminat makanan Barat, anda mungkin suka akan kedai makan ini. Anda boleh dapatkan chicken chop pada harga yang cukup murah. Antara menu yang mendapat pujian adalah lamb chop dan juga nasi goreng chicken chop.
Seperti namanya, konsep restoran ini memang sesuai untuk mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan kerana ianya santai. Kebersihan juga terjaga, memang terbaik!
Alamat: Gr 131 B, Kampung Matang Gelugor, 34750, Taiping, Perak, Malaysia, 34750 Taiping
Waktu operasi: Setiap hari kecuali isnin, 12 – 10 pm
Kelihatan seperti kedai makan yang menghidangkan masakan kampung biasa, namun di sebaliknya anda tidak tahu yang restoran Selera Azrorasa ini ada menyediakan hidangan istimewa.
Restoran ini sangat terkenal dengan hidangan kari ikan sembilangnya. Ianya dihidangkan di dalam claypot, jadi memang sedap bila dimakan panas-panas. Rugi tak cuba!
Alamat: Jalan Kota, 34000 Taiping, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 1 am
Untuk makan malam, makanan Thai pasti mula terlintas di minda anda bila perut mula berbunyi, bukan? Jadi, singgah sahaja di Nafis Kitchen Restaurant untuk mencubanya.
Restoran ini ada menyediakan berbagai jenis menu terutamanya masakan panas. Nasi Goreng Seafood merupakan antara menu yang laku keras di sini.
Alamat: Kampung Asam Kumbang, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am
Sukakan makanan Barat dan Thai? Singgah sahaja di restoran Chacibor ini. Unik namanya, bukan? Chacibor ini diambil dari perkataan ‘cakcibor’, yang bermaksud ‘pepatung’ dalam dialek Perak.
Menu-menu yang boleh dicuba ialah pizza, makaroni, nasi goreng dan nasi lemak. Berbagai betul citarasanya, pasti kena dengan selera anda!
Alamat: Taman Tupai Mas, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6.30 am – 12 pm
Untuk sarapan, semestinya nasi lemak menjadi pilihan anda sebagai menu utamanya, bukan? Singgah sahaja di restoran Nasi Lemak Warung Muhibbah ini untuk mencuba nasi lemak yang enak sekali!
Ada beberapa jenis lauk yang boleh anda nikmati bersama nasi lemaknya. Sambal sotong merupakan lauk pilihan ramai. Sambalnya manis dan pedas, memang secukup rasa.
Alamat: Jalan Kamunting Lama, 34000 Taiping, Negeri Perak
Restoran ini cukup sesuai dikunjungi buat mereka yang ingin menikmati masakan kampung untuk makan tengah hari. Ada berbagai jenis lauk-pauk yang boleh didapati.
Ikan bakar merupakan antara menu yang kerap dipilih oleh pelanggan restoran Selera Warisan Abah. Bau ikan yang dibakar memang cukup memikat, patutlah ramai tergoda!
Bagaimana? Sudah menemukan tempat makan di Taiping yang ingin anda terjah jika berpeluang ke sini? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja sebelum rugi.
Kami juga ingin menasihatkan anda agar datang pada waktu yang sesuai. Takut nanti berebut ruang parkir dan ruang dalam restoran pula. Selamat menjamu selera!