Mencari tempat makan sarapan pagi yang best di KL?
Jika menyebut sarapan, biasanya kita akan terbayang nasi lemak dan the tarik. Nasi lemak memang tidak dapat lari daripada budaya kita.
Mencari lokasi sarapan di KL best? Di sini disenaraikan 20 lokasi sarapan pagi sekitar KL buat anda. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Sesekali pasti mahu sarapan dengan menu Inggeris ala-ala hotel. Datang sahaja ke 28 Fireplace yang terletak di Desa Pahlawan, pasti menepati citarasa anda. Kafe ini sangat terkenal dengan keenakan pelbagai menu sarapan.
Empat kategori menu seperti Light Bites, All Day Organic Waffle dan All Day Brunch membuatkan ramai rambang mata untuk memilihnya. Kopinya juga memang padu. Pilih saja yang menjadi kegemaran anda.
Alamat:28, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (8.00 am-7.00 pm)
Satu lagi port breakfast yang eksklusif, estetik dan menghidangkan pelbagai sarapan dari barat adalah Breakfast Thieves. Terletak di Bangsar, dekorasi kafe ini sangat memukau dengan konsep ala-ala ‘nature’.
Antara menu yang perlu anda cuba adalah Bastardized Rice, Gotti’s Black Gold, Granny’s French Affair dan Bonnie & Clyde.
Alamat: Lot M, 29-5, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Selasa-Ahad (9.00 am-5.00 pm)
Wagyu Roast Beef, Mediterranean Roasted Aubergine dan Chocolate Chip Ricotta Pancakes antara menu istimewa menanti anda. Jangan lupa mencuba pelbagai jenis kopi yang padu! Memang segar.
Kafe hipster ini juga Instagrammable. Bolehlah anda bergambar sepuasnya. Kafe ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan ketenangan.
Alamat:19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Buat mereka yang mencari port sarapan dengan menu tempatan dan kegemaran rakyat Malaysia, anda memang perlu datang ke Ali, Muthu & Ah Hock.
Menu utama yang perlu dicuba semestinya Nasi Lemak yang dihidangkan bersama ayam goreng berempah di atas daun pisang, meningkatkan lagi aroma nasi tersebut. Selepas itu, cuba makan roti jala yang gebu dan cicahnya bersama kuah kari yang pekat. Memang mengancam!
Menu lain yang ada termasuklah Chee Cheong Fun, Mee Udang, Hor Fun Sup, Roti Bakar dan Mee Rebus.
Alamat: 35, Jalan Dang Wangi, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (8.00 am-4.30 pm)
BreakfasT.Co pernah tular dengan keenakan menu sarapan ala-ala barat di gerai tepi jalan sekitar Taman Melawati. Bukan sahaja sedap, malah kuantitinya berbaloi dengan harga serta hidangan makanan yang menarik.
Antara menu yang perlu dicuba adalah Bagel Cajun Chicken, Big Supreme Breakfast, BLT Sandwich dan Pulled Beef Ciabatta.
Alamat:Serasa Garden Taman Melawati
Waktu operasi: Selasa-Ahad (8.00 am-12.00 tengahhari)
Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 6:30 am – 1 am
Nama Nasi Lemak Wanjo bukanlah baru di kalangan penduduk di sini. Nasi dan sambalnya cukup memikat pengunjung yang ingin memulakan pagi mereka dengan nasi lemak.
Sambalnya dikatakan sedikit manis namun masih memikat.Oleh itu, bagi mereka yang tidak tahan masakan pedas, sambal di sini pasti sesuai dengan selera anda.
Alamat: 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 – 10 am, 11:30 am – 3 pm, 3:30 – 5:30 pm, 6:30 – 10:30 pm
Siapa sahaja yang tidak mengenali Dato Chef Ismail? Beliau merupakan antara chef yang tersohor di negara kita. Jika anda teringin untuk mencuba masakan yang menggunakan resepi beliau, singgah sahaja di restoran ini.
Restoran ini turut menyediakan menu sarapan kerana ianya dibuka seawal 8 pagi – 10 pagi untuk sesi sarapan. Antara yang anda boleh cuba ialah nasi lemak dan lontong.
Alamat: 20, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11 pm
Sebut sahaja tentang menu sarapan, semestinya roti canai akan termasuk dalam senarai. Untuk mencuba roti canai yang sedap yang amat, kami cadangkan agar anda singgah di Lan Roticanai!
Rotinya rangup di luar namun gebu di dalam. Ianya juga agak tebal, memang puas dinikmati bersama kuah karinya yang pekat. Selain roti canai, roti telur juga mendapat sambutan ramai.
Alamat: 47, 39, Jalan Raja Abdullah, Bandar Wawasan, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7 am – 1 pm
Satu lagi pilihan nasi lemak di Kuala Lumpur adalah Nasi Lemak Pak Hassan.Konsep layan diri yang diamalkan memberikan keselesaan dan kebebasan kepada pengunjung yang datang ke sini.
Oleh itu, pelanggan berpeluang mengambil sebanyak mana makanan yang mereka inginkan. Selain nasi lemak, pelanggan juga diberi pilhan roti canai dan roti telur.
Apa yang menarik adalah roti canai disajikan dengan kari kaki ayam. Jika anda suka kari kaki ayam, ambillah sebanyak mungkin yang anda mahukan di sini kerana ramai sudah terpikat dengannya.
Alamat: 19, Jalan Wangsa Delima 2a, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 8 am – 6 pm
Asyik nasi lemak dan roti canai sahaja, apa kata tukar selera untuk mencuba menu sarapan yang lain pula? Untuk itu, singgah sahaja di restoran Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju ini.
Semestinya menu yang boleh didapati ialah Nasi Kak Wook. Ramai pelanggan mengakui yang menu tersebut rasanya persis dengan Nasi Kak Wook di Kelantan, memang best!
Alamat: 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 am – 11 pm
Asyik bersarapan di gerai sahaja, sekali-sekala teringin juga menikmati sarapan pagi di kafe moden. Alang-alang, singgah sahaja di kafe VCR yang terletak di Bukit Bintang ini.
Kafe ini menyajikan makanan Barat dan salah satu menu sarapan yang paling popular di sini ialah Big Breakfast. Seperti namanya, menu ini bersaiz besar. Bukan sahaja enak, malah mengenyangkan!
Alamat: No. 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (6 am – 1 am)
Nasi Lemak Saleha ini juga merupakan antara restoran nasi lemak paling popular di KL.
Restoran ini sudah lebih 10 tahun beroperasi, jadi memang legend. Keistimewaan utama nasi lemak di sini terletak pada aroma nasinya yang harum dan tekstur nasinya yang gebu dan lembut.
Lauk-pauk yang boleh didapati ialah rendang daging, sambal sotong, ayam goreng, paru goreng berlada dan sambal kerang. Bikin kecur air liur mendengarnya!
Alamat: Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7 am – 11 am
Satu lagi restoran roti canai yang terkenal di KL ialah Kedai Roti Canai Pak Ali. Restoran ini juga sesuai dikunjungi buat anda yang ingin menikmati roti canai sebagai menu sarapan.
Yang membuatkan roti canai di sini istimewa ialah ianya dibanjiri dengan kuah dhal yang pekat dan kaya dengan rasa. Nama roti ini sendiri ialah Roti Canai Tsunami. Aromanya yang harum juga boleh bikin sesiapa sahaja tergoda!
Alamat: 43, Jalan Telawi 3 (Bangsar Baru), 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 2 am
Sedikit kelainan pada pilihan kali ini kerana kita akan mencuba hidangan yang disediakan di atas daun pisang.
Suasananya seperti restoran mamak. Hidangan yang disediakan bercirikan masakan India – kaya dengan rempah-ratus.
Jika sukar membayangkan ia, bayangkan sahaja lauk-pauk di restoran mamak. Bezanya, nasi dan lauk-pauk akan dihidangkan di atas daun pisang. Bau daun pisang yang wangi pasti akan membangkitkan lagi selera!
Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7:30 am – 5 pm
Restoran ini menyediakan masakan Negeri Sembilan. Bukan sahaja untuk makan tengah hari, malah menu sarapan juga turut disediakan di sini.
Antara yang boleh anda cuba ialah mi goreng dan roti canai. Ada juga nasi berlauk yang turut disediakan pada waktu pagi, alang-alang cubalah lauk-pauk Negeri Sembilan. Asli dan semestinya sedap!
Alamat: 6, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa & Rabu (6.30 am – 6.30 pm), Khamis – Ahad (7 am – 6.30 pm)
Nama restorannya sendiri sudah terpampang Authentic Johorean Cuisine, jelas menunjukkan yang restoran ini menyajikan sajian negeri Johor yang asli resepinya.
Selalunya di Johor, makanan berat untuk menu sarapan ialah Nasi Ambeng dan Laksa Johor. Tak sah kalau dua menu ini tidak disediakan. Ianya juga merupakan menu yang laku keras di sini. Pasti sedap tak terhingga!
Alamat: 1, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin (5:30 pm – 12 am), Selasa – Khamis (8 am – 12 am) manakala Jumaat (8 am – 12 pm, 5:30 pm –12 am)
Kali ini kita ke Nasi Lemak Tawaf 1 Malaysia di Seri Petaling. Nasi ayam dengan rendang daging, rendang kambing dan rendang ayam disediakan di sini.
Harga biasa adalah sekitar RM 1++ manakala untuk lauk-pauk yang lain berbeza harga dalam lingkungan RM 1 sehingga RM 4. Pelanggan memilih dan mengambil sendiri lauk yang mereka inginkan.
Alamat: 42, 44, 46, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 11 pm
Kadangkala bila tak tahu nak bersarapan di mana, pasti restoran mamak mula terlintas di minda. Keenakkan roti canai dan mi goreng mamak pun buat anda mula terliur.
Untuk itu, singgah sahaja di Restoran Yusoof Dan Zakhir, Kuala Lumpur ini. Menu sarapan yang boleh didapati ada banyak, semestinya roti canai, roti telur, megi goreng dan mi goreng menjadi pilihan ramai.
Alamat: No. 40 G, Jalan Chow Kit, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 24 jam
Dari jauh nampak seperti restoran biasa sahaja. Namun, jangan menilai buku dari kulitnya kerana restoran ini merupakan antara port sarapan yang agak terkenal sekitar sini.
Menu-menu sarapan seperti nasi lemak dan nasi berlauk ada disediakan di sini. Menu tambahan seperti begedil juga boleh didapati, jadi pilih sahaja selagi boleh. Menyelerakan dan mengenyangkan!
Alamat: Jalan Suasa 5, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 9.30 am – 8 pm
Jika tidak mahu nasi lemak, nasi ayam mungkin boleh menggantikan menu pagi anda. Ini hidangan yang agak berat namun anda memerlukan tenaga yang lebih untuk bekerja.
Ayam yang rangup dan isi daging yang lembut di sini cuma berharga RM 4 sepinggan. Sup dan kicap yang dihidangkan bersama nasi ayam juga sedap, rugi tak cuba!
Sukakan artikel kami? Selain tempat makan sarapan pagi di KL, kami juga menulis beberapa artikel yang mendapat perkongsian ramai. Jom baca.