Pernah samapi di sini? Tidak tahu tempat makan di menarik di Serendah apabila berada di sana?
Serendah ialah salah sebuah perkampungan di daerah Hulu Selangor. Di Serendah terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dilawati, antaranya ialah Perigi Tujuh Serendah dan Air Terjun Kampung Orang Asli.
Pada musim cuti sekolah anda pasti akan dapat melihat Air Terjun Kampung Orang Asli ini akan dipenuhi dengan pengunjung bersama dengan anak-anak.
Perjalanan ke Serendah dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang satu jam jika anda memandu. Di sini kami akan menyenaraikan tempat makan yang best di Serendah ni. Bolehlah anda singgah jika kebetulan berada di sini ataupun sekiranya mencari tempat makan setelah penat bermandi-manda di Air Terjun Kampung Orang Asli!
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Warung Kak Ram ni betul-betul terletak di persimpangan trafik light utama di Sg Choh. Warung ini begitu popular terutamanya di waktu tengahari. Selain daripada nasi ayam, antara masakan lain yang sering dipesan ialah nasi goreng ayam. Harga makanan di sini berpatutan dan dibuka dari tengahari hingga ke petang.
Imej via Rojak Lebai Joe
Imej via Rojak Lebai Joe
Rojak Lebai Joe pula terletak di persimpangan trafik light ke Air Terjun Orang Asli Serendah. Jika anda hendak ke Air Terjun, anda pasti akan dapat melihat stall Rojak Lebai Joe. Rojak Lebai Joe ni dah agak lama dan cukup dikenali di Serendah. Lebai Joe menggunakan spaghetti sebagai mee rojak. Jika anda inginkan sesuatu yang kenyang dan pantas, maka kami rekemenkan Rojak Lebai Joe!
Imej via Azra Grill
Imej via Azra Grill
Azra Grill Truck pula dibuka dari petang sehingga malam. Mereka menyediakan hidangan ala barat dan kambing bakar mereka sangat sedap! Juga terletak berhampiran dengan trafik light utama di Sg Choh. Kebiasannya, kedai ini diserbu oleh keluarga dan peminat makanan western.
Imej via CrazyDuck
Imej via CrazyDuck
Seperti nama kedai itu sendiri, kedai makan ini terletak di bawah beberapa pokok ceri! Kedai ini terletak betul-betul dihadapan Masjid Nurul Iman Serendah.
Menu yang menjadi pilihan disini ialah nasi ayam, mee rojak, nasi lemak dan banyak lagi. Anda juga boleh memesan dan menikmati ABC di dalam suasana yang cukup redup!
Jom baca artikel menarik lain tulisan kami